Tuesday, October 13, 2026

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk katanya....sebagai anak yg mendengar kata aku pun setuju nak pi dgn syarat ada driver kedua. Kebetulan adik aku yg sorang tu projek dh siap kat tempat lama, so sementara nk start projek baru, dia cuti dulu. Ada la driver keduanya.

Geng Penang berkumpul dulu sebelum bertolak, 1st time la setelah 5 tahun anak sedara aku pi dgn cikgu dan kawan2 ja....kami bertolak esoknya.
Aku kan baru lebih kurang sebulan pi sana msa pi redang dulu, dah plan mcm2 nak buat/beli.....tp sesungguhnya Tuhan jugak ada planning lain untuk kami. Apa yang dirancang mmg banyak yg x jd, jadual pulak sgtlah padatnya dengan masa yang terhad. Mcm mna pun aku suka ja, wpun lain yang dirancang tapi Allah gantikan yang terbaik😊
Mesti la bangga kan anak sedara kita masuk pertandingan, mna2 mak sedara pun akan rasa mcm tu. Kagum la aku dgn cikgu2 depa, dapat asuh smpai mcm tu sekali. Bersusah payah jaga.....
                                                    maria ada solo jugak😃
Ayong tetap bangga wpun si kembang ayong ni hanya dapat saguhati. Mcm kata ucapan tu, dah smpai tahap ni pun dah sangat terbaik, juri pun pening nak pilih sapa😊 Majlis tamat nk dekat asaq....bayangkan kami berkampung kat stadium tu dari pagi....kami ni pun penat, apa lagi la budak2...mcm2 perangai dh ada....
                                  adik dia pun dah lena setelah mcm2 onar yang terjadi😜
Esoknya terus la balik, tp dr KT dekat pkl 1 jgk la baru gerak. Dah ramai2 ni kan, mcm2 hal la kena settle.
Ada la gbr kami semua, yg x brp nak ramai....yg lain2 x cukup korum...or byk gambar makanan...biasala kan...dh semua pun suka makan.
Dipendekkan cerita, smpai PBU jugak aku dlm 12++ pagi isnin tu, dpt la lelap x sampai 3 jam, then bangun pulak main masak2.....hobi akak keras dik😙

Tuesday, September 29, 2026

Bila Hati dah syg

 Hari ni ada STEM kat poli, aku 1st time la jadi juri.....x pernah pun sblm2 ni wpun STEM ni ada di mna2 anjuran poli mahupun bukan. Dalam masa yg sama ada jugak pertandingan gerai jualan dari student cyber, mcm2 yg dijualnya, rambang mata ada, kesian pun ada, semua pun nak beli. Bukan kata kesian sbb depa xdak pelanggan, kesian bila beli 1 gerai yg lain pulak dok tengok.

Esok ada pertandingan projek akhir, masih ada lagi jualan untuk esok. Last penjurian untuk gerai, student projek pulak ada 1 ja, hopefully dpt komen baik dari juri. X menang pun xpa......ayat sedapkan hati😀

Terserlah keperkasaan SV nya kat situ, aku lupa depa nak amik gbq hari tu, silap pulak pakai baju keparat tu.....haiya😀
Deme ni ok ja, dengaq kata, biuat apa yg disuruh, xdak la nak menaikkan darah SV depa. Kalau depa lupa, aku ingatkan, depa buat jer. Kalau aku pulak lupa, depa pulak ingatkan aku.....mcm tu la kehidupan di dunia ni kan. Semoga ada cahaya utk mereka esok, bidang software ni ramai, 2x ganda dari network....so faham2 jer la, peluangnya agak menipis di situ
Sekarang ni aku rajin pi makan dgn Nor, staff yg baru pindah dari PSP hari tu....dia pun rajin mengajak, aku ni pantang kalau diajak x ikut....hahahahaaaa....keta dia pun hebat, mana maunya dia naik keta aku, bila tny sapa nk drive, mesti dia punya.😏

Kebetulan kami pakai coklat jumaat lepas.....tgk la i bergaya dgn keta org....EV ok😊Nak beli sendiri mungkin tidaklah, naik hat org jer la jawabnya. Macam sesuai jer pakaian i hr tu dgn keta tu kan..

