Saturday, December 27, 2008

Dejavu Seorang Pencinta.

Arrghhhhhhh....

Fikiran aku kini kusut sekusutnya. Banyak perkara yang bermain-main dalam mindaku kini. Setiap perkara itu membawa aku kembali kepada simpulan masalah yang sukar untuk diungkaikan semula. Aku mulai bosan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam hidupku. Agak sukar untuk mengungkaikan semua simpulan itu dalam satu masa. Aku cuba untuk menyelesaikan satu demi satu tetapi ia semakin bertambah. Jika ia melibatkan masalah diri ini, aku tidak kisah. Apabila asyik membantu dan menyelesaikan masalah orang, aku jadi geram!

Hampir semua menjadikan aku bahan rujukan mereka. Masalah sendiri tidak boleh diselesaikan bertambah pula masalah mereka semua. Atas dasar tanggungjawab aku cuba sedaya upaya membantu. Berkorban dari segi masa, tenaga dan wang. Aku tidak berkira. Mujurlah, aku masih ada akal dan perasaan kasih kepada mereka semua. Ia membuatkan aku menjadi kuat dan bersemangat untuk menolong.

Tapi kini, aku tidak sanggup lagi menanggung beban yang bertimpa. Banyak perkara yang perlu aku lakukan. Sebagai seorang anak, kakak, cucu, kawan dan pekerja. Semuanya memerlukan komitment yang tidak berbelah bagi. Aku hanya mampu mengeluh dan memikirkan masalah ini semasa berada di pejabat. Mana lagi tempat yang sukar untuk diganggu? Tentulah meja pejabat milikku.


“Sue, buat apa tuh? Dari tadi aku tengok kau termenung. Cantik sangat ke pantai ni sehingga aku sampai pun kau tidak sedar?” satu suara garau menyentak mindaku.

“Oh, kau Shad. Aku ingatkan siapa tadi. Eh-eh...kenapa kau boleh berada disini?” aku seolah-olah tidak percaya lelaki itu berada dihadapan ku. Sabah dengan semenanjung kan jauh?

“ Kenapa kau terperanjat Sue? Memang akulah...tak de orang lain lagi, memang aku Arshad” jawab lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya disisiku.

“Apa yang kau buat disini? Kau ada urusan di Kuantan?” aku kembali menatap laut biru yang luas itu.

“ Memang aku ada urusan di sini. Aku akan berada disini dalam seminggu dua. Kau pula bercuti ke?”

“ Kind of...bercuti juga. Urusan apa kau datang ke sini? Dan bagaimana kau tahu aku disini?” aku menoleh ke sisi untuk melihat riak wajah Arshad. Dia tenang merenung laut Teluk Chempedak nan biru itu. Keriuhan kanak-kanak mandi menganggu tumpuan kami berdua.

“ Seronok kan menjadi kanak-kanak. Happy and keep on smiling with lot of energy. Tiada masalah or beban untuk ditanggung,” dia tidak menjawab soalan aku tadi. Apa kena mamat nih, lain yang aku tanya lain yang dia jawab. Nak mengelak la tuh...

“Tapi takkan nak menjadi kanak-kanak sepanjang zaman? Tiada pengalaman yang dapat ditarah dalam kehidupan jika menjadi kanak-kanak secara abadi,” tukasku dan kembali merenung laut.

“ Lama kau bercuti Sue? Ada apa-apa ke?” dia pula merenung wajahku. Sinar redupan matanya menandakan keikhlasan dalam pemilik jiwa di depanku ini.

“ Soalan aku tidak kau jawab lagi jadi, kau tidak berhak menyoal aku,” aku bingkas bangun dan menuju ke pantai untuk menikmati kesejukan ombak.

Sangka ku, dia akan melonggo di atas batu itu. Tapi lelaki itu berjalan beriringan denganku. Kami menyusuri pantai tanpa sepatah kata. Sunyi. Hanya keriuhan ombak menghempas pantai menjadi halwa telinga kami berdua petang itu. Memang aku suka pada ketenangan laut dan pantai. Tenang dan damai. Cuma aku tidak gemar menambahkan kesukaan itu kepada berenang. Bagiku cukup sekadar berkelah untuk menenangkan minda. Mungkin kerana aku alah dengan air masin maka aku tidak berminat untuk bermandi manda bersama keluarga jika kami datang kesini.

“ Kau marah dengan aku Sue? Atau kau tak suka aku datang ke sini berjumpa dengan kau?” hampir setengah jam kami membisu akhirnya Arshad bersuara.

“ Tidak. Aku tidak berhak untuk memarahi kau. Pantai ini milik awam, sesiapa boleh datang untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan termasuk kau dan aku,” buih-buih ombak aku kuis perlahan-lahan.Sejuk.

“ Oklah, aku tahu kau marah. Aku datang kerana urusan syarikat. Kami berminat untuk berurusniaga dengan orang Kuantan. Jadi, aku datang untuk melihat proposal yang dibuat oleh rakan niaga syarikat. Puas hati?”

“ Tapi bagaimana kau tahu aku ada di pantai ini? Kuantan ini kan luas Shad..” soalku hairan.

