Hari ni hari meeting...pagi ada DUA meeting...petang pun sama, dua jugak..x sempat abis satu meeting kena pulak pi meeting yg lain..hai..mmg mcm tu la kalau hari Jumaat. Semua pun berebut-rebut nak buat meeting. Geng2
Mahou JTMK pulak sibuk nak makan2 version orang Melanau. Salah satu menu yg kebanyakan kami2 dari semenanjung ni belum pernah try adalah "
LINUT" ataupun kalau di Sabah dikenali sebagai "
AMBUYAT".
|
bahan utama untuk membuat linut...tepung sagu. Sebenarnya semasa membuat linut ni ada pantang larangnya. Orang yg membuat dan yg berada berdekatan tidak boleh gelak/ketawa. kalau tidak ia tidak akan menjadi. Aku rasa memang betul la.....tadi kali pertama bancuhan ramai yg gelak..memang x jadi pun linut nya. cair semacam jer, tak melekat-lekat pun. ajaib..... |
|
sepatutnya kena jadi macam ni...warna jernih dan melekat pada garfu. cara nak makan pusing2kan jer dan cicah la dalam sambal tadi...bagi aku kesedapan linut ni adalah pada kesedapan sambal tu sendiri dan juga struktur linut tersebut. kalau nak kata dari segi rasa, memang xder rasa apa2....sebab sambal si jc yg sedap tu, makanya kami semua dapat makan linut yang sedap!! terima kasih semua yer..lain kali jgn serik nak buat lagi..i like.... |
Kalau di sini biasanya acara makan2 linut ni disertakan dengan ulam-ulaman dan jugak sago. Madahnya si jc, lepas makan linut mesti makan sago kerana kepercayaan org melanau makan sago slps makan linut sebagai menjemput rezeki....bagi nelayan supaya hasil tangkapan lebih banyak dan bagi petani pulak supaya tanaman subur dan mendapat hasil yg banyak jugak..betul sik apa yg kamek madah??
|
Di sini linut dimakan dengan sambal ikan bilis. Kadang2 ditumis dengan sayur midin jugak. Senang sangat nak buat sambal ni, dan sangat sedap!! Bahan2nya cuma cili merah, sedikit cili padi ikut kepedasan yg disukai, ikan bilis yg direndam lebih kurang 15 minit, sedikit belacan dan garam. Masukkan semua bahan2 ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga sebati semua bahan tersebut...mcm gambar yg kat atas sinun. Kalau malas sangat blend jer dgn blender, tapi hasilnya mmg x sama la dgn yg ditumbuk tu. Then masukkan ke dalam mangkuk bersama perahan air limau kasturi/limau nipis. Untuk linut kena tambah air supaya cair ckit, senang nak cicah linut tu nanti. Untuk ulam cukup sekadar perahan limau sahaja. Dah boleh makan....senang kan?? |
|
antara ulam yg sempat dibeli di pasar mukah....kacang botol, pegaga, kacang panjang dan jugak timun. yg kaler hitam tu adalah cicahan untuk buah kedondong...nyum...nyum.... |
Selain dari linut, ada jugak umai, laksa penang, buah-buahan...semua tu x sempat nak snap sebab semua pun sibuk dok makan. walaupun kepedasan tapi mulut tetap jugak mengunyah satu demi satu tanpa rasa bersalah...hahahahaaaaa...smlm dah beria-ia bersenam bagai, hari ni makan tak ingat. Sedap oooooo...xtvt selingan di musim exam..patut la orang-orang sini cantik2 jer kulit depa, figure pun maintain wpun dah beranak pinak...tgk la depa makan mcm mana kan....
No comments:
Post a Comment