Thursday, October 2, 2025

Apa ada dengan 1 Okt?????

 Hari ni kat poli ada majlis AKJ....setelah bermacam2 liku yg dihadapi, akhirnya majlis ini berjaya juga dianjurkan. Paling ramai student yg terlibat, sampai msa raptai semalam student sampai bersila di dalam dewan, di luar dewan, di tangga, di mana2 saja ada student😆 Serabut sungguh. Yg paling kesian rasanya pemandu lulusan la, nak susun semua tu, xleh brain dh aku!

                                                Pemandu lulusan yg sungguh berdedikasi

Terpaksa smbung jgk menulis sbb hari ni dah 2 okt......nak update smlm bg habis, tapi xdan....knp mesti smlm????? Sbb smlm hari wargatua....knp smlm hari wargatua?? Simbolik sbb 1/10 menunjukkan seorang ibu blh menjaga 10 anak, sementara 10 anak blm tentu blh menjaga org tua mereka....pandai kan depa pilih.
Kaler tema AKJ kali ni emerald green dan gold.....so kehijauan la semua staff wpun x semua masuk. Bila baju sama kaler ni, best kalau amik gbq.. Tapi kami x cukup korum, sedihhhhhh
Ptg jumpa student projek sbb pagi depa terlibat dgn AKJ, smpai pkl 5++ jgk la depa mai, suruh jgk buat bg siap setakat mg ni, kl x paksa melilau ja depa. kita yg risau
Dengan SV skali kna study projek depa, apa kes? Mcm x cukup2 pulak kja aku, kna pulak buiat skali dgn depa. Dah la arduino main hantam jer beli, nasib korang la, pandai2 la buat circuit sndiri.
Cuak sbb tersalah share file, haru sgh la depa.....nasib baik ada yg bgtau, dah la nama SV terpapar atas skali. Nk kna depa ni
Terima kasih kepada yg memberitahu , kalau x tersebar abih la gara2 depa ni😲

Mg ni seminggu direct dari Ahad x sihat. Kalau ikut hati mmg nak amik mc jer, tp mengingatkan dh lama sgt tinggal kelas, gagah jgk la mai kja. Bertahan dgn ubat ja wpun kepala weng2. Jalan pun x stabil, tp blh la pelan2....ketuaan semakin terasa.......

Wednesday, October 1, 2025

Aceh - part 2

 Lama sgh baru blh sambung, nak kata xdak masa, mmg busy pun, tapi kalau xdak mood apa puyn xtau nak tulis. Nak cerita pun dh x brp nak ingat...hantam saja la.

Ni gambaq kat epot dgn P sebelum masuk boarding. Masa ni semua dh tukaq pakai merah. x kisah la merah kat mna, asal ada merahnya. Mata masa ni jgn cakap la, tahan ja nak tg masuk tu.
Kat sini perkuburan mangsa2 tsunami 2004 dulu. Kata pemandu pelancong kat sini paling ramai dikebumikan. Rata ja tanahnya, hanya ada rumput2 menghijau, tapi beribu mayat ada kat bawah...AlFatihah.
Ni muzium tsunami, besaq yg amat. Selain dari gambaq, ada juga monumen2 tsunami yang dibawa ke sini. Sambil berjalan tu telinga kami disajikan dgn effect2 air dan suara2 seperti mana berlakunya tsunami ketika itu. Seram pun ada jugakkkk. Ada satu laluan tu air jatuh ke arah kami seolah2 menggambarkan tsunami gitu.
Ni dalam muzium....masing2 dh barai sbb belum rehat lagi sejak smpai. Aku rasa bukan berjalan dh, tapi heret jer kaki, ikut melangkah sesuka hati.
Makan time....pakej kami skali makan. So pemandu pelancong bawak kami makan makanan depa la kan. Sedap2 semua, berselera kami makan.....as always😅
Ni masjid apa ntah, otw ke satu tempat berhenti solat situ. Cantik masjid ni, siap pokok kurma ada buah. Nasib tinggi, kalau rendah rasanya ada jugak yg mengutip......harta masjid blh kannnnn?
Antara menu makanan yang disajikan. Telur masin yg x masin langsung! Siap b;lh ratah mcm tu ja.
Ni satu tempat makan malam yang kami pi. X ingat dh nama apa. Ambik gbr sebab cantik dan sesuai utk OOTD.
satu gbq dgn P
Malam tu kami kluar jalan2 lps dah abis sesi dgn pemandu pelancong. Kat sana terkenal dgn kopinya, semua pun order kopi. Order jgk tempe sbb nk rasa......aku kan peminat tempe....sedap nak mampus tempenya. X sama dgn tempe malaysia. Mana nak cari ni dah balik.....
Sebenarnya byk lagi cerita Aceh yg blm cover, tapi xtau la boleh cerita ke tak kat sini. Dengan masanya yg ntah kemana, kerajinan menulis yg dh semakin malap, ke laut dalam jadinya. Kalau ada tu, ada lah yer......adiosssssss!

Apa ada dengan 1 Okt?????

 Hari ni kat poli ada majlis AKJ....setelah bermacam2 liku yg dihadapi, akhirnya majlis ini berjaya juga dianjurkan. Paling ramai student yg...