Laksa Penang Ala Kami

one of our family favourite's food is asam laksa....and laksa is my most favorite food all the time...truly...bcoz of the kekerapan membuatnya, so the recipe bertambah baik from time to time..biasanya kan kalau blog perempuan ni mesti x lari dari resepi, fesyen...tips...tapi seingat2 aku la kan, mmg jarang jgk la nk share resepi kat sini...food pictures mmg byk la..heeeheeeheeee...mkn jer tahu kan, masak???boleh jgk tau...tp xder la pro sgt....so kali ni nak share la resepi laksa dari keluarga kami....

Bahan A
1. Cili kering 15 - 20 tangkai, ikut kepedasan yg disukai. rebus dan buang biji. Boleh tambah 3-4
   tangkai cili padi jika nak tambah pedas lagi.
2. Bawang besar 4 - 5 biji, bergantung kpd saiz. Kalau guna bawang merah yg kecil tu, agak2 portion
    nya sama dgn 4/5 biji bawang besar tadi.
3. Belacan sebesar ibu jari dewasa (boleh juga dibakar sblm di blend)
4. Ikan kembung/sardin/selayang 1 kilo. (direbus bersama asam keping (3-4 keping) dan garam
    secukup rasa, kemudian asingkan isi dan tulangnya).
    Tips : lebihkan rasa masin semasa merebus ikan.
5. satu tin sardin sederhana besar (biasanya kami gunakan 'Ayam Brand' or 'King Cup').

Bahan B
1. Laksa sekilo.(rendam dan rebus sehingga lembut. toskan)
2. Asam keping.
3. daun kesum










4. Bunga kantan











Bahan Option.
1. Buah nanas.(potong ikut saiz yg disukai)
2. Lengkuas.(diketuk seperti halia)
3. Jintan manis dan jintan putih satu sudu kecil.(dikisar bersama cili kering)
    tips : jintan dan lengkuas  dimasukkan utk tujuan perubatan. laksa mmg dikenali sebagai makanan
             yg sejuk dan boleh menyebabkan angin satu badan. so, salah satu cara utk melawan sejuk   
            dan panas tersebut ialah dengan memasukkan jintan dan lengkuas. rasa kuah cuma lain ckit  
             saja,.....percayalah, masih sedap dan yummy!

Hiasan (ikut citarasa masing2)
1. Cucur (campuran tepung gandum, bawang dan garam. bancuh mcm nak buat jemput2, tp cairkan
    sikit).
2. Timun.
3. Salad.
4. Telur rebus.
5. Bawang.
6. Cili merah.

Cara membuatnya :
1. Blend semua Bahan A dan masukkan ke dalam periuk. (guna air rebusan ikan utk blend). Blend
    asing tulang ikan dan tapis ke dalam periuk.
2. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
3. Masukkan juga sekali Bahan Option jika mahu.
4. Tambahkan air secukupnya.
5. Masak lebih kurang 40 minit hingga 1 jam. (bergantung kpd kuantiti kuah). Pastikan kuah betul2
    masak (kuah sudah masak bila sudah tiada bau cili kering)
6. Perasakan dengan garam sebelum api ditutup.
7. Hidangkan dengan bahan-bahan hiasan yang disukai.
lebih kurang mcm ni la rupanya bila dah nak dimakan....sedap kan...kan...kan....tiba2 terasa air liur ku meleleh..
Petua masakan
1. Boleh juga dimasukkan satu sudu sos ikan untuk menambahkan perisanya.
2. JANGAN gunakan MSG....cth : ajinomoto/pasti sedap/secukup rasa
3. Pastikan kuah cukup rasa masamnya. boleh tambah air asam jawa.

Comments

Popular Posts