Minggu pertama PnP bermula, sempat masuk kelas sehari jer. Then kena sambung pergi kursus sampai Hari Khamis..Jumaat pulak
pmu monthly meeting, apa nak buat, semua pun termasuk dalam kerja kita jugak. Kursus pun kursus la...hopefully minggu depan PnP akan berjalan lancar....Amin.
Sekarang ni kan memang panas, di mana2 area, negeri, malah DUNIA (yg ni ayat dari sorang adik tu) memang sangat panas. So, seboleh-bolehnya nak duduk jer dlm opis, xnak kluar mana2, even balik rmh t.hr pun agak malas. Lagi pulak busy kan...rasa mcm nak tidur jer kat opis..hahahaaaa...terlebih rajin la pulak.
Bila cuaca panas ni, body temperature pun senang jer nak naik. Dgn kelas yg byk, student yg ramai dari biasa, rasa mcm tgh buat konsert dgn kumpulan hujan di Dataran Merdeka! Ehhh....rasa mcm xder kaitan kan?? Ntah....belasah jer la.
Tapi yg bestnya sem ni dpt ajar kelas sem 1...dah lamaaaaaaaaaaaaaa sgt x dpt ajar sem 1 ni. So, mmg best dgn perangai depa yg baru nak beralih dari sekolah ke ipt. Masa sesi taklimat siap panggil aku "kak", aku cuma mampu tersenyum dalam hati sambil berkata2 dgn diri sendiri "nasib depa panggil aku kakak, kalau dibantainyer panggil makcik??"huhuhuhuuuuuu...
Boleh lah dimaafkan sbb depa x knl lagi....tapi bila dah masuk kelas, dah perkenalkan diri sbg pensyarah kursus, tapi masih panggil kak?? ko apa kes?? Yg panggil "cikgu" tu rasa sejuk jer hati....mcm mnum air teh tarik ais kat Sabah hari tu..heheheeeee..nak jugak tu.
Sebenarnya ada beberapa lagi la aksi2 student sem 1 ni yg bila diingat2 semula boleh menggeletek hati dan perasaan sendiri. Tambah2 pulak bila sembang dgn geng2 seangkatan, mmg tak terjangka sorang-sorang punya pe'el. Tapi...itulah indahnya jadi cikgu ni. walau mcm mana stress pun, masuk jer kelas, Inshaallah semua tu akan hilang wpun bkn 100%. Percayalah!!