6 bulan.....

Alhamdulillah......

Dah lebih ckit 6 bulan aku kembali berkhidmat di negeri sendiri (Tarikh lapor diri : 15 May 2019). Walaupun bukan di politeknik yg diminta, tapi aku harus bersyukur, at least permohonan pindah yang lepas berjaya. Dan yg paling mengharukan dan aku sgt2 bersyukur, Nik dgn Luqman pun berjaya juga. Dan yg paling2 aku bersyukur jgk, student yg dok jaga kereta aku kat Sibu tu pun, husband dia dah dpt balik ke Semenanjung. Waktu yg sama, hanya masa sahaja berbeza. Kami bersama-sama menguruskan segala hal2 perpindahan di bulan yg penuh mulia dan barakah......BULAN RAMADHAN KARIM...Syukur Ya Allah......

Dan.....setelah 6 bulan, aku masih lagi ulang-alik melintasi jambatan Pulau Pinang setiap hari. Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang sejam pegi dan sejam balik. Masa awal2 pindah dulu aku ikut jambatan 1 sbb kluar awal, so trafik masih lg suam2 kuku yg kdg2 menjadi panas bila2 hujan @ ada gangguan trafik di mana2 bahagian jambatan. Bila dah official flexi hour ni, aku dah start guna jambatan ke-2 yg lebih rileks dan agak tenang. Kenapa???Hahahahahaaa...sbb dah flexi, maka aku pun dah kluar lewat dr kebiasaan. Kl ko pegi jgk jambatan 1 mmg cari nahaslah kan. Total expenses perjalanan untuk tol dan minyak dlm RM23.50 SEHARI......TIDAK TERMASUK MAKAN/MINUM. So, total perbelanjaan perjalanan sahaja untuk sebulan hampir RM600.00. Alhamdulillah, bak kata org2 itu, bersyukurlah sbb dah boleh dekat dgn keluarga sndiri. Yer.... saya sgt2 bersyukur....sgt.
Pelangi pagi.......masa ni lps hujan
tgh tg traffic light area bayan lepas
Masih lagi dalam fasa untuk adapt dgn suasana dan pengurusan di sini. Untuk kesekian kalinya menjad "Orang baru". Yg dok berakar dan x pernah pindah2 tu mmg xtau la apa rasanyer kan. Pindah menuntut masa, tenaga dan ringgit yg bukan sedikit....semuanya main ribu2 saja. Itulah pengorbanan kami yg org2 di sini sana x pernah nak ambik peduli dan memahami. Xperlah.....dimaafkan, doa yg x pernah putus untuk kawan2 senasib yg masih lg berada di Borneo, PMU esp, semoga dipermudahkan perpindahan mereka untuk balik ke tempat masing2......Aminnnnn.
antara xtvt pbu yg di joini :)

Comments

Popular Posts