senyum seindah suria
Friday, January 16, 2026
Saya mkn apa minggu ni
Tuesday, January 6, 2026
Perlis Jan2026…..last
Kami tdo perlis 1 mlm ja, so agak terhad nk pi mana2 tempat, kna pilih2 dulu baru pi….tu x termasuk lg perkara yg tiba2 menjelma😚
Pagi tu kami jmpa ex anak PA aku jgk, depa sekelas yg sama dgn yg smlm….kebetulan depa pun ada balik perlis. Siap offer lg duduk homestay depa kalau mai lg perlis❤Ni menu yg kami order di situ. Paling win lempeng kelapa gulai ayam. Tp aku lg suka cicah dgn kuah sardin roti arab tu, roti arab agak kureng bg aku. Pulut ayam pun sedap, licin kami mkn. Kopi pun sedap…org jgn tanya la, ramai giler, tp tempat byk.
Lunch kami makan kat sini, depa la suggest. Mmg berbaloi la, lauk byk, siap ada buskers lagi, suka la aku benda2 mcmtu
Ni lauk aku, siap amik lagi kepala ikan…..kat perlis ja blh mkn kepala ikan slalu, murah. Aku amik ulaman dan sambal tempoyak….teh ais dia sedap giler!
aku singgah jgk kat syurga bubur kangar, ni tengok kat tik tok, asyik lalu kat wall saja, gerammmmm. Ingat nk jmpa zaini jgk, tapi depa mcm x berniaga pulak hari tu. Kami pun main terjah jer kan.
Sebelum balik sgh sg petani……hari tu mai dh sini, tapi beratoq ramai giler, x sanggup aku. Kali ni berjaya……semua sedap menunya, patut pun ramai org. Menyesal pulak beli sikit.
Last but not least, aku singgah lg atin crepe kali ke-2, borong apa2 yg patut…..yg pasti beli of coz la crepe durian kan
Monday, January 5, 2026
Perlis Jan 2026 part 2
Sampai jer Kuala Perlis terus pi mkn kat kak eta ikan bakar kot nama dia, kedai tepi jalan ja, cun2 dpt parking hujung skali. Perut mmg dh lapar, sbb pagi td masih terlalu awal bfast, x lalu sgt dan tak menepati selera jgk😉
Amik nasik ckit ja, lauk byk melampau, sbb terlalu byk pilihan, smpai xtau nak pilih yg mana. Itu la manusia, tomakninah di mana2, serupa x mkn berapa lama jer. Kedai ni bg aku sdp dan murah, byk pilihan, nk mkn pun senang sbb dia mai kira kat meja. Boleh la kami bertenang seketika.Masa otw ke roomstay tu, saja la msg srg kawan yg aku mmg tau org Perlis. Kot dia free blh jmpa kan. Tak sangka rupanya roomstay tu dalam kg dia, dan yg lebih lawak lagi, dekat sgt dgn rmh dia yg tgh buat, x sampai seminit pun naik keta……apa lg lps mndi semua, dia mai la amik kami……
Tgk la, takat ni jer aku blh naik, ambik gbq pun muka cuak, tapi nak ambik jgk sebagai kenangan kata org. Kawan aku siap pujuk berkali2, maaflah aku sejenis gayat.
Ni jumpa geng masa kat polimas dulu…..dia dh duduk kangar, besar yg amat rumahnya, cantik ditengah2 kehijauan sawah padi.
Dia jamu manggis dan air oren yg sedap, elok jer kemanisannya. Katanya ada buat spagetti, tapi kami xmau sbb nk pi mkn siput mlm ni. Dekat maghrib jgk la baru balik dari rumah dia.
Kami pi sini mlm tu. Ketaq2 kaki bwk keta sbb x jumpa satu pun petrol stesen otw ke sana. Dengan kawan aku yg nk tekencingnya….nasib jgk jmpa masjid, berenti la utk dia pi toilet.
