Jeritan hon kereta menyedarkan aku dari tidur. Aku bangun dari sofa sambil itu mataku melirik jam didinding. Hampir pukul lapan pagi. Barangkali itu kereta abang Kamal. Aku selak langsir tingkap, kelihatan sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti betul-betul depan pagar rumahku. Kereta siapa pula tu? Rasa-rasa nya macam pernah tengok, tapi dekat mana? Ah, lantaklah! Tetamu Pak Mat agaknya. Aku kembali duduk disofa, tiba-tiba kedengaran ketukan dipintu diselangi dengan bunyi salam.
“waalaikumsalam,” jawapku lantas bangun dan membuka pintu. Kak Intan tersenyum dimuka pintu. Aku sedikit terkejut. Mataku meninjau keluar rumah. Hairan? Kereta abang Kamal tak kelihatan. Aku mengaru kepala ku yang tiba-tiba jadi gatal. Kak Intan hanya tersenyum.
“dah siap ke? Kita dah lambat ni,” tanya kak Intan. Aku mengangguk. Beg aku sandang dibahu, pintu dikunci rapat.
“Mana kereta kak?” tanya ku inginkan kepastian.
“Hari ini kita naik BMW, kereta rosak.” Ujar kak Intan selamba. Aku perhatikan betul-betul kereta mewah itu. Langkah ku tiba-tiba terhenti, jantung terasa berdegup kencang. La, baru aku teringat kereta mewah itu milik siapa. Hati aku ketika itu tak semena-mena jadi tak tenteram. Keseronokan nak melancong hilang sekelip mata. Kalau aku tahu awal-awal lagi aku dah tolak perlawaan mereka. Ini tak lain mesti kerja abang Kamal. Sengaja dia nak kenakan aku. Spoil betul!!!
“eh, cepatlah!” jerit abang Kamal dari dalam kereta. Hendak tak hendak terpaksalah aku ikut sama. Aku melangkah masuk kedalam kereta setelah mengunci pagar.
“sorrylah, kalau saya ikut sama. Bukan apa, saya tak percaya dengan abang Kamal. Nanti dibuatnya kereta saya macam kereta lumba pula.” Ujar Encik Ikmal dari depan dengan senyumannya. Aku hanya mengangkat bahu. Mengiakan pun tidak menggeleng pun tidak.
“senyumlah sikit...kereta abang rosaklah. Terpaksa bawak Ikmal sekali, lagipun dia nak balik ke kampung dia.” Ujar abang Kamal dengan senyuman sinis. Aku tahu niat sebenar abang Kamal. Dia sengaja buat macam ini.
Sepanjang perjalanan aku cuba maniskan muka aku, tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu bertapa geramnya aku. Kalau tidak kerana janji, memang aku tak ingin nak pergi bersama. Ingatkan nak release tension, rupa-rupanya menambahkan tension. Tengok mukanya saja aku dah rasa semacam. Geram, marah, meluat semuanya hadir. Mereka seolah-olah berlumba-lumba nak dapat tempat dalam hati aku. Perasaan suka pun turut sama berlumba. Itu yang aku pelik tu, macam mana perasaan itu boleh timbul? Barangkali aku terpikat dengan seyumannya tak? Allah huakbar, simpang malaikat 44. tak teringin aku nak berkawan dengan mat singa, nanti tak pasal-pasal aku kena ngap. Aku tersenyum sendiri bila teringatkan gelaran yang aku beri pada Encik Ikmal. Kalau dekat pejabat nak lihat senyumannya , macam menunggu bulan jatuh ke riba. Kalau nak tengok bengis dia memang senang. Tapi hari ini, asyik tersengih jer macam kerang busuk. Nasib baiklah senyuman tu menawan.
“bila kita sampai dekat Jeli nanti, kita singgah rumah Ikmal sekejap sebab mak dia nak berkenalan dengan bakal menantu dia.”
Kata-kata abang Kamal menyedarkan aku dari lamunan. Geram ku bertambah bila aku lihat mereka bertiga ketawa kecil. Hanya aku saja yang masam mencuka.
“apa abang Kamal ni, merepek!” tegasku keras. Aku memandang kak Intan, dia turut sama tersenyum sambil mengangkat bahunya. Eeeii..tak kuasa aku nak bermertuakan emak Encik Ikmal. Kalau anak perangai macam singa, maknya apatah lagi.
“kenapa pula merepek? Manalah tahu ada jodoh kita nanti.”sahut Encik Ikmal dari depan. Dia menoleh memandang kebelakang, aku merenung keluar.
“jangan layan mereka berdua tu, buat tak tahu sudah.” Ujar kak Intan sambil menepuk-nepuk paha ku.
