Monday, August 25, 2014

Road to Merlimau 2014 : 12-14 Ogos 2014

before we start, guess what in his hand???
Tahun ni cuti aidilfitri agak lama....sebabnya kena ke Poli Merlimau utk bentang projek kik. 1st time join kik sejak bergelar PPPT. New experience, knowledge.....and ups and downs feeling silih berganti. Komitment yg menuntut pengorbanan dan keringat yg bukan sedikit. Tapi dgn kerjasama dan sokongan sesama ahli kumpulan, Alhamdulillah dapat jugak siap seadanya. Terima kasih semua!!!

Setelah sekian lama x pernah naik bas express, terpaksa jugak naik KKKL utk ke Merlimau. Fuh!! lama betul dalam bas. Lemau rasa satu badan bila smpai Melaka Sentral...huuhuuhuuu....
Pertama kali melihat tapak pameran, sekali lagi hati dirundung resah. Melihat poli2 lain dgn props yang berbagai2, berwarna warni, siap ada lampu kelip kelap dan salji bagai.....kami?? hanya mampu memandang dgn putih mata. Manakan dapat nak bwk semua tu dgn terbang di awan biru....air mata terpaksa ditahan2, ikutkan hati nak meraung-raung, tapi ikutkan kewarasan akal fikiran, redha jer la dgn apa yg ada. Yang penting idea dapat dipersembahkan kepada umum.
booth kami yang simple habis..
 1st night di sana kami dijamu dgn segala mcm seafood di  Umbai yg mmg glamour tu oleh seorang hamba Allah yg pernah berkhidmad di PMU. Makan sampai x cukup oksigen nak lalu. Semua pun sedap! Oleh sbb naik bas tadi, aku mmg x berani nak mnum air. Sampai Melaka baru berani mnum sbb takut x tahan nak pi toilet. Haahaaaa....poyo jer kan. So, mlm tu mmg bergelas-gelas ayaq masuk perut.
 Kedudukan Poli Merlimau ni mmg sgt strategik. Segala keperluan semua ada seberang jalan poli jer. Nak kedai alat tulis, dobi, restoran yg bermacam jenis, fastfood pun boleh pilih2.....bak kata mak aku, sedia duit jer, semua boleh beli. Yang penting makan sgt sedap...xder benda lain kan, asyik makan jer nak story..hobi kan. Kuarters pun banyak yg kosong dan besar.
Persembahan sedang berlangsung....
di mana tuan sss?
Dipendekkan cerita, semuanya berakhir dengan sempurna di Merlimau...segala onak dan duri dapat diatasi. Dan yang paling x disangka kemenangan yang diraih mmg sgt mengejutkan. Gembira dengan penuh kesyukuran. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu. Semoga perjalanan kami seterusnya di dalam peliharaan-Mu jua. Kepada ahli2 kumpulan yang lain, kita akan cuba berusaha seadanya. Jika ada rezeki tak kemana.......bukan gitu Puan Astri???
sayup2 jer kelibat aku kat atas tu....nampak tak korang?
Bagi aku, join kik ni bukan nak cari nama, bukan juga untuk menang....tapi kalau menang boleh dikira sebagai bonus, dan bukan juga mengejar pangkat dan glamour. Sekadar menimba pengalaman dan pengetahuan untuk mengukuhkan jati diri dan juga sumbangan kepada poli......"Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".
i learned from the best!! tq sista :)
Yang paling best dapat bekerja dgn rakan2 yang begitu bertimbang rasa dan memahami. Boleh mengenali satu sama lain dgn lebih erat, dan mengukuhkan ukhwah yang mmg dah sedia terjalin. "sharing is caring"...percayalah, ayat ini mmg magic, x perlu kedekut, share lah ilmu selagi mampu. Inshaallah, jika kita mudahkan untuk orang lain, Allah akan permudahkan juga untuk kita.
Untuk kawan2 lain termasuk keluarga yg sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan kami, hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih banyak2... :)
bersama geng2 dari psp.....comei2 belaka deme nih...ehem..ehem....
Pengunjung setia booth kami....hari2 pun datang. Siap belanja bfast lg masa 1st day tu...Si Ju ni sebenarnya x-jtmk-pmu. Masa mula2 datang dulu, subjek dia la antara kursus yg aku kena ajar...bermula lah kisah si animator bertukar menjadi programmer tegar!!hahahaaaa.....skrg tidak lagi :(
orang selalu kata muka kami sama.....sampaikan masa kat pmm hari tu ada org ingat aku tukar baju..hahahahaaa...masa baru2 pindah ke psp pun sama. oleh kerana adik dia pun pndh ke sana sama dgn aku, org sana ingt aku adik dia :) terasa mudaaaaaaaa....sgttttttt..... to my dear friend, jgn jeles ekkk, hopefully kita dpt jadik officemate semula, Ameen.