“ Emmm...pernah dengar modern technology concept? Aku telefon rumah kau di kampung. Saja nak tanya khabar manalah tahu kau balik kampung hujung tahun ini. Mak kau yang beritahu kau bercuti disini, jadi aku dapat agak kemana langkah kaki itu menuju. Tentule ke tempat favorite kau, pantai!” panjang lebar Arshad menerangkan tujuan kedatangannya. Kalau cakap dari tadi kan senang!

“Emmm..jadi di mana kau check in? Area Teluk Chempedak juga ke? Or you staying at the city?”

“I’m staying at Cherating. Tomorrow morning baru ada meeting dengan client. Kenapa? Kau pulak?” Arshad mengutip batu-batu kecil lalu dicampak ke dasar lautan.

“ Aku pun sama. At Cherating too.”

“Oh good, bolehlah kita selalu berjumpa. Kau naik apa datang ke sini, driving?” aku hanya menggelengkan kepala.

“ Transport awam le ye? Tak pe, until the end of your holiday apa kata aku jadi driver kau?” pelawa Arshad sambil merenungku. He still look cute with that looks in his eyes, bisikku dalam hati.

“Tak payah lah nak susah-susahkan diri. Aku boleh naik transport awam lagipun teksi banyak. Aku tak mau ganggu schedule kau yang sibuk itu Mr. Arshad,” usikku.

“Sebenarnya kau nak menggelak dari aku Sue. Aku tahu, itu alasan yang sebenarnya. Tapi kali ini aku takkan menggalah. Aku tak kisah jadi pemandu or tour guide kau. So no more excuse please?” aku terkedu dengan tuduhan Arshad. Dia hanya merenungku meminta jawapan. Pantas aku mengalihkan pandangan.

“ Tapi kau ada urusan datang ke sini. Don’t mix business with pleasure Shad, you don’t have to entertaint me here. I can do it alone,” sanggahku memeluk tubuh. Angin senja menghembus perlahan tetapi cukup dingin.

“ Urusan aku cuma dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Office hours so, until then I have a perfect time to entertaint you Ms. Sue. Jangan beri alasan lagi. Aku takkan berganjak. Keputusan muktamad,” lagaknya seperti hos Who Want To be Milionare mengundang tawaku. Lantas sama-sama kami ketawa memecahkan kesunyian pantai.

“ Kan bagus kalau kau selalu senyum Sue, manis sekali,”

“Ah kau nih tak pernah berubah. Tetap bermulut manis seperti 5 tahun lalu. Bisa menggegarkan jiwa gue,” aku pula mengusik Arshad dalam loghat Indonesia.

“ Memang aku tidak pernah berubah Sue. Aku tetap seperti dulu cuma mungkin kau yang telah berubah,” tutur Arshad saat tawa kami reda.

“ Lupakan kisah lama Shad. Dah nak magrib pun, jom hantar aku balik,” potongku kurang senang dengan topik yang kelihatan memihak kepada Arshad diakhir perbualan nanti. Dia cuma mengganguk.

Aku memberikan alamat chalet kepada Arshad. Nampaknya kami tinggal di tempat yang sama. Selang 2 chalet di sahaja. Satu kebetulan. Atau takdir? Setelah memberikan persetujuan untuk makan malam bersama, kami menuju ke chalet masing-masing. Arshad menghantar aku sehingga ke pintu chalet. Kemudian barulah dia menuju ke chaletnya pula. Memang dia seorang yang bertanggungjawab. Sejak dulu lagi. Selesai solat magrib, aku bertukar pakaian. Tepat 8.30 malam kedengaran suara Arshad memberikan salam. Kami mengambil keputusan untuk makan malam di Tanjung Lumpur. Aku mahu Arshad menikmati keenakan ikan bakar segar dari laut Kuantan dan mencuba air gelas besar yang popular disini. Seperti biasa, dia bersetuju dengan cadanganku.

“Kau selalu datang sini Sue?” Arshad bertanya setelah selesai memberikan tempahan makanan kepada pelayan restoran. Aku hanya mengganguk.

“ Datang dengan siapa? Kawan-kawan satu kolej dulu ke?” soal Arshad lagi. Sekali lagi aku mengangguk sambil tersenyum.

“ Kau semakin manis sekarang Sue. Hampir 5 tahun tak berjumpa, aku semakin rindu dengan kemeriahan tawa kau,” Arshad memulakan perbualan sementara menanti hidangan kami sampai ke meja.

“ Montel cam ni kau kata manis Shad? Kau rabun ke?” usikku padanya.

“ Kau tak huduh la Sue. Sudah berapa kali aku beritahu yang you just nice the way you are. Tetap cute dan manis pada aku sejak dari dulu,”pujian dari Arshad membuat pipi ku merah menahan malu.

“ Your blushing like before. Kenapa harus segan dengan aku Sue?”

“ Kau terlalu memujiku Shad. Aku biasa sahaja. Tetap seperti dulu, tak pernah berubah,”

“ Kau masih bekerja di syarikat lama?”


