Monday, April 14, 2014

Kursus Blog : 14 - 15 April 2014 (Day 1)

Hari ni ada kursus blog anjuran Unit Teknologi Maklumat..
Nak jugak join utk tambah hari berkursus
Tapi nak tulis apa yer???
Gossip??Tazkirah??Resepi??
Errmmm.....AkU bUntU
Ni pc kat tempat aku...nampak x masih lagi kosong, hanya ada gbr blog tu jer...
dapat air kotak perisa mangga
semalam birthday x-opismate dari poli lama...Selamat Hari Lahir, Semoga panjang umur, murah rezeki...bahagia di dunia hingga ke akhirat.
Nak share resepi lah
ni resepi dari arwah tok saya
masakan orang banjar
sy sgt suka masakan ni masa kecik2 dulu...
sampai skrg pun suka, tp xder org nk tlg buat dan ssh nak cari ikan yg sesuai.
dah ingat2 lupa pun cara nak buat...harap2 betul la kan.

nama masakan ni "tuop"
xtau la betul ke tak spelling mcm tu, tapi mmg bunyi mcm tu la bila disebut :)
bahan utama untuk masakan ni ialah ikan sungai, biasanya guna ikan sepat...ikan ni paling sedap
tapi dulu mak aku pernah buat guna ikan bunga ayaq dan anak ikan siakap....pun sedap jugak.

Bahan-bahan
ikan (guna ikan yg saiz kecil)
cili merah (kalau nak pedas masukkan la sedikit cili padi)
kelapa parut
serai
kunyit hidup/serbuk
belimbing buluh / asam keping

Cara nak buat
1. masukkan kelapa + cili + kunyit + serai ke dalam lesung batu dan tumbuk.
2. Masukkan bahan-bahan yg ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama dengan ikan + asam +  
    sedikit air.
3. Rebus sehingga ikan masak dan perasakan dengan garam.

dah siapppp....senang kan...dan of coz la sangat sedap...

Dah lama sebenarnya cuba untuk masukkan video dlm blog ni
tapi sokmo x berjaya
sik pasti apa masalah sebenar
adakah kerana browser or line internet??
tolongggg.......

Kursus Blog - Day 2


No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...