Yang terkini di sini

Lama jgk x update pasal mukah ni kan..
sebenarnya dah mcm2 benda baru yg wujud sejak last update hari tu.
start dari hujung tahun lepas, sampai dah 3/4 tahun 2014 ni, mcm2 benda yg dah ada kat sini.

Pertama skali adalah pembukaan Mall yg pertama di Bandar Mukah yang diberi nama "Medan Mall". Mall ni agak besar, 2 tingkat dan bersambung skali dgn sebuah hotel. yg aku mmg x pernah ambik tau nama dia. wpun dah agak lama mall ni wujud, tapi blh kira dgn jari tangan la dah berapa kali aku pi. Sebabnya aku masih selesa membeli di Glory......kecuali la bosan2 tu aku pegi jer la kat mall tu. Kalau nak ikutkan harga kat mall tu mmg lagi mahal dari Glory, so fikir sendiri la kan.
pintu masuk utama ke supermarket....kat sebelah tu ada eskelator untuk kebahagian atas. Kat atas  ada baju, kasut, cadar, toys...dan mcm2 jugak la.
Kat bangunan mall  ni jgk ada mcm2 kedai lain. ada kedai komputer, baju, massage....even yg jual air jenis "cool blog" pun dah ada. Setiap kali pegi mesti aku usha jer cool blog tu....rasa mcm nak beli, tapi debei pasti kehalalannya...ada skali tu siap dah beratur dpn kaunter, tapi keluar baris semula..hahahaaaa...mcm xder motif la pulak kan. massage pun ada jgk kat situ...bekam...dan mcm biasala ruang legar tu mesti jadi centre untuk semua even kan. cth nya seperti auto show.
maaflah kalau ada sesiapa yg terliur dgn gbr ni :)
Satu lagi benda baru yg baru buka di sini ialah "Watson". yg ni mmg ditunggu-tunggu sebab aku mmg suka shopping kat watson. Ada vvip kad kot...rugi jer kalau tak pakai selalu..heheheeeee. slalunya diam jer kad tu dlm purse, balik semenanjung skali skala baru guna. skrg ni seminggu berkali-kali msuk msg psl watson. maklumlah dok gores sedia... :)
Untuk pengetahuan, watson and mall ni adalah dalam deretan bangunan kedai yg sama. so, selain dari dua benda ni mmg byk lagi la kedai2 baru yg wujud di sini skrg. yg lain lebih kurang sama, so x penting sgt pun nak cerita. Cumanya bila dah byk kedai2 ni kami pun ada byk pilihan jgk la bila nak beli sesuatu barang. xder la beli sbb terpaksa beli sebab kat situ jer ada! hahahaa..boleh macam tu??
Soalan yg agak susah nak jawab bila ada org yg bertanya "Best tak duduk sana?" soalan ni kalau jwb ye pun akan jd kontroversi, kalau jawab sebaliknya pun samaaaaaaaaa....jugak kontroversinya. kalau boleh mmg xnak jawab, tapi kan slalu sgt org dok tanya..pasal apa ntah. kalau ko nak tahu sgt, mai la sini! Bila kita suruh dtg sini, tau pun takmau.eh....mcm terkeluar tajuk jer ayat ni....tetiba terasa nak macam nak terajang pokok betik belakang rumah! huhuhuhuuuuu...
Banyak seronoknya duduk di sini......seafood murah, boleh mkn lobster, ikan besar2, boleh tgk tempat orang....boleh try mcm2 makanan yg xder kat semenanjung, boleh pegi pesta kaul... Boleh kenal geng2 melanau yg baik2 dan cantik2, opismate yg sempoi dan kelakar yg x boleh blah......boleh itu...boleh ini....semua pun boleh lah. tapi cuma beberapa perkara jer la yg x best. dan beberapa perkara itu mmg memberi impak yg BESAR dalam kehidupan seseorang perantau tanpa rela mcm aku....

1. nak balik jauh, then kena naik flight, naik flight pulak mabuk, kena sacrifice cuti 2 hari untuk pegi balik, tiket mahal, nak ke sibu jauh, kena cari tempat nak simpan montel, kalau balik lama kena ada org panaskan enjin montel.....bla...bla...bla.....
2. nak balik kena mohon cuti, kena blk ikut masa yg dibenarkan, kena buat itu, kena buat ini, mesti mcm tu, mesti mcm ni, x boleh itu, x boleh ini....dan mcm2 lagi kronologi yg sentiasa berubah-ubah ikut angin semasa yg bertiup pada waktu tersebut.
3. balik.....cuti....balik....balik......cuti.....cuti....balik......balik(n-1)....cuti(n-1)....

So, kesimpulannya yang x best di sini ada DUA SAHAJA iaitu BALIK & CUTI....faham-faham sendiri la yer. masing2 rasa apa yg kita selalu rasa berkaitan dua benda nih. 
Dah jadi entry membebel pulak ni. Asalnya nak cerita 2 benda jer. Tapi dah panjang berjela serupa wartawan baru masuk keja. xtau nak fokus berita mana satu nak on air dulu. Entry ni xder kaitan kot dgn sesaper. Kalau ada yg terasa maaf lah yer, sekadar nak lepas tension...xleh simpan lama2...takut memudaratkan diri dan org2 terdekat....bahaya tu.
ehh....lupa pulak, ada satu lagi sebenarnya yg akan menjiwa kacau kan kami di sini. Selalunya setahun 2 kali akan jadi la.....tau tak apa dia????

Comments

Popular Posts