Tuesday, August 18, 2026

kisah petang semalam

petang semalam sampai awai ckit kat rumah, dlm pukul 6.30 macam tu. Cuaca masih panas, sekarang lambat gelap, lambat cerah. Lepas letak barang semua, aku pun siap2 nak pi briskwalk, alang3 sampai awai kan....adik aku dok sebok masak, hari ni menunya ikan salmon yg aku beli minggu lepas. Ada jugak bubur nasik ayam utk bekal esok, masak siap2 katanya, nak mkn pun blh ajerrr....ada bekal la aku esoknya😋....ko ada?????
Aku biasa jalan kat area belakang belah marker tu, ada satu padang mainan. Aku pusing ja padang tu 3X then dah ler. Biasa bukan aku sorang, ada ja org lain yang lepak2, jogging pagi @ petang. Aku mcm biasa dgn baju kja nya, berkurungan lah aku berjalan, dah biasa.
Dengan headphone di kepala, mengumandangkan lagu2 pilihan aku, aku pun berjalan pelan2 keluar dari deretan taman menuju ke arah padang permainan. Seperti yang aku jangka, dah ramai orang dengan hal masing2. Aku sambil2 menghayati alam, sambil2 menghayati lagu. Sesekali menyeka peluh yang dah mula mengalir di muka.
Dalam dok berjalan tu, area tu ada sebuah mesin layan diri untuk jual minyak terpakai. Ada sorang perempuan tgh berurusan di situ....sblm2 ni x pernah lagi nampak org kat situ, aku abaikan saja.....selalu aku guna yang jual sabun basuh baju ja, wangi dan murah😚
Lebih kurang mcm ni la kiosk tu, tp design lain ckit la. Dah 2 round pusing, nak masuk pusingan ke-3, tiba2 perempuan kat kiosk tu panggil aku. Katanya nak mintak tolong buat, katanya dia OKU, xtau baca, so x reti nak buat mcm mna.
Aku ni mmg x suka benda2 nak kna analyze mcm ni, tapi dh org mintak tolong xkan nak tolak kan. Masa tu dh nak dkt pkl 7 mlm....Aku pi la tgk, Mashaallah step sampai 9. Nak lepas satu2 step tu punya la panjang dan x user friendly nya. Dipendekkan cerita aku cuma berjaya daftar user dan akaun touch n Go dia saja, tu pun dkt 1/2 jam baru boleh....dalam hati xtau nak marah sapa, aku yg lambat paham ke apa kejadahnya susah sgt!!!!😡
Dalam keterpaksaan aku terpaksa give up, kerana susah dan kesuntukan masa. Nak dkt maghrib dah kata aku. Dia tetap mengucapkan terima kasih dan mendoakan aku wpun aku tak berjaya😇

Itulah kisah aku petang semalam.........

Friday, August 7, 2026

Bila jumaat

Kawan srg tu ada temujanji facial, kami dua ni pun nk la sebok ikut skali. Jumaat kan, rehat lama, rasa lama sungguh dah xkeluaq healing2 di hari jumaat yang mulia😉

Sampai2 makan dulu. Pagi tadi makan pun x mcm biasa sebab ada kursus yg aku pun lupa kalau depa x peringat....abis kursus mcm2 hal kan, biasa la keja mana pernah x kalut. Sampai mouse pun tertinggal kat bilik org😝Aku kata lepas jumaat baru nk amik sbb dh balik bilik kan. Dia kata xpa dia tambat dulu x bagi lari😹
Ni makanan kami tadi....Aku yg x makan pedas ni order asam pedas ikan pari....haaaa ambik, kluaq abih ayaq hidung ayaq mata punya makan. Nasib baik makan dalam ac, kalau tak panas2 xtau la jadi apa😂
Ahad ni PBU konvo, kat PTSS perlis nu, sidang lastttttt skali. Penutup dewan org kata...kami mcm biasa proses yang paling akhir, xtau la pkl berapa blh balik. Aku awal2 dh mohon cuti isnin tu.
Minggu dpn jugak start BDR di PBU. 
Selasa dan khamis BDR jika TIADA kelas practikal, so kalau ada kna mai mcm biasa. Aku x kisah kena mai, yg aku kesah kena BANGUN PAGI!!!!! Dari muda sampai tua, bangun pagi paling la menyeksa bagi aku. Dah bangun xpa, nak bangun tu, bercinta sgh😒

Thursday, August 6, 2026

OTW pi keja waktu pagi


 Cerita satu hari di minggu ini area Permatang Damar laut.....kat situ mmg akan jem. Biasa 2, 3 kali traffic hijau baru lepas masa pi keja la....balik dalam 4, 5 kali kot biasa. Dalam jem biasanya aku suka tgk keliling, masa tu la baru perasan apa yang ada area tersebut. Kedai ka, orang ka or apa2 yang boleh ditengok.

