Iftar/sungkei/buka puasa~‪#‎jtmk‬

salam Ramadhan....tajuk tiru post si merah delima kat fb, senang keja, xyah nak pikir lama2. Mcm biasa bila bln posa ni setiap jbtn akan ada turn untuk masak di Pusat Islam (PI). Hari ni turn jabatan kami. Macam selalu geng lelaki la yg akan start beroperasi dulu. Dari pagi lagi depa dah pi cari barang, then terus jer proceed di PI. Kami yg muslimah ni lps zohor dinasour baru turun..... :)
Menu hari ini....nasi minyak, ayam masak merah, acar, buah tembikai, sup ayam.
oleh kerana musim durian dah start di Mukah, maka salah satu pemanis mulut ialah bubur kacang durian.
kami mkn 5 orang satu talam ni...sikit jer lagi nak habis. masing2 dah surrender...aku mcm biasa la, dah penuh ayaq bandung dlm perut.
ada jgk buah engkalak....buah ni cara mkn lebih kurang sama dgn buah dabai. kena rebus dulu, then gaul dgn garam. Punya la nak try mkn sblm berbuka tadi, bila dah berbuka semua pun lupa...ish..ish...rugi betul.
buah engkalak yg sudah direbus dan ditabur dgn garam.
acar ni hasil tangan Puan Kamilah yer...kami2 tlg potong jer..dan tlg gaul.
yang baju biru adalah ketua chef bahagian nasi....mmg mantop!! tgh cuti bersalin tu... :)
anak didik ketua chef sedang beraksi :)
Alhamdulillah, semua pun selesai dengan sempurna. Dkt asar kami dah blah....dtg semula bila dah dkt nak berbuka utk menghidang. tu pun mostly student yg buat. Bagus betul depa...mmg ringan tulang budak2 jtmk ni..tqsm. Asalnya nak terawih kat dlm poli jer...tetapi tetiba ter terawih di Mukah...heheheeeee....rupa2 nya ada sesuatu yg telah dirancang Tuhan.... .

Comments

Popular Posts