Aku hanya membisu. Abang Kamal kalau tak mengusik aku memang tak sah hidupnya. Kalau dekat pejabat lagi teruk, tambah-tambah pula bila lepas kena marah dengan Encik Ikmal. Mamat singa seorang ni pun kalau sehari tak jerkah orang memang tak sah juga hidupnya. Mentang-mentanglah dia tuan punya syarikat, dari pagi sampai petang tak ada kerja lain nak marah orang saja. Tapi hari ini lain pula, buang tabiat agaknya? Hampir dua jam memandu, akhirnya kami sampai juga dekat Jeli. Entah kenapa hati aku rasa semacam saja bila kereta membelok masuk ke perkarangan rumah emak Encik Ikmal. Banglo dua tingkat yang tersergam indah itu nampak begitu mewah.
“assalamualaikum,” jerit Encik Ikmal dari luar. Seorang wanita dalam lingkungan awal lima puluhan berdiri di muka pintu. Huluran tangan ibunya dicium dan mereka berpelukan mesra. Anak manja barangkali.
“masuklah, Intan..Kamal.” pelawa ibu Encik Ikmal. Aku mengekori kak Intan dan abang Kamal. Kami masuk ke dalam rumah. Seorang bibik datang membawa air minuman.
“ini kawan boy, ibu.” Ujar Encik Ikmal. Hampir nak tersedak aku dibuatnya. Boy! Huluran tangan ibunya aku sambut. Aku pun nak tunjuk baik juga.
“ini mesti Putri yang selalu boy cerita dekat ibu, patutlah semua gadis yg ibu rekemenkan boy tolak. Rupa-rupanya dah ada puteri kayangan.”
Kali ini aku betul-betul tersedak. Merah padam muka aku menahan malu dan juga menahan marah. Encik Ikmal selalu cerita tentang aku pada ibunya? Memang melampau betul mat singat ini. Aku lihat abang Kamal dengan kak Intan tak habis-habis dengan sengihan mereka. Meluatnya!!!
“ibu, biar kami ke masjid dulu...nanti tak sempat nak sembahyang jumaat.” Ibunya hanya mengangguk. Encik Ikmal dan abang Kamal berlalu pergi. Legas sikit rasa hati ku, kalau tidak memang sah mereka berdua tu merapu entah apa-apa. Tambahan pula ibu Encik Ikmal ni boleh tahan juga kereknya.
“bila bertolak dari Ipoh?” tanya ibu Encik Ikmal sambil matanya asyik menjeling kearah aku, ini yang aku tak berkenan ini. Rasa macam penjenayah pula.
“pagi tadi, makcik.” Jawap kak Intan. Aku hanya membisu, malas nak masuk campur perbualan mereka. Lagipun aku bukan kenal sangat dengan ibunya itu.
“macam mana dengan Ikmal makcik? Minggu lepas dia kata makcik nak tunangkan dia.” Tanya kak Intan sambil menjeling kearah ku. Mulalah tu, kak Intan ni pun bukan boleh harap sangat.
“tak jadi Intan, tak berkenan katanya. Mulanya makcik hairan juga, tapi sekarang ni, dah faham dah kenapa.”
“orang muda zaman sekarang makcik. Suka buat pilihan sendiri.” Ibu Encik Ikmal hanya tersenyum. Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Matanya asyik merenung kearah ku. Bagaikan nak membaca isi hati aku. Apa? Dia ingat aku kemaruk sangat ke dekat anak dia! Perasan!!
“hai, ibu...kenapa pandang sampai tak kelip-kelip mata. Berkenan ke?” tiba-tiba saja Encik Ikmal dan abang Kamal muncul.
“ehmm..dah balik pun. Jom kita makan, bibik dah lama masak dah.”
Kami berempat makan tengahari dirumah emak Encik Ikmal. Selesai makan kami semua duduk bersembang bersama, sambil minum-minum dan makan kuih.
“ibu, petang nanti kami nak ke Kota Bharu.” Ujar Encik Ikmal dengan senyuman. Wajah ibunya sedikit berubah.
“la..ibu ingat kamu semua nak tidur sini? Besok ajelah ke sana.” Getus ibu Encik Ikmal. Mendengarkan cadangan itu, hati ku berdoa banyak2 agar perlawaan itu tak terima. Biarlah kami tidur ditempat lain, kalau tidak sakit jiwa aku nanti.
“lain kali ajelah makcik, kami ada rancangan lain.” Kata-kata Kak Intan menyelamatkan aku dari seksaan yang bakal aku tempuhi. Terima kasih, tuhan.
“tak akan lari gunung di kejar, ibu!” sahut Encik Ikmal sambil mengenyitkan matanya kearah aku. Aku buat-buat tak nampak.
Petang itu selepas sembahyang maghrib, kami bertolak ke Kota Bharu. Dalam perjalanan tak banyak yang dibualkan. Barangkali masing-masing keletihan. Lagipun tak kuasa aku nak layan karenah mereka bertiga. Buang masa saja. Lebih kurang pukul 8 malam kami sampai ke Pantai Cahaya Bulan itupun sebab berhenti dekat Bukit Senyum. Kalau tidak dah lama kami sampai ke destinasi. Kami menyewa chalet yang berhampiran dengan laut. Aku dengan Kak Intan duduk bersama, abang Kamal tinggal dengan Encik Ikmal.
