Friday, May 29, 2015

aku yang dolu2

Balik cuti try check album gbr...cari gbr2 aku masa kecik2 dulu
tapi yg jmpa cuma gbr masa tadika
yg lain hilang pi mana ntah....x dpt jumpa..huhuhuuuuu...
masa tadika dh gelap cikit.....masa baby yg putih gebu :)
percaya tak??? nanti aku try cari lagi.
ambik gbq ni sbb nak daftar tadika. Aku masuk tadika lambat drp kawan2 lain. org masuk awal tahun, aku dah pertengahan tahun baru masuk. Mak kata sbb kami baru pindah situ, so mcm2 benda nak kena uruskan dulu. Lagipun mak kata bila dia tanya aku, aku asyik jwb xmau pi sekolah. mak htq aku pi tadika bila aku dah volunteer nak masuk sekolah, bila dia tanya aku dah jawab ya nak pi, baru parent aku pi daftar. Bagus sungguh mak aku kan. Nasib baik aku jwb ya jgk, kalau smpai bila2 aku kata xmau mcm mana????
kalau x silap gbq ni masa darjah 6. tudung mmg x boleh blah....x percaya pun ada. 
haaaaaa...gbr ni masa matrik kat uum. Masa ni jerebu teruk seluruh negara, so pasukan bolasepak kena mai berlatih ke utara sbb kat sini ok. seronok sungguh dpt bergambaq dgn azman adnan. Aku mmg peminat fanatik dia dulu, and thats why salah satu no yg aku suka ialah 19.
sebenarnya ada sorang lagi kawan aku yg minat giler kat si AA ni
slalu gaduh2 manja dgn dia sbb berebutkan si AA yg kami jer kenal dia
roomate aku srg kat matrik x suka pemain2 bolasepak.
siap warning aku lagi jgn pi tgk depa berlatih.
sbb nak jaga hati kawan kami pi senyap2, roomate aku srg lagi tlg cover line...hahahaaa..
lawak betul bila ingat balik masa tu.

Thursday, May 21, 2015

Reading, Writing & Romance

Melayan hari cuti sepuas-puasnya. Hari ni ada cerita psl cikgu di channel 702. Sempena hari guru kot. Kalau sblm ni aku review psl filem "Teacher's diary". Tapi cerita kali ni mcm ada kena sikit dgn aku. Kena tang mana??? Haaaaaa....mcm mana aku terjerumus ke dalam profesion ni mmg sama dgn cerita ni :)

Struggling actor Wayne still needs financial help from his worried parents as major parts are hard to find. Father finally convinces him to make some use of his teaching degree and accept at least an interim as high-school English teacher, for which he proves more adequate then the present staff. When model student J.D. also makes his class's Shakesepeare project an exciting success, Wayne, who also has a budding affair with a helpful school colleague, is offered a dream part in a major commercial, so he must choose.

Yang atas tu sinopsis dari internet. Mai aku cerita sikit lagi dalam. Si hero ni pelakon teater yg dah x laku sgt. Berlakon iklan pun yg biasa2 saja, org pun x berapa nak kenal. Mula masuk jd cikgu high school sbg cikgu ganti sbb ada cikgu yg bersalin. Kiranya terpaksa la sbb dah xdak income lain yg masuk. Kena pulak ajar pasal Shakespear yg mmg sgt boring.....cerita sejarah la katakan. Tapi sbb dia ni pelakon teater, maka dia berjaya menarik minat pelajar untuk belajar. Siap buat lakonan lagi untuk scene2 dalam cerita2 Shakespears tu. So, mmg sgt menarik la kan. Nak tau lagi.....kna tgk sendiri la kot.
ada budak ponteng sekolah sbb nak amik ayong kat airport. Ada hati lg nak stay kat rmh atok...hahahaaa...kamu tu dah sekolah cik.hanna...dulu2 boleh la....

Wednesday, May 20, 2015

kawan saya

Hari last di KL
Berjumpa dgn kawan lama..
kawan sek.men dan se universiti
Anak dah 3....comel2 belaka
Si Hanan yg cumil.....rambut mahai tu :)
wpun jarang sgt berjumpa tp anak2 ni mcm tau2 jer aunty ni kawan baik mama dia. Si adik masih baby masa 1st time tgk, Mula2 malu2, lepas tu melekat....xmo lepas...sayang sungguh dia.
Putrajaya hujan pagi tu....
Sahabat saya masak laksa t.hari tu...atas request dari sy jgk.
2 pinggan makan...mmg sgt sdp!
Dan memang sedang elok perut tgh lapaq.
Tapi....seronok sgt sembang, lupa nak potretkan diri bersama dia.
rugi...rugi....bkn senang nk jmpa.

