Selamat berpuasa

Salam......kpd yg berkenaan.
Tahun ni agak lewat nk wish slmt berpuasa. Sibuk ntah dgn mcm2 benda. Tapi rasa tak best pulak bila buat mcm xder apa2 yg berlaku kan. Result pindah pun dh kluar. Masih tidak berjaya. Rayuan pun sama saja. Di mana janji2 kononnya nk rotate setiap pensy. kena berkhidmat at least skali di sini???? Di mana??? Kami di sini masih tak nampak. Penganiayaan berterusan dari mereka2 yg rasa xkan mati......selamanya
Ramadhan disambut secara sederhana saja. Menu makan asal boleh berbuka dan mengenyangkan perut. Sedap @ tidak bukan lagi perkara utama.... :) Letih kot seharian kat opis...wpun mcm2 menu yg terbayang di kepala, tp hati memujuk kerana badan yg dah letih. Xper, nanti balik penang blh qada mana2 yg teringin..hahahaaaa...ayat biasa sgt dah ni.
Semalam berbuka di Pusat Islam.. Seperti tahun2 sebelumnya, setiap jbtn kena masak memasak sekali untuk berbuka. Menu yg simple tapi sedap : set nasi lemak biasa bersama ayam goreng berempah, sedikit buah-buahan dan kuih. Alhamdulillah, sedap mkn smlm dan best sbb berbuka ramai2.
geng sado dah siap membeli barang2 utk masak. kami geng2 ayu lepas zohor baru pegi tolong. Aku lambat ckit sbb tertdo...hahahaaa...letih pegi pasar di dalam kepanasan yg menyambar.
mcm biasalah jiranku yg baik hati sentiasa ingat kat kawan dia yg bujang ni. Semalam dia bagi roti jala JDT dgn kari ayam. Hari sebelumnya tepung pelita...terima kasih kawan. xtau la bila nak boleh balas bekas ni..ngeeeee...ngeee.......kalau aku beli jer dari pasar ramadhan, aci tak????
Inshaallah hari ni dah masuk hari ke-4 berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini adalah yg lebih baik dari yg sebelumnya. Mohon ampun dan maaf kpd semua jika ada terkasar bahasa. Aku kan org biasa.....

Comments

selamat berpuasa jugak......sakan la org bujang makan, byk org bagi makanan.
salissal said…
Alhamdulillah rezeki perantau...hahahaaaa...ada jer org bg juadah ptg2, kdg2 smpai 2,3 org bagi... :)

Popular Posts