Tuesday, February 24, 2015

Bila Hati Berbicara

Dah lama tak tulis rasa hati ni...mcm byk pulak yg asyik dok pendam sejak akhir2 ni. Agak2 kalau aku tulis ni kena tangkap tak?? Aku sebenarnya sgt tak suka isu politik....dipolitikkan, mempolitikkan org lain dan diri sendiri, dan apa2 saja yg berkaitan dgn perkaitan "POLITIK" dan yg seumpama dgnnya.
Bila tgk berita, baca dari internet, dah xtau mana satu yg betul, mana satu yg salah. Kadang2 aku rasa si A betul, kadang2 aku rasa si B yang betul, kadang2 ada pulak si C yg akan mengkonpiuskan aku yg memang sedia dok konpius. Akhirnya aku jadi menyampah......nak buat tak peduli?? ini negara aku...bangsa aku....Agama aku....maruah aku jugak...dan salah satu TANGGUNGJAWAB aku sbg khalifah-Nya di muka bumi ini.
Macam2 orang dok post kat media2 sosial...ada yg terlalu fanatik, terlalu taksub...sampai isu agama, halal dan haram, hidup dan mati jadi sandaran untuk berhujah. Apa cer?? Aku mmg x pandai sgt bab2 agama ni, tapi kalau dah benda2 yg mudah pun diremehkan, apa lagi yg akan tinggal untuk generasi seterusnya....siapa lagi yg kami nak percaya?
Dalam isu mcm ni x payah nak tgk jauh2....x perlu lah smpai nak libatkan menteri bagai....tgk jer keadaan sekeliling kita, contoh2 terdekat yg mmg dah terbuntang depan mata, tapi buat2 tak nampak, bak kata pepatah "Gajah depan mata tak nampak, tapi kuman seberang laut boleh pulak nampak dengan jelas". Semua pun nak jaga periuk nasik masing-masing, nak jaga kulaan masing2 kan...x kisahlah kalau ada org lain yg ditindas, mmg depa sikit pun tak kisah. Tapi aku tetap kisah!! But, dont worry, aku x punya wang dan kuasa.......aku hanya ada yang SATU. sudah cukup untuk aku, Alhamdulillah.

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...