Sunday, May 17, 2015

KLCC


Cantiknya ayaq menari :)
Aku, Dia & klcc
Setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke klcc, akhirnya dpt jgk sgh kali ni. Sbb dtg hari sabtu sgtlah ramainya org. Nk jalan pun asyik berlaga dgn org lalu lalang. Paling best tgk persembahan air pancut yg berwarna warni. Rasa nk menari jer kt situ....kl mcm ni punya show lepak smpai pg pun ok😂. Nah.....tayang ckit jer...nk tgk lebih2 kna mai sndiri.
Masa kami bertiga tgh bertungkus lumus utk mendptkn wefie terbaik, sorang perempuan chinese mendekati.

"I can take ur photo...."

Wahhhh....bagusnya. Bkn satu tp byk. Siap dr pelbagai sudut lg.


"Sini gelap la...apa kata u all ddk sblh sana. Eh...ada org la kt blkg, sini ckit..and...bla...bla..."

Mmg baik hati betul dia...kami pun berposing tanpa segan silu...tp ada jgk la malu ckit sbb org sgtlah ramainya. Foreigner lg ramai kot. Teruja sgt sbb dh lama x dtg sini.ohhhh....i love Malaysia❤❤.
Hi tea la sgt kan....mkn se coet ja....sgt manis!

Saturday, May 16, 2015

Good Morning Kuala Lumpur

Sampai sibu semasa senja baru melabuhkan diri...tirai malam baru bermula.
Yeayyy.....balik kampung. Transir KL dulu melawat adinda yg baru berhijrah ke sana. 2 jam lebih kot dr klia2 nk ke rumah dia. Baru trun flight dah kna ddk lama pulak dlm kereta. Mmg krem abis kaki tgn dan badan semua. Dari mengantuk smpai mata terbuntang balik....msih x sampai sampai.

Malam pertama di bumi semenanjung...sejuk dan nyaman. Sesuai dgn namanya De***e Hill. Alarm subuh berdering berkali2, x sdr bila ditutup. Tetiba jer dgr suara agak keras si adik mengejutkan untuk subuh. Hah! Dah siang sgt ni. Subuh pertama disini ialah subuh gajah.
Selamat Hari Guru buat semua
Alfatihah Shida....dah setahun kamu pergi. Semoga tenang di sana.

Friday, May 15, 2015

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang 2 biji buah epal.
Ibunya menghampiri dan meminta:
 "Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"

Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu, lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi. Ibu tersebut hanya dapat tersenyum melihat gelagat anaknya walau pun jauh disudut hatinya ada perasaan keciwa.

Tidak lama selepas itu, kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sampai berkata:
 "Nah...ibu ambil yang ini ya...kerana yang ini lebih manis!"

Tidak kira siapa anda, berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada, jangan terus membuat keputusan.. menjatuhkan hukum. Yang tersirat kita tak tahu. Apa yang kamu lihat tak semesti apa yang kamu sangka.

Thursday, May 14, 2015

Iftar di Petanak Chalet

Dah agak lama chalet ni bukak...sejak sebelum musim kaul hari tu lagi. Tapi baru semalam kami berkesempatan ke sana. Itu pun setelah baca review kat fb dari geng2 yang dah pernah ke sana. Oleh sbb puan sorang ni puasa, maka lps opis hour terus keluar utk booking sbb takut service lambat. Menu kami semalam : ikan bawal masam manis, sup ayam, midin goreng belacan dan pisang goreng cheese. Air, masing2 ikut citarasa sndiri. Aku mcm biasa....teh o peng tetap di hati :)
Juadah kami semalam
Yeayyy....saya dah raya....Alhamdulillah.
 Makanan kat sini ok2 saja. Nak kata sedap sgt tu xdak la, x sedap pun bukan...boleh lah....so so saja. Kalau nak compare, kat restoran perikanan tu lagi sedap la. Tapi kat sini lagi cantik dgn pemandangan chalet yg unik. Nak snap pun x nampak sbb datang malam kan. Yang paling x suka sbb byk nyamuk...huhuhuuuu..bukan kami saja yg bertamparan berkelahi dgn sang nyamuk, si pekerja pun sama jugak.

Wednesday, May 13, 2015

OOP vs JAVA

minggu ni berhempas pulas dgn kursus oop aka Java
wpun dah byk kali join kursus ni, tapi setiap kali pun x fasih2 jgk lagi
sgt respect dgn geng2 otai Java tu
Serupa makanan depa jer buat coding Java.
Luar dalam semua depa blh cover.....Mantap!
salah sorang Otai Java jtmk yg paling mantop...gua salute kamu Pn. Fai.....mmg taraf hardcore dah ni. Beruntung student kamu :)
kami duduk sebelah menyebelah....mmg jadi pljr paling bising la kan...nasibbbbb cikgu paham sgt dah. Kalau tak dah lama kena halau keluar lab.
bincang java ke gossip nih??
 minggu depan kursus mobile pulak.
Aku x dapat nak join sbb dah balik penang :)
Rasa rugi la jgk, tp balik lebih penting maaa.....
jom balik!

salah satu output yang berjaya di output kan. Ada skali tu coding 9 baris jer, tapi error sampai 24...memang melampau!