Ini dia projek dari PMU :

Sunday, August 24, 2014

Open House dan Konvo ke-7

Sejak balik hari tu mmg x masak sgt kat rumah.....hari hari dok mengatur rumah2 yg buat open house. kalau xder, mmg makan kat kedai jer. nak gi market pun malas kan, nak masak apatah lagi. abis2 rajin masak jer maggi...Alhmdlh...kenyang jgk.
Minggu ni jugak adalah konvo ke-7 pmu, hari Sabtu (23/8). Aku masih lagi terlibat sebagai AJK untuk buku program. Nampak gayanya tetap dan berpencen la jd ajk ni di sini.
Almost 100% is designed by Pn. jc....cantik... :)
sesi memasukkan buku2 program ke dalam beg2 jubah..rajin2 semua student nih...tqvm!
kira dik...kira betul2 yer :)
cer teka, tgn siapakah yg sedang memegang hp tu????
Mcm tahun-tahun lepas jgk, pusat pengagihan buku program adalah di library dan dibantu oleh students terpilih...ahhhaaaaaa....terpilih tu. lecturer sbg pemerhati bebas, bantu ckit2 mana2 yang perlu...aku?? tlg tgk jer kot...hahahaaaaa....dah ramai yg membantu kan, kita jadi tukang mengarah jer la.. Selesai jer tugas terus membelanjakan diri sendiri dgn aiskrim..yummy!
Malam Ahad ada orang ajak gi jamuan raya kat Dewan Suarah Mukah....konon-nyer nak makan free. Tapi lebih setengah jam dok cari parking, x dapat2 jgk. Lepas jer insident "PAU" teraniaya, terus gi dinner kat restoran Santai. Sian Pau....hopefully she's alright.
ini hasil tangkapan di market pagi tadi. segar dan besar saiz ikan gelama ni...3 ekor ni lebih dari sekilo. beli sebab geram tgk ikan gelama yg besar2...akhirnya ketiga-tiga mereka tetap tersadai di dalam fridge....

Wednesday, August 20, 2014

Otak Udang vs Otak Tomyam

Tempat kejadian - sebuah pejabat nun jauh di seberang laut....

Di pagi rabu yg hening.....semua masih belum mula beraksi
Seorang hamba Allah dengan lajunya menuju ke sebuah meja
meja yang dihuni oleh seorang gadis melayu...ehem..ehem.....

Si Hamba Allah berkata : "Akak...saya x paham la resepi yg akak bg ni....akak kata kena rebus udang, ambik air rebusan, dan campur sekali dgn otak udang kan. Yang saya x paham.....Saya kena rebus ke dulu udang, baru boleh ambik otak udang tu?"

Gadis Melayu : "????? (dengan muka sehabis blurr)...apa yg kamu cakap ni?? Kamu tahu tak otak udang tu benda apa?"

Hamba Allah : "ntah.......(sambil menggeleng-geleng kepala)
ni la ghuper nyer otak udang tu yer...ada jugak dipanggil petis udang...sama saja.
Gadis Melayu : "ASTAGA!!! Masha-Allah!! Kamu tak tahu ke otak udang tu apa?? Pernah tak makan laksa dengan otak udang?? (dalam hati sangat terkejut dgn statement si Hamba Allah tersebut. Rupa2nya ada jugak yg tak tahu kewujudan otak udang ni)

Hamba Allah : "Mana la saya tahu akak...saya ingat otak udang tu mmg kena ambik dari kepala udang tu!"

Kalaulah conversation ni berlaku di rumah, mau nyer si gadis melayu tersebut hilang 200% keayuannyer..... ..boleh gelak sambil berguling-guling dari ruang tamu sampai ke dapur....hai adik....tak tercapai akal si kakak kamu akan tanya soalan mcm ni...sabarrrr jer la.
Tetiba bila dah petang kamu tukar jadi otak tomyam pulak yer?? Macam2 la kamu ni sejak bertukar status :)

p/s : Cerita ini telah diolah cikit ayatnyer mengikut situasi semasa ia ditulis. Smlm pun ada belajar satu vocab baru....sapa tahu makna "LOCI"?

