0ktober 2013, 26hb....tarikh keramat yg membawa seribu suka duka...Alhamdulillah validasi telah berjaya, namun ntah knapa debaran di hati tidak juga reda. Bersama terlerainya result validasi disertai juga kptsn pertukaran yang telah dijangka.....TIDAK BERJAYA....luluh hati memandang skrin laptop...luluh juga hati mengenangkan tiket flight yg bakal burn utk kesekian kalinya...hancur cuti aku..Ya Allah...redha dlm terpaksa...sabor jer la...kan???
27/10....Ahad, seperti biasa menonton berita sambil godek2 laptop...tiba2 kepala terus terfokus pada tv bila satu berita tentang accident yg berlaku dipaparkan...seorang maut, 2 parah apabila...bla..bla...bla... .si polan bin si polan...umur ....tahun di......hahhh!!! betul ke ni??nama yang disebut mmg sebijik2 sama...umur pun sama...malah gambar pun mmg sama wpun agak kabur..tapi aku x pasti adakah sahabatku itu yg maut, parah atau mangsa lain yg terlibat??tapi knapa di highlight nama dia sorang saja???TIDAK....tidak.....dalam hati tetap menafikan bukan dia...bukan...
Tuesday, October 29, 2013
Saturday, October 26, 2013
Thursday, October 24, 2013
Mawar Putih Tanda Perpisahan
hari tu tiba2 terlayan satu telemovie kat astro citra....mula2 mcm malas nk tgk, tp bila tgk karya dan arahan si Bade Hj Azmi (husband erma fatima) maka terpaksa la layan jgk sbb biasanya kalau dia yg buat selalu citer mmg best dan berkualiti....konon2 nk tgk sekejap saja, tp bila dah tgk mmg x blh stop. movement cerita tu smooth jer....pelakon2 pun mmg menjiwai watak dgn berkesan, especially si Nad Zainal tu. sblm ni aku x heran pun pelakon2 baru skrg, tp bila tgk citer ni tetiba aku pulak jadi die hard fan Nad Zainal...mmg terbaiklah!!
cerita ni mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin.
Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di
kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi.
Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya kini sunyi tanpa
sesiapa di sisi.
Pak Mail,jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin
untuk mengahwini anaknya Dahlia yang baru saja menduduki SPM.Alasannya
dia mahu meringankan beban yang ditanggungnya. Sudin setuju dengan
permintaan pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia.
Pada awalnya Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang
berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa sahaja asalkan Dahlia bahagai.
Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak,mengemas dll.
Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima suaminya.
Suatu hari, Dahlia menerima khabar dari orang kampung yang Sudin hilang
di laut dan botnya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung.
Namun tiada berita tentang Sudin mahupun mayatnya dijumpai.
Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu
Sudin setiap hari ditemani dengan diari suaminya yang ditulis dalam
Jawi. Dahlia tidak memahami apa yang ditulis,memandangkan dia tidak
pandai membaca Jawi.
Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan.
Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia
menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada.
jom kita layan lagu yg best dlm citer ni.....penyanyi asal adik jamal abdillah, tp aku lagi suka penyanyi perempuan yg menyanyi blk dlm telemovie ni...masalahnya aku xtau saper penyanyi perempuan tu...waaaaaaaaa...nak cari mana ni......???
Di Malam Terakhir
Bunga Mawar Yang Putih
Tanda Hati Bersih Suci Mewangi
Kedinginan Malam
Seolah Mengerti Perasaan
Dua Insan Bertemu
Dalam Sendu
Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Menanti Penuh Setia
Demi Ibu Pertiwi
Perjuangan Kanda
Dinda Doa Sejahtera
Dan Berjaya
Pilu Sebak Dada
Meninggalkan Dinda Bersendirian
Namun Aku Berjanji
Engkau Dewi
Sanjungan Dijiwaku
Bunga Mawar Putih
Tanda Semangat Perjuanganku
Kanda Cuma Berdoa
Moga Cita Menjadi Kenyataan
Pergilah Kandaku Sayang
Pergilah Nyawa
Dinda Tetap Menanti Penuh Setia
Demi Ibu Pertiwi
Perjuangan Kanda
Dinda Doa Sejahtera
Dan Berjaya
Dari Riak Pandanganmu Yang Sayu
Aku Tahu Kesedihanmu
Aku Jua Rasa Terkilan Dihati Namunku
Pendamkan Dijiwa
Senyumlah Sayang Buat Azimat Kanda
Semoga Sepikan Terhibur
Semoga Sepikan Terhibur
Wednesday, October 23, 2013
cartoon
macam cite usop sontorian ni, wpun pergerakan animation kartun ni keras, tapi di situ la dia punya
keistimewaan....kan
Dragon Ball ni aku suka tgk masa zaman muda2 dulu......best sbb byk benda yg blh buat aku gelak golek2 wpun tgk sorang2...skrg ni ada lagi ulangan kat astro ceria, tp dah x sempat nk tgk... :( |
yg ni pun kartun seangkatan dgn usop sontorian jugak....tp dah x berapa ingat cerita dia mcm mana. yg aku ingat kluang man ni adalah superhero melayu dari kluang, johor....heeheeee |
Doraemon mmg aku suka tgk....dulu,...kini...dan selamanya..kan ada kuih doraemon jual kat pasar mlm tu..aku paling suka yg inti nanas dan kacang merah..sangat sedap mkn panas2...hiihiii... |
sangat geram dgn lipas bila tgk kartun ni...sian kat Oggy.. |
kalau citer mr.bean ni aku lagi suka tgk yg cartoon drp yg real.... |
kartun ni membuatkan aku terasa nak makan beger... |
yg ni blh la layan kalau dah xder benda sgt nak tgk..citer dia agak pengotor yer.. |
Saturday, October 19, 2013
Friday, October 18, 2013
Tazkirah Jumaat
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
💌
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Thursday, October 17, 2013
hari ini dalam sejarah
semalam aidiladha....tp mcm public holiday biasa jer..sambut sorang2, kemas rmh mcm hari2 weekend yg biasa, masak sekadar utk memenuhi perut sendiri...end.. :)
