Wednesday, December 28, 2016

Travelog Kuching Dis 2016

24/12/2016

Cuti Krismas yg ohsem sbb jatuh hari Ahad. So, dapat cuti direct 3 hari. Sebab baru jer balik Penang bulan november baru2 ni, so krismas x balik. Plan nak balik raya cina nanti, Inshaallah moga diperkenankan oleh-Nya.

Kali ni trip bersama geng baru. Geng lama semenanjung semua dah berada di semenanjung dgn gumbiranya.........tinggallah aku sendirian kat sini, ditemani insan2 yang masih setia, dan rezeki mereka masih juga di sini macam aku. Kami bertolak awal, 5.30 pagi sabtu tu dah keluar poli. Gate poli pun x bukak lagi masa tu. Tak berani nak bertolak malam, takut ada apa2 pulak dgn montel...manalah tahukan. So, mencegah lebih baik daripada terlajak perbuatan :)

1st stop dpn petronas Selangau. Berkongsi bekalan lebihan dinner semalam yg dipanaskan sblm bertolak tadi. Sedap sungguh rasa, wpun smlmnya rasa biasa saja bila makan. Maybe perasaan juga mempengaruhi kesedapan makanan......

2nd stop di hentian Betong, dalam pkl 11 lebih mcm tu. Selain makan, ke toilet dan isi minyak, kami juga menambah kudapan yg semakin berkurangan. Biasa la bila berjalan-jalan ni, mengunyah adalah wajib selagi mana mata berjaga. Weekend yg busy dengan kereta yg byk di jalanan. Sepanjang jalan dari Sri Aman sampai la ke Kuching, kiri kanan org berjual durian. Sabar jer aku menahan perasaan. Kat Serian lagi la havoc, sampai jammed jalan sbb durian.

Kami check in hotel dlm pkl 3++  ptg. 1st time dapat hotel budget yg kecikkkkkkk sgtttttt. Rasa mcm tertipu jer sbb kat website nampak besar. Maybe gbr tu skalanya double kot. Bayangkan nak solat pun xder space yg sesuai. Akhirnya kami bersolat di atas katil walaupun bergegar betis menahan dari tumbang, Bilik air pun xleh gerak lebih2...langgar dinding la nanti jawabnya. Syukur, ada jugak tempat berteduh selama 2 malam di sana.

Lepas mandi solat jamak semua terus keluar. Aku ajak depa ke Moms Laksa. Kali ni kami ke branch yg lain pulak. Tgk google maps dan amik yg terdekat dgn hotel. Lepas mkn terus ke "The Spring". jalan2 cuci mata.
kami order yg biasa jer sbb mlm ni ada dinner date
Malam tu dah janji dgn sorang geng masa polimas dulu nak jumpa di RJ ayam Bakar. Yg lawaknya, nk pegi sana tapi maps taip ke RJ Kopitiam.......mmg jd pak pandir la kami mlm tu. Dah la sblm tu pun tersalah direction ke Vivacity...GGrrrrrrrrrr....
Lama sungguh x jumpa geng srg ni
Makin comei pulak dia
Ni la geng aku yg paling gediks masa kat polimas dulu
tapi, baikkkkkkk sgt :)
tq sya belanja kami dinner mlm tu
love u babe
25/12/2016

Merry Christmas to all Malaysian and people all over the world. Our 2nd day in Kuching. Hari ni nak ke Serikin. Ada org tu nak beli kuali dan periuk. Aku nk beli periuk jugak. Masing2 nak beli sebijik jer periuk, tapi dua2 terbeli satu set! Apa kes???Haaaa.....nak tau kesnya sila lah pm yer. Sebarang persoalan di atas talian tidak akan dilayan..hahahahahaaaaaaa.....Kami sampai agak awal sbb kluar hotel dlm 6.30 pagi mcm tu. Lepas bfast seadanya terus ke sana. So, walaupun panas, tapi tidak la seterik sebelum2 ni. Perpeluhan tetap berlaku dgn jayanya....tp masih under control. Aku nak cari air aloe vera yg mcm beli sblm ni tu, tapi kali ni xdak la pulak. Agak keciwa tapi terubat sbb dah dpt satu set periuk :)

Balik dari Serikin, kami terus ke water front. 2nd try "DP ice cream gula apong". Kali ni aku terus jer order yg besar. Tomakninah sungguh. X abis pun makan,.....
ice cream tower,,,nyummmmsssss
Bumi kuching disirami hujan tiba2 masa kami tgh lunch. X sempat nak jalan2 kat water front. Sya dgn ernie menggagahkan jugak amik gbr kat "Tugu Kucing" tu. Aku tunggu dalam keta ja. Sbb dah kena hujan dan peluh tadi kami balik hotel dulu. Lepas asar keluar lagi. Kali ni kami ke Vivacity, shopping dan layan wayang pulak. Best citer "Assassin Creed" tu. Truely Madly Deeply recommended for those yg suka action movie. Rasanya akan jadi sequal movie ni sbb ending dia penuh dgn tandatanya.......??????? Abis wayang terus balik hotel. Nak tdo awal sbb esok dah nak balik Mukah semula......