Tuesday, August 19, 2014

Selamat Pengantin Baru Ilham & Ezzat!!

9/8/2014 - Sabtu yang tenang dan damai :)

entry ni khas untuk ilham dan husband. Sorry ilham lambat update, xnak bagi apa2 alasan pun, cuma maafkanlah yer. Sehingga ke saat ini, masih x percaya ilham dah jadi puan..heheheeee...rasa mcm baru semalam kenal, tup tup dah kawin...Tahniah dik....Semoga jadi isteri yg solehah, kekal hingga ke jannah, dan dikurniakan zuriat yang membawa kamu berdua ke syurga :)
Bertolak dari Penang seawal 8 pagi. Trafik sangatlah bagusnya pd hari kejadian. Smooth jer bawak keta, siap boleh bersantai-santai. Berenti di rNr Tapah untuk menghilangkan lenguh, then terus sambung drive. Sampai Shah Alam dlm pkl 12 t.hari. Awal kan?? Nak cari tempat pun tidaklah sesusah mana, tapi 4 kali jugak la kami pusing Bulatan Kayangan tu sblm yakin dgn susur mana nak keluar. Alhamdulillah, kami berada di jalan yang benar, x perlu lagi kembali ke pangkal jalan :)
Masuk jer ke ruang muzium, terpegun dgn hiasan2 yang mmg cantik2 belaka. Pandai kamu cari tempat kenduri yer. Masa kami sampai mempelai belum tiba. So, perut mmg sedang elok laparkan, apa lagi semua pun serbu ke meja bufet dulu. Makan sambil diiringi muzik yang menenangkan sambil2 sekali sekala suara DJ memecah keheningan dewan. Gadis2 bunga telur yg ayu bertudung litup, manis jer menyambut para tetamu. Wahhhh....suasana yang sangat best dan syahdu...perasaan yg x pernah aku rasa sebelum ni kalau pi kenduri kawin.
Pengantin sampai lebih kurang dekat pukul 2 petang disambut dengan selawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W. Kemudian terus masuk ke dewan bersama sama flower girl yg comel2 belaka diiringi dengan muzik gamelan. Ya Allah, terpandang jer pengantin , Subhanallah....cantiknyer kamu ilham.....berseri-seri yang tak dapat nak digambarkan dengan kata2. Segala yg kamu pakai pada hari itu mmg semuanya kena dengan kamu....sangat cantik!! Rasa nak peluk kamu dan dan tu jugak!!!!
...hahahaaaa...control...control.....
 Pengantin duduk jer kat meja makan, lps bacaan doa, aku terus jer serbu untuk ambik gbr....nampak mcm gelojoh kan?? Family dia pun x pegi lagi. Sorry yer tuan rumah...kami berkejar untuk balik ke Penang semula. Terpaksa jugak tebalkan muka serbu dulu :)

Kami pulang dengan gembira. Hati aku sangat puas sebab dpt dtg kenduri ilham. Ini mungkin antara kenduri yg tak dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan, Inshaallah. Kepada Ilham : Selamat menjalani kehidupan berumahtangga yer. Ksal doakan kamu cepat dapat pindah.....Ameen.

