18/6/2016 - Sabtu
Bila bulan posa ni, weekend adalah sangat di tunggu2. Selain boleh bgn lewat, duduk saja depan tv berjam-jam pun dah heaven sgt. Lepas sahur jer aku terus tidor balik. Kononnya lps sahur nk terus basuh baju, senang sidai awal dan cepat kering. Tapi panggilan tilam, selimut dan bantal mmg x dapat nak tolak. Sedar2 jer dah dkt pkl 10 pagi....itu perkara biasa bila posa... :)
Lepas jer cuci muka semua aku terus ke dapur. Sambil2 mesin baju, aku buat preparation untuk masak kuah laksa. Yg lambatnya bab nak asingkan isi dan tulang jer la. Yang lain2 tu sat saja. Sebelum pukul 11, kuah dah siap semua letak atas dapur. Biasanya bila masak aku mmg bukak tingkap dan pintu blkg, kalau tak abis satu rumah berbau. Bila bukak ni kurang la sikit.
Sambil2 mengacau kuah laksa dalam periuk tiba2 terasa diriku diperhatikan. Mata terus pandang keluar....wahhhhhh terkejutnya aku, sekor ular hitam betul2 ada kat depan pintu dapur tu, dah get ready nak masuk dalam rumah. Aku terus lari ke depan sambil panggil ernie mcm dah histeria jadinya. Mata masih kat luar sbb nak tgk ular tu masuk ke mana. Walaupun takut terpaksa jgk tgk.....dengan air mata yg dah laju mcm hujan.
Masa si ernie smpai kat aku, ular tu dah pun masuk ke dapur, x sempat lagi nak tutup pintu. Ular tu mcm mmg nak serang kami sbb dia terus jer menjalar nak mai ke ruang depan. Mula2 xnak tutup pintu tengah tu, tapi kalau biar takut sampai ke depan, bilik pulak dia masuk. Kami terus tutup pintu, dan halang bawah pintu tu dgn bundle kertas A4. Waaaaa......di saat2 genting mcm ni semua org pun x jawab call, xder kat rmh la, xder liputan la.....geram betul!
Dipendekkan cerita, akhirnya ada 2 org Hamba Allah datang membantu. Bersungguh depa menyelongkar dapur mencari di mana ular tu bersembunyi. Depa jugak la yg tutup api gas aku yg kuahnya dah bersungguh2 mendidih. Nasib tak masuk dalam periuk tu. Alhamdulillah, akhirnya depa jumpa di sebalik almari, bergayut kat situ (Ernie yg bgtau, aku mmg x tgk dah). Tu pun setelah abis semua brg kat dapur tu dialihkan. Memang mcm tsunami la dapur aku semalam.
Aku punya imaginasi mmg tinggi. Walaupun depa dah tangkap ular tu, tapi masih jgk terbayang2 dimata, takut2 kalau dia ada geng. Dengan dapur yg bersepah, penatnya menjerit dan menangis, mmg xder hati la nak kemas. Call service maid Mukah, katanya minggu depan baru blh datang. Akhirnya si Ernie ctc geng dia di kamsis. Depa la yg mai tolong kemas, basuh semua dapur aku smpai belakang. Baru la aku berani nak masuk dapur lepas tu.
Sebenarnya, sblm ni mmg xder la benda2 mcm tu nak masuk ikut blkg. Tapi, lubang2 yg aku tutup sblm ni abis dibukak budak2 yg dok main kat blkt tu. Dah ditegur, tapi masih jgk buat bila aku xdak kat rumah, GERAMMMMMM SGTTTT! Sblm balik hari tu aku sempat tutup dengan jaring jer yg agak besar la lubangnya. Baru jer 2 minggu aku balik dari bercuti, 2 hari pertama jumpa scorpion, mg lepas pun jmpa scorpion yg berganda besarnya, smlm pulak si ular......lemah sgt dah rasa jantung aku ni asyik terkejut dgn benda2 mcm tu.
Bak kata si Chelva... "Kita tunggu harimau, singa, gajah pulak masuk rumah lps ni K.sal".
Budak2 tu abis basuh dapur tu dh dkt 3.30 ptg. Lps tu kami semua keluar ke bandar. Depa nak ke Bazaar. Aku ke kedai hardware dulu, cari jaring yg memang sgt kecil lubang2 dia. Jaring nyamuk terus aku beli. Balik tu sambung proses laksa, sambil2 pasang jaring dulu kat belakang. Ernie la yg byk tolong pasang, aku masak sbb dah lewat sgt. Siap pasang, masak semua dah dkt pkl 6.30, sikit lagi jer nak bukak posa. Memang sgt penat kami semalam. Malam tu sebelum pkl 11 dah lena kami berdua. Sedar2 jer alarm sahur pkl 4 pagi.
**Masa tgh taip ni pun masih lagi ketakutan...waaaaaaaaa.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Geng Makan PBU 2024 onward
Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Pegui TV - Menonton Televisyen...tp kalau dlm bahasa srwk "Nangga TV" Nebei Nyaem - Tiada air Temok - Mandi Iteu Ku...
1 comment:
Siyan hg sal.....kena jaga2 lps ni. Hg jadi x nk turun senai 30hb ni? Klu jadi aku nk g ambik....1 julai tu aku n yah nk balik kg dh....hg n imah kelik kg bila?
Post a Comment