Tuesday, June 28, 2016

Penang Mei 2016 - Bfast at beach

28/5/2016 - Sabtu

Pagi sabtu, bertigaan kami ke pantai berdekatan jeti ke Pulau Aman. Awal2 lagi dah pegi market utk beli bfast. Air dh buat siap2 kat rumah. Kebas jgk la kaki dan bontot sblm smpai ke sana. Fyi kami pi naik motor, sbb tu kebas. Aku 1st time sampai situ wpun dah bertahun bermastautin kat Penang. Dah kena berhijrah ke Borneo baru la teringin nak explore tempat sendiri kan.

Pantai ni ada 2 bahagian iaitu sebelah kanan dan kiri jeti. Kami pergi area yg x ramai org sbb nak privacy sikit. Masa smpai tu x ramai pun org, ada beberapa saja yg tgh tangkap udang di pesisir pantai. Rasa rugi pulak sbb x bwk jaring ke apa2 yg blh guna utk tangkap udang. Best jer tgk depa tu. Ada jgk yg guna jala.
yg nampak kecikkkkk tu adalah org yer yg tgh tangkap udang
ni pandangan dari atas
nak smpai ke pantai tu kna turun bukit sikit ja
abis mkn terus main2 air
yg nampak kat sebelah sana tu la Pulau Aman
bila ntah nak pi sana......mkn seafood murah depa kata kat sana
the other side of the beach

Balik dari pantai sgh kedai ikan
Aku masak gulai kerang + ubi kentang t.hari tu
sedappppppp
Lama dah entry ni duduk dlm kategori draft. Hari ni baru perasan. Harap2 x basi lg la post ni wpun dah sebulan berlalu. Mmg cun2 sebulan la :)

Monday, June 27, 2016

[FunOnTheNet] Make Up Artist

Her Majesty the Queen

Scarface – Tony Montana

Hulkamania

Don Vito Corleone – The Godfather

First Blood – Rambo

Jim Morrison the poetry

From The Captain Jack Sparrow to Lucia. Makeover In reverse

Tribute to the mighty Bette Davis in “Return from Witch Mountain”

It could work. Dr.Frankenstein – Gene Wilder

Who’s dead? – Jessica Fletcher

You are on a mission from God, Jake! – The Blues Brothers

Lust for Iggy Pop

Paint it black with Keith Richards

Rocky before the match

Rocky after the match

The Dark Lord of the Riffs: Tony Iommi – Black Sabbath

I fussed my passion for portraits and makeup by developing an artistic project consisting of me turning myself into characters and celebrities

Friday, June 24, 2016

Ramadhan 2016 - Bulan yg cantik

17 Ramadhan / 22 Jun 2016 / Rabu

Malam ni aku xpi terawih. Sejak dari petang lagi kepala dah pusing satu macam. Rasa loya, nak pitam semua ada. Lps bukak posa dlm pkl 8++ tu aku ajak ernie keluar cari buah2 yg masam utk hilangkan loya. Masa balik tgk langit ada bulan yg sangat cantik.......
Gambar ni aku snap dari dalam kereta, sebelum simpang masuk ke kuarters staf pmu. Yang bercahaya tu Pusat Islam (PI). Masa ni depa dah solat witir, tapi xtau rakaat ke berapa. Kuat rupanya bunyi audio tu dari luar PI.

Wednesday, June 22, 2016

Ramadhan 2016 - menu


Day 1 iftar
Roti telur goreng, sosej, baked bean
Day 2 iftar
Mission Wrap chicken filling
Day 3 sahur
Roti pizza
Day 3 iftar
Terubuk masin dan sayur sawi masak air
Teh tarik
Day 4 iftar
laksa utara beli kat bazaar. Beli ayam grg berempah jgk
dua2 aku belasah masa berbuka...hahahaaaa
Sahur jaga lambat, so panaskan lebihan roti pizza hari tu saja.
Day 5 sahur
maggi asam laksa
day 6 iftar
booking di Kreemover : Ayam tunok & ice blended tamar coco
gbr mknn x sempat snap, terus makan...lapar :)
gbr dari fb Kreemover......halal yer :)
day 7 iftar
berbuka di rumah ilham, dia bt roti jala dgn kari ayam
aku bt murtabak telur saja
iftar dan sahur day 8
sambal bilis + kentang & kacang buncis + carrot grg ikan masin
Iftar day 9 beli jer kat bazaar ramadhan. 2nd time aku ke sana dlm masa x smpai 10 hari berpuasa. Beli 3 benda jer pun, laksa penang (yg rasa laksa sbb isinya mmg laksa), begedil, ayam goreng. Hari ni 1st day iftar dgn kehadiran si Ernie. xtau la dimana silapnya, lepas mkn smpai la esoknya aku asyik cirit-birit x berhenti. Rasa nak terbocor puasa pun ada. Tapi Alhamdulillah kuatkan jgk semangat bila pikir nak kena ganti nanti lagi la malas kan.