“esok jangan bangun lambat.” Pesan Kak Intan pada abang Kamal. Abang Kamal hanya mengangguk lalu mengekori Encik Ikmal ke pondok mereka.
Aku dengan Kak Intan masuk ke dalam pondok kami.
“ Putri masih marah dengan kami lagi ke?” tanya Kak Intan bila dia tengok aku hanya membisu sejak dari rumah ibu Encik Ikmal. Aku hanya menggeleng.
‘jangan ambil hati sangat dengan mereka berdua. Buat-buat tak tahu sudah.”
“ Putri tak kisah kak, tapi tak sangka pula Encik Ikmal ikut sama. Kalau Putri tahu tak ingin Putri ikut sama.” Getus ku dengan tanda kesail.
“sabar ajelah, kak Intan pun tak sangka yang Ikmal nak ikut. Bukan kami yang ajak dia, dia yang offer diri nak ikut. Lagipun segan pula nak tolak, nanti apa pula kata dia.”
Aku hanya mengangkat bahu. Tak percaya dengan kata-kata Kak Intan. Ini semua mesti kerja abang Kamal.
“tapikan kak Intan rasa, Ikmal ni mesti ada udang sebalik mi...rasanyalah dia nak memikat Putri.” Ujar Kak Intan dengan senyuman melirit.
“ Putri terima tak kalau dia nak kan Putri?”
“Eiii!!! Tak payahlah kak, buat sakit hati saja. Tak sanggup Putri kena tengking hari-hari.”
“ kalau dah dapat nanti, tak akanlah dia nak marah girlfriend dia. Kak Intan yakin dia sukakan Putri.” Aku hanya mencebik. Mana mungkin dia sukakan aku.
“Merepeklah kak Intan ni,” ujarku lantas bangun dari kerusi.
“nak kemana pula tu?”
‘lebih baik Putri pergi mandi. Lagi lama layan kak Intan, boleh biol otak ni!”
Kak Intan hanya ketawa. Dia turut bangun dari kerusi sambil mengangkat begnya. Aku mengambil tuala dan terus melangkah ke bilik air. Puh sejuknya air, rasa macam ais batu. Sejuk pun sejuklah, janji aku boleh mandi. Segayung demi segayung aku curah kebadan. Nyaman sungguh. Selesai mandi aku capai tuala lalu keluar menuju ke katil. Aku tengok Kak Intan dah pun belayar. Penat agaknya. Aku rasa nak ketawa bila lihat cara Kak Intan tidur, dengan senyuman aku kemaskan kedudukan selimut kak Intan. Lepas itu aku pakai baju dan terus baring. Lampu aku biarkan terpasang. Terbedip-dedip mataku cuba melawan ngantunk.sementara itu minda ku masih memikirkan kata-kata Kak Intan. Benarkah Encik Ikmal ingin memikat ku? Tak mungkin!! Fikir punya fikir akhirnya aku terlena bersama persoalan yang tak terjawap.
************************************************************************
Tok! Tok!
Ketukan dipintu mengejutkan aku dari tidur, aku tarik selimut rapat-rapat. Sejuk!! Rasa malas nak bangun, tapi bila ketukan tak henti-henti terpaksalah aku bangun juga. Katil Kak Intan aku lihat dah berkemas. Paginya minah seorang ni bangun. Aku melangkah ke pintu, daun pintu aku buka. Angin pantai menerjah masuk. Sejuknya, rasa sampai ke tulang.
“tak mandi lagi? Kami nak ke Bachok, tak nak ikut ke?” tanya abang Kamal. Bachok adalah kampung kak Intan. Aku hanya menggeleng, letih semalam tak habis lagi. Lagipun malaslah.
“ kalau macam tu, tunggu sampai kami balik. Oh ya kalau ada apa-apa cari Ikmal, dia ada dekat bilik.”
Aku hanya mengangguk. Tak kuasa aku nak cari dia. Mereka melangkah pergi. Aku kembali baring dan cuba menyambung semula tidur aku, tapi ngantuk ku dah hilang. Aku bangun semula mencapai tuala dan terus ke bilik air. Bila dah selesai mandi dan berdandan aku duduk termenung di beranda chalet. Angin laut yang bertiup terasa nyaman. Badanku yang letih terasa segar dihembus angin laut tambahan pula dengan sinaran cahaya pagi. Aku tarik nafas panjang dan kemudian melepaskannya. Alangkah bahagianya kalau hari-hari dapat hidup begini. Nyaman dan tenteram tanpa perlu risau masalah kerja ataupun lain-lain masalah. Hati pun tenang dan telinga pun tak sakit dengan jerkahan dan bebelan bos di pejabat. Aku menoleh ke chalet di sebelah yang masih lagi tertutup. Barangkali penghuninya masih tidur. Harap-harap dia tak buat perangai singanya itu dekat sini. Ah! Buat apa fikirkan pasal dia, lebih baik aku bermain ombak di pantai. Aku capai topi dan kacamata hitam ku dan terus berjalan menuju ke pantai. Setelah penat menyusuri pantai dan bermain ombak. Aku duduk dibawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah. Mataku tak lepas-lepas memerhati anak-anak kecil berlari mengejar ombak. Aku tersenyum sendiri betapa indahnya ciptaan ilahi.
