Trip ni kami dah plan sejak semua masih lagi berada di PMU. Bermula dgn cadangan suka2, akhirnya semuanya menjadi nyata bila semua yg terlibat begitu bersungguh. Tak sangka.....akhirnya kami menjejakkan kaki ke Korea.....Thank you Allah.
berkampung di airport pada malam sebelum keberangkatan 1st time bincang face to face sebelum2 ni bincang dlm wa jer :) |
Kiranya ini adalah perjalanan pertama aku ke luar negara naik flight. Sebelum ni cuma pernah ke Singapore dgn Thailand ja. Itu pun naik kereta. Excited + nebes. Semua perasaan bercampur aduk.
kena isi borang ni masa dlm flight ada 2 borang....lebih kurang sama ja, tp utk tujuan yg berbeza |
1st time jgk naik flight dalam masa yang lama iaitu 6++ jam. Alhamdulillah flight ok saja dalam 5 jam yg pertama. Jam yg berikutnya is a total disaster! Cuaca x elok di Seoul....kami mengharungi turbulance dkt sejam sampai la flight landing. Kepala dah rasa nak pecah sbb terlalu mabuk dan sakit. Terketaq2 cari ufamol dalam bag. Dapat ja terus telan wpun baru tgh dok ambik ayaq. Lekat rasa kat dada....huhuhuhuuuuu.....
boleh senyum lagi masa ni :) |
Incheon Airport kesejukan mula menggigit sejak flight landing lagi masing-masing mcm x percaya dah sampai KOREA :) |
Sampai Incheon Airport hari dah agak petang. Jauh jgk la menapak sementara nak lepas imigresen bagai. Standard procedure la kan bila dah pi negara org. Sangat teruja dengan teknologi depa yang canggih. Airport yang cantik dan bersih. And of coz semua benda yg hidup bergerak laju sgt. Kami ja sesekali berlenggang menikmati pemandangan dan berposing.
Sejukkkkkkk |
Solat time...... |
Perkara utama sebelum ke guest house, kami membeli T-Money. T-money ni adalah smart card yang boleh di top-up untuk bayar transportation seperti bus, train dan teksi. Daripada blog2 yang disurvey, kami top-up KRW20,000 dulu. Dah settle semua baru la kami cari jalan keluar untuk cari bas ke guest house.
Harga satu card ni KRW4000 |
tiket bas ke Myeongdong KRW14000 |
Guest house kami ialah "Namsan Guesthouse 3" yang terletak di area Myeongdong, kawasan shopping paling best dan popular. Semua teruja masa dah kat luar airport sbb bukak mulut ja keluar wap....hahahahaaa...best2.
Dalam bas ke guest house
dkt 2 jam jgk la perjalanan sebab hujan dan of coz jammed
|
Dari bus stand kena jalan jgk la dalam 5 minit lebih kurang untuk sampai ke guest house. Jalan yang mendaki yer, bukannya sekata mcm kat Malaysia. Tapi sebab cuaca sejuk, so xder la rasa penat sgt. Lepas rehat sekejap, malam tu kami jalan2 kat Myeongdong Market ja dulu. Survey2 apa2 yang nak beli nanti. Masing2 plan nak shopping bila dah dkt nak balik nanti sbb takut terover belanja. Selain try street food, kami jgk try mkn kat satu restoran halal korea area situ "BUSAN JIP"
Abalone ramen |
fishcake and anchovies |
ikan bakar |
kimchi yang sangat sdp!!! |
sweet potato korea yang sgt manis dan creamy |
aku lupa dah nama makanan ni ada banyak pilihan inti yang ada |
ni stok makanan kami kat bilik |
Dekat guest house mmg ada pantry yang lengkap semua benda. Hari2 dan setiap masa ada air kopi, roti dgn pelbagai jam serta mentega, dan maggi. Dapur dan segala peralatan memasak juga disediakan. Tapi kami berani minum air kopi saja sbb x pasti status halal nya. Tapi Alhamdulillah, stok makanan kami siap berlebih-lebihan. Tinggal semua kat guest house masa check out.
Actually, mana2 tempat kami jalan kat korea ni akan ada ja orang2 dari Malaysia, especially kat Myeongdong market tu. So, most of the time x rasa pun jauh dari Malaysia. Dekat pukul 2 pagi jgk kami tdo malam tu. Esok nak ke Nami Island.......x sabar sgh!
No comments:
Post a Comment