� Ingin ku sendiri meniti hari, kala sunyi yang melanda sepi, alam bisu bagaikan
mengerti, berakhirnya sebuah memori, ingin ku melangkah membawa diri, kerna
cinta yang dikhianati, bukannya tak sanggup menghadapi, pengorbanan ku tak
dihargai�.�
Lagu Pasrah dendangan penyanyi wanita paling popular, Erra Fazira
kedengaran syahdu berkumandang di hifinya. So what? Takkanlah kerana frust nak
pergi membawa diri pulak. Farah, sedarlah sikit, mak bapak kau hantar ke sini
suruh belajar, bukan suruh bercinta. Tengoklah apa akibatnya orang tak dengar
cakap mak bapak, kan dah frust menongeng. Habis, dulu dia jugak cakap yang
benar-benar sayangkan aku. Dulu lain, sekarang lain sebab sekarang dah ada Siti
Nurhaliza , eh silaplak.. Siti Nurliyana. Apa kurangnya aku? Hehehehhehe.. Siti
Nurliyana tu dahlah kaya, ada sport car pulak tu, senanglah si Haris nak
mengangkut dia ke sana ke mari. Tetapi, Haris bukan macam itu. Alah, lelaki
kalau dah dasar buaya, memanglah buaya. Haris bukan buayalah. Eleh, kau tu yang
buta, yalah orang dah sayang, batu pun bolej jadi intan permata.
�Tidak!!! � laungan Farah Farhanah mengejutkan rakan di
bilik sebelah.
� Eh Farah, aku tahulah esok kau ader test unit operasi 1 esok, kalau nak lepas
tention pun, pergilah melalak kat Balai Cerap sana tuh. Orang lain pun nak study
jugak� marah Juliana, rakan di bilik sebelah.
� Sorrylah Jun, aku tak sedar jeritan aku terlalu kuat. Eh, esok ader test unit
operasi 1 ker? �tanya Farah Farhanah dengan muka blurnya.
�Habis tu, kau nak test bila? Tahun depan? Itulah, kuliah selalu ponteng. Dating
24 jam ajer1� Juliana mula membebel.
�Yalah.. aku nak studylah nih�, Farah Farhanah mengalah. Kalau dilayan si
Juliana nih, rasanya sampai esok pagi pun tak habis.Buku yang setebal 3 inci itu dikeluarkan dari beg galasnya. Hem, lebih tebal dari kitab aku kat rumah. Kalau best tu tak perlah, dahlah dalam English, cerita pulak pasal entah apa-apalah.. kalau aku cerita kat korang pun bukannya korang paham. Tetapi, tulah subjek yang paling �killer� kat fakulti aku. (senior yang cakap kat aku). Aku ader setahun lagi kat sini. Itupun kalau takder sangkut paper. Haris ade berapa tahun lagi ya? Ah, pedulikan si buaya tu. Baik aku mula study sekarang.
Di Fakulti Kejuruteraan Awam, tepat jam 10.00 pagi waktu tempatan.
�Tengku Mohd Haris?�
� Tak hadir , puan.�
�Siti Nurliyana?�
�Dating dengan Haris , puan.�
�Apalah nak jadi dengan budak Haris nih. Dah 3 kali berturut-turut tak datang
ke kelas mekanik tanah. Si Liyana tu pun satu, tak sedar diri tu duduk mengulang
subjek yang sama. Macam manalah saya nak kasi lulus pada budak macam ini� Leter
Puan Noraini . Yang lain semuanya diam. Siapalah yang tak kenal si Haris tu.
Pelajar harapan fakulti kejuruteraan awam. Tapi perangai, Tuhan sahajalah tahu.
Ponteng kelas dialah nombor satu. Tapi yang peliknya, kalau masa exam selalu
score gila-gila, gila pun tak score macam tu. Ilmu apalah yang dia pakai nih.
�Minggu depan saya akan adakan ujian mekanik tanah. Jadi, saya berharap semua
pelajar membuat persediaan dari sekarang. Dan kalau sesiapa yang rasa tak dapat
nak buat ujian tu, saya alu-alukan untuk anda �drop� subjek ini. Nanti jangan
masa nak final merayu nak naik markah dengan saya pulak. Baiklah, kita teruskan
pelajaran kita hari ini�. Selanjutnya tak payahlah aku cerita kat sini, bukannya
aku tahu apa subjek mekanik tanah itu.
Pada masa yang sama tetapi di kawasan berlainan.
�Apa yang aku dah lakukan nih? Satu benda pun tak boleh nak jawab. Idea..
tolonglah datang. Eh, ini subjek calculationlah, mana ada nak piker-pikir.
Lupalak, kan boleh open book, salin jer mana-mana yang patut (AMARAN
PENULIS:JANGAN TIRU AKSI YANG MERBAHAYA INI KERANA RISIKONYA ANDA TANGGUNG SENDIRI). Hem, contoh ni samalah dengan soalan, cuma kandungan peratus udara jer yang berubah. Wah, memang bernasib baik aku hari ini! Salin jerlah �
Farah Farhanah tersenyum simpul sebaik sahaja keluar dari bilik kuliah. Susah
nak diramalkan. Sebenarnya dia sedih, tetapi hidup mesti diteruskan juga. Dia
duduk di bangku hujung, sementara menunggu kelas seterusnya yang akan dimulakan
sejam lagi. Dia membelek-belek tudungnya. Eh, ini bukan ker pemberian si Haris?
Lalu, segala kenangan silam terimbas kembali.
Farah Farhanah mengenakan baju kurung sutera biru. Dipadankan dengan kain
tudung biru pemberian kekasih tersayang, Tg Mohd Haris. Sebenarnya, hari ini
ialah hari perkahwinan kakaknya, Intan Nabilah . sebagai pengapit pengantin, dia
pun harus juga anggun seperti kakaknya. Lagipun, sidia yang tersayang nak hadir.
Mestilah nak lawa-lawa punya.
Semasa kakaknya bersanding di pelamin, dia terasa bagaikan dia dan Haris berada
di atas pelamin itu. Haris mengenakan baju melayu biru, secocok dengan bajunya.
Akibatnya, selepas kakaknya habis bersanding, dia terus mengajak Haris duduk di
atas pelamin. Melampau-lampau betul. Dia rasa sungguh bahagia di saat itu.
Tetapi yalah, sesungguhnya saat yang terindah hanya sementara, yang terpahat
dalam diri hanya kenangan dan nestapa��.
Kesibukan dia menjalani latihan praktikal di ibu kota telah memberi peluang
untuk Haris bermain kayu tiga dengan Siti NurLiyana. Betapa hancurnya hati dan
jiwanya apabila melihat mereka berpeganagn tangan di sebuah shopping komplek di
Johor Bharu ini. ( City Squarelah, mana lagi). Lantas dia rasa seperti dia
dipermainkan. Tak apalah, mentang-mentang aku ni anak orang kebanyakan, harta
pun tak ada. Sampai hati kau buat macam ni kat aku. Aku sedarlah diri aku ni
taklah sehebat Liyana, anak Tan Sri, duit pun tak habis nak makan. Memang aku
bukan lawannya, so baiklah aku berundur diri.
� Eh Farah, kenapa dengan kau ni? Dari tadi aku perhatikan kau asyik termenung
jer, ada masalah ker? � Tanya Kamal.
� Tak ada apa-apalah Kamal, aku Cuma risaukan tesis aku nih, aku tak ada
bahanlah. Dah paus cari kat psz, tapi tak sampai 5% aku jumpa. Macam mana nih? �
Cis, sempat lagi nak cover tu. Memang patut dinobatkan pelakon terbaik di alaf
ini.
�Macamnilah, next week aku, Jun, Ikbal dan kroni-kroni yang lain nak pergi Kl.
Kalau kau nak, join jer kita orang. Kawan bapak Jun adalah pengarah besar kat
Petronas Science Reserach, so mungkin dia boleh tolong kita cari bahan. Sesambil tu, bolehlah
kita enjoy . � terang Kamal panjang lebar.
�Em, cadangan pertama tu, aku setuju. Yang kedua tu, maaflah.. tak ada dalam
kamus hidup aku. �
�Eleh, farah! Tiga bulan kau praktikal kat Kl takkanlah tak pernah masuk
Modestos? � perli Kamal.
�Saudara, maaflah. Sedangkan panggung wayang pun aku tak pernah masuk, inikan pula Modestos. Kau silap oranglah. � tingkah Farah Farhanah.
�Habis yang kau selalu ponteng kelas tu, kau pergi mana? Dating dengan pak we
yer.. � Kamal cuba membuat serkap jarang. Farah Farhanah buat selamba jer. Dia
nih, aku ponteng kelas bukan sebab keluar dating, sebab asyik menangis selepas
pak we aku kena kebas dengan orang. Manalah aku pernak keluar berfoya-foya
dengan Haris. Paling tinggi pun makan KFC jer. Itupun kat taman Universiti jer,
tak adalah sampai ke Johor Bharu.
Dua minggu selepas itu.
Hujan sangatlah lebat. Dari pagi tadi tak henti-henti hinggalah ke petang.
Selepas menunaikan solat asar, Farah Farhanah bergegas turun . dia harus cepat
kerana pada bila-bila masa Mercedes akan datang menjemput. Siap dengan driver
lagi. Dia harap dia masih sempat.
Alamak, dah terlepas pulak. Nampaknya terpaksalah dia menapak ke kuliah. Dahlah hujan lebat, tetapi disebabkan nak menghantar tugasan Encik Adnan nih, dia
sanggup merelakan diri. Tak apalah, nak buat macam mana, dah tak ada rezeki aku
nak naik Mercedes nih. ( Mercedes yang dimaksudkan di sini adalah sebuah bas
yang membawa pelajar-pelajar ke fakulti masing-masing)
Tiba-tiba, sebuah kereta sport merah meluncur laju di tepi Farah Farhanah dan
menghadiahkannya satu percikan air yang paling besar di alaf ini. Farah
menyumpah di dalam hati. Siapalah yang begitu kurang sopan sekali. Eh, pemandu
tu berundur ke belakang, nak bagi aku tumpang ker? Kalau lelaki handsome,
bolehlah. Kalau tak, boleh blah. Amboi, sejak bila dah belajar menggatal nih!
Pemandu itu membuka cermin keretanya. Laa, rupanya supermodel Siti Nurliyana. Kejadah apalah dia berhenti? Nak bagi aku tumpang ker?
�Sorrylah, jangan harap aku nak bagi kau tumpang. Aku cuma nak beritahu yang
kau ni memang tak layak duduk atas kerusi macam aku ini. Sebab, hanya orang kaya
macam aku sahaja yang mampu nak bawa sport car nih. Orang miskin macam kau nih,
memang layaklah berjalan kaki sahaja. Dahlah miskin, tak sedar diri pulak. Ada
hati nak jadi kekasih Haris. Cerminlah muka tu dulu. � begitulah kata-kata
seorang puteri yang memang tak terdidik langsung. Yang menjadi kesayangan Haris.
Selepas berkata sedemikian, perempuan yang tidak berhati perut itu pun
meninggalkan Farah Farhanah yang masih terpaku. Dia rasa seolah-olah kecilnya
dia di dunia ini. Tangan kanan digenggam rapat, bersaksikan hujan yang lebat
ini, dia berjanji pada dirinya, dia akan membuktikan kata-kata perempuan itu
adalah dusta semata-mata. Tunggu dan lihat sahaja.
Peristiwa sebentar tadi sebenarnya adalah titik permulaan yang membawa kepada
kejadian seterusnya.
Lima tahun selepas itu, di bandaraya Kuala Lumpur.
Secara ringkasnya, diceritakan di sini berkenaan dengan keadaan ekonomi semasa
di Malaysia. Kegawatan ekonomi yang melanda di negara ini menyebabkan banyak
syarikat-syarikat jatuh bangkrup. Syarikat kepunyaan Tan Sri Lukman tidak
terkecuali. Beliau mempunyai liability yang tinggi berbanding dengan asset.
Akhirnya, syarikatnya telah diambil alih oleh firma lain dan dia telah
kehilangan segala-galanya yang dikumpul sejak 30 tahun yang lampau. Sementara
itu, graduan-graduan dari UTM turut merasai goncangan ini di mana ramai yang
menjadi penganggur kerana kekurangan pekerjaan. Sesungguhnya inilah yang paling
ditakuti oleh semua orang.
Anugerah pelajar Di Raja yang diterima dari Sultanah Zanariah telah memberi
peluang luas kepada Farah Farhanah untuk mendapat jawatan yang tinggi di dalam
pekerjaan. Menjadi eksekutif muda di sebuah firma yang besar di KLCC memang
tidak pernah terbayang di fikirannya. Walaupun berkelulusan kejuruteraan kimia,
disebabkan dia sering melibatkan diri dalam pengurusan , maka dengan mudah dia
menjawat jawatan itu. Bukan senang nak duduk atas kerusi ni. Anak Tan Sri belum
tentu, tahu!
SitiNurliyana menamatkan pengajian setahun lebih awal dari Farah Farhanah. Tak
apalah, dia kan anak orang kaya, sudah tentu akan mewarisi perniagaan ayahnya.
Alamak, lupa pulak. Bukankah Tan Sri Lukman Hakim dan jatuh bankrup. Yang
tinggal hanyalah rumah sebuah di Damansara Height. Itupun dah nak kena lelong.
So, jadilah dia macam orang kebanyakan. Masa nilah kena belajar hidup susah. Dah
tak ada dah kereta sport merah tuh. Naik bas kilang jer pergi ke tempat kerja.
Dengar khabarr si Haris tu pun kerja kat KLCC jugak.. Kata kawan rapatnya,
sejak kematian ayahnya di dalam sebuah kemalangan yang ngeri setahun lalu, dia
berubah. Dia tidak lagi berfoya-foya ke sana sini dengan mana mana perempuan.
Sebaliknya dia banyak menghabiskan masa bersama adik-adiknya. Kata teman
rapatnya lagi, Haris menjadi semakin bertanggung jawab . Hubungannya dengan
Liyana pun telah lama berakhir.
