Pesta Kaul 2015 - Teluwaih jinih and Jemelai Gap

gbr curik dari fb mymukah :)
Pesta kaul datang lagi
ini kali ke-3 sambutan kaul aku di sini
Sambutan dan preparation yg makin hebat dari setahun ke setahun
pentas utama pun makin besar, luas dan vouge

Kalau sebelum2 ni hanya ada pertandingan "Teluwaih Jinih" sahaja, tapi pd tahun ini ada skali dgn "Jemelai Gap". Maksudnya ala2 ratu cantik dan jejaka kacak Melanau. Syarat utama nak masuk ni mesti adalah orang Melanau. Soalan2 yang ditanya pun berkaitan dgn adat resam dan budaya Kaum Melanau. Kalau nak kira dari segi cantik dan segak, orang2 melanau ni mmg keturunan yang cantik2 belaka. Kulit putih, bersih, kecik molek....comei sedia!
Bersungguh aku record video tu, tapi bila play balik xder sound rupanya...sedihhh.....
teluwaih dan jemelai sedang diuji tahap IQ masing2...sian deme, nerbes abis.
Pengunjung dihiburkan dgn tarian sementara juri mengira markah. Malam tu ada artis jemputan, Daus dari AF8. Aku pun dah lupa sbnrnya Daus tu yg mna satu, siap Google lagi cari...heheheee...comei rupanya dia!
Malam semalam sangatlah ramainya umat manusia. Kami park keta pun jauh yg amat. Berjalan kaki rasa terketaq-ketaq lutut. Padahal masa berdiri tgk kat pentas tu ok ja...hahahahaaa...aku masih belum berpeluang berposing lagi kat situ. Asyik pegi malam jer, sbb siang sgtlah panasnya. Tak sanggup rasa nak meredah kepanasan..tapi kna pi jugak ni... :)

Comments

Popular Posts