Friday, May 15, 2015

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang 2 biji buah epal.
Ibunya menghampiri dan meminta:
 "Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"

Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu, lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi. Ibu tersebut hanya dapat tersenyum melihat gelagat anaknya walau pun jauh disudut hatinya ada perasaan keciwa.

Tidak lama selepas itu, kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sampai berkata:
 "Nah...ibu ambil yang ini ya...kerana yang ini lebih manis!"

Tidak kira siapa anda, berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada, jangan terus membuat keputusan.. menjatuhkan hukum. Yang tersirat kita tak tahu. Apa yang kamu lihat tak semesti apa yang kamu sangka.

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...