Tentang perkara itu, Farah Farhanah tak tahu nak cakap apa sebab dia sudah
mnejadi ibu kepada dua orang anak . Anak kembar pulak tuh. Murah betul
rezekinya. Mungkin ada hikmahnya kata-kata Siti Nurliyana lima tahun yang
lampau. Tak apalah, dia sedar dia ni siapa, dia adalah isteri kepada TENGKU MOHD
HARIS TENGKU ISKANDAR. (Kalau dah ada jodoh tu takkan ke mana.) . Habis.
Saturday, December 27, 2008
Dejavu Seorang Pencinta.
Arrghhhhhhh....
Fikiran aku kini kusut sekusutnya. Banyak perkara yang bermain-main dalam mindaku kini. Setiap perkara itu membawa aku kembali kepada simpulan masalah yang sukar untuk diungkaikan semula. Aku mulai bosan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam hidupku. Agak sukar untuk mengungkaikan semua simpulan itu dalam satu masa. Aku cuba untuk menyelesaikan satu demi satu tetapi ia semakin bertambah. Jika ia melibatkan masalah diri ini, aku tidak kisah. Apabila asyik membantu dan menyelesaikan masalah orang, aku jadi geram!
Hampir semua menjadikan aku bahan rujukan mereka. Masalah sendiri tidak boleh diselesaikan bertambah pula masalah mereka semua. Atas dasar tanggungjawab aku cuba sedaya upaya membantu. Berkorban dari segi masa, tenaga dan wang. Aku tidak berkira. Mujurlah, aku masih ada akal dan perasaan kasih kepada mereka semua. Ia membuatkan aku menjadi kuat dan bersemangat untuk menolong.
Tapi kini, aku tidak sanggup lagi menanggung beban yang bertimpa. Banyak perkara yang perlu aku lakukan. Sebagai seorang anak, kakak, cucu, kawan dan pekerja. Semuanya memerlukan komitment yang tidak berbelah bagi. Aku hanya mampu mengeluh dan memikirkan masalah ini semasa berada di pejabat. Mana lagi tempat yang sukar untuk diganggu? Tentulah meja pejabat milikku.
“Sue, buat apa tuh? Dari tadi aku tengok kau termenung. Cantik sangat ke pantai ni sehingga aku sampai pun kau tidak sedar?” satu suara garau menyentak mindaku.
“Oh, kau Shad. Aku ingatkan siapa tadi. Eh-eh...kenapa kau boleh berada disini?” aku seolah-olah tidak percaya lelaki itu berada dihadapan ku. Sabah dengan semenanjung kan jauh?
“ Kenapa kau terperanjat Sue? Memang akulah...tak de orang lain lagi, memang aku Arshad” jawab lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya disisiku.
“Apa yang kau buat disini? Kau ada urusan di Kuantan?” aku kembali menatap laut biru yang luas itu.
“ Memang aku ada urusan di sini. Aku akan berada disini dalam seminggu dua. Kau pula bercuti ke?”
“ Kind of...bercuti juga. Urusan apa kau datang ke sini? Dan bagaimana kau tahu aku disini?” aku menoleh ke sisi untuk melihat riak wajah Arshad. Dia tenang merenung laut Teluk Chempedak nan biru itu. Keriuhan kanak-kanak mandi menganggu tumpuan kami berdua.
“ Seronok kan menjadi kanak-kanak. Happy and keep on smiling with lot of energy. Tiada masalah or beban untuk ditanggung,” dia tidak menjawab soalan aku tadi. Apa kena mamat nih, lain yang aku tanya lain yang dia jawab. Nak mengelak la tuh...
“Tapi takkan nak menjadi kanak-kanak sepanjang zaman? Tiada pengalaman yang dapat ditarah dalam kehidupan jika menjadi kanak-kanak secara abadi,” tukasku dan kembali merenung laut.
“ Lama kau bercuti Sue? Ada apa-apa ke?” dia pula merenung wajahku. Sinar redupan matanya menandakan keikhlasan dalam pemilik jiwa di depanku ini.
“ Soalan aku tidak kau jawab lagi jadi, kau tidak berhak menyoal aku,” aku bingkas bangun dan menuju ke pantai untuk menikmati kesejukan ombak.
Sangka ku, dia akan melonggo di atas batu itu. Tapi lelaki itu berjalan beriringan denganku. Kami menyusuri pantai tanpa sepatah kata. Sunyi. Hanya keriuhan ombak menghempas pantai menjadi halwa telinga kami berdua petang itu. Memang aku suka pada ketenangan laut dan pantai. Tenang dan damai. Cuma aku tidak gemar menambahkan kesukaan itu kepada berenang. Bagiku cukup sekadar berkelah untuk menenangkan minda. Mungkin kerana aku alah dengan air masin maka aku tidak berminat untuk bermandi manda bersama keluarga jika kami datang kesini.
“ Kau marah dengan aku Sue? Atau kau tak suka aku datang ke sini berjumpa dengan kau?” hampir setengah jam kami membisu akhirnya Arshad bersuara.
“ Tidak. Aku tidak berhak untuk memarahi kau. Pantai ini milik awam, sesiapa boleh datang untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan termasuk kau dan aku,” buih-buih ombak aku kuis perlahan-lahan.Sejuk.
“ Oklah, aku tahu kau marah. Aku datang kerana urusan syarikat. Kami berminat untuk berurusniaga dengan orang Kuantan. Jadi, aku datang untuk melihat proposal yang dibuat oleh rakan niaga syarikat. Puas hati?”
“ Tapi bagaimana kau tahu aku ada di pantai ini? Kuantan ini kan luas Shad..” soalku hairan.
“ Emmm...pernah dengar modern technology concept? Aku telefon rumah kau di kampung. Saja nak tanya khabar manalah tahu kau balik kampung hujung tahun ini. Mak kau yang beritahu kau bercuti disini, jadi aku dapat agak kemana langkah kaki itu menuju. Tentule ke tempat favorite kau, pantai!” panjang lebar Arshad menerangkan tujuan kedatangannya. Kalau cakap dari tadi kan senang!
“Emmm..jadi di mana kau check in? Area Teluk Chempedak juga ke? Or you staying at the city?”
“I’m staying at Cherating. Tomorrow morning baru ada meeting dengan client. Kenapa? Kau pulak?” Arshad mengutip batu-batu kecil lalu dicampak ke dasar lautan.
“ Aku pun sama. At Cherating too.”
“Oh good, bolehlah kita selalu berjumpa. Kau naik apa datang ke sini, driving?” aku hanya menggelengkan kepala.
“ Transport awam le ye? Tak pe, until the end of your holiday apa kata aku jadi driver kau?” pelawa Arshad sambil merenungku. He still look cute with that looks in his eyes, bisikku dalam hati.
“Tak payah lah nak susah-susahkan diri. Aku boleh naik transport awam lagipun teksi banyak. Aku tak mau ganggu schedule kau yang sibuk itu Mr. Arshad,” usikku.
“Sebenarnya kau nak menggelak dari aku Sue. Aku tahu, itu alasan yang sebenarnya. Tapi kali ini aku takkan menggalah. Aku tak kisah jadi pemandu or tour guide kau. So no more excuse please?” aku terkedu dengan tuduhan Arshad. Dia hanya merenungku meminta jawapan. Pantas aku mengalihkan pandangan.
“ Tapi kau ada urusan datang ke sini. Don’t mix business with pleasure Shad, you don’t have to entertaint me here. I can do it alone,” sanggahku memeluk tubuh. Angin senja menghembus perlahan tetapi cukup dingin.
“ Urusan aku cuma dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Office hours so, until then I have a perfect time to entertaint you Ms. Sue. Jangan beri alasan lagi. Aku takkan berganjak. Keputusan muktamad,” lagaknya seperti hos Who Want To be Milionare mengundang tawaku. Lantas sama-sama kami ketawa memecahkan kesunyian pantai.
“ Kan bagus kalau kau selalu senyum Sue, manis sekali,”
“Ah kau nih tak pernah berubah. Tetap bermulut manis seperti 5 tahun lalu. Bisa menggegarkan jiwa gue,” aku pula mengusik Arshad dalam loghat Indonesia.
“ Memang aku tidak pernah berubah Sue. Aku tetap seperti dulu cuma mungkin kau yang telah berubah,” tutur Arshad saat tawa kami reda.
“ Lupakan kisah lama Shad. Dah nak magrib pun, jom hantar aku balik,” potongku kurang senang dengan topik yang kelihatan memihak kepada Arshad diakhir perbualan nanti. Dia cuma mengganguk.
Aku memberikan alamat chalet kepada Arshad. Nampaknya kami tinggal di tempat yang sama. Selang 2 chalet di sahaja. Satu kebetulan. Atau takdir? Setelah memberikan persetujuan untuk makan malam bersama, kami menuju ke chalet masing-masing. Arshad menghantar aku sehingga ke pintu chalet. Kemudian barulah dia menuju ke chaletnya pula. Memang dia seorang yang bertanggungjawab. Sejak dulu lagi. Selesai solat magrib, aku bertukar pakaian. Tepat 8.30 malam kedengaran suara Arshad memberikan salam. Kami mengambil keputusan untuk makan malam di Tanjung Lumpur. Aku mahu Arshad menikmati keenakan ikan bakar segar dari laut Kuantan dan mencuba air gelas besar yang popular disini. Seperti biasa, dia bersetuju dengan cadanganku.
“Kau selalu datang sini Sue?” Arshad bertanya setelah selesai memberikan tempahan makanan kepada pelayan restoran. Aku hanya mengganguk.
“ Datang dengan siapa? Kawan-kawan satu kolej dulu ke?” soal Arshad lagi. Sekali lagi aku mengangguk sambil tersenyum.
“ Kau semakin manis sekarang Sue. Hampir 5 tahun tak berjumpa, aku semakin rindu dengan kemeriahan tawa kau,” Arshad memulakan perbualan sementara menanti hidangan kami sampai ke meja.
“ Montel cam ni kau kata manis Shad? Kau rabun ke?” usikku padanya.
“ Kau tak huduh la Sue. Sudah berapa kali aku beritahu yang you just nice the way you are. Tetap cute dan manis pada aku sejak dari dulu,”pujian dari Arshad membuat pipi ku merah menahan malu.
“ Your blushing like before. Kenapa harus segan dengan aku Sue?”
“ Kau terlalu memujiku Shad. Aku biasa sahaja. Tetap seperti dulu, tak pernah berubah,”
“ Kau masih bekerja di syarikat lama?”
“ Yes. Still there. Aku seronok bekerja disitu. Kawan-kawan ramai walaupun kekadang mereka menyerabutkan fikiran dewasa aku nih,”
“ Kau kan suka tolong dan berkorban demi insan yang kau sayang? Memang kau tidak pernah berubah. Aku masih tetap....” bicara Arshad terputus disitu kerana pelayan restoran datang menghidang makanan kami.
“ Woww...gelas besar? Memang sungguh apa dikata. Memang gelas besar. Aku tak tau lah sama boleh atau tidak aku habiskan air nih,” bisik Arshad sambil menahan tawa. Aku hanya tergelak melihat gelagatnya yang lucu itu. Kami makan sambil menikmati hembusan bayu laut. Sungguh damai.
Selepas menikmati makanan dan air gelas besar yang sedap itu, aku mengajak Arshad pulang. Pada mulanya dia enggan dan ingin mengajak aku ronda-ronda bandar Kuantan.
“ Ala Sue, kita ronda-ronda bandar sekejap. Malam pun masih muda lagi atau kau dah mengantuk?” rengek Arshad sambil membelok ke arah simpang yang menuju ke bandar Kuantan dari Tanjung Lumpur.
“Bukan cam tuh, kau kan besok ada meeting. So, kena tidur awal. Aku tak mau kau terlewat menghadirinya. Lagipun, simpanlah tenaga itu sekarang. Aku ada masa seminggu lagi nak gunakan khidmat kau sebagai personal driver nih,” terangku memujuk. Serta-merta wajahnya bertukar bercahaya dan ceria.
“Ok, aku setuju. Aku rela jadi personal driver kau, yang penting kau duduk sebelah aku. Bukan kat belakang ye, tak sesuai!” gurau Arshad gembira. Kami sama-sama tertawa besar.
****************************************************************************************
Keesokan harinya, satu mesej terpapar dalam handsetku. Oh, dari Arshad rupanya. Dia minta aku bersiap sebelum pukul satu nanti kerana mahu makan tenghari bersama. Aku hanya menggelengkan kepala membaca mesejnya itu. Aku membalas dan menolak permintaanya kerana aku telah berjanji dengan sepupuku di Gambang untuk datang ke rumahnya. Abang Nik akan menjemput ku di chalet jam 11 pagi nanti. Tiba-tiba handsetku berbunyi. Nombor telefon Arshad terpapar di skrin.
“Assalamualaikum. Baru bangun ke Sue,” suara Arshad menujuh gegendang telingaku.
“ Waalaikumussalam. Lama dah bangun. Tengah bersiap-siap nak ke Gambang. Kenapa?”balasku pula.
“Kau nak pergi Gambang naik apa? Nak aku hantar ke? Ok, kejap lagi aku sampai,” serius suara Arshad pada pendengaranku.
“ Jangan. Tak perlu. Kau settlekan kerja dulu,” pangkahku.
“Kau tak mahu aku hantar? Kan kau nak aku jadi driver sepanjang percutian ini?” suara Arshad kedengaran hampa.
“Kau jangan risau, semalam aku bergurau je. Lagipun, abang sepupu aku akan ambil aku disini,”terangku sambil membuka tingkap chalet untuk memberi peluang bayu pantai masuk.
“ Aku tetap terima tawaran kau itu. Bergurau atau serius, aku terima. So, aku datang sekarang ye?” tegas dia memberitahuku. Alamak....
“ Jangan, abang sepupu aku datang jemput, nanti apa kata dia pulak. Lagipun, dia dah on the way ke sini. 10 minit lagi sampai lah,” pujukku. Mamat nih memang tak berubah tetap seperti dulu, degil!
“ Ok, aku terima alasan itu. Tapi jangan cuba tipu aku tau, aku tetap akan jadi driver kau sepanjang aku berada disini,” akhirnya Arshad akur dengan keputusan aku.