“ Yes. Still there. Aku seronok bekerja disitu. Kawan-kawan ramai walaupun kekadang mereka menyerabutkan fikiran dewasa aku nih,”

“ Kau kan suka tolong dan berkorban demi insan yang kau sayang? Memang kau tidak pernah berubah. Aku masih tetap....” bicara Arshad terputus disitu kerana pelayan restoran datang menghidang makanan kami.

“ Woww...gelas besar? Memang sungguh apa dikata. Memang gelas besar. Aku tak tau lah sama boleh atau tidak aku habiskan air nih,” bisik Arshad sambil menahan tawa. Aku hanya tergelak melihat gelagatnya yang lucu itu. Kami makan sambil menikmati hembusan bayu laut. Sungguh damai.

Selepas menikmati makanan dan air gelas besar yang sedap itu, aku mengajak Arshad pulang. Pada mulanya dia enggan dan ingin mengajak aku ronda-ronda bandar Kuantan.

“ Ala Sue, kita ronda-ronda bandar sekejap. Malam pun masih muda lagi atau kau dah mengantuk?” rengek Arshad sambil membelok ke arah simpang yang menuju ke bandar Kuantan dari Tanjung Lumpur.

“Bukan cam tuh, kau kan besok ada meeting. So, kena tidur awal. Aku tak mau kau terlewat menghadirinya. Lagipun, simpanlah tenaga itu sekarang. Aku ada masa seminggu lagi nak gunakan khidmat kau sebagai personal driver nih,” terangku memujuk. Serta-merta wajahnya bertukar bercahaya dan ceria.

“Ok, aku setuju. Aku rela jadi personal driver kau, yang penting kau duduk sebelah aku. Bukan kat belakang ye, tak sesuai!” gurau Arshad gembira. Kami sama-sama tertawa besar.

****************************************************************************************


Keesokan harinya, satu mesej terpapar dalam handsetku. Oh, dari Arshad rupanya. Dia minta aku bersiap sebelum pukul satu nanti kerana mahu makan tenghari bersama. Aku hanya menggelengkan kepala membaca mesejnya itu. Aku membalas dan menolak permintaanya kerana aku telah berjanji dengan sepupuku di Gambang untuk datang ke rumahnya. Abang Nik akan menjemput ku di chalet jam 11 pagi nanti. Tiba-tiba handsetku berbunyi. Nombor telefon Arshad terpapar di skrin.

“Assalamualaikum. Baru bangun ke Sue,” suara Arshad menujuh gegendang telingaku.

“ Waalaikumussalam. Lama dah bangun. Tengah bersiap-siap nak ke Gambang. Kenapa?”balasku pula.

“Kau nak pergi Gambang naik apa? Nak aku hantar ke? Ok, kejap lagi aku sampai,” serius suara Arshad pada pendengaranku.

“ Jangan. Tak perlu. Kau settlekan kerja dulu,” pangkahku.

“Kau tak mahu aku hantar? Kan kau nak aku jadi driver sepanjang percutian ini?” suara Arshad kedengaran hampa.

“Kau jangan risau, semalam aku bergurau je. Lagipun, abang sepupu aku akan ambil aku disini,”terangku sambil membuka tingkap chalet untuk memberi peluang bayu pantai masuk.

“ Aku tetap terima tawaran kau itu. Bergurau atau serius, aku terima. So, aku datang sekarang ye?” tegas dia memberitahuku. Alamak....

“ Jangan, abang sepupu aku datang jemput, nanti apa kata dia pulak. Lagipun, dia dah on the way ke sini. 10 minit lagi sampai lah,” pujukku. Mamat nih memang tak berubah tetap seperti dulu, degil!

“ Ok, aku terima alasan itu. Tapi jangan cuba tipu aku tau, aku tetap akan jadi driver kau sepanjang aku berada disini,” akhirnya Arshad akur dengan keputusan aku.

“ So, how was your meeting?” aku mengalih topik perbualan.

“ Cemerlang. Kami dah buat kata sepakat untuk menandatangai perjanjian hujung minggu nih setelah selesai segala urusan. Untuk itu aku akan belanja kau dinner tonite, no excuse. Lagi pun ada perkara yang aku nak bincangkan Sue,” ceria suaranya di hujung talian.

“ Good. Congrotulation. Semoga suksess dengan bisness ini. Emmm..oklah, aku terima pelawaan kau tuh tapi aku tak janji ok?”

“Ok, nanti petang aku call kau ye? Assalamualaikum, bye” Arshad mengakhiri perbualanya denganku.

****************************************************************************************

Arshad!

Satu nama yang pernah menghuni hati aku. 5 tahun dulu kami pernah menjalinkan hubungan rapat. Tapi kerana insan ketiga, hubungan terputus begitu sahaja. Tanpa berbincang dari mata ke mata. Dari hati ke hati. Aku mengambil keputusan untuk berpisah setelah lama memikirkan penyelesaianya. Itu pun melalui Adilla, adik angkat Arshad yang bekerja satu pejabat denganku. Adilla merupakan insan yang mempertemukan kami beruda. Dia puas memujuk aku untuk bertemu dengan Arshad dan mendengar penjelasan darinya. Tetapi aku enggan. Serik.

