Thursday, March 28, 2013

kisah aku dan......cHeNdoL

cuaca panas2 ni mkn cendol sedap kan...dulu2 masa bljr kat uum Jo Cendol Pulut la yg paling glamer. Kalau outing ke aloq setaq mmg x sah x singgah beli cendol, siap berbungkus2 bagai...utk diri sendiri dan utk kwn2 yg memesan di kolej, mmg marvelous!!
selain cendol, kat sini pun ada laksa, bihun sup, nasi ayam, dan makanan2 panas yg lain..tp selalunya kalau singgah aku mmg akan mkn cendol pulut dgn laksa...my favorite...kat cni jgk ada toilet..surau...so, mmg lebih kurang ala2 RnR kan..x pyh nk berenti byk2 kali, mkn dgn skali blh gi toilet dgn surau..mmg bijak la depa ni berniaga.
sekarang dh jarang gi sana sbb dah duduk jauh, tp skali skala teringat jgk kenangan masa dolu2...mana blh lupa kan...tp skrg dah discover satu lg tempat mkn cendol yg best area sana. ni adik aku punya suggestion la...masa gi melawat dia kat ptss dulu, dia yg tunjuk. bila rasa mmg x boleh blah.....sedappppppppp sgttttttttt..santan dan gula secukup rasa, cendol buatan sendiri lagi...
inilah dia Cendol Pulut Flyover Changlun...nama mmg sgt sesuai dgn kedudukan geografi yg betul2 di bawah flyover. aku x pasti sama ada gerai ni dah wujud atau tak masa aku dok ulang alik dulu...tp bila dh pindh penang baru merasa cendol nih.
nak tau cara2 buat cendol??rupanya senang saja...dpt kat siNi

Bahan-bahan:
(1) 1 Cawan tepung beras
(2) 3 Cawan air pandan
(3) Secubit garam
(4) 1 Sudu kecil air kapur

Langkah-langkah:
1. Sedikan satu gelas plastik serta potongkan bahagian tepi seperti gambar berikut:
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacaukan.

3. Kacaukan semua bahan sehingga kental dan pekat seperti gambar ditunjukkan.
4. Selepas itu, tuangkan bahan itu ke dalam gelas yang telah dipotong tersebut.
5. Merebus bahan tersebut dengan air mendidih di dalam periuk.

6. Kacaukan selalu supaya tidak hangit.
7. Sediakan satu bekas berisi sejuk campur dengan pewarna hijau dan masukkan cendol yang teleh masak.
8. Selepas beberapa jam cendol akan mengembang dan sedia dihidangkan.

senang kan???moh ler kita sesame menerai yer....:)

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...