“ So, how was your meeting?” aku mengalih topik perbualan.
“ Cemerlang. Kami dah buat kata sepakat untuk menandatangai perjanjian hujung minggu nih setelah selesai segala urusan. Untuk itu aku akan belanja kau dinner tonite, no excuse. Lagi pun ada perkara yang aku nak bincangkan Sue,” ceria suaranya di hujung talian.
“ Good. Congrotulation. Semoga suksess dengan bisness ini. Emmm..oklah, aku terima pelawaan kau tuh tapi aku tak janji ok?”
“Ok, nanti petang aku call kau ye? Assalamualaikum, bye” Arshad mengakhiri perbualanya denganku.

Arshad!
Satu nama yang pernah menghuni hati aku. 5 tahun dulu kami pernah menjalinkan hubungan rapat. Tapi kerana insan ketiga, hubungan terputus begitu sahaja. Tanpa berbincang dari mata ke mata. Dari hati ke hati. Aku mengambil keputusan untuk berpisah setelah lama memikirkan penyelesaianya. Itu pun melalui Adilla, adik angkat Arshad yang bekerja satu pejabat denganku. Adilla merupakan insan yang mempertemukan kami beruda. Dia puas memujuk aku untuk bertemu dengan Arshad dan mendengar penjelasan darinya. Tetapi aku enggan. Serik.
Aku tidak percaya kerana aku telah melihat dengan mata aku sendiri. Aku juga mendengar dari mulut pihak ketiga itu mengenai status hubungan mereka berdua. Tentulah aku percaya. Lagipun aku dan insan ketiga itu sama-sama perempuan dan mempunyai perasaan yang sama. Kami berdua menyayanginya sepenuh hati. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan mengharapkan mereka bahagia selama-lamanya. Memang keputusan itu merobek hati ini namun pengorbanan yang dilakukan untuk insan tersayang amat manis sekali. Itu prinsip diri aku yang akhirnya memakan diri. Mujurlah perhubungan kami tidak lama, setahun sahaja. Jika kasih sayang sudah berakar dalam jiwaku, tentu sukar untuk menerima kenyataan yang Arshad bukan milikku.
Pertemuan kami disini menakutkan aku. Aku cuba menggelak dari berjumpa dengannya tapi seolah-olah takdir cuba menguji hati milikku. Setelah 5 tahun sepi tanpa berita kami bertemu kembali dalam keadaan yang berbeza. Tapi aku masih menyimpan perasaan sayang padanya. Dia lelaki pertama yang mencuri hati aku. Sesiapapun akan berperasaan begitu pada cinta pertama mereka kan?
Abang sepupuku sampai tepat pada masanya. Sampai sahaja dirumahnya, aku terus mendukung anak sulung Abang Nik yang comel dan montel itu. Telatahnya yang petah dan cergas mengundang tawa kami semua. Kami juga makan tenghari bersama-sama. Kebetulan ibu mertua abang sepupuku itu bercuti dirumah mereka. Rindu pada cucu mungkin?
Hidangan tenghari itu membuka selera. Masakan kampung sahaja namun cukup enak. Ikan patin masak tempoyak, ikan masin goreng,ulam-ulaman dan sambal belacan menjadi menu utama kami hari itu. Air tangan ibu mertua abang sepupuku itu sunguh sedap sekali. Petang hari baru aku balik ke chalet itupun setelah puas menolak pelawaan mereka untuk bermalam sahaja disitu. Aku menolak dengan sopan. Anak mereka yang comel itu, Ku Yie merengek-rengek ingin mengikut ku pulang. Puas kami memujuk akhirnya dia mengalah setelah bapanya berjanji untuk membawanya berjumpa dengan ku hujung minggu ini. Budak-budak!

“Oit...termenung aje minah nih, tak de keje lain ke bah..!’suara Arshad menjengah telinga ku.
“Opocot mak kooo...hei, terkejut aku tau!”
Arshad hanya tertawa sahaja. Amboit gelak sakan ko ye..
“ Hahaha....janganlah marah, nanti kene jual,” usik Arshad lagi. Aku hanya memandangnya dengan geram. Cheshhhh....
“Ha, kenapa kau ada disini? Tak de keje lain ke...” perli ku padanya.
“Memang aku ade keje tapi ada orang tak tunaikan janji untuk temankan aku makan malam nih....” keluah Arshad sedih.
“Ya Allah....sorri Shad, aku terlupa. Kau marah ke? Sorry, aku tak sengaja. Sungguh aku benar-benar lupa,” aku menepuk dahi. Macamana boleh aku lupa nih...nyanyuk sungguh!
“Ala, cakap je lah tak sudi. Aku faham. Aku cuba contact kau tapi tak dapat. Siap tinggalkan voice message lagi tapi kau tak balas. Siapa lah aku nih...” perlahan sahaja suara Arshad menandakan yang dia cukup kecewa dengan sikap ku. Wajah muramnya membuat aku rasa sungguh bersalah.
“ Aku minta maaf Shad. Please don’t said like that....aku betul-betul tak sengaja. Lagipun handphone aku tertinggal di chalet, I’m really sorry..” Arshad hanya membisu dengan muka yang kecewa.
“Really....don’t do this to me please,” aku rasa serba salah bila Arshad cuma membisu tanpa memandang ku. Wajahnya yang putih itu aku jelahi inci demi inci. Dia masih tidak berubah. Senyum dan lirikan matanya masih sama. Sikapnya juga sukar dijangka seperti dulu.
“Shad, aku...”
“ Sue, kita perlu berbincang....lagipun percutian kau dan aku hampir tamat. Jika kita tidak selesaikan disini, jiwa kita tidak akan tenang,” serius Arshad bersuara.
“ Tapi..”
“ Kau tidak harus mengelak dari kenyataan Sue. Masalah ini hanya kau dan aku sahaja yang terlibat. Orang lain..”
“ Kau dan aku? Jangan lupa, Ika juga terlibat dalam masalah ini,” potongku.
“ Ika? Apa kena Ika dengan kita?” Arshad mengalih pandanganya padaku. Aku tertunduk, tidak berani menentang matanya. Arshad jua tahu kelemahan ku jika berdepan dengannya.
“ Sue, jawab soalan aku. Apa kena-mengena Ika dengan kita?”
“ Dia adalah rakan baik kita dan hal ini sangat berkait rapat dengan Ika. Jangan buat-buat tak tahu..”
“ Memang aku tidak tahu dan seharusnya kau memberitahu apa yang sebenarnya berlaku 5 tahun lepas. Aku benar-benar tidak tahu Sue” keras suara Arshad saat itu.
Haruskah aku membuka semula lipatan sejarah yagn berlaku hampir 5 tahun lepas sedangkan aku tahu ia amat melukakan hati ini? Luka yang masih segar ini sedang cuba aku rawat. Masa selalunya akan jadi penawar terhebat bagi kekecewaan hati.
“ Oh, aku terlupa...apa kabar Ika sekarang? Tentu kau berdua telah pun kahwin. Berapa orang anak?” soalan yang memang berlegar-legar dimindaku sejak pertemuan kami dipantai 3 hari lepas akhirnya terluah.
“ Apa maksud kau Sue? Kahwin? Anak?” Arshad kelihatan binggung. Alah, berlakon ler tuh, pura-pura tak tahu!
“ Aku cakap bahasa sepanyol ke Shad? Kau kan dah kahwin dengan Ika, so tentulah ada anak. Berapa orang anak kau sekarang?” pedih hatiku masih belum hilang lagi.
“ Kahwin? Bila pulak aku kahwin and ada anak nih? Mana kau tau cerita aku nih....” Arshad tercenggang kehairanan. Aik, tak kahwin lagi ker?
“ Kau jangan cuba berbohong Arshad. Aku dapat kad kahwin kau 4 tahun lepas. Kau dan Ika dah kahwin kan? Entah-entah Ika pun ikut kau ke sini..” sangkaku pada Arshad.
“ Ya Allah, memang aku belum berkahwin lagi. Masih bujang hingga hari ini Sue, siapa yang menabur fitnah ini?” merah padam muka Arshad saat memandang ku, gerun. Aku salah sangka ker?
“ Tapi...tapi..tapi aku dapat kad jemputan kahwin kau dan Ika..takkan lah..” teragak-agak aku menerangkan pada Arshad.
“ Sememangnya aku masih bujang sehingga kini. Kau yang menolak cinta dan kasih sayang aku 5 tahun lepas, adakah kau lupa?” sindir Arshad pedih.

“ Kad jemputan kahwin kau dan Ika...” adakah aku bermimpi?
“ Sue, aku tidak pernah melangsungkan perkahwinan dengan mana-mana perempuan dalam tempoh 5 tahun ini, kau masih tidak percaya?”
“ Tapi..aku...aku...?” how could this happen to me?
“ Ika hanya kawan baik aku...dan kau. Tidak pernah lebih dari itu. Aku tidak pernah menyayanginya lebih dari diri kau Sue..” bicara Arshad membuat aku kelu. Macam-mana kad itu sampai ke tangan aku? Siapa yang hantar?
“ Aku dapat kad kahwin kau secara pos. Adillah juga mengesahkan perkara ini. What really happen?” aku terkesima dengan jawapan Arshad.
“Adillah? Nampaknya kau telah jadi mangsa bekas adik angkat aku itu. Tak sangka dia bertindak terlalu jauh...” keluh Arshad.
“Bekas adik angkat? Apa sebenarnya ini?”
“ Kami dah putuskan hubungan adik dan abang bila aku tahu perkara sebenar Sue, 3 tahun lepas. Saat itu aku menghubunginya untuk bertanya kabar diri kau. Maklumlah kau langsung tidak menelefon atau memberi kabar berita padaku. Benci sungguh kau pada aku ketika itu kan?” penerangan Arshad membingungkan aku.
Malam yang sunyi itu seolah-olah memerhati kami berdua. Angin yang bertiup dingin tidak berjaya menyejukkan hati aku yang kian membara. Perlahan-lahan Arshad menarik tanganku dan melangkah untuk menyusuri pantai sambil disimbahi cahaya bulan. Aku hanya mengikut tanpa bantahan. Binggung.
“ Kenapa kau tidak mahu mendengar penjelasan aku Sue? Kenapa kau melarikan diri, aku sungguh kecewa dengan tindakan kau itu. Kau langsung tidak memberi peluang kepada aku untuk menjelaskan keadaan,” aku hanya membisu. Memberi peluang Arshad meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
“ Atas alasan apa aku kau tinggalkan? Tolong Sue, aku dah lama nantikan jawapan dari diri kau. Kali ini tolong jangan menolak, terangkan pada aku. Kali ni biar telinga aku sendiri yang mendengar bukan daripada pihak ketiga,”
Damai sungguh pantai Cherating di malam ini. Tetapi tidak pada jiwa aku yang sedang berkocak hebat.
“ Aku bertindak berdasarkan prinsip. Bukan memb a b i buta. Kau tentu tahu, pengorbanan yang dilakukan untuk orang yang kita sayang itu amat.....”
“ Manis sekali. Itu memang aku tahu tapi mengapa aku yang merasa perit dan hanya kau yang merasa manisnya?” potong Arshad.
“ Arshad, aku bertindak atas dasar persahabatan. Aku sayangkan kau dan Ika. Kita bertiga adalah rakan baik. Aku bertindak setelah puas memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Aku tidak melarikan diri dari kau tapi aku merasa pedih setiap kali berjumpa dengan kau. Hingga sekarang pun aku masih terasa,” terangku panjang lebar.
“Ika..Ika..Ika..asyik-asyik Ika. Dia sudah bahagia dengan keluarganya sekarang malah suaminya juga turut serta denganku. Kami rakan sepejabat. Dia orang bawahanku,” geleng Arshad geram.
“Apa?!!! Ika dah kahwin lain?” aku terperanjat dengan jawapan Arshad. Habis selama ini aku...
“ Bukan kahwin lain. Tapi memang itulah husband dia dari dulu hingga sekarang. Dah ada 4 orang anak, kembar 2. Mereka bahagia setelah kami menyelesaikan masalah dengan berbincang dan bertentang mata. Face to face, bukan melarikan diri seperti kau,” pedih sindiran Arshad pada pendengaranku.
“ Kau yang melarikan diri bukan? Aku tidak melarikan diri...” sebak ku tahan agar limpahan air mata tidak mengalir depan lelaki yang pernah dan masih aku sayang kini.
“Aku sudah berusaha untuk berbincang dengan kau tapi kau tidak menerimanya. Sehingga aku mengambil keputusan untuk membantu perniagaan family di Sabah. Habis? Kalau aku tidak berjumpa kau disini, tentu kita masih lagi sengsara dengan persoalan yang tidak berjawab ini. Kita sudah dewasa Sue, sudah boleh menerima dan bertindak dengan matang. Jadi, malam ini cubalah menjadi matang dan selesaikan dengan bijak,” aku hanya memandang ombak yang sedang menghempas pantai.
Dia tidak faham apa yang berlaku pada diriku 5 tahun lepas. Apa perlu aku menerangkan tindakan aku padanya atau harus aku berdiam diri? Ika sudah bahagia? Adillah kini bukan lagi adik angkat Arshad? Nampaknya 5 tahun itu telah memberi impak pada semua insan yang aku kenali. Kecuali diri ini, arghhh!

Malam minggu 5 tahun lepas di sebuah restoran...
“Ika, maaf sebab ajak keluar lewat malam ini. Ada hal sikit nak berbincang, boleh?” aku menyusun kata berhati-hati.
“ Tanyalah Sue, apa sebenarnya ini? Macam ada problem besar je, cakaplah..” Ika hanya mengangguk dan sedikit hairan.
“ Berapa lama kita sudah bersahabat?” aku memulakan bicara tenang.
“ Laa..itu ke soalannya Sue? Tentulah semenjak kita sama-sama satu office nih, kenapa?” senyum Ika sambil menghirup minumannya.
“ Oleh kerana kita merupakan sahabat jadi aku nak bertanya pada kau mengenai sesuatu. Kalau boleh aku mahu engkau berkata benar dan ikhlas Ika. Tak mahu berselindung, boleh?”