“ Assalamualaikum.”
Aku tersentak lalu menoleh ke arah yang empunya suara. Aduh! Boring betul!! Tak ada orang lain ke? Encik Ikmal tersenyum kearah ku dan tanpa dipelawa dia duduk disisiku. Bila aku perhatikan betul-betul memang senyuman Encik Ikmal begitu menawan. Patutlah dia jarang senyum. Senyuman yang boleh mencairkan keimanan.
“cantikkan permandangan dekat sini?” Aku hanya mampu mengangguk. Tak tenteram rasanya bila duduk begini dengan Encik Ikmal tambahan pula bila dia merenung tepat ke mata ku. Entah kenapa aku rasa muka ku panas bagai dibakar. Mabuk ke aku ini?
“ Putri sukakan pantai?” tanya Encik Ikmal bila dia lihat aku hanya membisu memandang laut.
“suka...kalau ikutkan hati hari-hari nak mengadap laut.” Aku cuba memandang ke wajahnya tapi tak berdaya bila Encik Ikmal merenung tepat ke mata ku sekali lagi. Tak sanggup rasanya bermain mata dengannya nanti silap haribulan aku pula yang perasan. Baru kes naya.
“kenapa?”
“sebab pantai selalu beri saya ketenangan. Saya suka melihat ombak memukul pantai. Kalau boleh saya nak jadi seperti ombak. Setia pada pantai.”
“betul tu, ombak dengan pantai tak mungkin dapat dipisahkan, tapi sayang kesetian mereka tak dapat disatukan dengan sebuah ikatan dan saya tak suka dengan fenomena yang sebegini.”
Aku agak terkejut dengan kata-kata Encik Ikmal. Tak sangka mat singat pun pandai cakap benda-benda sentimental. Aku memberanikan diri menatap wajah Encik Ikmal dengan lebih teliti. Dia mempunyai sepasang mata yang bersinar ditambah pula dengan hidung yang agak mancung. Kulit yang cerah, badan yang sasa dan juga senyuman yang cukup menawan. Tapi sikapnya yang serius dan garang itu telah menutup segala keindahan wajahnya.
“kenapa pandang saya macam itu?” Pertanyaan Encik Ikmal membuatkan aku tertunduk malu. Menyesal pula rasanya menatap wajahnya tadi.
“ tak ada apa-apa, cuma saya rasa Encik Ikmal akan lebih handsome kalau selalu tersenyum.
Encik Ikmal ketawa perlahan.
“sebab itulah saya malas nak senyum, saya takut semua perempuan dekat Malaysia ni gila bayang dekat saya nanti.”
“ewah-ewah melebih-lebih pula dia, masuk bakul angkat sendiri.” Ujar aku sambil senyum, dah orang puji berlagak pula dia.
“Eh mestilah, siapa lagi nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri.” Ujarnya bersahaja. Aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Akhirnya kami sama-sama ketawa. Entah apa yang kelakarnya aku pun tak tahu.
“Seronok kan, kalau kita selalu gembira, kenapa Encik Ikmal selalu nampak serius?”
Dia hanya ketawa lalu bangun dan terus berjalan menuju ke tepi pantai. Aku turut bangun dan mengekorinya. Kami sama-sama merenung laut yang luas terbentang.
“ I`m not serius, cuma kadang-kadang masalah sekeliling yang menjadikan saya sedemikian. Saya tahu ramai staff saya yang tak suka dengan cara saya bekerja, termasuklah gadis yang duduk disebelah saya ini dan saya juga tahu ada orang gelar saya Mat Singa. Betul tak?”
“Maafkan saya, saya tak bermaksud nak panggil Encik Ikmal macam tu.” Ujarku perlahan antara dengar dengan tidak. Melihatkan perubahan wajah ku, Encik Ikmal ketawa kecil.
“tak payah minta maaf, saya akui yang saya sometimes terlalu garang. Tapi hati saya baik sebenarnya.”
Aku hanya mengangkat bahu.
“jom kita menyusuri pantai.” Pelawa Encik Ikmal sambil bangun dan sekaligus menarik tangan aku. Aku terdorong mengikutnya. Genggamannya yang kemas membuatkan hati ku bagai terkena kejutan elektrik. Cepat-cepat aku tarik tangan aku dari genggamannya. Dia hanya tersenyum. Aku tiba-tiba jadi keliru dengan tindakan Encik Ikmal dan juga dengan perasaan aku sendiri. Dia terlalu mesra ataupun aku yang perasan? Kami berjalan bersama menyusuri pantai sambil bermain ombak.
