Tuesday, June 30, 2015

Hari ke-13

Inshaallah...hari ni dah 13 hari kita berpuasa utk tahun ni. Rasanya tahun ni agak mencabar sgt sbb cuaca yg panas melampau. Ditambah pulak dgn masalah ketiadaan air, maka opis dan semua lab dan kelas pun ketiadaan aircond. Sesi pnp bermula dlm keadaan yg amat panas di bulan puasa...huhuhuuu....kalau iman x kuat mau bocor puasa aku. Tapi Alhamdulillah masih bertahan hingga ke saat ini. Semoga dipermudahkan sehingga ke akhirnya....Amin.
Sem ni aku dapat 4 kelas dan satu group projek. Jadual mmg sgt kelam-kabut. Isnin dan selasa kelas 6 jam, rest sejam saja utk setiap session. Dah la subjek yg berlainan, student yg ramai....mmg sgt mencabar lah. Preparation hanya blh buat pd hari rabu, khamis dan jumaat. Kena prepare siap2 utk 2 hari yg direct tu :)
Teringinnya nak makan nasi lemak hijau dr minggu lepas lagi. Nak buat x larat.....ada sesapa sudi tlg buatkan?? Mengada betul tekak ni...padahal bila berbuka bknnya makan byk pun. Dah telan ayaq bergelen, terus penuh perut!
sedap kan??? melayan nafsu di bulan puasa...oh my...
Dua minggu berturut-turut kena kerja hari Sabtu semata-mata utk cuti raya. Sanggup jer semua org asal dpt balik kg awal. Weekend yg sehari sahaja dihayati sepenuhnya. Mostly dgn melayan mata...hahahaaa.....mmg sdp tdo kalau puasa ni kan :)

Sunday, June 28, 2015

jom buat laksam

mg lepas tetiba teringin nak makan laksam. nak pegi bazaar mcm sgt malas...so google resepi and bersedia dengan segala bahan yg ada. Harapan begitu menggunung untuk merealisasikan makanan yg pun 1st try jugak. Dalam hati asyik berdoa semoga menjadi....Aku guna resepi dari sebuah blog.

Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak
Aku mmg ikut betul2 resepi ni, cuma kurangkan kuantiti sbb aku sorang saja. Tapi laksam aku jadi keras dan melekat kat loyang kukus tu. xtau la psl apa....hampir2 give up dah...3 jam lbh kurang aku bersilat kat dapur kot...lenguh abis semua kaki tangan...huhuhuuuuu...nampaknya aku kna berguru dulu ni.

Bahan-bahan kuah :
  • 4 ekor ikan kembung (aku dpt beli yg besar2 dr pasar mukah) dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Kuah memang jadi dgn bestnya, cuma agak tawar sbb x blh rasa. Tapi bukan masalah besaq sbb garam blh tambahkan. yg menjadi masalah adalah laksam yg agak keras, so mkn x brp nk feel sgt :(

Dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis

Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit 
kuah yg sedang menggelegak...masa ni bau dia mmg x blh tahan....sedappppp sgt!!
laksamku.....ulaman hanya ada timun, daun kesum, bunga kantan dan taugeh. kacang pjg xder, malas dh nak cari. sambal tumbuk pun menjadi sgt sedap :)
So, lps ni boleh la try lagi untuk buat sbb dah tau cara...lg senang dari nk buat laksa penang. Cuma aku kna betul2 belajar cara nak buat isi laksam tu lagi. Kuah lebihan laksam tu aku beku kan jer dlm peti sejuk. Lps 3,4 hari baru aku masak balik, makan dgn laksa pulak....mmg sdp!! Alhamdulillah.

Monday, June 22, 2015

Student baru sesi Jun 2015

Student baru ke pmu dah mendaftar hari sabtu lepas. Buat pertama kalinya nama aku tidak terpilih sbg ajk pendaftaran...hahahaaaa...sukkaaaaaaa sgt! Tapi kalau kena pun x kisah, symp kan. Sebab tak bertugas, aku dgn ilham ke pekan sabtu Oya..saja nak jalan2 sebelum posa.