“ Aik, lain macam je soalan kau ini Sue? Ok..ok, aku akan jawab dengan seikhlas mungkin, silakan” Ika kini merenungku serius. Aku menghembuskan nafas seolah-olah mencari kekuatan. Masalah ini memang berat.
“Aku harap kau tidak akan berjauh hati dengan soalan aku ini Ika. Apa hubungan kau dan Arshad?” air muka Ika terus berubah saat soalan itu aku ajukan.
“ Er....err...aku dan Shad cuma kawan saja Sue. Kami cuma..er..er...” tergagap Ika cuba menerangkan kepadaku. Sah, mereka ada hubungan. Betullah maklumat yang disampaikan oleh Adilla. Adik angkat Arshad.
“ Kau janganlah berselindung lagi Ika. Jawablah dengan ikhlas, sungguh aku inginkan kebenaran, tolonglah..” rayuku sayu.
“ Betul..memang kami cuma sahabat. Tak lebih dari itu Sue,” Ika cuba menggelak dari menjawab soalan aku itu. Tipu!
“ Kalau macam itu, semalam korang berdua kemana? “
“ Er...semalam aku tak kemana-mana ada kat rumah. Tanyalah Adillah..”
“ Aku dah tanya Adillah. Dia kata kau tak de kat rumah. Kemana kau semalam Ika?” serious aku menyoal Ika. Dia kelihatan gelabah. Padan muka!
Lama kami membisu. Ika masih mendiamkan diri. Aku pula semakin tidak sabar untuk mendengar penjelasan darinya. Makanan yang kami pesan tadi masih belum di sentuh. Aku harus menyelamatkan Arshad dari perempuan seperti Ika. Memang aku akui dia cukup cantik dan seksi tapi sikapnya yang liar sedikit membataskan perhubungan aku sebagai sahabatnya. Tiada cacat cela sebagai kawan cuma Ika kerap bertukar pasangan. Maklumlah orang cantik dan bergaya. Arshad kerap berbicara tentang Ika dengan aku dan kini mulai keluar dengan Ika. Aku risau!
“Ika, berterus teranglah....jangan cuba menipu aku, kau atau Shad. Kita mesti selesaikan masalah ini dengan segera” aku menguis nasi goreng ayam di dalam pinggan berwarna biru kristal itu, cantik!
“ Kenapa kau nak tahu Sue? Kenapa?” giliran Ika pula menyoalku.
“ Aku harus tahu kerana kami berdua ada hubungan rapat. Aku sayangkan dia Ika,” kata-kataku itu mengundang tawa dari Ika. Aik, giler ke perempuan ini?
“ Apa kau pasti Arshad kasihkan kau sebagaimana dia kasihkan aku, Sue?” suara Ika bila tawanya semakin reda. Aku terpempan seketika.
“ Kau dah salah faham Ika..bukan itu maksud aku. Bukan..” aku cuba menerangkan hal sebenar.
“ Kami berdua very-very in love now...memang semalam aku tiada di rumah kerana kami berdua bersetuju untuk membeli cincin bertunang malam tadi, puas hati?” terang Ika dengan bangganya tanpa sempat aku menghabiskan ayat.
“ Kamu berdua bercinta, patutlah...” aku cuba bersuara namun gagal.
“ Emm...Arshad ada juga beritahu aku yang kau tergila-gilakan dia. Dia pun layan kau sebab kasihan dan simpati Sue. Aku pun tak salahkan dia, satu office dah tau yang kau tergila-gilakan pengurus department akaun tuh, aku tak heran pun,” sindiran tajam Ika membuat aku terkesima. Sampai hati Arshad kata begitu, tergila-gilakan kau?
“ Oh begitu. Emm...aku tak perasan pulak yang satu office dah tau tentang hubungan kami. Kami cuma sayang-menyayangi sebagai seorang sahabat. Kenapa pulak aku boleh tergila-gilakan dia Ika? Patutlah mereka syak kau dan Arshad ada hubungan..tak salah tekaan mereka. Tapi lain la pulak bila aku dengar dari mulut kau Ika, hairan!” aku cuba menenangkan perasaan kecewa. Aku takkan kalah dengan korang berdua, boleh blah!
“ Eh-eh betul tau..aku tak..aku tak tipu,” Ika kembali tergagap-gagap menjawap soalan aku itu. Sandiwara ek..?
“ Emm...betul kau cintakan Arshad dan menerima dia seadanya? Atau kau hanya harapkan wang dan kebendaan dari dia Ika?”
“ Aku memang mencintai dia Sue, lihat cincin di tangan aku. Ini buktinya,” Ika menghulurkan jarinya yang tersarung dengan sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian. Berpinar mata aku melihat keindahan cincin itu.
“ Minggu depan aku akan berjumpa dengan ibu bapa Arshad. Kami akan menetapkan tarikh bertunang dan kahwin pertengahan tahun depan. Kau lepaskanlah dia Sue, sudah tertulis dia bukan milik kau. Lagipun kami berdua benar-benar mencintai satu sama lain. Kau janganlah halang kami mengecap kebahagian hidup. Lepaskanlah dia Sue, aku rayu pada kau,” air mata Ika sudah tergenang di matanya. Aik kejap gelak kejap nangis perempuan di depan aku sekarang, boleh menang best aktress nih!
“ Emm...oklah. Aku tak pernah kongkong dia. Kami tidak meletakkan limit pada perhubungan ini. Kalau benar dia akan bahagia bersama kau, let it be. Aku tak kisah, cuma tahniah. Kau harus jaga dia elok-elok, dia lelaki baik. Aku doakan kau berdua bahagia. Sebenarnya kami tiada apa-apa. Hanya kawan baik. Memang tujuan aku untuk bertanya hal sebenar kerana aku perlu tahu sebagai orang yang paling rapat dengan dia. Kami saling ambil berat. Itu sahaja, jangan salah faham ok?” aku menamatkan sandiwara ini. Sebak di dada aku cuba tahan. Aku tidak mahu kalah di depan kaum ku sendiri.
“ Sememangnya dia akan bahagia dengan aku Sue. Itu kau tak perlu bimbang. Kami memang saling mencintai, doakan kami ok?” Ika tersenyum bahagia.
“ Aku tahu sikap liar kau sebab kita bersahabat. Aku mahu kau berubah demi kebahagiaan Arshad. Cukuplah. Aku tak mahu Arshad kecewa dan patah hati dengan sikap kau itu. Pertemuan ini hanya kau dan aku yang perlu tahu. Adillah juga tak perlu tahu. Ini rahsia kita berdua, faham” aku memberi amaran keras kepada Ika yang terkulat-kulat malu.
Emmm...akhirnya aku berjaya membuat kesimpulan tentang hubungan aku dan Arshad. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Malu semalu-malunya!
Aku terus menjauhkan diri dari Arshad. Perasaan malu aku dan kecewa terhadapnya membuatkan kami semakin renggang. Dia cuba untuk mengambil hati aku tapi gagal. Sudahnya, kami membisu seribu bahasa sehingga dia berhenti dan pulang ke Sabah. Tanpa apa-apa penjelasan!

“ Adillah yang merancang semua itu. Dia berpakat dengan Ika. Dia yang menikam aku dari belakang. Dialah penyebab kita bermusuhan Sue,” tiba-tiba Arshad bersuara setelah aku menceritakan hal yang sebenar.
“ Adillah?!” aku tergamam.
“ Ya. Adillah yang menimbulkan masalah antara kita berdua. Dalam diam dia menyimpan perasaan dendam pada aku. Dia dapat menghidu rasa kasih kau pada aku. Sedangkan aku sendiri belum pasti sama ada kasih aku akan kau sambut. Oleh itu dia telah berpakat dengan Ika untuk mengenakan kau seterusnya menjatuhkan aku. Perempuan itu memang licik,” kami berpandangan.
“ Tapi Adillah yang beritahu aku yang kau dan Ika ada membuat hubungan sulit. Dia juga yang menyampaikan berita pernikahan korang berdua. Aku juga dapat kad kahwin secara pos,” terangku dalam sebak.
“ Kad kahwin? Kau telah di tipu oleh Adillah, Sue. Masa itu adakah Ika masih berkerja di syarikat lama kita?”
Aku menggelengkan kepala.
“ Lantas? Kau tak terfikir yang mungkin ia adalah pakatan sulit Adillah? Atau kau dikaburi olah rasa marah pada aku dan percaya pada apa yang kau lihat tapi bukan dari kebenaran?” Arshad melemparkan tuduhan padaku pula. Pegangan tangannya aku lepaskan perlahan-lahan. Aku benamkan kaki dalam ombak yang menghempas pantai. Aku renung bulan yang bersinar terang. Cantik sungguh!
“ Kau ibarat bulan pada aku Sue. Bersinar terang dan memberi cahaya pada kegelapan jiwa aku. Cahayanya menerangi hingga ke dalam jiwa yang dendam. Seluruh jiwa ini kau simbahkan dengan cahaya yang terang. Kau dermakan senyuman yang terindah saat aku perlukan,”
“ Aku tidak sangka Adillah sanggup mengkhianati persahabahan kita Shad. Aku sayangkan dia seperti adikku sendiri. Aku tidak percaya dia boleh lakukan ini pada kita berdua. Mengapa dia sanggup lakukan perkara itu kepada kau dan aku?”
“ Dia memang manusia pendendam. Adillah sudah lama menyimpan dendam terhadap keluarga kami. Dia menuduh arwah bapaku membunuh ‘jiwa’ ayahnya kerana ketamakan mengejar kekayaan. Adillah sebenarnya buntu..” keluh Arshad.
“ Ketamakan harta? Membunuh ‘jiwa’?” dahiku berkerut kehairanan.
“ Iye, ketamakan harta benda. Keluarga kami pernah menjalinkan ikatan perniagaan bersama. Memang berjaya dan maju tapi malang sekali, akibat sifat tamak abang sulung Adillah perniagaan itu lingkup. Tapi arwah bapaku cepat bertindak dan keluar dari ikatan itu. Kami selamat. Tapi..” Arshad tertunduk sedih.
“ Tapi apa?”
“ Keluarga itu mengalami kemusnahan yang tidak tertanggung oleh jiwa yang lemah. Mereka hilang segala-galanya termasuk ibu Adillah. Untie Irene tidak boleh menerima kenyataan yang mereka telah jatuh miskin dan muflis. Abang sulung Adillah dijumpai mati tergantung. Dia membunuh diri dan keluarganya. Ayah Adillah kini berada di hospital sakit jiwa, Uncle Azman lemah jiwanya dan menjadi gila kerana tekanan yang melampau,”
“ Sebab itu dia cuba membalas dendam pada kau Shad?” kini baru aku faham dengan teka teki yang terjadi.
“ Adillah seorang gadis yang baik sebenarnya tapi iman yang nipis membuat dia tidak dapat berfikir dengan akal yang waras tapi alhamdullilah kini dia sudah insaf setelah aku menerangkan hal yang sebenarnya...” Arshad menghembuskan nafas kelegaan. Mukanya cukup berseri.
“ Kau sungguh baik hati dan bijak Arshad, aku kagum”
“ But you release me without fighting right? Aku sunggu marah dengan tindakan kau itu. Kau merahsiakan perasaan itu dan membiarkan aku membuat teka teki tentangnya. Kau mencabar sabar dan ego ku Sue, seharusnya aku marahkan?”
“ Sudahlah Shad. Aku tak larat nak fikir lagi. Banyak sungguh kejutan pada malam ini. Aku gembira kita bertemu tapi aku juga pening dan keliru dengan apa yang berlaku malam ini. Berikan aku masa untuk berfikir dan membuat keputusan,” suaraku lemah.
“Keputusan apa lagi? Kan kita sudah clear of the water? What kind of excuses you want more Sue? Aku memang cintakan kau dulu dan kini. Jangan buat aku merayu untuk sekian kali kerana aku juga punya maruah. Ini adalah kali terakhir aku mengucapkannya. Terpulang pada kau untuk menilai keikhlasan. Cukuplah penanggungan kita selama ini. Kita harus melangkah ke depan bukan menangis pada sejarah yang membebankan,Sue” aku menoleh kembali pada Arshad. Belum sempat aku membalas kata-katanya, dia berpaling dan melangkah pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Merajukkah dia?
30 minit setelah Arshad meninggalkan aku keseorangan, airmata jatuh di pipi perlahan-lahan!
"Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji..
selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkeliru...
selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka..
selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkilan...
selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis..
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan ianya hadir bile memerlukan
dan pergi tanpa meninggalkan pesan..."

PCB dalam kenangan
Pon! Pon!
Jeritan hon kereta menyedarkan aku dari tidur. Aku bangun dari sofa sambil itu mataku melirik jam didinding. Hampir pukul lapan pagi. Barangkali itu kereta abang Kamal. Aku selak langsir tingkap, kelihatan sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti betul-betul depan pagar rumahku. Kereta siapa pula tu? Rasa-rasa nya macam pernah tengok, tapi dekat mana? Ah, lantaklah! Tetamu Pak Mat agaknya. Aku kembali duduk disofa, tiba-tiba kedengaran ketukan dipintu diselangi dengan bunyi salam.
“waalaikumsalam,” jawapku lantas bangun dan membuka pintu. Kak Intan tersenyum dimuka pintu. Aku sedikit terkejut. Mataku meninjau keluar rumah. Hairan? Kereta abang Kamal tak kelihatan. Aku mengaru kepala ku yang tiba-tiba jadi gatal. Kak Intan hanya tersenyum.
“dah siap ke? Kita dah lambat ni,” tanya kak Intan. Aku mengangguk. Beg aku sandang dibahu, pintu dikunci rapat.
“Mana kereta kak?” tanya ku inginkan kepastian.
“Hari ini kita naik BMW, kereta rosak.” Ujar kak Intan selamba. Aku perhatikan betul-betul kereta mewah itu. Langkah ku tiba-tiba terhenti, jantung terasa berdegup kencang. La, baru aku teringat kereta mewah itu milik siapa. Hati aku ketika itu tak semena-mena jadi tak tenteram. Keseronokan nak melancong hilang sekelip mata. Kalau aku tahu awal-awal lagi aku dah tolak perlawaan mereka. Ini tak lain mesti kerja abang Kamal. Sengaja dia nak kenakan aku. Spoil betul!!!
