Friday, May 2, 2014

Sambal Penyet

Nak kongsi satu resepi yg belajar dgn sorang kawan kat sini
1st time makan masa pegi rumah dia beberapa bulan yang lalu
sedap....mmg kena la dgn selera, cuma ada beberapa part yg aku alter sndiri..
bkn apa nak bagi ikut lidah penang jugak.. :)

Bahan-bahan :
1. Cili merah/cabai hidup
2. Cili padi (letak ikut kepedasan yg sesuai dgn lidah, xnak letak pun ok)
3. bawang putih
4. halia
5. ikan bilis goreng
6. Buah tomato
7. Air limau kasturi/limau nipis
8. Belacan

Cara Membuatnya :
1. Bahan-bahan 1 - 4 digoreng tanpa minyak hingga layu dan naik bau.
2. Masukkan semua bahan 1- 8 bersama beberapa kulit limau ke dalam blender.
3. Masukkan sedikit garam, jgn byk sgt sbb ikan bilis dah masin.
4. Masukkan sedikit gula (xnak letak pun xpa)
5. Blend semua skali.....tadaaaaaa....dah siap.
cili yg dipetik sendiri dari tapak fertigasi...besar2 dan segar sgt cili ni, dan yg palin penting of coz la tersangat murah berbanding membeli di pasar :)...byk tau cili ni, utk sambal tu i guna separuh lebih ckit jer.
setelah dibuang biji, masukkan terus dalam kuali..perlu dikacau selalu yer, x boleh biar sendiri.
ikan bilis yg telah digoreng
goreng sampai jadi mcm ni yer..masa ni bau dia fuhh!! mmg best, wangi dan menyebabkan kita akan bersin berkali-kali.
output yg terhasil.....ermmmm....sedappppp

sambal ni boleh tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk.
boleh buat cicah ulam, bt nasi goreng, sambal tumis....etc
cuba la....sedap tau..

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...