Mata aku tertumpu dengan sorang brader penjual ni. Sambil2 tunggu jualan, jari jemari lincah mencarik carik roti sambil bagi kat burung2 yang ada kat situ. Dari cara dia nampak benda ni mmg slalu buat. Aku biasa bagi roti kat ikan ja, burung takutttt. Masa tu awal pagi lagi kan, pelanggan pun xda lagi, ada sorang perempuan tgh susun2 barang.....

Kita yang tengok ni jadi qalit, xtau la qalit tang mana, dekat burung2 tu ka, dekat kelincahan jari mencarik ka, kat jualan ka....kesimpulannya pemandangan tu memang menarik perhatian smpai keta depan dh jalan pun aku dok qalit lagi tgk...Mengisi masa jem aku sgh pagi tu💞

Nak bgtau, aku suka lagu ni.....sekiannnnnn

Friday, July 31, 2026

Apa berlaku 7 July 26......

 Hari kelahiran tuan tanah, tapi mcm2 benda jadi. Penang pun cuti kan sbb hari heritage, lg la best. Tapi semua pun cari pasal, xdak kja cari keja, tp Alhamdulillah, pengalaman baru untuk aku....lama utk depa. Setelah sekian lama duduk diam x buat apa, try la menulis secara formal😛

Kami present kat KKBDA  Jitra ja, tu pun mula2 amik online mode, tapi ada la srg kawan mintak buat face to face. Maka bertiga3 kami pun ke sana hari sebelumnya. Kawan aku yg tengah tu dapat paper terbaik, cayalah!! Walaupun sebelum tu berlaku peristiwa berdarah dan ayaq mata....mood cepat berubah kan??? Walaupun kesan rasa sampai hari ni😔

Tuesday, July 28, 2026

Rutin weekend

 Minggu ni balik kampung mcm biasa....tangan gatai2 dh nak mengai, ajak mak pi mengai parit kat Ban Pecah pagi ahad tu. Haqhammmmmm sekoq ikan pun xdak, lepas gian jadi la...Akhirnya pi kedai ikan jugak beli kat sana...😝

Adik aku pun balik jugak minggu tu. Tapi dia balik lambat ckit sebab ada hal.....so lps siap2 semua, dlm pkl 11 pagi kami pi amik anak dia kat PASTI dan terus balik. Anak dia ada xtvt hari sabtu tu..

Ni baru sampai kampung....sementara tunggu nak lunch. Adik aku dh masak sejenis lauk, aku pun beli sejenis masa kluaq pi farmasi tu, so mak aku goreng lauk, rebus ulam dgn ambik stok sambal ja dalam peti. Kekenyangan kami tengahari tu. Apa lagi, lps tu tdo la semua....😊

Adik aku malam tu baru sampai.....lps maghrib. kami mandi sup malam tu...aku balik tadi ada beli sebungkus kuew teow celop, adik sorang lagi mai ptg tu beli bihun sup sampai 4 bungkus, adik aku balik beli bakso 3 bungkus....ko ghasa!!!!

Makan la serba sedikit akhirnya, yg berlambak lebih masuk peti untuk makan esok pulak. Dah tua2 ni nak mkn byk mna la, semua pun rasa 2, 3 suap dah kenyang. 

ini budak mudah terhibur, senang nak jaga....satu ja masalah dia, nk boh dalam buai bg tdoq akan melalak satu rumah seropa kena bantaiii, nak bg tdoq ja pun...padahal masuk buai x sampai 2, 3 minit dh lena😀
Minggu lepas kawan yg dh pindah PSP bersalin...baby girl uuuu...i is sangat happy. X sabar nak pi tengok baby omey depa. Cadangnya sblm pi konvo nanti nak singgah tgk dulu, harap2 dimakbulkan. Aunty sally dah x sabaq sgt ni😛
kami boh gambaq baby, xpa kannnn.....