Hari Rabu lepas depa dah abis orientasi dgn poli, so masa utk jabatan pulak. Sebelah pagi taklimat dari unit2 berkaitan dan petangnya bergotong-royong. Asalnya gotong-royong hari Jumaat, tapi kesian pulak sbb dah puasa bg yg muslim. Apa2 jer lah kan.


Gambar di atas adalah semasa sesi taklimat. Oleh kerana student ramai, dewan kuliah jbtn x dpt nak guna, so bersila lah semuanya di bhgn opis belakang jtmk. But dont worry, cleaner dah mop bersih lantai tu....nak guling2 pun ok...


Datang balik lbh kurang pkl 2.30 semua pun berbaju sukan utk gotong royong. Aku kena bersihkan dkit bersama beberapa student yg telah diagihkan mengikut keperluan sesuatu kwsn. Tgk la Mr.Luq tu, siap berkebun lagi......punya la busy kami hari rabu tu, sampai lunch pun ter skip.

Esok dah start pnp.......mmg mencabar sbb sem ni lg ramai student, lagi banyak kelas, lagi banyak subjek. Semoga kita semua mampu memikul tanggungjawab ini dgn baik....Inshaallah.

Dah start pun pnp hari ni...dalam keadaan yg amat panas!!!

Sunday, June 21, 2015

Selamat berpuasa

Salam......kpd yg berkenaan.
Tahun ni agak lewat nk wish slmt berpuasa. Sibuk ntah dgn mcm2 benda. Tapi rasa tak best pulak bila buat mcm xder apa2 yg berlaku kan. Result pindah pun dh kluar. Masih tidak berjaya. Rayuan pun sama saja. Di mana janji2 kononnya nk rotate setiap pensy. kena berkhidmat at least skali di sini???? Di mana??? Kami di sini masih tak nampak. Penganiayaan berterusan dari mereka2 yg rasa xkan mati......selamanya
Ramadhan disambut secara sederhana saja. Menu makan asal boleh berbuka dan mengenyangkan perut. Sedap @ tidak bukan lagi perkara utama.... :) Letih kot seharian kat opis...wpun mcm2 menu yg terbayang di kepala, tp hati memujuk kerana badan yg dah letih. Xper, nanti balik penang blh qada mana2 yg teringin..hahahaaaa...ayat biasa sgt dah ni.
Semalam berbuka di Pusat Islam.. Seperti tahun2 sebelumnya, setiap jbtn kena masak memasak sekali untuk berbuka. Menu yg simple tapi sedap : set nasi lemak biasa bersama ayam goreng berempah, sedikit buah-buahan dan kuih. Alhamdulillah, sedap mkn smlm dan best sbb berbuka ramai2.
geng sado dah siap membeli barang2 utk masak. kami geng2 ayu lepas zohor baru pegi tolong. Aku lambat ckit sbb tertdo...hahahaaa...letih pegi pasar di dalam kepanasan yg menyambar.
mcm biasalah jiranku yg baik hati sentiasa ingat kat kawan dia yg bujang ni. Semalam dia bagi roti jala JDT dgn kari ayam. Hari sebelumnya tepung pelita...terima kasih kawan. xtau la bila nak boleh balas bekas ni..ngeeeee...ngeee.......kalau aku beli jer dari pasar ramadhan, aci tak????
Inshaallah hari ni dah masuk hari ke-4 berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini adalah yg lebih baik dari yg sebelumnya. Mohon ampun dan maaf kpd semua jika ada terkasar bahasa. Aku kan org biasa.....

Thursday, June 11, 2015

Malim Gunung

Sebelum ni aku xtau pun ada term untuk penunjuk arah pendaki2 gunung. Bila kejadian yg jadi kat Sabah hari tu baru aku realize perkataan "Malim Gunung" tu rupanya wujud. Kesian kat aku, dah dkt separuh abad baru kenal. Sama la jgk mcm benda2 lain yg dah jadi sblm ni. tragedi flight, banjir, politik.....maka wujud lah vocab2 yg mmg baru bagi aku.Yang sblm ani aku x pernah tau pun ada, rupa2nya memang ada :)

Apa2 pun semoga Malaysia sentiasa aman. Bagi mangsa2 yang terlibat (x kisahlah tragedi apa pun) byk2 kan bersabar dan berdoa. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa.....Amin.

Monday, June 8, 2015

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...