Masa raya hari tu mmg kebanyakan masa beraya adalah berada di dalam kereta. Dengan jammed yg tak sudah2, dengan pemanduan terlebih beretika rakyat malaysia, maka mmg lambat la nak sampai ke satu-satu destinasi tu.
Pada suatu hari tu, masa dalam kereta jugak, aku telah membangkitkan isu pasal rumah kat btm.
"Rasanya rumah aku tu makin lama makin kecik la".
Sorang jawab "Menyesal pulak aku tak bagi hang beli double storey hari tu"
"Tu la kan........" , aku menyokong
Sebenarnya ada jgk aku terpikir nak jer jual rmh tu and beli yg lain sbb price dh jadi 2++ ganda dari harga yg beli sebelum ni. Tapi rasa sayang sbb kwsn rumah aku tu mmg sgt strategik. Dekat dengan segala benda dan kemudahan. Cuma, x berapa besar dan porch pun boleh masuk dua keta ja...tu pun dah muat2 jer dgn pagar. Tanah untuk bercucuk tanaman kontan mmg xder langsung la kan. Wpun aku bukan jenis rajin sgt nak bertanam-tanaman ni, tp kekadang tu ada jgk seru dtg tiba2 nak berkebun....
"Hang nak dengaq satu cerita dak?" tetiba sorang adik aku menyampuk.
Dan dia pun memulakan cerita yg lebih kurang begini.............
Pada zaman dahulu.....ada sorang org kaya yg tersangat lah kayanya. Mcm biasa la bila cerita psl org kaya, dia ni kedekut, jahat, suka menindas, dan mcm2 lagilah kejahatan yg dia buat utk menambahkan lagi kekayaan yg sedia ada. So, semua org mmg sgt x suka dkt dia sbb perangai dia yg tak baik tu.
Sampai satu masa org kaya tu dah uzur dan jatuh sakit. Dia pun rasa sakit yg dah xdak harapan nak sembuh. Org kaya tu sgt takut sbb dia pun tau dia jahat, takut kena tibai dgn malaikat masa dlm kubur nanti. So, dia telah menawarkan sejumlah harta yg banyak kepada sesiapa yg boleh teman dia dalam kubur selama 7 hari (part ni aku ingat2 lupa). So, pd firasat dia ada la peneman masa sesi soal jawab dalam kubur nanti (boleh pulak dia pikiaq mcm tu kan)
p/s : jangan rasa konpius yer, org dulu2 kan kebumi dalam piramid, so mmg ada tempat la untuk tunggu.
Semua sedara-mara dan adik beradik xder yg sanggup nak volunteer. Tapi org kaya tu bernasib baik sbb ada sorang pemotong kayu yg sangat miskin yg sudi menerima tawaran tersebut. Bukan kerana dia tamakkan harta, tetapi dia kasihan dengan anak2 dan isteri yg sudah lama hidup dalam serba kekurangan.
Tiba masa, maka kembalilah org kaya tersebut ke Rahmatullah. Maka dikebumikanlah beliau di tempat yg sepatutnya ditemani dgn si miskin tadi. Si miskin tadi memang takut, tapi demi keluarga tercinta diberanikan jgk dirinya tgl bersama mayat orang kaya tadi.
Pada malam pertama maka datanglah malaikat untuk menyoal-siasat. Si miskin tadi buat2 tak nampak kerana baginya dia tidak terlibat. Sudah pasti malaikat itu akan pergi kepada mayat orang kaya tersebut. Tetapi.........sebaliknya malaikat tersebut datang kepada pemotong kayu tersebut dan menegur beliau :
Malaikat : Kau siapa? Knapa kau ada di sini?
Pemotong kayu : Aku seorang pemotong kayu. Aku telah berjanji untuk menemani si mati selama 7 hari di sini.
Malaikat : Knapa ko sanggup tunggu dia?
Pemotong kayu : Aku miskin. Beliau telah berjanji untuk memberi upah yg lumayan selepas ini.
Malaikat : Apa harta yg kau ada?
Pemotong kayu : Aku hanya memiliki sebilah kapak yg sudah usang. Dengan kapak itulah aku memotong kayu di hutan.
Malaikat : Di hutan mana kau selalu memotong kayu???
Dan....sejak hari itu malaikat terus bertanya kepada si pemotong kayu bermacam-macam soalan. Dari hal kapak, kepada hal pokok yang ditebang, dari hutan mana dia tebang, adakah dia tahu hutan yg ditebang itu milik siapa, adakah ada meminta kebenaran...dan bermacam2 lagi. Keadaan tersebut berterusan sehingga 7 hari, tanpa pergi kepada mayat org kaya tersebut.
Setelah cukup tempoh 7 hari, maka si pemotong kayu itu dikeluarkan dari kubur tersebut. Dia terus pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan yang amat sangat tanpa menuntut harta yg telah ditawarkan sebelumnya. Sampai sahaja di rumah si isteri bertanyakan harta tersebut. Dengan terketar-ketar beliau menjawab :
"Aku hanya memiliki sebilah kapak yg usang, tetapi harta yg sedikit itu pun aku telah ditanya dan dihisab dengan pelbagai persoalan. Bagaimanakah mampu untuk aku menjawab jika aku punya lebih dari itu??"
Sejak dari hari itu, si pemotong kayu pun meneruskan rutin hariannya. Wpun hidup dalam serba kekurangan dia tetap bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan Allah kepadanya.
So, pengajarannya, aku masih ada tempat berteduh. Kecik atau besaq, masih ada lagi insan yg berhujan dan berpanas. Sentiasalah bersyukur......insaf....huhuhuhuuuu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Geng Makan PBU 2024 onward
Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Pegui TV - Menonton Televisyen...tp kalau dlm bahasa srwk "Nangga TV" Nebei Nyaem - Tiada air Temok - Mandi Iteu Ku...
No comments:
Post a Comment