Monday, July 20, 2026

sedikit update yg sekian lama


 lama kan x buat makan2 kat jtmk 3, busy manjang penghuninya. Jumaat lps sempat la dalam sibuk nak mati masak2 jugak utk makan2. Dah bosan sebenarnya lama x sibukkan diri dgn hobi yang tergendala seketika.

Seawal 4.30 pagi dah bangun, dengan mata tertutupnya masuk bilik ayaq, cuci muka apa2 yang patut. Lepas tu baru la start masak memasak smpai la pkl 6 pagi lebih kurang. Bwk keta pi opis pun mcm biasa roh xdan masuk abih, tetiba dah smpai balik pulau......dengan mata merahnya, muka sembabnya x cukup tidorr...hai la dua2 makhluk ni, mmg suka cari keja kan.

Banyak jugak la yg sempat kami masak pagi tu, boleh tahan untuk gabungan 2 makhluk.....Semua pun menu kegemaran kami😀 Alhamdulillah, boleh kata semua licin la, ada la tgl serba sedikit bagi kat staff bwk balik. Lauk abih semua, nasik ja lebih, KJ pun xdan sbb dia pi meeting dulu....

Ni geng yang agak lambat mai, tp masa ni byk lagi la lauk.....sempat la snap gbq berkeping2 jugak...sebelum pi kelas pkl 10 tu.

Ni pulak antara geng awal yang mai.....riuh rendah la dibuatnya dengan gossip yang berbagai😍 Dah lama x gelak2 mcm ni, lepas rasa semua yang terbuku di dada seketika. 

Depa dua ni dah agak lama jugak la masuk PBU, tp baru la berkesempatan keluaq kejap jumaat tu, katanya nak cari durian. Nak ajak try laksa sedap, x bukak la pulak masa tu, jemmmmm. So hanya makan dan beli serba sedikit bawak balik. Durian pun dh nak smpai penghujung musim, so jgn cari la brand yang bukan2, mana yang ada saja yer.
Lama kan blog ni x update....terlalu byk sebenarnya benda2 yang dah terjadi, smpai xdan dan xtau nak update yg mana satu😊 So aku amik pendekatan, amik la salah satu yg menggembirakan saja.....nak amik yg bukan2 takut sambil taip sambil lap ayaq mata.....betul la x semua benda dalam kawalan kita, kalau Allah kata JADI, maka jadilah ia walau mcm mana hang elak sekalipun.....
Tapi Allah Maha Kaya, Maha Baik hati, wpun Dia bagi masalah, Dia jugak bagi jalan penyelesaian walau pun bukan serta merta, yg penting DOA.

Wednesday, April 22, 2026

Meroyan sat

Sebenaqnya xtau nak tulih apa, tp hati rasa nk meluahkan sesuatu yg x terluah........demi menjaga hati banyak org, terpaksa korbankan hati sendiri....demi keharmonian sejagat, bak kata srg kawan aku kat sini.

Banyak sgt benda2 yang jadi sejak akhir2 ni, kesibukan pun melampaui batas2 seorang manusia....i am not a ROBOT, but kena buat jgk sbb kja kita, di situ gaji kita dibayar, buat jer la, nak kata apa lg.....wpun kepenatan menjalar ke seluruh urat saraf, nampak x ketuaannya disitu?

Doa aku salah satu ialah diberi kekuatan fizikal dan mental, agar boleh terus buat kja....Inshaallah

Friday, March 27, 2026

Bila bulan puasa.....

 walaupun puasa dah abih, aku baru nak update apa yg berlaku tahun ni.....xdak apa la sangat, cuma nk share xtvt utk jadi kenangan di masa akan datang😇

Yang pertama2nya of coz la kuih raya kan...aku pun lupa nak snap kuih raya yg dh order, sampai ada yg lupa la kata dh order. Bila org htq ja, aku dgn blur2nya tny, ehhh saya ada order ek😅 Nampak tak betapa pelupanya aku....