Aku tidak percaya kerana aku telah melihat dengan mata aku sendiri. Aku juga mendengar dari mulut pihak ketiga itu mengenai status hubungan mereka berdua. Tentulah aku percaya. Lagipun aku dan insan ketiga itu sama-sama perempuan dan mempunyai perasaan yang sama. Kami berdua menyayanginya sepenuh hati. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan mengharapkan mereka bahagia selama-lamanya. Memang keputusan itu merobek hati ini namun pengorbanan yang dilakukan untuk insan tersayang amat manis sekali. Itu prinsip diri aku yang akhirnya memakan diri. Mujurlah perhubungan kami tidak lama, setahun sahaja. Jika kasih sayang sudah berakar dalam jiwaku, tentu sukar untuk menerima kenyataan yang Arshad bukan milikku.

Pertemuan kami disini menakutkan aku. Aku cuba menggelak dari berjumpa dengannya tapi seolah-olah takdir cuba menguji hati milikku. Setelah 5 tahun sepi tanpa berita kami bertemu kembali dalam keadaan yang berbeza. Tapi aku masih menyimpan perasaan sayang padanya. Dia lelaki pertama yang mencuri hati aku. Sesiapapun akan berperasaan begitu pada cinta pertama mereka kan?

Abang sepupuku sampai tepat pada masanya. Sampai sahaja dirumahnya, aku terus mendukung anak sulung Abang Nik yang comel dan montel itu. Telatahnya yang petah dan cergas mengundang tawa kami semua. Kami juga makan tenghari bersama-sama. Kebetulan ibu mertua abang sepupuku itu bercuti dirumah mereka. Rindu pada cucu mungkin?

Hidangan tenghari itu membuka selera. Masakan kampung sahaja namun cukup enak. Ikan patin masak tempoyak, ikan masin goreng,ulam-ulaman dan sambal belacan menjadi menu utama kami hari itu. Air tangan ibu mertua abang sepupuku itu sunguh sedap sekali. Petang hari baru aku balik ke chalet itupun setelah puas menolak pelawaan mereka untuk bermalam sahaja disitu. Aku menolak dengan sopan. Anak mereka yang comel itu, Ku Yie merengek-rengek ingin mengikut ku pulang. Puas kami memujuk akhirnya dia mengalah setelah bapanya berjanji untuk membawanya berjumpa dengan ku hujung minggu ini. Budak-budak!


****************************************************************************************



“Oit...termenung aje minah nih, tak de keje lain ke bah..!’suara Arshad menjengah telinga ku.

“Opocot mak kooo...hei, terkejut aku tau!”

Arshad hanya tertawa sahaja. Amboit gelak sakan ko ye..

“ Hahaha....janganlah marah, nanti kene jual,” usik Arshad lagi. Aku hanya memandangnya dengan geram. Cheshhhh....

“Ha, kenapa kau ada disini? Tak de keje lain ke...” perli ku padanya.

“Memang aku ade keje tapi ada orang tak tunaikan janji untuk temankan aku makan malam nih....” keluah Arshad sedih.

“Ya Allah....sorri Shad, aku terlupa. Kau marah ke? Sorry, aku tak sengaja. Sungguh aku benar-benar lupa,” aku menepuk dahi. Macamana boleh aku lupa nih...nyanyuk sungguh!

“Ala, cakap je lah tak sudi. Aku faham. Aku cuba contact kau tapi tak dapat. Siap tinggalkan voice message lagi tapi kau tak balas. Siapa lah aku nih...” perlahan sahaja suara Arshad menandakan yang dia cukup kecewa dengan sikap ku. Wajah muramnya membuat aku rasa sungguh bersalah.

“ Aku minta maaf Shad. Please don’t said like that....aku betul-betul tak sengaja. Lagipun handphone aku tertinggal di chalet, I’m really sorry..” Arshad hanya membisu dengan muka yang kecewa.

“Really....don’t do this to me please,” aku rasa serba salah bila Arshad cuma membisu tanpa memandang ku. Wajahnya yang putih itu aku jelahi inci demi inci. Dia masih tidak berubah. Senyum dan lirikan matanya masih sama. Sikapnya juga sukar dijangka seperti dulu.

“Shad, aku...”

“ Sue, kita perlu berbincang....lagipun percutian kau dan aku hampir tamat. Jika kita tidak selesaikan disini, jiwa kita tidak akan tenang,” serius Arshad bersuara.

“ Tapi..”

“ Kau tidak harus mengelak dari kenyataan Sue. Masalah ini hanya kau dan aku sahaja yang terlibat. Orang lain..”

“ Kau dan aku? Jangan lupa, Ika juga terlibat dalam masalah ini,” potongku.

“ Ika? Apa kena Ika dengan kita?” Arshad mengalih pandanganya padaku. Aku tertunduk, tidak berani menentang matanya. Arshad jua tahu kelemahan ku jika berdepan dengannya.

“ Sue, jawab soalan aku. Apa kena-mengena Ika dengan kita?”

“ Dia adalah rakan baik kita dan hal ini sangat berkait rapat dengan Ika. Jangan buat-buat tak tahu..”

“ Memang aku tidak tahu dan seharusnya kau memberitahu apa yang sebenarnya berlaku 5 tahun lepas. Aku benar-benar tidak tahu Sue” keras suara Arshad saat itu.

