Setelah beberapa hari keledek masih menjadi keledek, baru la ada mood nak mentransform kan dia kepada benda lain. Antara cek mek molek dan keria, nampaknya undian hati lebih kepada keria. Maka ter transformlah si keledek kepada keria pd petang yg mulia itu :)
Keledek ni masa rebus letak garam. Toskan air then baru la letak tepung gandum sedikit demi sedikit agak2 sampai boleh dibentuk. Jangan byk sgt, nanti rasa tepung jer lebih, kurang sedap. |
untuk senang membulat2 kan dia, sediakan semangkuk air. Basahkan tangan bila rasa dah melekat2 tu. Aku malas nak buat bentuk roda tu, so buat ja bulat2. Senang nak mkn. Agak2 saiz sekali ngap jer. |
close up :) |
tadaaaa......ni yg dah siap digoreng. wangiiiiiii sgt bau dia. berketul2 dah masuk mulut walaupun belum disira gula lagi. |
dah siappppppp! |
Sekian...dari dapor comel cik. sally yg gebussss :)