Gambar di atas aku tlg amik order kuih loyang utk org yer, bkn aku punya semua tu...ni nak pi htq kat jtmk 1, mas la ni tlg snap 1....model kuih loyang katanya😀
Satu lagi xtvt wajib bulan puasa ialah pi bazaar......2 minggu terakhir tu menu kami mmg dari bazaar. Masing2 dh malas nak masak....yg nak balik jauh dh abiskan sisa2 barang dan xnak kotorkan dapur dah.....aku pulak mmg malas! Masak masa mak aku mai posa kat rumah ja.....
Dengan muka berminyak, panas lit2 kat bazaar teluk kumbar, sempat jua ku snap gambar. By the way, kuih badak berendam kegemaranku sedap beli situ......Esoknya amik darah kat hospital BM....lambat benor darahnya kluaq, posa jgk dia. Bak kata tirah "terlindung badak berendam semalam"😄
ni lps amik darah keesokan harinya, sgh PSP jmpa geng travel, byk benda dh aku tertinggal.....nak peginya lps raya, nebes.....
1st time pi bazaar ramadhan balik pulau....membeli tak hengat dunia.....last2 ada yg ke tong sampah jgk setelah berhari dalam peti😔 Lesson learned......many times
Kebetulan tiga3 pakai merah......kena la amik gambaq....hahahahaaaaa
                                                    kuih raya dari JTMK PBU
                                                   Testing selfie stick
                                                      Bazaar balik pulau lagiiiii
1st time kluaq tengahari di bulan posa yg panas menyengat, aku ikut depa mak2 ni nak beli barang masak untuk raya. Aku pi bayaq zakat fitrah kat TF....nyaris lupa😒
ni kat perda....1st time bukak posa kat luaq.....tu pun kluaq lps maghrib, ramai yg amat org....mknan biasa2 ja, boleh la.....

Photoshoot Raya 2026!

 1st time join adik aku photoshoot tahun ni...slalu dia dgn family jer, tahun ni ntah mcm mna kami pun terlibat skali jugak. Aku onz jer bab gambaq2 ni😋 Jom tgk....







Selainm di studio, kami jugak ada photoshoot di opis.....adik2 yg muda remaja ni la yg atoq bagi jadi, dgn hiasan pun depa yg buat.....aku? mcm biasa....













Tuesday, March 24, 2026

Selamat Hari Raya

 Tiba2 dah raya kan....tahun ni genap kita posa 30 hari, setelah beberapa tahun hanya 29 hari sahaja. Jenuh yg amat, dgn panas yg x berpenghujung, dengan ketuaan yg semakin terasa, nak nangis rasa posa sehari2....tapi bila ingat Nabi dulu posa pun pi berperang, maka itulah yg jadi semangat aku sehari2.

Seperiuk masak merah ayam di ptg jumaat terakhir ramadhan tu......menggiurkan sungguh. Adik aku ja mewarisi resepi ni, kami semua x reti....16 ekoq ayam ok, nk raya mcm nak kenduri, penattttt😅
Raya pertama navi blue, sama mcm tahun lepas, kebetulan kaler ni ja yg muat size, kecik2 size kat vietnam hari tu. Kami geng jelitawan amik srg satu......nak pakai raya😀
Raya kedua hijau pucuk pisang.....bergambar dgn anak2 fruit yg masih tinggal setelah berpanasan seharian melayan tetamu....sampai mlm la masih melayan tetamu, so raya ke-2 mmg biasa di rumah saja...menunggu kedatangan orang...
Raya ketiga matcha strawberry, beli kat tiktok, gerammmm...dah la murah, cantik2 pulak tu. Lps ni dh kena sisih-sisihkan baju, almari dan gantungan dh x muat. xtau nak sisih mcm mna, semua pun sayang💕

Raya keempat kawan sekolah jemput pi rumah, dia masak mee udang! Nampak tak, besar2 dan gemok2 udangnya, 2 mangkuk aku belasah😩 Mmg kelaut la semua diet2, brisk walk aku selama ni.
Ni la kawan aku tu, dia duduk KL, kalau pi KL slalu jgk aku pi rumah dia. Dia masak sdp ooooo. Aku mmg dgn x malunya akan pi makan kat rumah dia, siap pernah tidoq lagi masa zaman2 aku ulang alik ke mukah dulu. Husband dia pun jenis x kisah, anak2 dia pun boleh jer dgn aku....kami kenal dari zaman sekolah sg acheh, sampai la ke irsyad pun sama2 pi, dpt UUM pun sama, course ja lain2. Dia ni pandai speaking, so dia amik international affair.

Tganu lagiiiiii

 aku amik cuti jumaat lepas gara2 nak pi support anak menakan masuk pertandingan peringkat kebangsaan. Maktok pun dh berbunyi nak pi tgk kat...