“boleh saya tanya satu soalan?”
“apa dia?” ujar ku sambil memandang ke wajahnya. Dia kelihatan agak gugup tapi senyuman masih terukir dibibinya.
“ Putri ada...”
Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya, kedengaran satu suara berdehem di belakang kami. Aku menoleh. Ya Allah! Rasa macam nak pengsan bila aku lihat siapa yang berada dibelakang kami saat ini. Kemesraan kami mati dengan tiba-tiba dan jarak antara kami menjadi renggang.
“amboi...amboi.., bukan main asyik lagi. Sampai tak perasan orang dok perati dari belakang.” Ujar Abang Kamal dengan senyum sinis.
“perang dingin dah habis ke?” Kak Intan pula mengusik. Aku hanya membisu, tak tahu apa yang harus aku jawap. Aku merenung ke arah Encik Ikmal yang hanya tersenyum-senyum. Begitu juga dengan Abang Kamal. Tanpa berlengah lagi aku melangkah pergi meninggalkan mereka. Lebih lama aku dekat sini, lebih sesak nafas ku. Mereka aku tinggalkan begitu sahaja. Setibanya aku di depan rumah, aku duduk di tangga menahan rasa geram dengan perbuatan mereka. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku tersenyum sendiri. Mengapa aku harus marah? Padahal itu semua perkara kecil sahaja. Aku tarik nafas panjang-panjang, cuba mengawal emosi sendiri. Aku lihat kak Intan datang menghampiri aku. Mungkin dia datang untuk memujuk aku. Aku cuba untuk tersenyum dan menanti kedatangannya dengan hati tenang.
“kenapa Putri jalan laju sangat? Penat kak Intan kejar tadi,” Kak Intan mengeluh sambil duduk disebelah aku. Aku hanya mendiamkan diri.
“kenapa ini? Marah ke? Kami hanya bergurau saja. Janganlah ambil hati. Putri bukan tak tahu perangai abang Kamal.” Ujar kak Intan memujuk. Dia mengusap lembut bahu ku. Aku hanya mampu mengeluh.
“ Bukan Puteri marah, tapi Puteri malu dengan Encik Ikmal. Nanti apa pula dia kata.”
Kak Intan ketawa.
“ malu? Kenapa harus malu? Dia suka pada Puteri dan kakak tahu Puteri juga suka pada dia kan?”
Aku hanya menunduk. Tidak tahu apa yang harus aku katakan tentang perasaan aku.
“percayalah, kak Intan yakin 100% yang Ikmal dah jatuh hati pada Puteri. Kalau tidak, buat apa dia ikut kita? Lagipun tak elok tipu diri sendiri...”
“Putri tidak mahu berangan-angan kak. Putri tak layak untuk bersama dengan Encik Ikmal, dia orang kaya kak. Putri hanya gadis biasa, enggang tak mungkin terbang bersama pipit. Itu lumrah alam kak..”
“Terpulanglah pada Putri, buruk baiknya terletak ditangan sendiri.”
“Terserahlah pada takdir, kak.” hanya itu yang mampu aku katakan saat ini.
************************************************************************
“Assalamualaikum.” Terkejut aku seketika. Aku toleh ke belakang. La...Encik Ikmal rupanya.
“Waalaikumsalam. Ehmm..Encik Ikmal ni selalu buat saya terkejut.” Dia hanya tersengih lantas melabuhkan punggongnya di sebelah aku. Kehangant tubuhnya dapat aku rasakan. Jantung pula berdegup kencang macam LRT. Tanpa aku sedari Encik Ikmal menggenggam jari jemari ku, lalu diusap lembut. Ketika itu jantung ku rasa bagai nak jatuh ke bumi, cepat-cepat aku tarik tangan aku. Aku tertunduk malu, muka terasa panas.
“Saya minta maaf..” ujarnya perlahan.
“that`s ok.”
Encik Ikmal merenung tepat ke wajah ku. Sinaran matanya seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu. Aku tak pasti apa, yang aku tahu saat ini jantung ku masih lagi berdegup kencang.
“Saya nak minta maaf juga, bukan hanya kerana ketelanjuran saya hari ini tapi untuk segala tindak tanduk saya terhadap Putri selama ini. Saya minta maaf. Saya tahu selama
ini saya dah banyak sakitkan hati Putri.”
Wajah Encik Ikmal kelihatan muram. Senyuman nya manis itu hilang dari bibirnya. Aku jadi serba salah bila melihat dia begitu. Memang selama ini aku sakit hati dengan perbuatannya tapi tidaklah sampai aku membencinya.
“Tidak pernah terlintas dihati saya hendak sakitkan hati Putri. Maafkan saya sekali lagi..”
“ dah lama saya maafkan, Encik Ikmal. Lagipun saya bukan jenis yang suka berdendam. Cuma saya tertanya-tanya mengapa saya yang sering dijadikam mangsa kemarahan Encik Ikmal?”