Dah smpai pun makanannya…..kami amik oyster mentah, mentarang dan kerang rebus, dan siakap bakar. 1st time makan ikan bakar yg dibakar dgn santan, biasa kan bakar dgn sambal. Sedap giler ikan, mcm x cukup ja sekor rasa, nampak x ketamakannya😝
Sunday, January 4, 2026
Perlis Jan2026 Part 1
Trip Perlis 2 - 3 Jan 2026, sblm semester bermula 5/1 ni. Trip Pangkor hr tu dh x jadi sbb cuaca tidak mengizinkan, kali ni kita bg jadi wpun kesibukan dh mula terasa. Excited lain mcm😍
Kami kluar awal pagi tu, sesudah subuh terus keluar dan singgah bfast di kopitiam viral kat seb jaya nun. Melilau jgk mencari dalam kegelapan, padahal tepi jalan besar tu jer, dh lalu pun sblm tu, tp x perasan, asyik sgt dok tgk WAZE😀Thursday, January 1, 2026
Selamat Tahun Baru 2026
31/12 last kja tahun 2025, aku terus pecut balik kampung lps kja. Selain tu aku jgk kna htq semula anak sedara aku yg rmh dia otw ke kg aku. Saja la amik dia hari tu, nak bwk pi pesta penang. Tgk2 dia pun tak berani main apa2, mkn jer la kjanya di situ. Lps mkn terus balik.
Mak dan anak sedara di dpn pintu masuk…..Excited msa ni wpun parking agak jauh. RM5/person fee. Patutnya dia free sbb bwh 12 tahun, tp aku lupa mintak ic dia hari tu, dh la dia jenis tinggi. So, byr jer la kan, x mahal pun.Tuesday, December 30, 2025
Masak asam mak saya
Dulu2, masa kecik mak slalu jgk msk lauk ni. Dalam seminggu mesti ada 1 @ 2 kali dia masak. Kami adik beradik sgt suka, berebut makan semua….Bila mak dalam pantang, lauk ni antara yang mak boleh mkn, tapi tak letak teloq la. Kalau masak mesti kna buat byk, xleh utk mak srg saja, kami semua mesti nk mkn wpun lauk lain ada. Sampai kdg2 mak terpaksa sorok bila x cukup utk dia mkn lagi malam nanti.
Kami dulu bukan org senang, tapi bukan la susah jgk smpai tak makan. Mak tak pernah berkira pasal makan anak2. Dia x dpt xpa, as long as anak dia dpt mkn apa yg depa nak…..sbb tu aku rasa kami adik beradik tak berkira psl mkn….benda lain maybe aku blh jimat, tp mkn no kompromi. Aku mkn mmg x memilih, tp bila nak mkn aku akan pilih apa yg aku nk mkn😋
Lauk ni jgk blh jer nk tukar dgn haiwan lain. Ikan bilis ke, sardin ke, ikan grg ke, kena jer semua…..tapi kami paling suka ikan duri kering seperti dalam gambar……pecah teloq skali dalam tu, surrrrrr
........
Tiada sehari yang berlalu
Tanpaku mengingati-Mu
Rindu pada-Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang-Mu
Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan kuberlari
Berlari, mencari
Memanggil-manggil nama-Mu
Nama-Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua dengan-Mu
Tiada kata yang dapat kugambarkan
Perasaan yang ku alami
Cintaku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Adu' ila Rahmani
Arju an la tinsani
Fi kullil awqati nafsi wa fuadi
Laka ya maliki
Apakah aku diterima?
Atau Kau 'kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan kuterhina
Ku merayu pada-Mu
Tiada kata yang dapat kugambarkan
Perasaan yang ku alami
Cintaku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Oh, tiada kata yang dapat kugambarkan
Perasaan yang ku alami
Cintaku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Saya mkn apa minggu ni
Aku tunjuk beberapa jer lah yer. Biasanya blm sempat snap aku dah ngap abis. Aku bab mkn mmg cpt😇 Hari ahad tu aku ada masak nasi briani da...
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
Hari Ahad yg redup dan sejuk. Smlm mkn byk and sgt rasa bersalah dgn diri sndiri...siyesss.....x tipu. Hari ni dh janji nk jenjalan dlm pol...































