Thursday, February 27, 2014

Entry Lepas Geram!!!

Sebenarnya mcm serba salah nak post entry ni, tapi bila dok pikir sendiri mmg menimbulkan kegeraman! Sesuka suki jer kan org2 yang x berkenaan nak judge org lain. Depa tau ke apa yg jadi sebenaq-benaqnya?? Depa tau ke apa yg org lain tu tanggung?? APa masalah depa??hissshhhh...sabaq...sabaq....kalau x sabaq mmg rasa nak penampaq.

Dah dkt 2 tahun aku kena pindah ke Mukah, masih lagi kalau jmpa dgn org2 yg x berkenaan mesti nak tanya knapa kena htr pi mukah....so, dgn ikhlasnya aku pun akan jawab apa yg sebenarnya terjadi...cerita secara  basic ajer....sekadar menjawab soalan kan...lps tu abis la...titik.
Tapi.......x sangka pulak talam berbagai muka yer, boleh pulak buat kesimpulan yg bukan2 dr cerita yg di dengar, siap blh tokok tambah lagi! Ayat yg memang super duper menyakitkan telinga "Tu la, dah dekat, nak dekat lagi, padan muka kena htq pi Mukah!"
Ya Allah! Sesedap rasa jer kan org nak menghukum...dia tau ke knapa jd mcm tu?? Aku pun dah redha dgn Qada' dan Qadar, tapi tetiba jadik panas balik..tau le kamu tu dapat pindah ke tempat yg kamu nak. so, x payah nak bersukaria sangat...geram...geram....Semoga kamu yang berkenaan mendapat hidayah...Amin.

Thursday, February 20, 2014

Al-kisah belon dr Pn. 'N'


Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.
Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.
Senyum...
Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang lain.

Sunday, February 16, 2014

Friday, February 14, 2014

Spagetti Puteh

13/2/14
Hari ni ada pot luck kat opis. ramai yg bawak cucur udang sbb skrg musim udang yg sangat banyak di Mukah. geram..ikut hati hari2 nak mkn udang...tp apakan daya..Allah kan x suka sikap berlebih-lebihan ni, akhirnya akan memudaratkan diri sendiri jgk...ayat ni nk pujuk diri sendiri...heeheeheee...aku ambik jalan mudah, masak benda yg paling senang.....spagetti..hahahahahaa....kat bwh ni bahan2 dia....
berpeluh-peluh cari benda ni ptg smlm, masuk sana xdak, msuk sini xdak...at last on the way blk sgh kedai 1Malaysia, elok ber berbaris-baris atas rak...hishh...Alhamdulillah, mmg masih ada rezeki lagi.
sbb dah sgh kedai 1Malaysia, tgn gatal jgk nak beli minced chicken jenama ni wpun kat rmh dah ada yg Ayamas punya. saja la nk try test tgk..
bawang putih dan bawang merah dicincang kasar.
Oregano n mixed herbs
minyak  masak..
sblm buat apa2 rebusla spagetti dgn air + planta + garam. stok spagetti yg panjang2 dan lurus xder, cari kat mukah pun xder.....so guna jer apa yg ada. kerinting pun kerinting lah.. :)
Panaskan minyak dgn sedikit planta, then tumis bawang2 tadi. xyah sampai kuning, cuma nak bagi bawang2 tu layu jer.
bila bawang dah layu masukkan minced chicken..gunakan senduk utk kasi hancur itu daging yer
ini le rupanya bila dah masukkan kuah prego dan tomato yg dipotong dadu. perah sebijik air limau nipis dan sebelum angkat masukkan la oregano dan mixed herbs dulu. garam dah x pyh tambah sbb prego tu dah cukup masin. 
sesi merasa...urmmmmm...sedap!
dah bulan Feb baru dpt diari 2014. cantik kan...aku suka sgt sbb kertas di dalam xder garisan....senang nak conteng2..haahaaa...
Esok ada makan free lagi...bfast dan jgk jamuan semasa meeting...smoga murah rezeki hamba2 Allah yg blanja tu....Amin.

Thursday, February 13, 2014

Birthday De Anggun Cafe

Semalam ada org belanja makan....sempena birthday dia yg baru lepas tu. Semua suka sbb dpt mkn free..yeaahaaaaa...lps jer waktu keja terus berdua-duaan kereta ke cafe yg baru di introduce si Hanan. Dalam kepala dah merancang berbagai-bagai menu...hahahahaaaa
Sampai jer kat sana, mmg agak terpesona. wpun tempat makan tidak la sebesar mana, tapi hiasan laman sangat cantik dan menenangkan. chalet2 comel ala inggeris menjamu pandangan pertama bila sampai di situ. Dengan kolam buatannya, tumbuhan kolam dan patung bangau mmg mengujakan kami semua utk bergambar. belum apa2 lagi dah berkeping-keping men 'snap' dari pelbagai sudut.
muka yang sentiasa x sabar nak makan
kami bertiga-tigaan order air kelapa..yg sorang tu jer mnum teh o ais....xdak laici!
 
cantikkan chalet ni
adik yg ambik order ni pun comel jer.. "udang grg tepung?? xder.....sotong grg tepung? xder jgk la..."...:"skrg ni kan byk udang kat market, knapa xder????"...boleh pulak kan tanya mcm tu kat dia..hehehe..sian adik tu, apa salah aku...
 kat atas tu 3 dara pingitan yg x henti-henti berposing...chalet yg dpn tu rasanya muat2 utk 2 orang tidur..dengar dengar citer skrg ni ada promotion...RM30 per night..boleh la sesaper yg nak try.. :)





Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...