Sunday, August 17, 2014

Aidilfitri Aku dan Mereka

Di hari raya ni la berkesempatan berjumpa dgn geng2 yg kita jarang jumpa di hari biasa...wpun sesetengahnya mmg duduk sekampung, tapi kerana kekangan masa mmg susah sgt nak berkumpul. Bila aku cuti, depa keja, bila sama2 cuti, depa pun pi vacation pulak....hurmmmm...mcm2 alasan kan...
my x-boss
ni geng masa keja kilang AVI dulu....sebenarnya ada sorang lagi, tapi dah lost contact sbb yg sorang tu suka benar tukar no. hp...lepas tu x reti2 nak update dgn kami...depa ni mmg akan dtg setiap kali aidilfitri, mahupun raya qurban..tapi sbb skrg ni aidiladha aku dah x balik, so raya puasa jer la depa mai rumah.
Diperkenalkan sepupu sblh mak aku....dia pun cikgu jugak...kat Kolej Mara...the only daughter kpd my PakLang dan satu-satunya yg memberi the only grandson kpd PakLang aku... :)...aku syak dia ni pembaca tegar blog sss...betul tak???
haaaaa....yg ni kawan aku sejak tadika lagi...kami sekelas sampai form 5! mmg sangat lama la dgn dia...berpisah bila masuk U saja...dan dia juga dah pindah mengajar di kampung aku....sangat pandai memasak segala jenis masakan. Pandai buat biskut2 raya jugak...kalau pi raya rumah dia mmg wajib mkn kuih raya yg dia buat, mmg sgt sedap. Lain sgt dari yg kita tunjuk2 kat kedai tu. 
The cousins
Seronok bila dapat jumpa kawan2, berkumpul dan bercerita hal masing2 mahupun hal2 orang lain..hahahaaaa.....rasa x cukup sehari bila dah bersembang. Nak pulak atas meja penuh dgn juadah yg pelbagai jenis, mmg lagi rancak la story yang keluar.
Yang xder dalam gambar tu jgn kecik hati na...tu la rancak sgt sembang, sampai lupa nak bergambar...Yang x sempat nak jumpa pun rasa ralat jugak. Bukan nya xnak ctc, tp rasa mcm xdan jer nak jumpa kan, asyik tangguh2, sampai la masing2 dah keja semula...huwaaaaa...bila blh jumpa lagi ni???

Friday, August 8, 2014

xtvt 5 syawal

Di hari Jumaat yg mulia, seawal pagi bertolak ke island....tujuan utama ialah ke Teluk Bahang. Semua pun dah berkobar-kobar nak mandi laut....plan asalnya Puan mama akan ikut skali, tetapi atas sebab2 yg mmg malas nak cerita, makanya beliau terpaksa ditinggalkan...huhuhuuuu....
sebelum terjun ke laut, haruslah berposing dulu...nampak tak cuaca yang suam-suam kuku tu...haaaaa, mmg x berapa nak panas, tapi bahangnya tetap maintain gitu..berbelang jgk la muka masing2 lepas mandi wpun x sampai sejam!
ombak agak kuat hari tu, terumbang ambing kami kena lambung. Aku mmg x berani nak jauh ke tgh, mandi sipi2 jer sbb takut ombak yang menghempas kuat tu.
FYI di pantai Teluk Bahang ni la aku terselamat dari tsunami lbh krg 10 tahun yg lalu...bila diingat-ingat balik, memang sangat seram...rasa masa tu mmg dah sampai masa, terkesima xtau nak buat apa...yg terdengar di telinga hanya bunyi ombak dan jeritan di sini sana....waaaaaa...tetiba rasa sayu... :(
 Gambar di atas ialah sesi men "dugong" kan diri....masa ni dah penat bermain-main dgn ombak...so, biarla dia nak mai mcm mana pun. Nasib baik ada ibu menandong yg ikut, so blh la dia tolong jadik photographer wpun x bertauliah..hahahahaaaa....tq sil.
 Lepas mandi2 di pantai, terus jer menuju ke destinasi seterusnya....mana lagi kalau bukan Gurney Plaza...tujuan kedua ialah lunch di Seoul Garden..kali ni aku join skali sbb dah lama x makan di sini. Ntah knapa balik kali ni byk sgt benda yg teringin nak makan..slalunya biasa-biasa saja...Pada saat entry ini ditulis pun sedang menahan nafsu utk Quarter Pounder McD...tidakkkk...boicot....boicot.....
parking keta sebelah tiang yg ada panic button.....rasa2 kalau panic button ni pasang kat kuarters di pmu ok tak?? xder la aku terkujat-kujat sorang2 dalam rumah kalau benda2 yang dijangka dtg bertandang kan...tekan jer button terus link dgn pakcik guard poli...haaaaa...kan senang, xyah nak menyusahkan org2 sekeliling. Depa pun dah bosan kot dgn panggilan kecemasan aku yg agak kerap tu...
Senyum lebar si Hanna dpt makan aiskrim tanpa halangan.....sblm pi dia dah mintak izin nak mkn ais krim byk2...makan la Hanna selagi kamu mampu...bagus kan dia, nak makan pun siap mintak permission lagi.
Baru separuh perjalanan....aku dah surrender....
Dua org ni masih gagah lagi dok menyumbat, bye....i keluar dulu yer...
Yang ni memang ratu kalau disuruh bergambar...x payah nak instruct posing gaya mcm mana...its come naturally....tapi yg ni syeksyi la Hanna.....dah besar nanti jgn posing mcm ni tau!
Hanna : "Love u Ayong..."
Ayong :"Love u much more....and more....
Sebelum balik singgah di Lingkaran Gurney untuk beli passembor.....kalau sesaper yg datang Penang nak mkn passembor, ada DUA tempat yg famous. yg pertama di Padang Kota, dan yg kedua di Gurney ni la...bagi aku kualiti sama saja...tapi di Padang Kota harga memang tahap cekik darah...mahal yg amat! sebabnya...di situ adalah tumpuan utama tourist...so, kalau sekadar nak mkn pasemboq ni, mai jer kat Lingkaran Gurney okay :)...tapi kalau korang mmg jenis poket tebal.....ikut suka hati la nak mkn di mana...duit sendiri, selera sendiri..hahahaaaa...