Iftar Day 10 amik iktibar hari sblmnya. Dah sah2 perut aku ni sensitif, esp di bulan puasa, so apa lagi masak sndiri la...selera sungguh aku dgn ernie makan. Sampai terawih pun rasa berat jer mata sbb kenyang sgt :)
pajeri rebung.....aku letak udang kering dgn ikan bilis
ikan kembong dan terubok panggang...guna magic pan saja
tadaaa......ada smbal kicap utk cecah ikan dan juga pisang goreng
iftar day 11
Set Chicken Mushroom Soup Sugar Bun di Airport Sibu
sahur day 12
Chicken Cheese & Herbs pasta
Iftar dan sahur day 13 adalah benda yg sama masak hari tu. Disebabkan "insiden seram" yg jadi masa hari ke-13 tu, maka gambar pun lupa nak ambik. Menu utama yg aku masak adalah laksa utara. Walaupun dimasak di bulan puasa, the taste very the best....lepas terawih pun aku mkn lagi. Menu tambahan yg dibeli di bazaar adalah ayam panggang madu. Sedap! Untuk sahur, balance ayam tu aku carik2 kan + bawang + cili + salad + mayonis + sos cili + cheese dijadikan filling utk wrap. Sebelum tdo mlm tu aku balut siap2 dan simpan dalam peti. Masa sahur cuma panaskan dgn magic pan. sgtttttt sedap bila gigit meleleh-leleh cheese keluar :)

iftar dan sahur day 14 :
rendang ayam sedang dalam proses
kuah rendang yg sudah memekat dan sudah masak
oreo cheese cake ni beli di "My Bread" Mukah
Mee kari drp my jiran yg baik hati....tqvm
selain rendang ada jgk sawi grg.
Aku buat kuih keria yg x berapa nk comei bentuk tp sdp
Jiran atas satu lg bagi kuih buah melaka...sedapppppp
iftar day 15
Nasi goreng, mee goreng dan puding roti cheese
mee bandung ditaja oleh Pn. Yatt (TQVM)
Menu hari ni mengabiskan balance stok dlm freezer
Special Nasi grg for someone special jgk
Skali salad, tomato, mayonis semua ada dlm pinggan dia...berkhasiat sgh
pinggan aku hanya nasi grg dan telur saja...aku mmg x suka sayur tu :)
sahur day 15
nasi grg lebih iftar, puding roti pun lebih iftar jgk
ditambah dgn chicken wrap dan popia ayam + kentang
iftar day 16
beli kat bazaar/luar : nasi ayam, kfc, kuih keria, kuih cara
tomyam superb tajaan jiran atas (Tq Ena, Wani, yaya)
Bubur lambuk special juga tajaan jiran atas (Tq Pn. yatt)
iftar day 17
Bihun goreng (terlebih garam), telur mata, sosej dan wrap
iftar day 18 lupa nak snap. Ajak Fifah berbuka skali. Stok bahan basah pun dah xder dlm peti. Menu kami hari ni ialah Sardin msk asam, telur dadar, bendi grg dgn fishball dan rendang ayam (panaskan semula yg sblm ni). Juga ada menu tambahan dari jiran atas, Spagetti carbonara (Tq k.Nora). Untuk sahur, si Ernie mkn nasi lebihan smlm dgn kicap dan telur mata. Aku mkn roti canai segera dan popia.
iftar day 19
kuew teow grg, telur mata, pisang grg, koktail buah dan tomyam ayam Hanan yg bagi
iftar day 20
jemputan berbuka puasa di rumah ilham
soto ayam dan popia daging cheese yg superb
aku bwk pisang grg (baki pisang kelmarin nya)
close up.......pinggan soto yg pertama :)
sahur day 21
ikan bakar bersambal dan asam pedas keladi...sedappppp
iftar day 21
berbuka di Pusat islam lps majlis khatam Al-Quran
Menu nasi briani dan kuih-muih
iftar day 22
cucur udang + kuah kacang, sandwich sosej + cheese, air kopi panas
sahur day 23
kuew teow bandung (resepi org johor), sandwich balance iftar
iftar day 23
hari ni berbuka sorang sbb ernie ada majlis berbuka dgn geng utm
menu ulang tayang iftar dan sahur
cucur udang + kuah kacang dan mee bandung.....
sahur day 24 buat ikan bakar dgn ulam pucuk membangan
Iftar Day 25 sudah di Semenanjung. Aku turun Senai, Johor sbb nak balik dengan adik. Iftar di rumah k.ct. Aku request tomyam sbb mabuk flight yg melampau. K.ct buat kuew teow grg seafood yg sgt sedap. Banyak aku dan imah mkn masa berbuka tu :)

Iftar day 26 masih di Johor. Imah ajak berbuka di sebuah restoran masakan arab kat area Batu Pahat. Aku ikut jer....makan xder hal punya. 
Set Mandy + Khabsah ayam dan kambing
aku blh makan ayam saja
orange juice order skali dgn set nasi
air sirap foc disediakan oleh pemilik restoran
Iftar day 27 di rumah kawan imah, Kak Sofi. Dia org Indonesia. Makan byk jugak sbb sedap wpun lauk simple. Masak air pucuk manis + jagung, sotong kering dan smbal goreng yg super sedap. Ada jugak cucur jagung dan kuih-muih yang lain.

Iftar day 29 Aku masak nasi daging. Mak buat ayaq asam yg super ohsem dan juga ketam masak lemak. Kurma daging dan jelatah adik ipaq yg bawak.
air asam
ketam masak lemak kuning

kurma daging
jelatah
dah lama x buat nasik daging.....Alhamdulillah menjadi
1st time buat guna beras basmathi
Iftar day 30 ialah menu hari raya. Keluarga kami mmg secara tradisinya akan masak menu hari raya sehari sebelum. So, apa yg dimakan masa iftar hari terakhir adalah sama dgn menu di pagi hari raya. Menu wajib ialah ayam masak merah + air asam dan sup ayam. Yg lain2 mengikut apa saja yg ada dan di request oleh ahli2 keluarga yg lain.

Alhamdulillah...dapat jgk aku siapkan entry ni yg aku rasa paling panjang dan paling lama. Diupdate hampir setiap hari sbb aku mmg jenis pelupa. Ada jgk yg tertinggal sbb lupa update dan lupa jgk menu nya. Saja jer buat entry ni utk panduan sndiri di masa akan dtg....Inshaallah.

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...