Kedengaran keluhan lahir dari mulut Encik Ikmal. Dia memejamkan matanya seketika kemudian merenung tepat ke mataku.
“ Cemburu..” jawapnya ringkas.
“Cemburu??” jawapannya cukup menghairankan dan juga melucukan. Mengapa harus cemburu?
“ ya..cemburu! Saya cemburu dengan semua lelaki yang rapat dengan Putri. Bila saya cemburu saya jadi marah dan bila saya marah saya terpaksa lepaskannya pada seseorang dan orang yang paling dekat dengan saya adalah Putri.”
Aku cukup tak faham dengan kata-kata Encik Ikmal. Benar-benar tak faham! Mengapa dia harus cemburu?
“Saya cuma nak tarik perhatian Putri, bukan saya benar-benar marah pada Putri.” Ujarnya lagi. Aku tambah tak faham, sedangkan dia hanya tersenyum. Susahnya hendak memahami seorang lelaki yang bernama Encik Ikmal.
“ Apa-apalah Encik Ikmal..” ujarku bersahaja. Malas rasanya hendak melayan karenah lelaki itu. Saat ini rasanya, aku hanya ingin menikmati keindahan pantai. Aku cuba ingin bangun untuk pergi ke tepi pantai dan bermain ombak. Tapi hajat ku tak kesampaian bila tangan ku diraih Encik Ikmal. Aku terduduk kembali. Dia duduk bersila dihadapan ku, genggamannya ditangan ku tidak dilepaskan. Aku cuba menariknya tapi gagal, akhirnya aku biarkan saja. Dia merenung tepat ke wajahku. Aduh! Apa hal pula dengan mat singa ni, ujar hatinya sendiri.
“ Saya cintakan awak, Putri.” Ringkas dan padat ungkapan Encik Ikmal. Aku terkaku seketika. Terasa seperti berada diawangan. Tak percaya dengan apa yang aku dengar saat ini. Benarkah ungkapan itu lahirnya dari mulut Encik Ikmal atau aku hanya bermimpi di siang hari?
“percayalah Putri, saya ikhlas mencintai Putri, dan saya ingin menjadikan Putri teman hidup saya dunia dan akhirat.”
Ya allah! Terasa bagai nak gugur jantung ini, saat Encik Ikmal mengucup lembut jari jemari ku. Aku bagaikan patung, kaku tak boleh bergerak. Sedangkan Encik Ikmal merenung tepat ke mata ku. Dia menanti jawapan dari bibirku, tapi apa yang harus aku katakan? Benarkah ini semua? Ungkapan cinta dan lamarannya datang serentak. Sehinggakan aku tak tahu apa yang harus aku buat saat ini. Hati ku berkata-kata, cintakah aku kepadanya? Sayangkah aku kepadanya?
“ sudikah Putri menerima saya?”
Aku hanya mendiamkan diri.
“ Berilah jawapan Putri, jangan hanya membisu sahaja. Tenangkanlah hati saya dengan jawapan yang ingin saya dengar.” Rayu Encik Ikmal dengan wajah suram.
Aku renung wajahnya, memang satu ketika dulu aku pernah menaruh hati padanya, tapi dengan sikapnya yang begitu membuatkan aku berfikir semula. Namun hari ini apa yang aku pernah impikan dulu terbentang di depan mata. Sehinggakan aku tak tahu nak cakap apa. Terharu rasanya bila melihat keikhlasan Encik Ikmal.
“Berilah Putri masa untuk memikirkannya. Segalanya terlalu mengejutkan. Putri tak pasti dengan perasaan Putri saat ini.” Akhirnya aku bersuara memecah kebuntuan.
“saya perlukan jawapan sekarang, cukup sekadar Putri katakan yang Putri sayangkan saya. Saya takut tak dapat mendengarnya lagi selepas ini. Tentang lamaran saya, biarkanlah dahulu.” Desak Encik Ikmal. Aku jadi serba salah.
“Putri tak boleh berikan jawapan sekarang. Putri tidak mahu buat keputusan yang melulu. Tolonglah faham Encik Ikmal, berilah masa pada Putri. Putri berjanji bila balik ke Ipoh nanti Putri akan beri jawapan yang Encik Ikmal mahukan.
Kedengaran keluhan lahir dari mulut Encik Ikmal. Wajahnya muram. Dia bangun dari tempat duduknya dan terus berlalu meninggalkan aku sendirian terpinga-pinga. Timbul rasa bersalah dihati aku kerana tidak memberitahu dia tentang perasaan aku yang sebenarnya. Tapi bagi aku itu adalah satu keputusan yang terbaik untuk aku dan dirinya. Jangan kerana teruja atau pun kerana kasihan aku memberinya jawapan yang tak pasti. Aku lihat kelibat Encik Ikmal makin lama makin hilang.
