Situasi 1 : Masa kecik-kecik di kampung.
Masa ni kalau xdak air, mak memang x bagi kami adik beradik mandi even air memang penuh satu kolah. Kata mak air yg ada tu simpan utk ke jamban saja....slalunya memang ada la antara kami yg x puas hati, sebabnya nampak air tu byk kan..nanti dah ada air tadah la balik, apa susah?? Itulah pemikiran seorang budak yg xtau lagi kemungkinan2 yg kita x pasti bila air akan ada balik.
Wpun mcm tu ada benda best kalau xdak air masa kat kampung dulu. Rumah kitaorg mmg best sbb dekat dgn sawah dan juga dekat dgn laut. So, rezeki dari sungai ada, rezeki dari laut pun ada :)...biasanya bila xdak air kami akan mandi beramai2 di palong yg berdekatan. Palong ni mcm tali air kecik yg dibuat utk memisahkan diantara satu kawasan sawah dgn sawah yg lainnya. Tujuannya adalah untuk menyalurkan air ke/dari sawah....betul kot kan. Dulu2 air palong ni sangat jernih, boleh nampak sampai ke dasar. Even kalau ada ikan, udang yg berenang2 pun boleh nampak. Memang seronok sangat kalau dpt mandi kat situ aka berkubang. Tapi masa xder air jer kami blh pi situ..kalau sesaja nak pi mmg x blh la....tapi kalau pegi senyap2....xper jer...heeheeheeee...syok tu berkubang ramai2..masa tu kan masih sek.ren...xder masalah la nak malu ke apa even mandi bercampur dgn geng2 lelaki.
Ermmmm...masa ni mmg sgt fed-up kalau xdak ayaq. Bagi pendapat aku la kan, bkn masalah air sebenarnya. Aku rasa mmg pihak sekolah memang akan catu air untuk menjimatkan bil. So, duduk asrama ni memang kena bangun awal sbbnya dkt pukul 7 jer ayaq dah stop. Lagi malang bagi yg duduk aras atas2 tu, 6.30 pagi dah xder air. So, berbondong-bondong la semua turun ke aras bawah utk mandi, beratur berderet smpai ke luar pintu tandas adalah perkara biasa. Bagi yg konfiden level tinggi tu, depa mandi jer berkemban kat sinki sambil diperhatikan oleh org2 yg tengah beratur.....mmg sesak dan lemas!! Kalau barisan pjg sgt, kami akan letak baldi jer sbg penanda giliran, so agak2 dah nak smpai giliran baru dtg balik. kalau lmbat nasib la kena potong giliran!! Even hari cuti pun sama....kalau ko bangun lambat mmg nasib ler jadi kambing. Yg parahnya kalau nak ke tandas, terpaksa la berjalan ke kawasan akademik...sbb kat sana mmg ada air...Inshaallah..kita org pernah mintk air panas kat dapur kamsis sbb nak buat maggi....sedih...depa tu mmg la bagi, tapi muka mmg sgt x ikhlas la....mntk air panas jer kot, bukan MINTAK MAGGI.
gambar kekadar hiasan...situasi lebih kurang sama.... |
Masa belajar kat 'U' lebih kurang 4 tahun tu pun selalu jugak ada masalah air. Start dari matrik sampai la ke degree, masalah air ni mcm dah jadi satu kemestian dan jugak keturunan. Situasi lebih kurang sama mcm masa duduk asrama. Tapi kali ni kami dah advance ckit, maklum la dah jadi student U....cheewahhhh!!
Masa ni kalau xdak air jer, kami mmg akan pegi ke pili bomba yg terdekat dlm blok tu....bukak jer pili tu mmg membuak2 la air keluar. Masa tu mmg ramai2 akan mandi jer kat situ...nak kisah apa kan, semua pun sama jantina..dah abis mandi, WAJIB la tapau air paling minimum sebaldi sorang utk simpanan di masa kecemasan...heeheeee...
Tapi pernah jadi sekali air xdak sgt lama, smpai pili bomba tu pun kering. So, kami semua dapat cuti wpun belum cuti sem. Kononnya sebab depa nak cuci tangki utama kerana ada ular sawa mati dlm tu...betul ke?? Hanya Allah yg tahu kan...byk sgt rumors masa tu..
Situasi 4 : Semasa Berkhidmat di POLI***
Kat poli*** ni pun slalu xdak air jugak. Masa tu kami duduk kuarters. Yang lebih parahnya rumah aku adalah di tingkat 4....atas sekali. Kali ni mmg xder alternative utk cari air selain beli air mineral @ ambik kat mana2 masjid. xkan ko nak bukak paip bomba kot...kuarters kan duduk campur2 jantina, yang kelamin lagi..huuuhuuuuhuuuu.
Alternative pertama, kita org mandi kat opis...ni biasanya lepas waktu keja la, lepas tu angkut air utk mandi esoknya pulak. Memang sgt melelahkan nak bwk air ke tingkat 4 tu..dari sepenuh2 air, bila sampai atas tgl 3/4 jer..tu pun dah cukup berjaga-jaga..penat wa ckp lu!!
tapi kan ada jadi satu insiden la masa kami mandi ramai2 kat toilet opis tu..ehem..ehem...hanya kami2 sahaja yg tahu....sensored.....(rahsia GBS selamanya).
masa tu memang bercita-cita nak beli benda ni...senang nak bwk naik barang. |
Situasi 5 : Semasa Berkhidmat di P**
Alhamdulillah...semasa di sini merupakan tempoh perkhidmatan yg paling gembira wpun sekejap cuma. Siapa x suka kerja di tempat sendiri kan. Hujung minggu, start keta dah boleh balik kampung. Kehidupan yg haptic tetapi sangat best, x dpt nak diungkapkan dgn kata2. Masa ni kalau rumah sendiri xdak air, boleh balik rumah mak, boleh pegi rumah adik, even blh jer kalau nak mandi dkt RnR yg mmg sgt dekat tu...so many options..kemudahan pun banyak...boleh dikatakan mmg xder masalah sgt la kalau xder air...Tapi kalau seluruh negeri xder air...haaaaaa tu baru MASALAH BESAR...tapi setakat ni belum pernah jadi, dan semoga tak akan jadi...Amin.
Situasi 6 : Semasa berkhidmat di P**
Di sini memang kehidupan yg sangat sukar. Kali ni Tuhan betul2 menguji keimanan dan kesabaran seorang hambaNya. Selain masalah2 lain yg sedia ada, masalah air adalah yang paling dan sangat meruncing. Sebabnye masih tidak diketahui. Hanya dengar cerita2 org2 yang bersembang saja. Setiap masa ada masalah xdak air. Dah xtau nak cerita mcm mana. Sebelum ni pun dah pernah buat entry pasal xdak air dan air kuning.
Fyi, kami mmg dah xder air dr tahun lps....lama kan. skrg ni usaha poli adalah dengan membuat catuan..bukak pagi, tengahari dan petang/malam. so, pandai2 la korang nak guna air mcm mana. Alhamdulillah, masih ada air wpun dicatu...lebih baik dari xder langsung...
Situasi 7 : Berkhidmat di mana pulak yer lepas ni???? :)