Alkisah sebuah hidangan isteri…
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3
hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki
menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu
sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit
terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.
Namun saya diam.
Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.
Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah
menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di
ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya
sendiri terasa susah nak telan.
“Anakku, mak dah penat
sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan
Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.
Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…
“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas
makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi
benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana
terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.
Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali
kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada
masa itu.
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan
mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan
perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan.
Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk
memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.
Hidup
ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang
melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.
Sebuah tulisan untuk renungan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Geng Makan PBU 2024 onward
Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Pegui TV - Menonton Televisyen...tp kalau dlm bahasa srwk "Nangga TV" Nebei Nyaem - Tiada air Temok - Mandi Iteu Ku...
No comments:
Post a Comment