Haruskah aku membuka semula lipatan sejarah yagn berlaku hampir 5 tahun lepas sedangkan aku tahu ia amat melukakan hati ini? Luka yang masih segar ini sedang cuba aku rawat. Masa selalunya akan jadi penawar terhebat bagi kekecewaan hati.

“ Oh, aku terlupa...apa kabar Ika sekarang? Tentu kau berdua telah pun kahwin. Berapa orang anak?” soalan yang memang berlegar-legar dimindaku sejak pertemuan kami dipantai 3 hari lepas akhirnya terluah.

“ Apa maksud kau Sue? Kahwin? Anak?” Arshad kelihatan binggung. Alah, berlakon ler tuh, pura-pura tak tahu!

“ Aku cakap bahasa sepanyol ke Shad? Kau kan dah kahwin dengan Ika, so tentulah ada anak. Berapa orang anak kau sekarang?” pedih hatiku masih belum hilang lagi.

“ Kahwin? Bila pulak aku kahwin and ada anak nih? Mana kau tau cerita aku nih....” Arshad tercenggang kehairanan. Aik, tak kahwin lagi ker?

“ Kau jangan cuba berbohong Arshad. Aku dapat kad kahwin kau 4 tahun lepas. Kau dan Ika dah kahwin kan? Entah-entah Ika pun ikut kau ke sini..” sangkaku pada Arshad.

“ Ya Allah, memang aku belum berkahwin lagi. Masih bujang hingga hari ini Sue, siapa yang menabur fitnah ini?” merah padam muka Arshad saat memandang ku, gerun. Aku salah sangka ker?

“ Tapi...tapi..tapi aku dapat kad jemputan kahwin kau dan Ika..takkan lah..” teragak-agak aku menerangkan pada Arshad.

“ Sememangnya aku masih bujang sehingga kini. Kau yang menolak cinta dan kasih sayang aku 5 tahun lepas, adakah kau lupa?” sindir Arshad pedih.

****************************************************************************************


“ Kad jemputan kahwin kau dan Ika...” adakah aku bermimpi?

“ Sue, aku tidak pernah melangsungkan perkahwinan dengan mana-mana perempuan dalam tempoh 5 tahun ini, kau masih tidak percaya?”

“ Tapi..aku...aku...?” how could this happen to me?

“ Ika hanya kawan baik aku...dan kau. Tidak pernah lebih dari itu. Aku tidak pernah menyayanginya lebih dari diri kau Sue..” bicara Arshad membuat aku kelu. Macam-mana kad itu sampai ke tangan aku? Siapa yang hantar?

“ Aku dapat kad kahwin kau secara pos. Adillah juga mengesahkan perkara ini. What really happen?” aku terkesima dengan jawapan Arshad.

“Adillah? Nampaknya kau telah jadi mangsa bekas adik angkat aku itu. Tak sangka dia bertindak terlalu jauh...” keluh Arshad.

“Bekas adik angkat? Apa sebenarnya ini?”

“ Kami dah putuskan hubungan adik dan abang bila aku tahu perkara sebenar Sue, 3 tahun lepas. Saat itu aku menghubunginya untuk bertanya kabar diri kau. Maklumlah kau langsung tidak menelefon atau memberi kabar berita padaku. Benci sungguh kau pada aku ketika itu kan?” penerangan Arshad membingungkan aku.

Malam yang sunyi itu seolah-olah memerhati kami berdua. Angin yang bertiup dingin tidak berjaya menyejukkan hati aku yang kian membara. Perlahan-lahan Arshad menarik tanganku dan melangkah untuk menyusuri pantai sambil disimbahi cahaya bulan. Aku hanya mengikut tanpa bantahan. Binggung.

“ Kenapa kau tidak mahu mendengar penjelasan aku Sue? Kenapa kau melarikan diri, aku sungguh kecewa dengan tindakan kau itu. Kau langsung tidak memberi peluang kepada aku untuk menjelaskan keadaan,” aku hanya membisu. Memberi peluang Arshad meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

“ Atas alasan apa aku kau tinggalkan? Tolong Sue, aku dah lama nantikan jawapan dari diri kau. Kali ini tolong jangan menolak, terangkan pada aku. Kali ni biar telinga aku sendiri yang mendengar bukan daripada pihak ketiga,”

Damai sungguh pantai Cherating di malam ini. Tetapi tidak pada jiwa aku yang sedang berkocak hebat.

“ Aku bertindak berdasarkan prinsip. Bukan memb a b i buta. Kau tentu tahu, pengorbanan yang dilakukan untuk orang yang kita sayang itu amat.....”

“ Manis sekali. Itu memang aku tahu tapi mengapa aku yang merasa perit dan hanya kau yang merasa manisnya?” potong Arshad.

“ Arshad, aku bertindak atas dasar persahabatan. Aku sayangkan kau dan Ika. Kita bertiga adalah rakan baik. Aku bertindak setelah puas memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Aku tidak melarikan diri dari kau tapi aku merasa pedih setiap kali berjumpa dengan kau. Hingga sekarang pun aku masih terasa,” terangku panjang lebar.