sarapan pagi raya : nasi and sambal lebih buka puasa kelmarin dgn telur goreng...taruk kicap ckit...ngap! |
haaaa....ni menu tgh hari...mee goreng mamak. |
Hari rabu baru masak mcm raya...itu pun sbb ada pot luck kat opis....kalau tak, xdernyer nak masak..haaahaaaa....1st time masak nasi daging dgn daging ayaq asam version utaqa.....amacam?? blh jual tak? :)
Monday, October 14, 2013
ikan besar besar
t.hr td gi pasar, ramai sgt org membeli belah utk raya esok...i dgn hanan pun sama2 menyibuk wpun xder apa sgt yg nak dibeli...suka suki menambahkan kesesakan di pasar yg dah mmg sejak azalinya sempit. hari ni byk jgk ikan, dan ntah knapa byk pulak ikan yg besar-besar...jakun seketika...sendeng2 hanan suruh dia ambik gbr...heeheeeheeee....
yang dalam bekas biru tu ikan talang....besar kan??slalu kita kat sana mkn yg dah dibuat kering jer..tp i pernah mkn yg bakar punya masa kat P.Pangkor suatu masa dahulu...sedappppppp! |
yg terbaring melintang tu pulak ikan yu kalau x silap....shark ma.....ada ke org nak mkn tu...takut.... |
haaaaaaa....ni pun ikan yu jgk...small version...tp bg aku mmg besaq jgk.. |
yang ni xtau la ikan apa...gaya dan bentuk ala2 ikan bandaraya..hanan kata ikan buntal...betul ke? |
Solat Sunat Aidil Adha
Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran
kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci
Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban.
A. Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha
1. Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
.
2. Pada rakaat pertama:
a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala
kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi
Maha Agong.
.
b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
.
c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
3. Rakaat ke-dua:a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala
kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi
Maha Agong.
.
b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.KHUTBAH AIDILADHA
Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya
Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan
Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.
Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ ) manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
TAKBIR
Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah
slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka
benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka
disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat
membina keagungan dan kehidupan. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.
Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’.
Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.
Takbir Raya
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar sebenar-benar
agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan
petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak
menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama
walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha
Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan
tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
Adab Solat Sunat Hari Raya
1. Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.
2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
3. Makmum yang ‘masbuq’
harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu.
Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati
jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan
ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
4. Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha
sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga
selesai. Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan
dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5. Disunatkan mendengar khutbah
dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum
khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.
6. Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.
7. Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.
8. Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.
HIKMAH AIDILADHA
- Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
- Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
Sunday, October 13, 2013
Pre Eiduladha cara kami...
Esok jemaah haji akan ke Arafah utk menunaikan ibadah haji.....lusa kita akan menyambut Eiduladha...sama mcm tahun lepas, cuti hanya sehari...so, mmg ramai yg x blk beraya, hanya beraya di sini bersama2 rakan2 seperjuangan yg lain :( secara sederhana sahaja...
Alhamdulillah, semua pun happy...byk nyer mknn smpai blh agihkan utk pak guard sekali...syukur, byk mkn mlm ni....esok jom kita sama2 berpuasa 9 Zulhijjah...
geng2 hero jtmk dari hr jumaat dah merancang utk buat bbq..kami anak2 dara ni dipertanggungjawabkan utk memerap ayam...haaahaaahaaaaa...mcm la pandai sgt kan...resepi pun kena calling2 org di semenanjung.. :) org lain semua sambut raya hari selasa...kami dah sambut dulu ptg tadi, mkn2 yg melampaui batasan, semua jenis pun sedap2 belaka..
mana semua org ni???aku mkn dulu lah...heeheeeee... |
ibu dan anak2 mula sampai |
bila mau hidup itu api daaaa.... |
makan time! |
ehh....knapa tgl srg ni...? |
masing2 terdampar kekenyangan suda... |
happy birthday Adli... :) |
haaa...yang tu aku punya...aku nak sayap kanan...lebih Afdhal... |
kalau pandai, yg mana kanan, yang mana kiri?? |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Geng Makan PBU 2024 onward
Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Pegui TV - Menonton Televisyen...tp kalau dlm bahasa srwk "Nangga TV" Nebei Nyaem - Tiada air Temok - Mandi Iteu Ku...