************************************************************************
Petang itu selepas waktu maghrib, kami bertolak dari PCB untuk pulang semula ke Ipoh. Mulanya hendak balik awal selepas asar tapi bila bersembang, lebih-lebih lagi bila Encik Ikmal beritahu kak Intan dengan abang Kamal dia telah mencurahkan perasaannya pada aku. Apa lagi semakin seronok lah mereka mengusik sehinggakan tak sedar masa berjalan. Hujan yang turun juga menjadi punca kami lambat bertolak. Dalam perjalanan tak banyak yang kami bualkan biarpun aku dengan Encik Ikmal duduk bersama di belakang. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa malu pula bila perkara itu diketahui abang Kamal dengan kak Intan. Hujan lebat yang turun melambatkan pergerakan kereta kami. Walaupun begitu abang Kamal tetap memandu dengan agak laju. Maklumlah orang dah lama memandu. Nasib baik ada kak Intan disebelahnya, dapatlah juga bagi nasihat pada abang Kamal.
“Tak sangka, berjaya juga plan kita ya, Intan. Hai..tak lama lagi makan nasi minyak lah kita.” Usik abang Kamal dengan ketawa kecil.
“ ya lah tu..abang oii! Mata tu jangan kupa pandang ke depan.” Tegur kak Intan. Aku dengan Encik Ikmal hanya tersenyum.
Aku lihat di luar keadaan semakin gelap dan hujan semakin mencurah-curah. Petir sekali sekala kedengaran dengan kuat. Hati ku tiba-tiba rasa resah gelisah, tambahan pula jalan tak berapa elok. Tiba-tiba aku rasa jari jemari ku digenggam kuat. Aku memandang wajah Encik Ikmal yang kelihatan tenang dengan senyumannya yang manis. Aku membalas senyumannya.
“ Jangan risau, Putri akan pulang dengan selamat.” Ujarnya lembut, sambil mengusap pipi ku. Aku hanya tersenyum.
“ I love you..” ungkapnya sambil mengucup dahi ku. Aku begitu terharu sekali. Mata ku pejamkan saat bibir itu menyentuh lembut dahi ku sekali lagi dan aku dapat rasakan pelukan Encik Ikmal. Hati ku tiba-tiba berbunga riang. Terasa ringan sahaja mulut ku untuk membalas ungkapan itu. ‘ I love you too.’
Tapi bila aku membuka kembali mata ku, aku rasa hairan dengan keadaan disekeliling ku yang sungguh berbeza. Aku pandang ke sebelah kiri, kosong. Aku renung disekeliling ku, mengapa tempat ini kelihatan seperti sebuah bilik yang besar. Dimana aku?? Aku cuba mengerakkan tubuh ku tapi setiap kali ianya bergerak aku terasa begitu sakit. Kepala ku pula terasa begitu berat, yang dapat aku rasakan hanyalah sentuhan lembut ditangan ku.
“ Putri.” Kedengaran satu suara halus memanggil aku. Aku cari empunya suara itu. Ibu? Aku kehairanan bagaimana ibu boleh berada disisi aku??
“ibu, macam mana ibu boleh ada dekat sini? Dimana Putri sekarang ini? Apa yang dah berlaku? Kenapa badan Putri sakit-sakit?” Begitu banyak sekali pertanyaan yang keluar dari mulut ku. Aku lihat air mata ibu mengalir. Aku jadi begitu tak mengerti. Apa yang sudah berlaku? Aku pegang kepala ku dan bila aku picit terasa begitu sakit. Wayar-wayar pula berserabut ditubuhku.
“ dekat mana ini, ibu?” Aku lihat wajah ibu semakin muram dan air matanya semakin banyak yang mengalir. Dia mengusap lembut pipi ku. Aku merenung wajahnya inginkan kepastian.
“ Putri kemalangan, dah tiga hari Putri tak sedarkan diri. Risau ibu dibuatnya.”
Kemalangan? Aku begitu terkejut. Ya allah! Macam mana ini semua boleh berlaku? Seingat aku, aku masih dalam pelukan Encik Ikmal. Ya allah! Encik Ikmal, dimana dia sekaran? Adakah dia juga cedera seperti aku? Abang Kamal, kak Intan! Macam mana dengan mereka semua? Aku jadi panik.
“mana kawan-kawan Putri, ibu? Mana mereka semua?” aku inginkan jawapan dari ibu tapi ibu hanya menunduk. Tangisan ibu semakin berlagu.
“jawap lah ibu, mana mereka?”
“Bawa bertenang Putri..mereka semua dah tiada lagi. Mereka meninggal ditempat kejadian. Putri dijumpai 200 meter dari tempat kejadian, dan polis percaya Putri ditolak keluar sebelum terjadinya perlanggaran.”
“Tidak!! Ibu bohong!! Ibu bohong!!” jerit aku dengan sekuat hati sambil meronta-ronta ingin bangun dari katil. Ibu berusaha memegang badan aku.
“ Bawa bertenang, sayang. Jangan buat macam ini....doktor!! Nurse!!” Jerit ibu bila aku semakin kuat meronta-ronta tanpa menghiraukan keadaan fizikal aku.