26/12/2016

Puas sungguh kami bertiga tido mlm tadi. Tiga2 tdo mati sampai ke pagi. Aku bgn kjap jer mlm tu sbb nak ke toilet dan juga slowkan aircond. Sejukkkkkk sgt sbb hujan dari malam. Dkt pukul 7 pagi dah bertolak balik. Bfast pun masa on the way keluar dari Kuching dah. Terus jer kami drive sampai Serian, berhenti sbb nak makan durian. Kami beli sebijik jer, makan terus kat situ. Lebih dlm 4 ulas simpan dalam tupperware. Pening lalat la aku drive lps tu dgn bau durian semerbak dalam keta. Kejap2 aku turunkan cermin, nasib baik x pening.
Durian Serian
Sampai Betong sedang elok waktu zohor. Kami isi minyak jer sbb air xder kat sana. X jadi nak lunch dan solat. Tawakal jer la drive lps tu, kalau xder tempat berenti smpai ke sibu la kami. Tapi masih ada rezeki, kami berenti di Hentian Saratok. 1st time berenti sini. Rupanya kat sini lagi best berganda dari Betong. Makan pun sedap. Toilet, surau semua pun agak selesa. Alhamdulillah.....Lepas selesai semua terus pecut lagi..

Perjalanan kami diiringi hujan lebat dan renyai silih berganti. Hampir2 eksiden sbb ada kereta tetiba masuk simpang. Kussssss semangat. Dalam x smpai 100km ke Sarikei ada lagi eksiden yg dgrnya ada yg maut. Cun2 kami lalu masa baru jer berlaku. Ketaq satu badan.

Plan untuk sgh Sibu canceled sbb masing2 dah penat sgt. Terus jer pecut balik Mukah Sampai Mukah dalam 6.20. Terus jer ke masjid utk solat semua. Lps tu terus gi makan kat Friends Cafe.
our expenses for 3

Monday, December 19, 2016

My Montel Ku Sayang

17/12/2016

Pagi2 dah bangun sbb hari ni ada reserve service si montel. Sejak 2, 3 minggu ni engine dia x berapa nak smooth. Batuk2 jer bunyi bila nak jalan pagi2 ke opis. Bunyi pun serak2 kering, x best sangat mendengarnya. Kadang2 mcm menjerit nyaring pun ada jugak. Risau aku dgn keadaan montel skrg.

Masa hantar servise tu aku explain la serba sedikit masalah yg dihadapi montel lately. Berkerut2 rasanya muka aku masa explain tu disebabkan kerisauan yg agak melampau. Siap blh kata mcm ni kat org produa service tu :

"Saya bukan apa, keta tu la saya nak ke sana kemari di sini. Nak pegi keja, jalan2, semualah!"

Agaknya cik puan tu kesah ke dgn apa yg aku cakap tu kan. Dah mcm makcik2 sgt dah ayat aku tu.......wake up lah, engkau tu pun dah nak dkt suku abad pun kan.....yer, saya sedar diri hokey. Dalam byk2 ayat dia kat aku, yg satu ni mmg sgt terkesan di hati, even until now.....

"Xdak apa pun dgn keta tu. Biasa la, benda dah LAMA, jaga mcm mana pun xkan sama dgn yg baru. Masa baru2 dulu mmg la engine smooth jer kan"

Sambil tersenyum dia balas kat aku mcm tu (lebih kurang mcm tu la maksud dia, aku mana ingat ayat dia mcm mana). Senyum jer aku dgr kata dia kat aku mcm tu. Baru tersedar sekejap keta tu dah menjejak 10 years. oh my car! Lamaaaaaa sudah dia berkhidmat utk aku. Alhamdulillah, x pernah bagi aku masalah besar setakat ni, dan semoga selamanya la well behave mcm tu kat aku yer montel :)

