Weekend yang pendek, perjalanan yg sangattttt panjang! Berlima-limaan sebijik kereta, kami memenuhi undangan raja sehari di Kuching. Ada yg dah gerak sehari sebelum, tapi kami semua sayang cuti masing2....semua pun sanggup nak gerak hari Sabtu, dan balik hari Ahad. Perjalanan pergi dan balik pun dah lebih dari 20 jam.....Rasa badan dah jadik huruf "L" sbb lama sangat duduk dalam kereta.
sesi memotong kek oleh kedua mempelai
Selamat Pengantin Baru.........Miejol n Sue....semoga bahagia hingga ke akhir hayat...dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....
t/tgn buku pelawat????
mengabadikan kenangan bersama pasangan raja sehari sebelum bertolak balik ke Mukah. yes, kami memang dah janji nak pakai purple...our favorite color...dulu...kini...dan selamanya.
Di sini kenduri start waktu pagi. Bagi aku memang sangat sesuai sbb boleh bersanding lama-lama tanpa mengganggu waktu solat. xkan engko nak bersanding dari lepas subuh sampai waktu zohor kan.......bersungguh benor kot. Berbaloi bayar make-up + baju + pelamin mahal2...xyah nak kalut2 salin baju dan basuh make-up dan berkejaran nak solat zohor :)
Nak makan pun senang sebab semua dah sedia terhidang atas meja. Cuma duduk, basuh tangan dan boleh terus makan. Selalunya skrg xder dah hidang menghidang ni. Semua pun bufet jer...pandai2 la ngko ambik makanan sendiri. Pada pandangan aku, amalan gotong-royong masih utuh kat sini. teringat masa kecik2 dulu, mmg best bila nak knduri bila sedara-mara dan jiran tetangga beramai-ramai buat keja knduri.....pantasnya masa berlalu.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke pmu ketika Isyak sudah samar2 ke penghujung. Perjalanan balik diiringi hujan lebat. Semua dah kejang kesejukan dalam kereta. Pagi isnin pegi keja macam biasa wpun kaki terasa x pijak ke bumi. Kelas pun dah start isnin tu, mmg kagum lah dgn diri sndiri berjaya melalui semua ni....dengan izin Allah jugak :) ermmmmm....lepas ni kenduri sapa pulak yer???
No comments:
Post a Comment