“Ika..Ika..Ika..asyik-asyik Ika. Dia sudah bahagia dengan keluarganya sekarang malah suaminya juga turut serta denganku. Kami rakan sepejabat. Dia orang bawahanku,” geleng Arshad geram.

“Apa?!!! Ika dah kahwin lain?” aku terperanjat dengan jawapan Arshad. Habis selama ini aku...

“ Bukan kahwin lain. Tapi memang itulah husband dia dari dulu hingga sekarang. Dah ada 4 orang anak, kembar 2. Mereka bahagia setelah kami menyelesaikan masalah dengan berbincang dan bertentang mata. Face to face, bukan melarikan diri seperti kau,” pedih sindiran Arshad pada pendengaranku.

“ Kau yang melarikan diri bukan? Aku tidak melarikan diri...” sebak ku tahan agar limpahan air mata tidak mengalir depan lelaki yang pernah dan masih aku sayang kini.

“Aku sudah berusaha untuk berbincang dengan kau tapi kau tidak menerimanya. Sehingga aku mengambil keputusan untuk membantu perniagaan family di Sabah. Habis? Kalau aku tidak berjumpa kau disini, tentu kita masih lagi sengsara dengan persoalan yang tidak berjawab ini. Kita sudah dewasa Sue, sudah boleh menerima dan bertindak dengan matang. Jadi, malam ini cubalah menjadi matang dan selesaikan dengan bijak,” aku hanya memandang ombak yang sedang menghempas pantai.

Dia tidak faham apa yang berlaku pada diriku 5 tahun lepas. Apa perlu aku menerangkan tindakan aku padanya atau harus aku berdiam diri? Ika sudah bahagia? Adillah kini bukan lagi adik angkat Arshad? Nampaknya 5 tahun itu telah memberi impak pada semua insan yang aku kenali. Kecuali diri ini, arghhh!

****************************************************************************************

Malam minggu 5 tahun lepas di sebuah restoran...

“Ika, maaf sebab ajak keluar lewat malam ini. Ada hal sikit nak berbincang, boleh?” aku menyusun kata berhati-hati.

“ Tanyalah Sue, apa sebenarnya ini? Macam ada problem besar je, cakaplah..” Ika hanya mengangguk dan sedikit hairan.

“ Berapa lama kita sudah bersahabat?” aku memulakan bicara tenang.

“ Laa..itu ke soalannya Sue? Tentulah semenjak kita sama-sama satu office nih, kenapa?” senyum Ika sambil menghirup minumannya.

“ Oleh kerana kita merupakan sahabat jadi aku nak bertanya pada kau mengenai sesuatu. Kalau boleh aku mahu engkau berkata benar dan ikhlas Ika. Tak mahu berselindung, boleh?”

“ Aik, lain macam je soalan kau ini Sue? Ok..ok, aku akan jawab dengan seikhlas mungkin, silakan” Ika kini merenungku serius. Aku menghembuskan nafas seolah-olah mencari kekuatan. Masalah ini memang berat.

“Aku harap kau tidak akan berjauh hati dengan soalan aku ini Ika. Apa hubungan kau dan Arshad?” air muka Ika terus berubah saat soalan itu aku ajukan.

“ Er....err...aku dan Shad cuma kawan saja Sue. Kami cuma..er..er...” tergagap Ika cuba menerangkan kepadaku. Sah, mereka ada hubungan. Betullah maklumat yang disampaikan oleh Adilla. Adik angkat Arshad.

“ Kau janganlah berselindung lagi Ika. Jawablah dengan ikhlas, sungguh aku inginkan kebenaran, tolonglah..” rayuku sayu.

“ Betul..memang kami cuma sahabat. Tak lebih dari itu Sue,” Ika cuba menggelak dari menjawab soalan aku itu. Tipu!

“ Kalau macam itu, semalam korang berdua kemana? “

“ Er...semalam aku tak kemana-mana ada kat rumah. Tanyalah Adillah..”

“ Aku dah tanya Adillah. Dia kata kau tak de kat rumah. Kemana kau semalam Ika?” serious aku menyoal Ika. Dia kelihatan gelabah. Padan muka!

Lama kami membisu. Ika masih mendiamkan diri. Aku pula semakin tidak sabar untuk mendengar penjelasan darinya. Makanan yang kami pesan tadi masih belum di sentuh. Aku harus menyelamatkan Arshad dari perempuan seperti Ika. Memang aku akui dia cukup cantik dan seksi tapi sikapnya yang liar sedikit membataskan perhubungan aku sebagai sahabatnya. Tiada cacat cela sebagai kawan cuma Ika kerap bertukar pasangan. Maklumlah orang cantik dan bergaya. Arshad kerap berbicara tentang Ika dengan aku dan kini mulai keluar dengan Ika. Aku risau!


“Ika, berterus teranglah....jangan cuba menipu aku, kau atau Shad. Kita mesti selesaikan masalah ini dengan segera” aku menguis nasi goreng ayam di dalam pinggan berwarna biru kristal itu, cantik!

“ Kenapa kau nak tahu Sue? Kenapa?” giliran Ika pula menyoalku.