“eh, cepatlah!” jerit abang Kamal dari dalam kereta. Hendak tak hendak terpaksalah aku ikut sama. Aku melangkah masuk kedalam kereta setelah mengunci pagar.
“sorrylah, kalau saya ikut sama. Bukan apa, saya tak percaya dengan abang Kamal. Nanti dibuatnya kereta saya macam kereta lumba pula.” Ujar Encik Ikmal dari depan dengan senyumannya. Aku hanya mengangkat bahu. Mengiakan pun tidak menggeleng pun tidak.
“senyumlah sikit...kereta abang rosaklah. Terpaksa bawak Ikmal sekali, lagipun dia nak balik ke kampung dia.” Ujar abang Kamal dengan senyuman sinis. Aku tahu niat sebenar abang Kamal. Dia sengaja buat macam ini.
Sepanjang perjalanan aku cuba maniskan muka aku, tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu bertapa geramnya aku. Kalau tidak kerana janji, memang aku tak ingin nak pergi bersama. Ingatkan nak release tension, rupa-rupanya menambahkan tension. Tengok mukanya saja aku dah rasa semacam. Geram, marah, meluat semuanya hadir. Mereka seolah-olah berlumba-lumba nak dapat tempat dalam hati aku. Perasaan suka pun turut sama berlumba. Itu yang aku pelik tu, macam mana perasaan itu boleh timbul? Barangkali aku terpikat dengan seyumannya tak? Allah huakbar, simpang malaikat 44. tak teringin aku nak berkawan dengan mat singa, nanti tak pasal-pasal aku kena ngap. Aku tersenyum sendiri bila teringatkan gelaran yang aku beri pada Encik Ikmal. Kalau dekat pejabat nak lihat senyumannya , macam menunggu bulan jatuh ke riba. Kalau nak tengok bengis dia memang senang. Tapi hari ini, asyik tersengih jer macam kerang busuk. Nasib baiklah senyuman tu menawan.
“bila kita sampai dekat Jeli nanti, kita singgah rumah Ikmal sekejap sebab mak dia nak berkenalan dengan bakal menantu dia.”
Kata-kata abang Kamal menyedarkan aku dari lamunan. Geram ku bertambah bila aku lihat mereka bertiga ketawa kecil. Hanya aku saja yang masam mencuka.
“apa abang Kamal ni, merepek!” tegasku keras. Aku memandang kak Intan, dia turut sama tersenyum sambil mengangkat bahunya. Eeeii..tak kuasa aku nak bermertuakan emak Encik Ikmal. Kalau anak perangai macam singa, maknya apatah lagi.
“kenapa pula merepek? Manalah tahu ada jodoh kita nanti.”sahut Encik Ikmal dari depan. Dia menoleh memandang kebelakang, aku merenung keluar.
“jangan layan mereka berdua tu, buat tak tahu sudah.” Ujar kak Intan sambil menepuk-nepuk paha ku.
Aku hanya membisu. Abang Kamal kalau tak mengusik aku memang tak sah hidupnya. Kalau dekat pejabat lagi teruk, tambah-tambah pula bila lepas kena marah dengan Encik Ikmal. Mamat singa seorang ni pun kalau sehari tak jerkah orang memang tak sah juga hidupnya. Mentang-mentanglah dia tuan punya syarikat, dari pagi sampai petang tak ada kerja lain nak marah orang saja. Tapi hari ini lain pula, buang tabiat agaknya? Hampir dua jam memandu, akhirnya kami sampai juga dekat Jeli. Entah kenapa hati aku rasa semacam saja bila kereta membelok masuk ke perkarangan rumah emak Encik Ikmal. Banglo dua tingkat yang tersergam indah itu nampak begitu mewah.
“assalamualaikum,” jerit Encik Ikmal dari luar. Seorang wanita dalam lingkungan awal lima puluhan berdiri di muka pintu. Huluran tangan ibunya dicium dan mereka berpelukan mesra. Anak manja barangkali.
“masuklah, Intan..Kamal.” pelawa ibu Encik Ikmal. Aku mengekori kak Intan dan abang Kamal. Kami masuk ke dalam rumah. Seorang bibik datang membawa air minuman.
“ini kawan boy, ibu.” Ujar Encik Ikmal. Hampir nak tersedak aku dibuatnya. Boy! Huluran tangan ibunya aku sambut. Aku pun nak tunjuk baik juga.
“ini mesti Putri yang selalu boy cerita dekat ibu, patutlah semua gadis yg ibu rekemenkan boy tolak. Rupa-rupanya dah ada puteri kayangan.”
Kali ini aku betul-betul tersedak. Merah padam muka aku menahan malu dan juga menahan marah. Encik Ikmal selalu cerita tentang aku pada ibunya? Memang melampau betul mat singat ini. Aku lihat abang Kamal dengan kak Intan tak habis-habis dengan sengihan mereka. Meluatnya!!!
“ibu, biar kami ke masjid dulu...nanti tak sempat nak sembahyang jumaat.” Ibunya hanya mengangguk. Encik Ikmal dan abang Kamal berlalu pergi. Legas sikit rasa hati ku, kalau tidak memang sah mereka berdua tu merapu entah apa-apa. Tambahan pula ibu Encik Ikmal ni boleh tahan juga kereknya.
“bila bertolak dari Ipoh?” tanya ibu Encik Ikmal sambil matanya asyik menjeling kearah aku, ini yang aku tak berkenan ini. Rasa macam penjenayah pula.
“pagi tadi, makcik.” Jawap kak Intan. Aku hanya membisu, malas nak masuk campur perbualan mereka. Lagipun aku bukan kenal sangat dengan ibunya itu.
“macam mana dengan Ikmal makcik? Minggu lepas dia kata makcik nak tunangkan dia.” Tanya kak Intan sambil menjeling kearah ku. Mulalah tu, kak Intan ni pun bukan boleh harap sangat.
“tak jadi Intan, tak berkenan katanya. Mulanya makcik hairan juga, tapi sekarang ni, dah faham dah kenapa.”
“orang muda zaman sekarang makcik. Suka buat pilihan sendiri.” Ibu Encik Ikmal hanya tersenyum. Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Matanya asyik merenung kearah ku. Bagaikan nak membaca isi hati aku. Apa? Dia ingat aku kemaruk sangat ke dekat anak dia! Perasan!!
“hai, ibu...kenapa pandang sampai tak kelip-kelip mata. Berkenan ke?” tiba-tiba saja Encik Ikmal dan abang Kamal muncul.
“ehmm..dah balik pun. Jom kita makan, bibik dah lama masak dah.”
Kami berempat makan tengahari dirumah emak Encik Ikmal. Selesai makan kami semua duduk bersembang bersama, sambil minum-minum dan makan kuih.
“ibu, petang nanti kami nak ke Kota Bharu.” Ujar Encik Ikmal dengan senyuman. Wajah ibunya sedikit berubah.
“la..ibu ingat kamu semua nak tidur sini? Besok ajelah ke sana.” Getus ibu Encik Ikmal. Mendengarkan cadangan itu, hati ku berdoa banyak2 agar perlawaan itu tak terima. Biarlah kami tidur ditempat lain, kalau tidak sakit jiwa aku nanti.
“lain kali ajelah makcik, kami ada rancangan lain.” Kata-kata Kak Intan menyelamatkan aku dari seksaan yang bakal aku tempuhi. Terima kasih, tuhan.
“tak akan lari gunung di kejar, ibu!” sahut Encik Ikmal sambil mengenyitkan matanya kearah aku. Aku buat-buat tak nampak.
Petang itu selepas sembahyang maghrib, kami bertolak ke Kota Bharu. Dalam perjalanan tak banyak yang dibualkan. Barangkali masing-masing keletihan. Lagipun tak kuasa aku nak layan karenah mereka bertiga. Buang masa saja. Lebih kurang pukul 8 malam kami sampai ke Pantai Cahaya Bulan itupun sebab berhenti dekat Bukit Senyum. Kalau tidak dah lama kami sampai ke destinasi. Kami menyewa chalet yang berhampiran dengan laut. Aku dengan Kak Intan duduk bersama, abang Kamal tinggal dengan Encik Ikmal.
“esok jangan bangun lambat.” Pesan Kak Intan pada abang Kamal. Abang Kamal hanya mengangguk lalu mengekori Encik Ikmal ke pondok mereka.
Aku dengan Kak Intan masuk ke dalam pondok kami.
“ Putri masih marah dengan kami lagi ke?” tanya Kak Intan bila dia tengok aku hanya membisu sejak dari rumah ibu Encik Ikmal. Aku hanya menggeleng.
‘jangan ambil hati sangat dengan mereka berdua. Buat-buat tak tahu sudah.”
“ Putri tak kisah kak, tapi tak sangka pula Encik Ikmal ikut sama. Kalau Putri tahu tak ingin Putri ikut sama.” Getus ku dengan tanda kesail.
“sabar ajelah, kak Intan pun tak sangka yang Ikmal nak ikut. Bukan kami yang ajak dia, dia yang offer diri nak ikut. Lagipun segan pula nak tolak, nanti apa pula kata dia.”
Aku hanya mengangkat bahu. Tak percaya dengan kata-kata Kak Intan. Ini semua mesti kerja abang Kamal.
“tapikan kak Intan rasa, Ikmal ni mesti ada udang sebalik mi...rasanyalah dia nak memikat Putri.” Ujar Kak Intan dengan senyuman melirit.
“ Putri terima tak kalau dia nak kan Putri?”
“Eiii!!! Tak payahlah kak, buat sakit hati saja. Tak sanggup Putri kena tengking hari-hari.”
“ kalau dah dapat nanti, tak akanlah dia nak marah girlfriend dia. Kak Intan yakin dia sukakan Putri.” Aku hanya mencebik. Mana mungkin dia sukakan aku.
“Merepeklah kak Intan ni,” ujarku lantas bangun dari kerusi.
“nak kemana pula tu?”
‘lebih baik Putri pergi mandi. Lagi lama layan kak Intan, boleh biol otak ni!”
Kak Intan hanya ketawa. Dia turut bangun dari kerusi sambil mengangkat begnya. Aku mengambil tuala dan terus melangkah ke bilik air. Puh sejuknya air, rasa macam ais batu. Sejuk pun sejuklah, janji aku boleh mandi. Segayung demi segayung aku curah kebadan. Nyaman sungguh. Selesai mandi aku capai tuala lalu keluar menuju ke katil. Aku tengok Kak Intan dah pun belayar. Penat agaknya. Aku rasa nak ketawa bila lihat cara Kak Intan tidur, dengan senyuman aku kemaskan kedudukan selimut kak Intan. Lepas itu aku pakai baju dan terus baring. Lampu aku biarkan terpasang. Terbedip-dedip mataku cuba melawan ngantunk.sementara itu minda ku masih memikirkan kata-kata Kak Intan. Benarkah Encik Ikmal ingin memikat ku? Tak mungkin!! Fikir punya fikir akhirnya aku terlena bersama persoalan yang tak terjawap.
************************************************************************
Tok! Tok!
Ketukan dipintu mengejutkan aku dari tidur, aku tarik selimut rapat-rapat. Sejuk!! Rasa malas nak bangun, tapi bila ketukan tak henti-henti terpaksalah aku bangun juga. Katil Kak Intan aku lihat dah berkemas. Paginya minah seorang ni bangun. Aku melangkah ke pintu, daun pintu aku buka. Angin pantai menerjah masuk. Sejuknya, rasa sampai ke tulang.
“tak mandi lagi? Kami nak ke Bachok, tak nak ikut ke?” tanya abang Kamal. Bachok adalah kampung kak Intan. Aku hanya menggeleng, letih semalam tak habis lagi. Lagipun malaslah.
“ kalau macam tu, tunggu sampai kami balik. Oh ya kalau ada apa-apa cari Ikmal, dia ada dekat bilik.”
Aku hanya mengangguk. Tak kuasa aku nak cari dia. Mereka melangkah pergi. Aku kembali baring dan cuba menyambung semula tidur aku, tapi ngantuk ku dah hilang. Aku bangun semula mencapai tuala dan terus ke bilik air. Bila dah selesai mandi dan berdandan aku duduk termenung di beranda chalet. Angin laut yang bertiup terasa nyaman. Badanku yang letih terasa segar dihembus angin laut tambahan pula dengan sinaran cahaya pagi. Aku tarik nafas panjang dan kemudian melepaskannya. Alangkah bahagianya kalau hari-hari dapat hidup begini. Nyaman dan tenteram tanpa perlu risau masalah kerja ataupun lain-lain masalah. Hati pun tenang dan telinga pun tak sakit dengan jerkahan dan bebelan bos di pejabat. Aku menoleh ke chalet di sebelah yang masih lagi tertutup. Barangkali penghuninya masih tidur. Harap-harap dia tak buat perangai singanya itu dekat sini. Ah! Buat apa fikirkan pasal dia, lebih baik aku bermain ombak di pantai. Aku capai topi dan kacamata hitam ku dan terus berjalan menuju ke pantai. Setelah penat menyusuri pantai dan bermain ombak. Aku duduk dibawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah. Mataku tak lepas-lepas memerhati anak-anak kecil berlari mengejar ombak. Aku tersenyum sendiri betapa indahnya ciptaan ilahi.
“ Assalamualaikum.”
Aku tersentak lalu menoleh ke arah yang empunya suara. Aduh! Boring betul!! Tak ada orang lain ke? Encik Ikmal tersenyum kearah ku dan tanpa dipelawa dia duduk disisiku. Bila aku perhatikan betul-betul memang senyuman Encik Ikmal begitu menawan. Patutlah dia jarang senyum. Senyuman yang boleh mencairkan keimanan.
“cantikkan permandangan dekat sini?” Aku hanya mampu mengangguk. Tak tenteram rasanya bila duduk begini dengan Encik Ikmal tambahan pula bila dia merenung tepat ke mata ku. Entah kenapa aku rasa muka ku panas bagai dibakar. Mabuk ke aku ini?
