back to the schedule



24/11/2012…..hari yg best sbb kembali ke kg halaman di Penang…sedar x sedar 3 minggu dah berlalu dan kembali semula utk bekerja…waaaaaa…waaaaaaa… xsuka….xsuka…..

ni masa dr LCCT nk ke png...terpaksa senyum wpun fening2 lalat...syok sbb nak blk png..haaa..haaaa.....
 Kita simpan dulu citer2 masa cuti sebab banyak sgt, xtau nak start yg mana dulu…heee…heeee…

Hari ni kembali semula ke Borneo dgn hati yg berbelah bahagi, hanya jasad sahaja di sini, tapi hatiku masih di sana, masih bersama orang2 tersayang, udara yang sempurna, suasana yang haptic…pencemaran udara, bunyi, jalan yang selalu jammed…tapi aku suka….kerana aku bukan jenis yang mengagumi “SEPI ITU INDAH”…

 Flight hari ni serba x kena….bermula dr Penang lagi dah tak lancar, dengan kipasnyer yg berbunyi-bunyi semasa baru nak terbang, sentiasa bergoyang-goyang semasa di angkasa….memang memeningkan perut dan kepala…aku mcm biasa pejam jer mata selagi x sampai…macam dah jadi sumpahan pulak, asal masuk jer dlm perut kapal terbang mesti kepala pusing, then perut pun sekali pusing…

Yang paling worse bila dr kuching ke mukah, terpaksa naik twin otter yang memang kecik ala2 remote control flight…dup…dap….dup…dap……blm terbang lagi aku dah berpeluh…takut gayat and takut muntah…dan sememangnya apa yang aku takut2 kan menjadi kenyataan..haaaa…haaaaaa…..perjalanan yang paling seram dan teruk bagi aku setakat ni….flight asyik berlanggar awan…bergoyang2…..senget2….pemanduan yang bagi aku memang x best langsung….baru setengah jam perjalanan aku dah mabuk teruk…berusaha menahan sampai keluar peluh2 sejuk…cuba tahan muntah dgn makan sweet mints….memicit2 tengkuk sendiri, mengipas2 muka…..mengucap…berzikir…..ntah apa2 lagi la….memang aku cukup tersiksa sepanjang perjalanan….taubat aku xmau naik dah twin otter..terpaksa jgk drive berjam2 ke sibu…..menci!!!

ni la twin otter nyer...kecik kan?? nk masuk pun kena tunduk...rasa mcm duduk dlm van yg blh terbang...blh ker aku buat analogi mcm tu...???




Comments

Popular Posts