Pergilah sayang...

16 mei 2014
Hari ni hari guru
biasanya beliau merupakan antara org terawal yg akan wish "Selamat hari Guru Cik...."
tapi tahun ni sudah x sama lagi
tiada lagi juga utk tahun2 yg akan datang....selamanya sudah tidak ada :(

Di hari Jumaat yg mulia, beliau telah kembali kepada Yg Maha Pencipta
Pergi yg xkan kembali lagi..... :(
Sungguh aku sangat terkejut dgn berita itu
walau pun dari awal aku sudah bersedia..
ayaq mata turun x blh berenti
terus call k.ct.....terpaksa la hamba Allah tu dengaq aku menangis..
Ya Allah, shida dah xder....Innalillah...
aku tau dia sakit masa mula2 kena pindah ke mukah dulu
walaupun sakit, masih mampu memujuk aku yg tengah sedih
x pernah mengeluh pun
sentiasa memberi semangat dan perangsang
tak pernah putus bertanya khabar
selalu ingat tarikh2 penting cik dia ni
sentiasa ketawa bila telefon wpun masa tu ada kat wad
shida....saya sgt rindu kamu yg dulu..
Tapi.... Allah lebih sayangkan kamu
Saya redha.... smoga syurga tempatmu sayang...Amin.
senyuman di hari bahagianya....semoga suami dan keluarga kamu tabah.
shida mmg seorang yg sangat baik
sentiasa ada bila2 masa kita perlukan dia
sanggup dtg rmh malam2 bila kita call mintk teman
sanggup dtg tlg masak bila kita teringin nk mkn sesuatu
sentiasa memujuk cik dia yg mmg cepat panas ni

ayat yg selalu dia bagi
"sabaq cik...."
"xper cik, shida ada..."
"xper cik, shida blh tolong"
"sabaq cik..biaq org buat kita, jgn kita buat org"

Dan banyak lagi la benda2 yg dia ckp, semua yg baik2 belaka
bagus kan budak ni???
sejuknya hati seorang guru dapat student mcm ni
Bak kata seorang kawan
orang yg baik2 ni Tuhan sayang
sebab tu Dia ambik cepat :)

masih ingat lagi satu malam di polimas
masa tu si adik demam panas...smpai meracau-racau, si kakak blurr xtau nak buat apa
terus jer shida datang rumah bila dibagi tahu
hampir semalaman dia menjaga si adik smpai la panas dah turun
sanggup teman ke klinik malam2, mandikan si adik malam2...
sampai aku terpikir.....sapa yg student, sapa yg cikgu ni???
hahahaaaa....mmg lawak masa tu..aku mmg cepat panik.

Lepas ni saya xmo sedih2 lagi
kenangan kita bersama akan tersemat smpai bila2...
Al-Fatihah.

Comments

nadyana said…
Kak shida memang baik, peramah ��������
Al-fatihah....ayat paling aku ingat pasai shidah.."Tak padan dengan dia.."..dia suka guna ayat tuh...wajah ceria dan gelak ketawa dia masih diingatan...moga rohnya bersemadi dengan aman...Amin

Popular Posts