“ Putri sukakan pantai?” tanya Encik Ikmal bila dia lihat aku hanya membisu memandang laut.
“suka...kalau ikutkan hati hari-hari nak mengadap laut.” Aku cuba memandang ke wajahnya tapi tak berdaya bila Encik Ikmal merenung tepat ke mata ku sekali lagi. Tak sanggup rasanya bermain mata dengannya nanti silap haribulan aku pula yang perasan. Baru kes naya.
“kenapa?”
“sebab pantai selalu beri saya ketenangan. Saya suka melihat ombak memukul pantai. Kalau boleh saya nak jadi seperti ombak. Setia pada pantai.”
“betul tu, ombak dengan pantai tak mungkin dapat dipisahkan, tapi sayang kesetian mereka tak dapat disatukan dengan sebuah ikatan dan saya tak suka dengan fenomena yang sebegini.”
Aku agak terkejut dengan kata-kata Encik Ikmal. Tak sangka mat singat pun pandai cakap benda-benda sentimental. Aku memberanikan diri menatap wajah Encik Ikmal dengan lebih teliti. Dia mempunyai sepasang mata yang bersinar ditambah pula dengan hidung yang agak mancung. Kulit yang cerah, badan yang sasa dan juga senyuman yang cukup menawan. Tapi sikapnya yang serius dan garang itu telah menutup segala keindahan wajahnya.
“kenapa pandang saya macam itu?” Pertanyaan Encik Ikmal membuatkan aku tertunduk malu. Menyesal pula rasanya menatap wajahnya tadi.
“ tak ada apa-apa, cuma saya rasa Encik Ikmal akan lebih handsome kalau selalu tersenyum.
Encik Ikmal ketawa perlahan.
“sebab itulah saya malas nak senyum, saya takut semua perempuan dekat Malaysia ni gila bayang dekat saya nanti.”
“ewah-ewah melebih-lebih pula dia, masuk bakul angkat sendiri.” Ujar aku sambil senyum, dah orang puji berlagak pula dia.
“Eh mestilah, siapa lagi nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri.” Ujarnya bersahaja. Aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Akhirnya kami sama-sama ketawa. Entah apa yang kelakarnya aku pun tak tahu.
“Seronok kan, kalau kita selalu gembira, kenapa Encik Ikmal selalu nampak serius?”
Dia hanya ketawa lalu bangun dan terus berjalan menuju ke tepi pantai. Aku turut bangun dan mengekorinya. Kami sama-sama merenung laut yang luas terbentang.
“ I`m not serius, cuma kadang-kadang masalah sekeliling yang menjadikan saya sedemikian. Saya tahu ramai staff saya yang tak suka dengan cara saya bekerja, termasuklah gadis yang duduk disebelah saya ini dan saya juga tahu ada orang gelar saya Mat Singa. Betul tak?”
“Maafkan saya, saya tak bermaksud nak panggil Encik Ikmal macam tu.” Ujarku perlahan antara dengar dengan tidak. Melihatkan perubahan wajah ku, Encik Ikmal ketawa kecil.
“tak payah minta maaf, saya akui yang saya sometimes terlalu garang. Tapi hati saya baik sebenarnya.”
Aku hanya mengangkat bahu.
“jom kita menyusuri pantai.” Pelawa Encik Ikmal sambil bangun dan sekaligus menarik tangan aku. Aku terdorong mengikutnya. Genggamannya yang kemas membuatkan hati ku bagai terkena kejutan elektrik. Cepat-cepat aku tarik tangan aku dari genggamannya. Dia hanya tersenyum. Aku tiba-tiba jadi keliru dengan tindakan Encik Ikmal dan juga dengan perasaan aku sendiri. Dia terlalu mesra ataupun aku yang perasan? Kami berjalan bersama menyusuri pantai sambil bermain ombak.
“boleh saya tanya satu soalan?”
“apa dia?” ujar ku sambil memandang ke wajahnya. Dia kelihatan agak gugup tapi senyuman masih terukir dibibinya.
“ Putri ada...”
Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya, kedengaran satu suara berdehem di belakang kami. Aku menoleh. Ya Allah! Rasa macam nak pengsan bila aku lihat siapa yang berada dibelakang kami saat ini. Kemesraan kami mati dengan tiba-tiba dan jarak antara kami menjadi renggang.
“amboi...amboi.., bukan main asyik lagi. Sampai tak perasan orang dok perati dari belakang.” Ujar Abang Kamal dengan senyum sinis.
“perang dingin dah habis ke?” Kak Intan pula mengusik. Aku hanya membisu, tak tahu apa yang harus aku jawap. Aku merenung ke arah Encik Ikmal yang hanya tersenyum-senyum. Begitu juga dengan Abang Kamal. Tanpa berlengah lagi aku melangkah pergi meninggalkan mereka. Lebih lama aku dekat sini, lebih sesak nafas ku. Mereka aku tinggalkan begitu sahaja. Setibanya aku di depan rumah, aku duduk di tangga menahan rasa geram dengan perbuatan mereka. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku tersenyum sendiri. Mengapa aku harus marah? Padahal itu semua perkara kecil sahaja. Aku tarik nafas panjang-panjang, cuba mengawal emosi sendiri. Aku lihat kak Intan datang menghampiri aku. Mungkin dia datang untuk memujuk aku. Aku cuba untuk tersenyum dan menanti kedatangannya dengan hati tenang.
“kenapa Putri jalan laju sangat? Penat kak Intan kejar tadi,” Kak Intan mengeluh sambil duduk disebelah aku. Aku hanya mendiamkan diri.
“kenapa ini? Marah ke? Kami hanya bergurau saja. Janganlah ambil hati. Putri bukan tak tahu perangai abang Kamal.” Ujar kak Intan memujuk. Dia mengusap lembut bahu ku. Aku hanya mampu mengeluh.
“ Bukan Puteri marah, tapi Puteri malu dengan Encik Ikmal. Nanti apa pula dia kata.”
Kak Intan ketawa.
“ malu? Kenapa harus malu? Dia suka pada Puteri dan kakak tahu Puteri juga suka pada dia kan?”
Aku hanya menunduk. Tidak tahu apa yang harus aku katakan tentang perasaan aku.
“percayalah, kak Intan yakin 100% yang Ikmal dah jatuh hati pada Puteri. Kalau tidak, buat apa dia ikut kita? Lagipun tak elok tipu diri sendiri...”
“Putri tidak mahu berangan-angan kak. Putri tak layak untuk bersama dengan Encik Ikmal, dia orang kaya kak. Putri hanya gadis biasa, enggang tak mungkin terbang bersama pipit. Itu lumrah alam kak..”
“Terpulanglah pada Putri, buruk baiknya terletak ditangan sendiri.”
“Terserahlah pada takdir, kak.” hanya itu yang mampu aku katakan saat ini.

“Assalamualaikum.” Terkejut aku seketika. Aku toleh ke belakang. La...Encik Ikmal rupanya.
“Waalaikumsalam. Ehmm..Encik Ikmal ni selalu buat saya terkejut.” Dia hanya tersengih lantas melabuhkan punggongnya di sebelah aku. Kehangant tubuhnya dapat aku rasakan. Jantung pula berdegup kencang macam LRT. Tanpa aku sedari Encik Ikmal menggenggam jari jemari ku, lalu diusap lembut. Ketika itu jantung ku rasa bagai nak jatuh ke bumi, cepat-cepat aku tarik tangan aku. Aku tertunduk malu, muka terasa panas.
“Saya minta maaf..” ujarnya perlahan.
“that`s ok.”
Encik Ikmal merenung tepat ke wajah ku. Sinaran matanya seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu. Aku tak pasti apa, yang aku tahu saat ini jantung ku masih lagi berdegup kencang.
“Saya nak minta maaf juga, bukan hanya kerana ketelanjuran saya hari ini tapi untuk segala tindak tanduk saya terhadap Putri selama ini. Saya minta maaf. Saya tahu selama
ini saya dah banyak sakitkan hati Putri.”
Wajah Encik Ikmal kelihatan muram. Senyuman nya manis itu hilang dari bibirnya. Aku jadi serba salah bila melihat dia begitu. Memang selama ini aku sakit hati dengan perbuatannya tapi tidaklah sampai aku membencinya.
“Tidak pernah terlintas dihati saya hendak sakitkan hati Putri. Maafkan saya sekali lagi..”
“ dah lama saya maafkan, Encik Ikmal. Lagipun saya bukan jenis yang suka berdendam. Cuma saya tertanya-tanya mengapa saya yang sering dijadikam mangsa kemarahan Encik Ikmal?”
Kedengaran keluhan lahir dari mulut Encik Ikmal. Dia memejamkan matanya seketika kemudian merenung tepat ke mataku.
“ Cemburu..” jawapnya ringkas.
“Cemburu??” jawapannya cukup menghairankan dan juga melucukan. Mengapa harus cemburu?
“ ya..cemburu! Saya cemburu dengan semua lelaki yang rapat dengan Putri. Bila saya cemburu saya jadi marah dan bila saya marah saya terpaksa lepaskannya pada seseorang dan orang yang paling dekat dengan saya adalah Putri.”
Aku cukup tak faham dengan kata-kata Encik Ikmal. Benar-benar tak faham! Mengapa dia harus cemburu?
“Saya cuma nak tarik perhatian Putri, bukan saya benar-benar marah pada Putri.” Ujarnya lagi. Aku tambah tak faham, sedangkan dia hanya tersenyum. Susahnya hendak memahami seorang lelaki yang bernama Encik Ikmal.
“ Apa-apalah Encik Ikmal..” ujarku bersahaja. Malas rasanya hendak melayan karenah lelaki itu. Saat ini rasanya, aku hanya ingin menikmati keindahan pantai. Aku cuba ingin bangun untuk pergi ke tepi pantai dan bermain ombak. Tapi hajat ku tak kesampaian bila tangan ku diraih Encik Ikmal. Aku terduduk kembali. Dia duduk bersila dihadapan ku, genggamannya ditangan ku tidak dilepaskan. Aku cuba menariknya tapi gagal, akhirnya aku biarkan saja. Dia merenung tepat ke wajahku. Aduh! Apa hal pula dengan mat singa ni, ujar hatinya sendiri.
“ Saya cintakan awak, Putri.” Ringkas dan padat ungkapan Encik Ikmal. Aku terkaku seketika. Terasa seperti berada diawangan. Tak percaya dengan apa yang aku dengar saat ini. Benarkah ungkapan itu lahirnya dari mulut Encik Ikmal atau aku hanya bermimpi di siang hari?
“percayalah Putri, saya ikhlas mencintai Putri, dan saya ingin menjadikan Putri teman hidup saya dunia dan akhirat.”
Ya allah! Terasa bagai nak gugur jantung ini, saat Encik Ikmal mengucup lembut jari jemari ku. Aku bagaikan patung, kaku tak boleh bergerak. Sedangkan Encik Ikmal merenung tepat ke mata ku. Dia menanti jawapan dari bibirku, tapi apa yang harus aku katakan? Benarkah ini semua? Ungkapan cinta dan lamarannya datang serentak. Sehinggakan aku tak tahu apa yang harus aku buat saat ini. Hati ku berkata-kata, cintakah aku kepadanya? Sayangkah aku kepadanya?
“ sudikah Putri menerima saya?”
Aku hanya mendiamkan diri.
“ Berilah jawapan Putri, jangan hanya membisu sahaja. Tenangkanlah hati saya dengan jawapan yang ingin saya dengar.” Rayu Encik Ikmal dengan wajah suram.
Aku renung wajahnya, memang satu ketika dulu aku pernah menaruh hati padanya, tapi dengan sikapnya yang begitu membuatkan aku berfikir semula. Namun hari ini apa yang aku pernah impikan dulu terbentang di depan mata. Sehinggakan aku tak tahu nak cakap apa. Terharu rasanya bila melihat keikhlasan Encik Ikmal.
“Berilah Putri masa untuk memikirkannya. Segalanya terlalu mengejutkan. Putri tak pasti dengan perasaan Putri saat ini.” Akhirnya aku bersuara memecah kebuntuan.
“saya perlukan jawapan sekarang, cukup sekadar Putri katakan yang Putri sayangkan saya. Saya takut tak dapat mendengarnya lagi selepas ini. Tentang lamaran saya, biarkanlah dahulu.” Desak Encik Ikmal. Aku jadi serba salah.
“Putri tak boleh berikan jawapan sekarang. Putri tidak mahu buat keputusan yang melulu. Tolonglah faham Encik Ikmal, berilah masa pada Putri. Putri berjanji bila balik ke Ipoh nanti Putri akan beri jawapan yang Encik Ikmal mahukan.
Kedengaran keluhan lahir dari mulut Encik Ikmal. Wajahnya muram. Dia bangun dari tempat duduknya dan terus berlalu meninggalkan aku sendirian terpinga-pinga. Timbul rasa bersalah dihati aku kerana tidak memberitahu dia tentang perasaan aku yang sebenarnya. Tapi bagi aku itu adalah satu keputusan yang terbaik untuk aku dan dirinya. Jangan kerana teruja atau pun kerana kasihan aku memberinya jawapan yang tak pasti. Aku lihat kelibat Encik Ikmal makin lama makin hilang.

Petang itu selepas waktu maghrib, kami bertolak dari PCB untuk pulang semula ke Ipoh. Mulanya hendak balik awal selepas asar tapi bila bersembang, lebih-lebih lagi bila Encik Ikmal beritahu kak Intan dengan abang Kamal dia telah mencurahkan perasaannya pada aku. Apa lagi semakin seronok lah mereka mengusik sehinggakan tak sedar masa berjalan. Hujan yang turun juga menjadi punca kami lambat bertolak. Dalam perjalanan tak banyak yang kami bualkan biarpun aku dengan Encik Ikmal duduk bersama di belakang. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa malu pula bila perkara itu diketahui abang Kamal dengan kak Intan. Hujan lebat yang turun melambatkan pergerakan kereta kami. Walaupun begitu abang Kamal tetap memandu dengan agak laju. Maklumlah orang dah lama memandu. Nasib baik ada kak Intan disebelahnya, dapatlah juga bagi nasihat pada abang Kamal.
