jom buat laksam

mg lepas tetiba teringin nak makan laksam. nak pegi bazaar mcm sgt malas...so google resepi and bersedia dengan segala bahan yg ada. Harapan begitu menggunung untuk merealisasikan makanan yg pun 1st try jugak. Dalam hati asyik berdoa semoga menjadi....Aku guna resepi dari sebuah blog.

Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak
Aku mmg ikut betul2 resepi ni, cuma kurangkan kuantiti sbb aku sorang saja. Tapi laksam aku jadi keras dan melekat kat loyang kukus tu. xtau la psl apa....hampir2 give up dah...3 jam lbh kurang aku bersilat kat dapur kot...lenguh abis semua kaki tangan...huhuhuuuuu...nampaknya aku kna berguru dulu ni.

Bahan-bahan kuah :
  • 4 ekor ikan kembung (aku dpt beli yg besar2 dr pasar mukah) dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Kuah memang jadi dgn bestnya, cuma agak tawar sbb x blh rasa. Tapi bukan masalah besaq sbb garam blh tambahkan. yg menjadi masalah adalah laksam yg agak keras, so mkn x brp nk feel sgt :(

Dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis

Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit 
kuah yg sedang menggelegak...masa ni bau dia mmg x blh tahan....sedappppp sgt!!
laksamku.....ulaman hanya ada timun, daun kesum, bunga kantan dan taugeh. kacang pjg xder, malas dh nak cari. sambal tumbuk pun menjadi sgt sedap :)
So, lps ni boleh la try lagi untuk buat sbb dah tau cara...lg senang dari nk buat laksa penang. Cuma aku kna betul2 belajar cara nak buat isi laksam tu lagi. Kuah lebihan laksam tu aku beku kan jer dlm peti sejuk. Lps 3,4 hari baru aku masak balik, makan dgn laksa pulak....mmg sdp!! Alhamdulillah.

Comments

pandai hang buat laksam sal......tingat plak aku kat laksam kak gee...kuah kuning sedap tuh......lapaggggg
salissal said…
Sal main belasah jer buat kct..... 😄

Popular Posts