Happy New Year 2014

Cute gift from korea.....thanks my dear friend, sukaaaaaaa....sgt2.
Alhamdulillah, tahun baru 2014 smpat disambut di penang, walau hanya beberapa jam cuma...aku redha. Bila sampai jer tahun baru mesti nak buat azam baru...tapi azam yg tahun2 lepas pun x tercapai lagi..mcm mana ni?? Kalau ikut bilangan tahun, tahun ni dah cukup la 3 tahun aku di bumi Mukah..2012...2013...2014....haaaaa....agak2 boleh tukar x?? Kepada sesiapa yg berkenaan, SILA JAWAB!
Apa yer kpi utk 2014 ni? Mcm platipus jer kat sini, xleh nak pikir nk buat apa...utk kerjaya? family? personal? Doaku semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya..
tahun baru....imej diperbaharui..tanda2 dah semakin veteran...heeheeee...sedap ckit dari ayat semakin tua kan? kan?

Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu


Comments

Popular Posts