“Tak sangka, berjaya juga plan kita ya, Intan. Hai..tak lama lagi makan nasi minyak lah kita.” Usik abang Kamal dengan ketawa kecil.
“ ya lah tu..abang oii! Mata tu jangan kupa pandang ke depan.” Tegur kak Intan. Aku dengan Encik Ikmal hanya tersenyum.
Aku lihat di luar keadaan semakin gelap dan hujan semakin mencurah-curah. Petir sekali sekala kedengaran dengan kuat. Hati ku tiba-tiba rasa resah gelisah, tambahan pula jalan tak berapa elok. Tiba-tiba aku rasa jari jemari ku digenggam kuat. Aku memandang wajah Encik Ikmal yang kelihatan tenang dengan senyumannya yang manis. Aku membalas senyumannya.
“ Jangan risau, Putri akan pulang dengan selamat.” Ujarnya lembut, sambil mengusap pipi ku. Aku hanya tersenyum.
“ I love you..” ungkapnya sambil mengucup dahi ku. Aku begitu terharu sekali. Mata ku pejamkan saat bibir itu menyentuh lembut dahi ku sekali lagi dan aku dapat rasakan pelukan Encik Ikmal. Hati ku tiba-tiba berbunga riang. Terasa ringan sahaja mulut ku untuk membalas ungkapan itu. ‘ I love you too.’
Tapi bila aku membuka kembali mata ku, aku rasa hairan dengan keadaan disekeliling ku yang sungguh berbeza. Aku pandang ke sebelah kiri, kosong. Aku renung disekeliling ku, mengapa tempat ini kelihatan seperti sebuah bilik yang besar. Dimana aku?? Aku cuba mengerakkan tubuh ku tapi setiap kali ianya bergerak aku terasa begitu sakit. Kepala ku pula terasa begitu berat, yang dapat aku rasakan hanyalah sentuhan lembut ditangan ku.
“ Putri.” Kedengaran satu suara halus memanggil aku. Aku cari empunya suara itu. Ibu? Aku kehairanan bagaimana ibu boleh berada disisi aku??
“ibu, macam mana ibu boleh ada dekat sini? Dimana Putri sekarang ini? Apa yang dah berlaku? Kenapa badan Putri sakit-sakit?” Begitu banyak sekali pertanyaan yang keluar dari mulut ku. Aku lihat air mata ibu mengalir. Aku jadi begitu tak mengerti. Apa yang sudah berlaku? Aku pegang kepala ku dan bila aku picit terasa begitu sakit. Wayar-wayar pula berserabut ditubuhku.
“ dekat mana ini, ibu?” Aku lihat wajah ibu semakin muram dan air matanya semakin banyak yang mengalir. Dia mengusap lembut pipi ku. Aku merenung wajahnya inginkan kepastian.
“ Putri kemalangan, dah tiga hari Putri tak sedarkan diri. Risau ibu dibuatnya.”
Kemalangan? Aku begitu terkejut. Ya allah! Macam mana ini semua boleh berlaku? Seingat aku, aku masih dalam pelukan Encik Ikmal. Ya allah! Encik Ikmal, dimana dia sekaran? Adakah dia juga cedera seperti aku? Abang Kamal, kak Intan! Macam mana dengan mereka semua? Aku jadi panik.
“mana kawan-kawan Putri, ibu? Mana mereka semua?” aku inginkan jawapan dari ibu tapi ibu hanya menunduk. Tangisan ibu semakin berlagu.
“jawap lah ibu, mana mereka?”
“Bawa bertenang Putri..mereka semua dah tiada lagi. Mereka meninggal ditempat kejadian. Putri dijumpai 200 meter dari tempat kejadian, dan polis percaya Putri ditolak keluar sebelum terjadinya perlanggaran.”
“Tidak!! Ibu bohong!! Ibu bohong!!” jerit aku dengan sekuat hati sambil meronta-ronta ingin bangun dari katil. Ibu berusaha memegang badan aku.
“ Bawa bertenang, sayang. Jangan buat macam ini....doktor!! Nurse!!” Jerit ibu bila aku semakin kuat meronta-ronta tanpa menghiraukan keadaan fizikal aku.
Kalau boleh aku ingin bangun, aku ingin mencari di mana mereka semua. Encik Ikmal, abang Kamal dan juga kak Intan. Tapi badanku terasa semakin lemah bila lengan aku di cucuk oleh seorang doktor. Fikiran aku terasa melayang-layang. Bayangan wajah encik Ikmal berlegar-legar di mata ku. Keadaannya berlumuran darah. Aku cuba menjerit memanggilnya tapi dia semakin lama semakin menjauhi aku. Aku cuba juga untuk menghampirinya tapi tubuh semakin lemah, dan akhirnya aku mengalah bila pandangan ku semakin kelam dan terus gelap.

“Al-fatihah..”
Aku membaca surah al-fatihah di pusara abang Kamal dan juga kak Intan. Hari ini genap setahun permergian mereka ke rahmatullah. Aku berharap agar roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
“Maafkan Putri, kerana baru sekarang Putri dapat menziarahi pusara abang Kamal dengan kak Intan. Bukan niat Putri nak lupakan abang dengan kakak, tapi Putri tak berdaya. Terima kasih atas layanan baik abang dengan kakak pada Putri selama ini. Selamat tinggal.”
Aku meninggalkan pusara mereka dengan seribu keinsafan. Perjalanan aku masih jauh lagi. Aku akan ke Jeli untuk menziarahi pusara encik Ikmal. Bila teringatkan encik Ikmal aku begitu terharu. Pergorbanan yang dia lakukan pada aku tak dapat aku balas sampai bila-bila. Aku amat berterima kasih padanya, cuma satu sahaja yang buat aku terkilan, aku tak sempat hendak beritahu dia yang aku juga mencintai dirinya.
Sebaik sahaja aku sampai ke rumah encik Ikmal, ibunya sudah sedia menunggu. Aku menghampiri ibunya dan terus memeluknya dengan deraian air mata. Ibunya turut menangis dan memeluk ku dengan erat.
“maafkan Putri makcik,” hanya itu yang mampu aku ucapkan saat ini.
“jangan cakap macam tu, makcik tak salahkan Putri, malah makcik bangga dengan apa yang Ikmal lakukan.” Ibu encik Ikmal tersenyum sambil mengesat air mata ku yang mengalir deras. Aku cuba untuk tersenyum namun pada hakikatnya aku begitu sedih.
“Mari makcik hantar Putri ke pusara Ikmal, lagipun hari macam hendak hujan sahaja. Nanti tak sempat pula.”
“ Terima kasih, makcik.” Ujar ku. Dia hanya tersenyum.
Aku mengekori ibu encik Ikmal. Aku duduk bersimpuh atas tikar yang ibu encik Ikmal bawa. Aku bersihkan sisa-sisa daun yang gugur diatas pusaranya sambil itu aku membaca al-fatihah dan sambung dengan surah yassin. Air mata ku mengalir lagi. Terharu dengan pengorbanan yang encik Ikmal lakukan untuk aku dan juga aku rasa terkilan kerana tidak sempat memberitahunya yang aku juga mencintainya dan ingin menjadi teman hidupnya.
“marailah kita balik Puteri, hari pun dah mula hujan.” Pelawa ibu encik Ikmal. Aku merenung wajahnya yang sayu. Hati ku turut digamit sayu. Aku mengganguk.
“selamat tinggal, encik Ikmal. Kalau ada masa Puteri datang lagi.”
Malam itu aku bermalam di rumah encik Ikmal. Ibunya beria-ia mempelawa aku. Dia membenarkan aku tidur di bilik encik Ikmal. Setiap pelusuk bilik itu mengingatkan aku padanya tambahan pula bila aku lihat gambar aku terletak diatas meja tulisnya dengan bingkai yang begitu cantik. Aku duduk dikerusinya sambil menyelak album gambar yang terletak disitu. Sungguh aku tidak menyangka album itu penuh dengan gambar aku. Air mata ku mengalir lagi. Aku renung gambar encik Ikmal yang sedang tersenyum disebelah gambar aku.
“ Sampai hati Ikmal tinggalkan Putri sendirian? Macam mana Putri hendak hidup tanpa Ikmal?Setelah Ikmal kocak perasaan Putri, Ikmal pergi begitu sahaja. Tanpa pesan, tanpa ucap selamat tinggal. Putri minta maaf kerana tak sempat hendak beritahu perasaan Putri pada Ikmal. Putri sayang dan cintakan Ikmal sepenuh hati.” hanya itu yang aku mampu suarakan saat ini. Memang benar aku terkilan.
Aku baring diatas katil sambil meletakkan bingkai gambar encik Ikmal didadaku. Aku pejamkan mata dengan harapan dapat melihat wajah encik Ikmal yang sedang tersenyum seperti yang aku lihat semasa kami berada di PCB.
“ I love you and I miss you so much...”

--------------
hArUsKaH aKu MeMiLiH sAtU aNtArA dUa.....
Monday, December 15, 2008
Seutas Tasbih Sebuah Janji
AIR mata Pak Long sudah terkumpul dan tergantung di dagu. Perlahan-lahan ia memberat lalu menitis setitik demi setitik ke atas sejadah. Ada setitik dua mengena tasbih di tangan kanannya. Tangan yang sudah nampak berkedut sedikit, tetapi menegang urat-urat hijau. Aku memejamkan mataku seketika, cuba menghalau semacam keterharuan dan kesedihan. Jelas, aku tidak berjaya menghapuskan perasaan yang amat mengusik hati. Usikan itu bagaikan mendorong mataku (yang melihat Pak Long berwirid di satu sudut ruang tamu) supaya turut menitiskan air jernih seperti Pak Long. Ketika berjalan menuju ke bilikku dengan bibir terketap, aku dapat merasakan jolokan hatiku tadi benar-benar terlaksana. Setelah menghempaskan tubuhku ke atas tilam katil dan menyembamkan mukaku di bantal, beberapa titik air jernih sudah tertitis ke bantal itu, membentuk satu bulatan besar, seolah-olah membentuk huruf 'O', kebetulan huruf pertama bagi nama Pak Long - Omar. Bahuku terenjut-enjut. Sebak dadaku bukan main. Kupejamkan mataku rapat-rapat.
Dalam pejam mataku, aku dapat melihat kisah-kisah silam berputar semula seperti tayangan filem. Sungguh jelas. Mula-mula aku dapat melihat Pak Long seperti biasa menegurku dengan penuh sinis, panjang lebar pula seperti orang berkhutbah: Ini bukan cerita Hindustan, di mana kau boleh atasi masalah dengan menyanyi rayu atau beritahu masalah dengan hanya menyanyi tanpa berbuat apa-apa. Kaufikir cukup ke dengan air mata sebagai ubat untuk perasaan yang pilu? Ini hidup nyata, Tini. Kau mesti lakukan sesuatu dengan bijak dan realistik. Caranya tiada lain daripada belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, kalau hendak lulus peperiksaan penggal akhir. Berdesing telingaku pada ketika itu. Ketika aku dalam Menengah Lima dahulu. Pak Long tidak akan tahu kalau ibuku tidak memandai-mandai mengadu kepadanya. Benciku kepada Pak Long usah dikira lagi.
