Wednesday, December 28, 2016

Travelog Kuching Dis 2016

24/12/2016

Cuti Krismas yg ohsem sbb jatuh hari Ahad. So, dapat cuti direct 3 hari. Sebab baru jer balik Penang bulan november baru2 ni, so krismas x balik. Plan nak balik raya cina nanti, Inshaallah moga diperkenankan oleh-Nya.

Kali ni trip bersama geng baru. Geng lama semenanjung semua dah berada di semenanjung dgn gumbiranya.........tinggallah aku sendirian kat sini, ditemani insan2 yang masih setia, dan rezeki mereka masih juga di sini macam aku. Kami bertolak awal, 5.30 pagi sabtu tu dah keluar poli. Gate poli pun x bukak lagi masa tu. Tak berani nak bertolak malam, takut ada apa2 pulak dgn montel...manalah tahukan. So, mencegah lebih baik daripada terlajak perbuatan :)

1st stop dpn petronas Selangau. Berkongsi bekalan lebihan dinner semalam yg dipanaskan sblm bertolak tadi. Sedap sungguh rasa, wpun smlmnya rasa biasa saja bila makan. Maybe perasaan juga mempengaruhi kesedapan makanan......

2nd stop di hentian Betong, dalam pkl 11 lebih mcm tu. Selain makan, ke toilet dan isi minyak, kami juga menambah kudapan yg semakin berkurangan. Biasa la bila berjalan-jalan ni, mengunyah adalah wajib selagi mana mata berjaga. Weekend yg busy dengan kereta yg byk di jalanan. Sepanjang jalan dari Sri Aman sampai la ke Kuching, kiri kanan org berjual durian. Sabar jer aku menahan perasaan. Kat Serian lagi la havoc, sampai jammed jalan sbb durian.

Kami check in hotel dlm pkl 3++  ptg. 1st time dapat hotel budget yg kecikkkkkkk sgtttttt. Rasa mcm tertipu jer sbb kat website nampak besar. Maybe gbr tu skalanya double kot. Bayangkan nak solat pun xder space yg sesuai. Akhirnya kami bersolat di atas katil walaupun bergegar betis menahan dari tumbang, Bilik air pun xleh gerak lebih2...langgar dinding la nanti jawabnya. Syukur, ada jugak tempat berteduh selama 2 malam di sana.

Lepas mandi solat jamak semua terus keluar. Aku ajak depa ke Moms Laksa. Kali ni kami ke branch yg lain pulak. Tgk google maps dan amik yg terdekat dgn hotel. Lepas mkn terus ke "The Spring". jalan2 cuci mata.
kami order yg biasa jer sbb mlm ni ada dinner date
Malam tu dah janji dgn sorang geng masa polimas dulu nak jumpa di RJ ayam Bakar. Yg lawaknya, nk pegi sana tapi maps taip ke RJ Kopitiam.......mmg jd pak pandir la kami mlm tu. Dah la sblm tu pun tersalah direction ke Vivacity...GGrrrrrrrrrr....
Lama sungguh x jumpa geng srg ni
Makin comei pulak dia
Ni la geng aku yg paling gediks masa kat polimas dulu
tapi, baikkkkkkk sgt :)
tq sya belanja kami dinner mlm tu
love u babe
25/12/2016

Merry Christmas to all Malaysian and people all over the world. Our 2nd day in Kuching. Hari ni nak ke Serikin. Ada org tu nak beli kuali dan periuk. Aku nk beli periuk jugak. Masing2 nak beli sebijik jer periuk, tapi dua2 terbeli satu set! Apa kes???Haaaa.....nak tau kesnya sila lah pm yer. Sebarang persoalan di atas talian tidak akan dilayan..hahahahahaaaaaaa.....Kami sampai agak awal sbb kluar hotel dlm 6.30 pagi mcm tu. Lepas bfast seadanya terus ke sana. So, walaupun panas, tapi tidak la seterik sebelum2 ni. Perpeluhan tetap berlaku dgn jayanya....tp masih under control. Aku nak cari air aloe vera yg mcm beli sblm ni tu, tapi kali ni xdak la pulak. Agak keciwa tapi terubat sbb dah dpt satu set periuk :)

Balik dari Serikin, kami terus ke water front. 2nd try "DP ice cream gula apong". Kali ni aku terus jer order yg besar. Tomakninah sungguh. X abis pun makan,.....
ice cream tower,,,nyummmmsssss
Bumi kuching disirami hujan tiba2 masa kami tgh lunch. X sempat nak jalan2 kat water front. Sya dgn ernie menggagahkan jugak amik gbr kat "Tugu Kucing" tu. Aku tunggu dalam keta ja. Sbb dah kena hujan dan peluh tadi kami balik hotel dulu. Lepas asar keluar lagi. Kali ni kami ke Vivacity, shopping dan layan wayang pulak. Best citer "Assassin Creed" tu. Truely Madly Deeply recommended for those yg suka action movie. Rasanya akan jadi sequal movie ni sbb ending dia penuh dgn tandatanya.......??????? Abis wayang terus balik hotel. Nak tdo awal sbb esok dah nak balik Mukah semula......

26/12/2016

Puas sungguh kami bertiga tido mlm tadi. Tiga2 tdo mati sampai ke pagi. Aku bgn kjap jer mlm tu sbb nak ke toilet dan juga slowkan aircond. Sejukkkkkk sgt sbb hujan dari malam. Dkt pukul 7 pagi dah bertolak balik. Bfast pun masa on the way keluar dari Kuching dah. Terus jer kami drive sampai Serian, berhenti sbb nak makan durian. Kami beli sebijik jer, makan terus kat situ. Lebih dlm 4 ulas simpan dalam tupperware. Pening lalat la aku drive lps tu dgn bau durian semerbak dalam keta. Kejap2 aku turunkan cermin, nasib baik x pening.
Durian Serian
Sampai Betong sedang elok waktu zohor. Kami isi minyak jer sbb air xder kat sana. X jadi nak lunch dan solat. Tawakal jer la drive lps tu, kalau xder tempat berenti smpai ke sibu la kami. Tapi masih ada rezeki, kami berenti di Hentian Saratok. 1st time berenti sini. Rupanya kat sini lagi best berganda dari Betong. Makan pun sedap. Toilet, surau semua pun agak selesa. Alhamdulillah.....Lepas selesai semua terus pecut lagi..

Perjalanan kami diiringi hujan lebat dan renyai silih berganti. Hampir2 eksiden sbb ada kereta tetiba masuk simpang. Kussssss semangat. Dalam x smpai 100km ke Sarikei ada lagi eksiden yg dgrnya ada yg maut. Cun2 kami lalu masa baru jer berlaku. Ketaq satu badan.

Plan untuk sgh Sibu canceled sbb masing2 dah penat sgt. Terus jer pecut balik Mukah Sampai Mukah dalam 6.20. Terus jer ke masjid utk solat semua. Lps tu terus gi makan kat Friends Cafe.
our expenses for 3

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...