Monday, May 11, 2015

Makan yang tak sudah...sudah....

28/4/2015

Projek makan2 Hari Jumaat lps dibawa ke minggu hadapannya
Sebabnya semua pun sibuk dgn marking bg paper di minggu akhir
Menu yg simple tapi sedap!!
Buah jambu air, timun dan kacang panjang
tembikai or org sini panggil "semangka"
kepok!!
udang rebus
sayur pucuk paku
umai
linut yg masih dlm proses
selain umai yang dah digaul, ada jugak "umai jeb" iaitu umah cicah.

ini lah ketua chef merangkap boss masak memasak kat sini. Segala sambal, sayur dan udang adalah air tangan Pn. Roha...memang marbeles! Tgk la tu, multitasking betul
corat coret sebelum bermula.....slps???x sanggup nak snap....hahahaaaa
video di atas ialah cara2 membuat linut
1st time tgk nih....mcm magic kan :)
mmg sesuai dimakan dgn umai dan segala jenis ulaman dan jugak sambal

Thursday, May 7, 2015

Project Sibu

2 Mei 2015

Cuba untuk bergumbira seketika setelah kuciwa lagi dgn result pindah.
Masing2 menahan perasaan jer.....pandai semua :)
Enjoy selagi boleh wpun banjir melanda hati sanubari
Tuhan tolong kuatkan hati kami-kami di sini....Amin.
Kami on the road....balance kete lagi satu.
Best jalan-jalan kali ni sebab ramai yg join
Dari satu shopping Mall ke satu Shopping Mall
Mana jer pegi bikin havoc
Makan jgn tanya la.....menyesal pun dah tak berguna lagi
robot ni bergerak tau....nebes seketika bila tgn dia melilau-lilau kat sebelah. Terpaksa amik jauh ckit. Kalau ikut hati nak pelukkkk...
korang lah ilhamku.... :)
Geng kami semakin bnerseri dengan kejoinan 3 lagi dara yg lebih kurang sama sengalnya....red warrior, jdt and teman senegeri deme. 




Monday, May 4, 2015

Pesta Kaul 2015 - Lassstttt

Lamaaaaaaa....tertangguh entry Kaul yg last ni
Busy dgn marking semua bagai
Hari last tu pegi hanya untuk acara makan2 sahaja
Dari kepok lekor, tebaloi payak...sampailah kpd pizza melanau..
semua pun sedap hingga menjilat jari.
Masa tengah tunggu tebaloi payak tu sempatla tgk makcik2 melanau tu buat mcm mana. Tepung sagu tu depa campur dgn nyiur dan garam sikit kot..then susun jer udang fresh sebelum dibalut dgn daun...xtau daun apa..heheheee...then disalai atas api...siap!
tebaloi sedang disalai...panassss...
model sago!
Hari last baru dapat posing. Sebelum ni asyik gi malam jer, nak bergambar pun x berapa nak nampak. Dah dtg siang2 buta, panas la pulak kan..sbb hari last kena posing jgk wpun peluh meleleh2 sampai ke tumit :)
Masa nak meninggalkan Pesta Kaul kali ni rasa sayu jer dalam hati. Mcm sgt konfiden ini kaul yg terakhir....lps ni dah pindah...hahahaaaa...tgk result minggu lepas hampeh! Allah masih menguji,.....yang menganiaya masih gumbira di sana, diuji dgn ujian kuasa dan wang. Kami disini diuji dengan kekuatan mental dan kesabaran yang menggunung....waaaaaaaaaa....masih tak mampu.

Friday, May 1, 2015

Swimming session

26/4/2015 - Sunday

Hari Ahad yg redup
beramai-ramai ke Kingwood resort untuk bermandi manda
sudah lama tak practice berenang
ntah timbul, ntah tenggelam :)
baru warming up...tapi air syijukkkkk
gerangan siapakah yg sedang membuat aksi bebas itu??
Hotel Kingwood dari sudut pool
Dah mandi baru posing kat tepi pantai. 
Hotel Kingwood dari sudut pantai...di mana "MONTEL"??
Bfast yg dah lewat.....nak makan nasik kerabu kata si kakak
Puas rasa dpt berenang dan berendam lama hari Ahad tu
kecut abis jari2 kaki dan tangan
esoknya bahu pulak sakit2....mcm berenang la sgt kan
Tapi sangat puas bermain ayaq..... :)





Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...