Habis adegan itu, adegan lain menyusul di benakku. Kali ini disebabkan kenakalanku. Ibu amat marah dan kecewa. Marah kerana lidahku telah menderhaka kepada diriku sendiri. Kecewa, kerana aku tidak menunjukkan diriku sebagai wanita yang harus bersifat baik dan dihormati. Aku melihat Pak Long berkhutbah panjang lagi, tidak berhenti-henti macam kereta api ekspres dan dalam satu nafas. Kesian aku tengokkan. Dia menukas: "Dalam hidup jangan suka berbohong. Jangan suka menipu. Berbohong dan menipu tak menguntungkan. Ini tandanya hati orang itu busuk dan jahat. Dan tidak Islamik. Juga membuat hati seseorang itu tak senang dan tenang. Tak kurang resah. Kalau hendak berhati tenteram kenalah bersikap jujur. Jujur kepada orang lain dan jujur kepada diri sendiri." Aku membuka mataku. Berbinar-binar seketika. Apabila sudah menjadi sebati dengan keadaan dalam bilik yang diterangi lampu 40 watt, aku memusingkan badanku menghadap siling. Hidungku terasa berair juga. Aku mengesat-ngesat dengan belakang jari telunjuk. Dadaku terus sebak. Pak Long, teguran Pak Long pada masa itu begitu pedas dan keras. Juga tajam. Dalam diam, Pak Long lebih menunjukkannya kepadaku. Pada tahap ini, aku merasakan apa yang Pak Long katakan itu sedikit pun tidak salah. Memang orang atau lebih tepat aku yang tidak jujur. Sentiasa hidup dalam ketakutan dan keresahan. Takut kerana rahsia buruk dan busuk diketahui orang. Resah kerana orang lain, lebih tepat si Jamil tidak mempercayaiku lagi. Perempuan apakah aku ini? Pada Hassan aku kata cinta. Pada Jamil pula aku kata 'sayang'. Dan akhirnya tembelangku pecah. Jamil yang amat menyayangiku terluka hatinya. Tergores, disiat-siat pedih dengan belati paling tajam. Maafkan aku, Jamil. Aku telah melaknati kasihmu. Maafkan aku juga Hassan. Astaghfirullah Al Adzim. Kini mataku terus memandang siling. Kali ini dalam mata terbuka, adegan lain ligat berputar di ruang mata. Aku dapat melihat Pak Long tidak habis-habis marah dan seperti berkhutbah lagi apabila dia mendapat tahu sikap ibu yang menjengkelkan hatinya. Tetapi puncanya tetap aku juga. "Bedah, aku sangkakan kau telah berjaya membawa Tini balik ke pangkal jalan. Mengenal Allah setelah dia bertaubat dahulu," tekan Pak Long. "Memang dia telah bertaubat," tingkah ibu bersungguh-sungguh. Pak Long menggigit-gigit bibir. Kuat-kuat. Dia memandang ibu seperti hendak makan ibu layaknya. Matanya benar-benar mencerlang garang. Merah seperti biji saga. Dahsyat. Aku tahu Pak Long bukan saja marah. Dia sebenarnya berasa pilu berbaur kesal. Pilu kerana ibu katanya hanya pandai menyediakan wang yang mencukupi untuk aku melanjutkan pelajaran ke universiti. Pandai menyediakan selimut dan bantal serta pakaian tebal untuk aku tidur nanti di bilik sewa berhawa dingin di Kuala Lumpur. Kesal kerana ibu katanya lagi, sudah lupa satu perkara yang tidak boleh diambil ringan. Ibu hanya bijak mengambil berat akan kebajikanku termasuk perbelanjaan yang mencukupi serba-serbi itu. Kesian ibu dimarahi Pak Long. Ibu diam dan tidak berani menentang mata abangnya. Sejak arwah ayah berpulang ke Rahmatullah beberapa tahun lalu itu, dialah yang banyak menolong kami. Pada tahap ini aku berasa lebih kesian kepada Pak Long. Tidak dapat dinafikan kerana daripada mata yang mencerlang garang, dia seperti kanak-kanak yang tiba-tiba kaya dengan air mata. Oh, Pak Long! Kemudiannya aku tertanya-tanya apakah yang Pak Long kesalkan? Mengapakah ibu dimarah-marah hebat? Aku tidak kecewa kerana dari mulut Pak Long sendiri, dia menyahut pertanyaanku yang satu-satu itu. "Manalah Pak Long tak kesal, Tini," suara Pak Long bergetar panjang. Aku memandang tepat ke muka Pak Long yang air matanya sudah meleleh membasahi pipinya yang cengkung. Aku ingin benar bertanya apa yang begitu dikesalkan sampai ibu kecut apabila dimarahinya. Tetapi sebelum aku sempat berbual demikian, Pak Long yang berusia 60 tahun, lapan tahun lebih muda daripada ibu itu berkata, "Mak kau sudah lupa. Lupa menyediakan sejadah, buku Yasin dan telekung. Apa gunanya bertaubat kalau itu tidak dibekalkan untuk kau, Tini?" Tersentak aku dibuatnya. Kecur air liurku. Terasa pahit apabila aku cuba hendak menelannya. Manalah tidak pahit kerana kata-kata Pak Long dalam dua ayat itu memang benar belaka. Aku mengutuk diriku sendiri kerana tidak terfikirkan perkara itu. Tidak terfikirkan begitu daifnya aku dan ibuku sendiri. Apakah dalam mengejarkan ilmu dunia, aku menjadi lalai? Kesian ibu. Lebih kesian kini Pak Long yang penyayang itu. Aku tahu kini perasaan Pak Long yang sebenarnya. Betapa remuk hatinya apabila kematian isteri dan anak perempuannya, Azizah. Kalau sepupuku tidak terkorban dalam nahas jalan raya bersama ibunya dulu, tentu dia sebaya denganku. Mungkin inilah agaknya Pak Long begitu mengambil berat terhadapku, seolah-olah aku adalah Azizah yang amat disayanginya. Seolah-olah akulah pengganti Azizah. Seolah-olah akulah penawar rindunya pada arwah Azizah. Seolah-olah aku adalah anaknya sendiri. Pak Long! Bercakap tentang kesian, aku kini dibawa ke satu masa silam juga yang membuat kesianku kepadanya bercambah. Bercambah kerana Pak Long tidak habis-habis menegurku. Mulutnya seperti murai dicabut ekor, tetapi hatinya pada ketika itu tulus. Susah hendak mendapatkan orang yang baik seperti Pak Long. Aku masih ingat betapa Pak Long terbakar hatinya. Terbakar memikirkan satu lagi halku. Aku tahu kini kalau sikapku yang ahmak ketika itu tidak dibetulkan, aku tentu tidak akan selamat dunia akhirat. Aku akan terus khayal dengan hal-hal keduniaan. "Apa yang kaufikirkan tu, Tini?" Aku tidak segera menjawab. "Eh, budak ni. Mengapa Tini?" "Saya risau dan malulah Pak Long." "Risau? Malu?" "Manalah tak risau dan malu Pak Long. Saya sudah gemuk," sahutku sambil melihat diriku di cermin almari. Jelas terlantun wajahku yang berkulit cerah, berambut panjang, beralis tipis hitam pekat, berbaju agak besar dan berseluar panjang yang tidak pula menampakkan luruh punggung yang kental. Dan yang menjadi isu tubuhku yang sudah bertambah berat. Pak Long tersentak. Sampai kelu lidahnya. Agak lama baru dia menekan keras-keras, "Oh, risau dan malu. Orang-orang zaman sekarang termasuk kau sungguh menjengkelkan. Risau dan malu kerana gemuk konon. Tapi tak pula risau dan malu bila tak sembahyang. Kau nak jadi ahli neraka?" Kini giliran aku pula tersentak. Lupa sekejap pada rasa malu dan risau kerana sudah gemuk. Terasa teguran Pak Long amat pedas. Amat tajam. Amat pedih. Dalam keadaan tersepit seperti itu, aku menjadi manusia yang tidak berani membantah. Kata-kata Pak Long yang pedas, tajam dan pedih telah terkumpul menjadi satu. Aku memang masih ingat lagi dengan jelas semua itu dan yang paling jelas ialah sesuatu yang paling tidak didugakan menimpa diri Pak Long sendiri. Ibu bagaikan tidak percaya. Mungkin tersalah orang, tekannya. Bagaimana mungkin Pak Long yang kaya dengan tegurannya padaku suatu masa dulu boleh tersasar begitu rupa? Aku hanya menenangkan hatiku dengan mendesis: "Pak Long juga manusia biasa. Lemah dan serba kekurangan juga. Sekali manusia tersalah langkah, parah. Pada tahap ini tidak dapat disangkalkan telingkah iman dan kufur selalu terjadi setiap detik dan hari. Sekalipun dia kuat sembahyang. Bukankah iblis dan syaitan memang menunggu peluang ke atas mereka yang lalai. Tetapi bagaimana Pak Long boleh lalai? "Betul mak. Pak Long telah cedera parah. Kepalanya dipukul dan kakinya patah sebelah kanan. Banyak kehilangan darah, tapi Tuhan masih sayangkan dia," terangku kepada ibu apabila mendapat berita daripada kenalannya di Batam. Ibu hanya kaya air mata. Tersedu-sedu menahan sebak dan kesal berbaur marah? Aku ingin mengatakan perbuatan Pak Long amat memalukan, mengecewakan dan mengesalkan. Malu kerana bukankah Pak Long sembahyang tak tinggal. Puasa setia dikerjakan. Zakat fitrah tak pernah lupa. Sedekah tak usah dikira lagi. Kecewa kerana seorang lelaki Muslim seperti Pak Long tergamak menderhaka kepada Tuhan. Kesal kerana seorang yang dihormati seperti Pak Long boleh mudah terpengaruh dengan ajakan kenalan yang jahat dan kerana seorang perempuan muda lagi jelita di Batam itu, dia habis. Imannya tergugah. Punah! Juga aku ingin menambah lagi kerana setitik madu Pak Long menjadi pelupa dan hanyut. Masya-Allah. Tetapi aku padamkan saja keinginan itu. Tidak mahu hati ibu bertambah luka dan duka. Cukuplah. Hatinya benar-benar terguris. Tersiat maha pedih. Sekalipun Pak Long tersasar, dia tetap abang ibuku. Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Tetapi apabila difikirkan masak-masak, aku menjadi tidak peduli. Kalau kepada ibu tak akan kukatakan dengan lebih lanjut, kepada Pak Long aku masih mahu menegurnya. Kalau Pak Long hendak mengecapku kurang ajar, biarkan. Kalau Pak Long hendak menuduh aku semata-mata membalas dendam ke atasnya, biarkan. Dan jika dia hendak memarahi aku kerana tidak menghormatinya lagi kerana setitik madu itu, aku lebih tidak peduli. Juga biarkan. Ya, aku tidak peduli langsung kalau Pak Long atau ibuku sendiri akan membidas aku sebagai ada jebat yang derhaka dalam jiwaku. Ataupun di dalam hatiku pula ada api yang membara. Yang penting, Pak Long mesti diingatkan. Mesti! Dan aku pun menunggu masa yang sesuai. Menunggu sehingga Pak Long dipindahkan dari hospital di Batam ke Hospital Besar di tanah air. Pak Long tidak perlu bercerita apa-apa yang terjadi di Batam. Semua orang sudah tahu. Seorang lelaki 60 tahun telah dirompak dan dipukul hingga cedera parah selepas menjunjung piala kasih sayang dengan perempuan muda yang lebih kurang seusia dengan anak saudaranya - 25 tahun. Berdesing telinga apabila ada orang sengaja mempersendakannya dengan penuh sinis: "Orang tua tu 'bum boat'. Mana dia ada tenaga hendak lawan 'speed boat'? Nasib baik dia kena rompak, kalau kojol terus atas katil, macam mana? Kena pelukan perempuan muda, habis! Sejadah tercampak entah ke mana? Kiblat pula entah ke mana arahnya? Cakap saja bijak, tetapi satu habuk pun tak boleh pakai." Dalam kekesalan dan kekecewaan bebaur marah, terasa kesian pula apabila aku melihat kepala Pak Long yang berbalut. Mukanya lebam-lebam dek ditumbuk. Bibirnya luka-luka ditangani perompak. Dan dengar kata perompak itu kekasih perempuan yang telah mengoyak-ngoyak iman Pak Long. Kaki kanan Pak Long tak terangkat kerana dipukul dengan sebatang kayu. Ada air jernih bergenang di mataku. Agak lama Pak Long di hospital. Apabila sudah agak sembuh, muka dan bibir Pak Long kembali asal. Cuma kaki kanannya tempang apabila berjalan. Pada suatu pagi di rumahku (Pak Long sudah tinggal bersama kami selepas kejadian itu), aku meluahkan keinginanku yang sudah lama terpendam. Dan tidak lupa aku tambah dengan panjang lebar yang berbunyi begini: "Ingat, Pak Long akan janji Tuhan. Pak Long juga kata, kematian adalah janji Tuhan yang paling akrab dan tidak tergelincir walau sesaat pun. Dia tidak akan mungkir. Jangan tunggu sampai disembahyangkan sebelum sempat bertaubat dan bersembahyang dalam erti kata yang sebenarnya. Biarlah kita mati dalam iman." Aku menantikan Pak Long yang bersejemput janggut di dagu itu bersuara. Suara yang akan mengecapku kurang ajar. Tuduh aku pendendam. Bidas aku apa saja. Ya Allah mulutnya yang macam mesingan dulu bagaikan kehabisan peluru. Tiada lagi api. Pak Long hanya tunduk sambil mengetap-ngetap bibir. Badannya kulihat menggeletar. Di atas sofa ruang tamu aku terus menyerang, "Pak Long bernasib baik. Wang yang dirompak boleh dicari. Iman yang menipis boleh ditebalkan dengan kembali kepada perintah Allah dengan lebih setia. Tapi nyawa Pak Long tak boleh dicari ganti bila dicabut malam itu." Pak Long yang kurus tinggi, bermisai nipis dan berambut kerinting agak menipis dan sudah banyak putih daripada hitamnya itu kian tunduk. Ketapannya kian kuat. Aku terus menambah, Pak Long, saya sayangkan Pak Long. Manusia manalah yang tak buat silap. Dulu Pak Long pernah menghadiahkan saya seutas tasbih dan mahu saya berjanji supaya teguh dengan taubat saya. Saya patuh. Kini saya hadiahkan seutas tasbih juga. Ini bukan untuk balas membalas. Tidak sesekali. Saya rasa tak salah bagi orang lebih muda seperti saya mengingatkan kepada orang yang lebih tua seperti Pak Long supaya berjanji juga agar tidak kesasar lagi. Ya, berjanjilah untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Kerana janji Ilahi tak pernah mungkir. Orang yang beriman akan diberi ganjaran yang setimpal. Pak Long masih ingat, kan? Ya Allah bergetarnya suaraku. Mataku terasa berpasir. Ibu ada pada pagi itu. Dia tidak menegah aku. Dia tahu aku bukannya sengaja hendak mengasari Pak Long. Dia tahu aku sayangkan Pak Long. Dan Pak Long sendiri pun tahu aku amat menyayanginya. Kalau sekalipun dia bukan Pak Longku, aku akan tetap menasihatinya kerana sebagai sesama Muslim bukankah itu satu sikap yang digalakkan agama? Aku bangun berdiri lalu keluar dari bilik untuk ke dapur, hendak membuatkan teh susu panas kesukaan Pak Long. Untuk membasahi tekaknya setelah berwirid panjang nanti. Angin 9.00 malam menyerbu masuk melalui jendela yang terbuka, melenggang lenggokan langsir hijau daun. Ibu di biliknya. Berehat setelah bersolat Isyak bersamaku tadi dan makan ubat. Ibu sering sakit-sakit sejak peristiwa melibatkan Pak Long yang memalukan di Batam dahulu. Peribahasa lama itu ternyata benar dan sahih ke atas dirinya. Apabila ada orang mengejek Pak Long, dia merasa tempias sinisnya. Apabila ada orang mempersendakan Pak Long, dia merasa percikan ejekan pahit itu. Rumah tiga bilikku di tingkat sepuluh sunyi. Tetapi aku lihat mulut Pak Long tidak pula sepi daripada terus berwirid panjang. Sepanjang rantaian biji tasbih yang kuhadiahkan kepadanya. Hadiah berulit janji yang tidak diingkarinya sejak peristiwa yang menggugat keluarga kecilku. Sebuah janji bukan untuk diriku atau dirinya sendiri, tetapi lebih kepada janjinya kepada Tuhan yang benar-benar pula tidak mungkir janji-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Geng Makan PBU 2024 onward
Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Pegui TV - Menonton Televisyen...tp kalau dlm bahasa srwk "Nangga TV" Nebei Nyaem - Tiada air Temok - Mandi Iteu Ku...