Tadi (19/12/2016) aku pi tukar cooler pad pulak. Xnak bagi engine cepat panas. Maklum la nak jalan jauh cuti krismas nanti. Moga2 perjalanan kami nanti baik2 saja yer, dan diredhai....Amin

Thursday, December 15, 2016

Kenduri Hainah & Apis

23/10/2016
Dewan masjid Larkis, Sibu, Sarawak

Si Hainah ni aku ajar dia web programming. Cantik orgnya dan mmg byk cakap la. Student projek si ilham jgk dia tu. Dah lama x mkn kenduri org sarawak....x sabar nak ke sana sebenarnya. Seawal 7.30 pagi kami dah bertolak dari stesyen shell mukah.
muka senyum separuh
Masa kami sampai pengantin blm sampai lagi. Adat knduri di sini, tetamu tidak boleh makan selagi pengantin blm sampai (biasanya la). Kami mmg lapar sbb hanya bfast keropok saja masa dlm kereta tadi. Sabar jer tunggu dgn makanan terhidang depan mata.
meja kami
pelamin....dari tempat duduk kami
ni pun student aku jugak.....dari sabah dia trun ke sibu ni
student web dan juga budak projek aku
Lepas jer kenduri, bermula lah sesi merayau dan makan2 yg biasa2 kami buat bila berjalan2 ke mana2 sahaja.

Wednesday, December 14, 2016

Adiba's Oven

Actually i am not a big fan of cookies. I just eat when i feel it, or if i didnt have any other option to fill in my stomach...yg sokmo mintak makan tu :)

Tapi...cookies dari Adiba's oven ni lain mcm sgt rasanya. Dah la aku mmg special request punya order. Bermacam2 kekacang yg semuanya my fav ada dalam tu. Manis ckit, ada rasa masin2 skali skala menjengah lidah, kerangupan biskut dan kekacang yg pelbagai rasa, ohhh my diet!! i love it soooooo much!!!
sekali hadap lebih dari separuh balang aku ngap
2 kali hadap terus licin
ni dia special order aku
 Almond + cashews + pistachios (more dark choc dan masin ckit)
sedap tau :)
special order ni budget lebih sikit jer dari yg biasa dan min order adalah 3 balang sbb itu skali bancuhan tepungnya. 3 balang skali order?? x banyak tau 3 balang tu. Aku punya tahap iman, x sampai seminggu pun dah licin.
congo bars looks like
Selain bermacam jenis cookies, congo bars pun ada jugak. Memang berbaloi2. Satu bekas putih besar tu RM15 ja. Boleh makan berhari-hari.
bila otai java buat testimoni
programming alu jadinya :)
Lepas ni susah la nak mkn biskut ni sbb empunya kakak sudah berpindah ke semenanjung. Harap2 mau la diba COD ke airport yer :) tq dik......

to amna : logo cantik u......

ps: fyi.....yg the latest beli hari tu pun dah abissssss.....waaaaaaaa........

Tuesday, December 13, 2016

Weekend Maulidul rasul 2016

10/12/2016 (Sabtu)

Pagi2 dah bangun nak ke pasar oya. Lps subuh golek2 sat jer atas tilam, lepas tu terus bersiap ke sana. Cari ikan sebenarnya, tapi xdak pulak ikan2 yg dicari. Kepok lekor yg sedap tu pun xdak jgk mg ni...keciwa.
bfast di kedai bubur nasi ikan tu
tapi hr ni aku mkn mee grg udang
sedap...tp biasala mmg terlebih masin sikit
Dalam pukul 10.30 mcm tu kami dah siap untuk ke kenduri kawin sorang x-student jtmk pmu. Semangat nak pi knduri sbb dah lama xdak kenduri. Terbayang2 dah kesedapan makan nanti :). Dekat jer rupanya rumah si maureen tu. Cantik2 rumah2 kat situ.
Sedap sangat lauk kenduri ni
kari daging yg superb
sayur lemak umbut kelapa....lamaaaaa sik keman ya
dan ayam masak merah
Sedang elok kami abis makan pengantin pun sampai. Terteleng2 kepala aku nak tgk pengantin. Cantikkkkkk sgt maureen.
sempat jugak kami bergambar dgn pasangan mempelai
tq family maureen
keluarga pengantin perempuan
11/12/2016 (Ahad)

Keesokan harinya kami ke sibu pulak. Menghadiri majlis cukur jambul hero si rohaliza. Baby Harraz yg bam2 dan sgt cumil


1st time dalam hidup gunting jambul baby
terasa veteran sgt2 dah
Semoga baby harraz membesar dengan sihat, bijak dan beriman. Amin.

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...