Rasanya ini kali pertama aku x balik sempena tahun baru. Tak sempat nak kumpul fulus sebab baru jer balik bulan November lalu. So, kita kumpul duit utk balik Chinese New Year nanti yer. Mood kerja masih belum datang2 wpun dah beberapa hari balik dari Kuching hari tu. Pegi opis pun xdak semangat, dengan opis yg x berapa nak ramai, lagi la rasa sunyi.
Malamnya aku, Sya dan Iqa ke Dewan Suarah Mukah meraikan tahun baru bersama-sama masyarakat di sini. Ada persembahan nyanyian oleh "Mukah Buskers" dan juga bergendang oleh dua anak dara jelita :) Bersungguh Yb yang datang berdansa sambil berpantun dgn depa. Usik mengusik smpai berjam lamanya. Ada juga cabutan bertuah. Tapi biasalah, aku mmg sokmo x bertuah. Si Iqa tu dpt jugak satu hamper besar.
Permulaan tahun baru yg biasa2 jer. Azam baru??? Selagi aku kat sini, azam aku mmg nak pindah ke Penang setiap tahun. Tak jemu menadah tangan meminta, merayu, bersabar menunggu doa diperkenankan oleh Yang Maha Esa. Inshaallah, suatu hari nanti.......
Permulaan hari kerja di tahun 2017 dikejutkan dengan pemergian seorang staf pmu yg dikasihi. Seawal 3++ pagi menerima msg dari group, semua berdoa semoga berlaku "miracle". Aku pun dah x blh nak tdo lepas baca msg tu. Tapi......perancangan Allah tiada siapa hambaNya yang mengetahui. Hanya mampu menahan sendu tatkala berita pemergiannya disahkan oleh si adik, yang juga satu opis dengan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.....Amin. Kepada keluarga arwah, kami doakan semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya kami juga sgt terasa kehilangannya :(
11/1/2017
Belum lg hilang kesedihan dengan kehilangan sahabat di pmu, hari ini kami dikejutkan lagi dgn berita kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan bin Satem. Mcm tak percaya......baru jer tak smpai 3 tahun berada di bawah pemerintahan Allahyarham....Innalillahiwainnailaihiraajiun. Kepergiannya ditangisi semua golongan esp rakyat sarawak. Kami yg sudah berada di sini hampir 5 tahun, juga begitu terasa, apatah lagi rakyat2 sarawak. Hilangnya seorang pemimpin yang begitu dekat dgn rakyatnya, teguh membela nasib orang2 di bawah pemerintahannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.....Amin.
Permulaan tahun baru 2017 yg begitu berwarna-warni. Kejutan demi kejutan yang membawa berbagai rasa. Alhamdulillah, aku masih punya perasaan walaupun tidak sedalam dulu lagi. Doaku semoga aku masih kuat bertahan emosi dan fizikal selagi masih diperlukan di bumi borneo ini.
No comments:
Post a Comment