“ Aku harus tahu kerana kami berdua ada hubungan rapat. Aku sayangkan dia Ika,” kata-kataku itu mengundang tawa dari Ika. Aik, giler ke perempuan ini?

“ Apa kau pasti Arshad kasihkan kau sebagaimana dia kasihkan aku, Sue?” suara Ika bila tawanya semakin reda. Aku terpempan seketika.

“ Kau dah salah faham Ika..bukan itu maksud aku. Bukan..” aku cuba menerangkan hal sebenar.

“ Kami berdua very-very in love now...memang semalam aku tiada di rumah kerana kami berdua bersetuju untuk membeli cincin bertunang malam tadi, puas hati?” terang Ika dengan bangganya tanpa sempat aku menghabiskan ayat.

“ Kamu berdua bercinta, patutlah...” aku cuba bersuara namun gagal.

“ Emm...Arshad ada juga beritahu aku yang kau tergila-gilakan dia. Dia pun layan kau sebab kasihan dan simpati Sue. Aku pun tak salahkan dia, satu office dah tau yang kau tergila-gilakan pengurus department akaun tuh, aku tak heran pun,” sindiran tajam Ika membuat aku terkesima. Sampai hati Arshad kata begitu, tergila-gilakan kau?

“ Oh begitu. Emm...aku tak perasan pulak yang satu office dah tau tentang hubungan kami. Kami cuma sayang-menyayangi sebagai seorang sahabat. Kenapa pulak aku boleh tergila-gilakan dia Ika? Patutlah mereka syak kau dan Arshad ada hubungan..tak salah tekaan mereka. Tapi lain la pulak bila aku dengar dari mulut kau Ika, hairan!” aku cuba menenangkan perasaan kecewa. Aku takkan kalah dengan korang berdua, boleh blah!

“ Eh-eh betul tau..aku tak..aku tak tipu,” Ika kembali tergagap-gagap menjawap soalan aku itu. Sandiwara ek..?

“ Emm...betul kau cintakan Arshad dan menerima dia seadanya? Atau kau hanya harapkan wang dan kebendaan dari dia Ika?”

“ Aku memang mencintai dia Sue, lihat cincin di tangan aku. Ini buktinya,” Ika menghulurkan jarinya yang tersarung dengan sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian. Berpinar mata aku melihat keindahan cincin itu.

“ Minggu depan aku akan berjumpa dengan ibu bapa Arshad. Kami akan menetapkan tarikh bertunang dan kahwin pertengahan tahun depan. Kau lepaskanlah dia Sue, sudah tertulis dia bukan milik kau. Lagipun kami berdua benar-benar mencintai satu sama lain. Kau janganlah halang kami mengecap kebahagian hidup. Lepaskanlah dia Sue, aku rayu pada kau,” air mata Ika sudah tergenang di matanya. Aik kejap gelak kejap nangis perempuan di depan aku sekarang, boleh menang best aktress nih!


“ Emm...oklah. Aku tak pernah kongkong dia. Kami tidak meletakkan limit pada perhubungan ini. Kalau benar dia akan bahagia bersama kau, let it be. Aku tak kisah, cuma tahniah. Kau harus jaga dia elok-elok, dia lelaki baik. Aku doakan kau berdua bahagia. Sebenarnya kami tiada apa-apa. Hanya kawan baik. Memang tujuan aku untuk bertanya hal sebenar kerana aku perlu tahu sebagai orang yang paling rapat dengan dia. Kami saling ambil berat. Itu sahaja, jangan salah faham ok?” aku menamatkan sandiwara ini. Sebak di dada aku cuba tahan. Aku tidak mahu kalah di depan kaum ku sendiri.

“ Sememangnya dia akan bahagia dengan aku Sue. Itu kau tak perlu bimbang. Kami memang saling mencintai, doakan kami ok?” Ika tersenyum bahagia.

“ Aku tahu sikap liar kau sebab kita bersahabat. Aku mahu kau berubah demi kebahagiaan Arshad. Cukuplah. Aku tak mahu Arshad kecewa dan patah hati dengan sikap kau itu. Pertemuan ini hanya kau dan aku yang perlu tahu. Adillah juga tak perlu tahu. Ini rahsia kita berdua, faham” aku memberi amaran keras kepada Ika yang terkulat-kulat malu.

Emmm...akhirnya aku berjaya membuat kesimpulan tentang hubungan aku dan Arshad. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Malu semalu-malunya!

Aku terus menjauhkan diri dari Arshad. Perasaan malu aku dan kecewa terhadapnya membuatkan kami semakin renggang. Dia cuba untuk mengambil hati aku tapi gagal. Sudahnya, kami membisu seribu bahasa sehingga dia berhenti dan pulang ke Sabah. Tanpa apa-apa penjelasan!


****************************************************************************************








“ Adillah yang merancang semua itu. Dia berpakat dengan Ika. Dia yang menikam aku dari belakang. Dialah penyebab kita bermusuhan Sue,” tiba-tiba Arshad bersuara setelah aku menceritakan hal yang sebenar.

“ Adillah?!” aku tergamam.

