Tuesday, March 15, 2016

Lari Sekejap

12 & 13 Mac 2016

Minggu yg serabut...masing2 dengan masalah tersendiri, yg utamanya adalah isu sampai bila kami di sini. Sampai bila lagi kami perlu bertahan, lelah sudah dgn usaha menguatkan diri dari segi fizikal dan emosi. Hanya redha dgn ujian Yang Maha Kuasa wpun rasa ditindas sewenang-wenangnya.

Minggu lepas rumah sorang kawan di sini dimasuki ular...bukan kes baru di sini, tapi bila org terdekat yg kena, tempiasnya kepada kami sgtlah besar. Di saat si kawan menelefon bgtau, kita di sini dah laju air mata...xtau la sebab takut or sebab terkejut. Yang pasti, air mata kami di sini mmg sgt murah...mudah jer keluar bila2 masa saja. Agaknya sebab tu la rayuan kami2 ni tidak diendahkan wpun dah cukup masa kami di sini......
1st xtvt bila sampai di Sibu
Layan bowling.....sikit kan score kami org..
masing2 mcm xder mood jer nak baling bola
1st time jugak bergambar dgn swan...
Mercu tanda Bandar Sibu
malam hari melayan sate di Kg. bandung
sate sedap, yg lain hancus!

Bak kata si ilham, trip kami ke Sibu kali ni mmg sgt berbaloi. Banyak tempat kami sempat pergi. Tak pernah kami cover sebanyak ini kalau turun Sibu. Kami bermalam di rmh cousin ilham...seorang cikgu di sana. Dia pun dah 5 tahun berkhidmat di Borneo ni.

Tadi dpt msg borang tukar utk sem ni dah keluar. Perasaan bercampur2 datang kembali. Perkara rutin setiap semester, seringkali mengharapkan yang +ve. Semoga kali ni berjaya hendaknya. Dalam beberapa org yg response, ada sorg yg membuatkan hatiku cukup terbakar....

"Balik buat apa, duduk sana lagi baik."

Adakah kamu langsung tidak punya perasaan?? Sebab kamu memang tak rasa kan...Rasa nak bunuh org jer bila baca msg tu! Nak bunuh slow2.....biaq dia rasa kesakitan tu sampai ke akhirnya....Gerammmm!!!!

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...