Kalau boleh aku ingin bangun, aku ingin mencari di mana mereka semua. Encik Ikmal, abang Kamal dan juga kak Intan. Tapi badanku terasa semakin lemah bila lengan aku di cucuk oleh seorang doktor. Fikiran aku terasa melayang-layang. Bayangan wajah encik Ikmal berlegar-legar di mata ku. Keadaannya berlumuran darah. Aku cuba menjerit memanggilnya tapi dia semakin lama semakin menjauhi aku. Aku cuba juga untuk menghampirinya tapi tubuh semakin lemah, dan akhirnya aku mengalah bila pandangan ku semakin kelam dan terus gelap.
************************************************************************
“Al-fatihah..”
Aku membaca surah al-fatihah di pusara abang Kamal dan juga kak Intan. Hari ini genap setahun permergian mereka ke rahmatullah. Aku berharap agar roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
“Maafkan Putri, kerana baru sekarang Putri dapat menziarahi pusara abang Kamal dengan kak Intan. Bukan niat Putri nak lupakan abang dengan kakak, tapi Putri tak berdaya. Terima kasih atas layanan baik abang dengan kakak pada Putri selama ini. Selamat tinggal.”
Aku meninggalkan pusara mereka dengan seribu keinsafan. Perjalanan aku masih jauh lagi. Aku akan ke Jeli untuk menziarahi pusara encik Ikmal. Bila teringatkan encik Ikmal aku begitu terharu. Pergorbanan yang dia lakukan pada aku tak dapat aku balas sampai bila-bila. Aku amat berterima kasih padanya, cuma satu sahaja yang buat aku terkilan, aku tak sempat hendak beritahu dia yang aku juga mencintai dirinya.
Sebaik sahaja aku sampai ke rumah encik Ikmal, ibunya sudah sedia menunggu. Aku menghampiri ibunya dan terus memeluknya dengan deraian air mata. Ibunya turut menangis dan memeluk ku dengan erat.
“maafkan Putri makcik,” hanya itu yang mampu aku ucapkan saat ini.
“jangan cakap macam tu, makcik tak salahkan Putri, malah makcik bangga dengan apa yang Ikmal lakukan.” Ibu encik Ikmal tersenyum sambil mengesat air mata ku yang mengalir deras. Aku cuba untuk tersenyum namun pada hakikatnya aku begitu sedih.
“Mari makcik hantar Putri ke pusara Ikmal, lagipun hari macam hendak hujan sahaja. Nanti tak sempat pula.”
“ Terima kasih, makcik.” Ujar ku. Dia hanya tersenyum.
Aku mengekori ibu encik Ikmal. Aku duduk bersimpuh atas tikar yang ibu encik Ikmal bawa. Aku bersihkan sisa-sisa daun yang gugur diatas pusaranya sambil itu aku membaca al-fatihah dan sambung dengan surah yassin. Air mata ku mengalir lagi. Terharu dengan pengorbanan yang encik Ikmal lakukan untuk aku dan juga aku rasa terkilan kerana tidak sempat memberitahunya yang aku juga mencintainya dan ingin menjadi teman hidupnya.
“marailah kita balik Puteri, hari pun dah mula hujan.” Pelawa ibu encik Ikmal. Aku merenung wajahnya yang sayu. Hati ku turut digamit sayu. Aku mengganguk.
“selamat tinggal, encik Ikmal. Kalau ada masa Puteri datang lagi.”
Malam itu aku bermalam di rumah encik Ikmal. Ibunya beria-ia mempelawa aku. Dia membenarkan aku tidur di bilik encik Ikmal. Setiap pelusuk bilik itu mengingatkan aku padanya tambahan pula bila aku lihat gambar aku terletak diatas meja tulisnya dengan bingkai yang begitu cantik. Aku duduk dikerusinya sambil menyelak album gambar yang terletak disitu. Sungguh aku tidak menyangka album itu penuh dengan gambar aku. Air mata ku mengalir lagi. Aku renung gambar encik Ikmal yang sedang tersenyum disebelah gambar aku.
“ Sampai hati Ikmal tinggalkan Putri sendirian? Macam mana Putri hendak hidup tanpa Ikmal?Setelah Ikmal kocak perasaan Putri, Ikmal pergi begitu sahaja. Tanpa pesan, tanpa ucap selamat tinggal. Putri minta maaf kerana tak sempat hendak beritahu perasaan Putri pada Ikmal. Putri sayang dan cintakan Ikmal sepenuh hati.” hanya itu yang aku mampu suarakan saat ini. Memang benar aku terkilan.
Aku baring diatas katil sambil meletakkan bingkai gambar encik Ikmal didadaku. Aku pejamkan mata dengan harapan dapat melihat wajah encik Ikmal yang sedang tersenyum seperti yang aku lihat semasa kami berada di PCB.
“ I love you and I miss you so much...”
--------------
hArUsKaH aKu MeMiLiH sAtU aNtArA dUa.....
No comments:
Post a Comment