“ Ya. Adillah yang menimbulkan masalah antara kita berdua. Dalam diam dia menyimpan perasaan dendam pada aku. Dia dapat menghidu rasa kasih kau pada aku. Sedangkan aku sendiri belum pasti sama ada kasih aku akan kau sambut. Oleh itu dia telah berpakat dengan Ika untuk mengenakan kau seterusnya menjatuhkan aku. Perempuan itu memang licik,” kami berpandangan.

“ Tapi Adillah yang beritahu aku yang kau dan Ika ada membuat hubungan sulit. Dia juga yang menyampaikan berita pernikahan korang berdua. Aku juga dapat kad kahwin secara pos,” terangku dalam sebak.

“ Kad kahwin? Kau telah di tipu oleh Adillah, Sue. Masa itu adakah Ika masih berkerja di syarikat lama kita?”

Aku menggelengkan kepala.

“ Lantas? Kau tak terfikir yang mungkin ia adalah pakatan sulit Adillah? Atau kau dikaburi olah rasa marah pada aku dan percaya pada apa yang kau lihat tapi bukan dari kebenaran?” Arshad melemparkan tuduhan padaku pula. Pegangan tangannya aku lepaskan perlahan-lahan. Aku benamkan kaki dalam ombak yang menghempas pantai. Aku renung bulan yang bersinar terang. Cantik sungguh!

“ Kau ibarat bulan pada aku Sue. Bersinar terang dan memberi cahaya pada kegelapan jiwa aku. Cahayanya menerangi hingga ke dalam jiwa yang dendam. Seluruh jiwa ini kau simbahkan dengan cahaya yang terang. Kau dermakan senyuman yang terindah saat aku perlukan,”

“ Aku tidak sangka Adillah sanggup mengkhianati persahabahan kita Shad. Aku sayangkan dia seperti adikku sendiri. Aku tidak percaya dia boleh lakukan ini pada kita berdua. Mengapa dia sanggup lakukan perkara itu kepada kau dan aku?”

“ Dia memang manusia pendendam. Adillah sudah lama menyimpan dendam terhadap keluarga kami. Dia menuduh arwah bapaku membunuh ‘jiwa’ ayahnya kerana ketamakan mengejar kekayaan. Adillah sebenarnya buntu..” keluh Arshad.

“ Ketamakan harta? Membunuh ‘jiwa’?” dahiku berkerut kehairanan.

“ Iye, ketamakan harta benda. Keluarga kami pernah menjalinkan ikatan perniagaan bersama. Memang berjaya dan maju tapi malang sekali, akibat sifat tamak abang sulung Adillah perniagaan itu lingkup. Tapi arwah bapaku cepat bertindak dan keluar dari ikatan itu. Kami selamat. Tapi..” Arshad tertunduk sedih.

“ Tapi apa?”

“ Keluarga itu mengalami kemusnahan yang tidak tertanggung oleh jiwa yang lemah. Mereka hilang segala-galanya termasuk ibu Adillah. Untie Irene tidak boleh menerima kenyataan yang mereka telah jatuh miskin dan muflis. Abang sulung Adillah dijumpai mati tergantung. Dia membunuh diri dan keluarganya. Ayah Adillah kini berada di hospital sakit jiwa, Uncle Azman lemah jiwanya dan menjadi gila kerana tekanan yang melampau,”

“ Sebab itu dia cuba membalas dendam pada kau Shad?” kini baru aku faham dengan teka teki yang terjadi.

“ Adillah seorang gadis yang baik sebenarnya tapi iman yang nipis membuat dia tidak dapat berfikir dengan akal yang waras tapi alhamdullilah kini dia sudah insaf setelah aku menerangkan hal yang sebenarnya...” Arshad menghembuskan nafas kelegaan. Mukanya cukup berseri.

“ Kau sungguh baik hati dan bijak Arshad, aku kagum”

“ But you release me without fighting right? Aku sunggu marah dengan tindakan kau itu. Kau merahsiakan perasaan itu dan membiarkan aku membuat teka teki tentangnya. Kau mencabar sabar dan ego ku Sue, seharusnya aku marahkan?”

“ Sudahlah Shad. Aku tak larat nak fikir lagi. Banyak sungguh kejutan pada malam ini. Aku gembira kita bertemu tapi aku juga pening dan keliru dengan apa yang berlaku malam ini. Berikan aku masa untuk berfikir dan membuat keputusan,” suaraku lemah.

“Keputusan apa lagi? Kan kita sudah clear of the water? What kind of excuses you want more Sue? Aku memang cintakan kau dulu dan kini. Jangan buat aku merayu untuk sekian kali kerana aku juga punya maruah. Ini adalah kali terakhir aku mengucapkannya. Terpulang pada kau untuk menilai keikhlasan. Cukuplah penanggungan kita selama ini. Kita harus melangkah ke depan bukan menangis pada sejarah yang membebankan,Sue” aku menoleh kembali pada Arshad. Belum sempat aku membalas kata-katanya, dia berpaling dan melangkah pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Merajukkah dia?

30 minit setelah Arshad meninggalkan aku keseorangan, airmata jatuh di pipi perlahan-lahan!

"Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji..
selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkeliru...
selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka..
selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkilan...
selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis..
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan ianya hadir bile memerlukan
dan pergi tanpa meninggalkan pesan..."

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...