Wednesday, August 6, 2014

Warna Warni Aidilfitri 2014 - 1 Syawal

Tahun ni puasa 29 hari saja, setelah sekian lama kita puasa 30 hari. Alhamdulillah dapat puasa penuh (x kira yg uzur)...wpun beberapa kali rasa mcm nak puasa sekerat hari, tapi syukurlah masih boleh bertahan. 
Menu hari raya pertama masih sama seperti tahun2 sebelumnya.....ketupat daun pisang, ayam masak merah, dan kuih muih yg x seberapa...semua pun main tunjuk2 jer kat kedai. Kami adik beradik mmg xder skill dari segi biskut2 raya ni. kalau buat pun, boleh jamu family sendiri ajer...ngeeeeee....
Lepas jer waktu solat hari raya, tetamu2 kecil dan besar pun mula sampai. x sempat yg awal balik, dah dtg yg seterusnya...dan seterusnya...sampai la tgh hari. baru jer bersiap2 nak keluar beraya, x sempat pakai lipstik, dah dtg yg lain pulak....tangguh lagi..hai...bila la nak boleh kluar ni...
Akhirnya, biar mak jer yg layan tetamu, kami adik beradik berposing di luar rumah...hahahaaaa...puas hati.
Balik kali ni orang2 sekeliling dah tak tanya soklan2 cepu emas kat aku....yg depa dok kalut tanya "Balik dgn kapal terbang kan? x takut ka? skrg ni kan mcm2 jadi?"
Kalau korang jadi aku nak jwb mcm mana???? Memang la aku balik dgn kapal terbang...xkan dgn kapal laut pulak kan....takut??ermmm....aku aci redah jer jawab...."Kat mana2 pun boleh mati.....dah xdak pilihan mmg balik dgn flight kan..." boleh tara tu.... :)

Bila gambar berbicara
dalam gambar ni ada dua orang ibu menandong.....cer cari...heheheeee
slps asar baru sempat keluar beraya....itu pun kami pegi satu kereta jer sbb yg lain2 kena layan tetamu yg datang bertandang. Kami terus cabut setelah dpt green light dr Pn. Norinah...hahahaaaaa.....legaaaa...
posing dgn baju kerja sahaja yer...
Nak share satu insiden masa pegi beraya ke rumah pakcik....rumah dia di tepi sawah. Sebaik saja kami masuk ke rumah, tiba2 melintas la sekor biawak yg sangat besar...rasanya biawak tu terkejut dgn kedatangan kami yg havoc. Apa lagi semua pun menjerit-jerit dan terus memanjat sofa dan kusyen yg terdekat! Dekat 10 minit jgk la nak menghalau biawak yg dah menyorok blkg peti sejuk. Pakcik aku relax jer kluar bilik...."oooo...biawak ke...sat nak halau..." mcm tu jer ekspression dia, wa tabik sama lu pakcik. Kami adik beradik dah sekerat nyawa terkejut + takut + ngeri....insiden satu syawal yang menaikkan bulu roma.

Tuesday, August 5, 2014

Balik raya 2014

ada orang tu bwk balik frozen lobster,,,yummy!
Lama sungguh tuan sss bercuti dari berblog...bila dah balik cuti ni semua pun mcm malas nak buat. Asyik bermalas malasan dengan bersungguh2. Puasa di Penang yg sangat menduga kesabaran. Cuaca yg panas dan kering hinggakan mulut berdarah darah, terasa kering satu badan, rasa nak duduk jer dalam peti ais...huhuhuuuuu...
Hana di airport sibu...sian dia x sihat
Perjalanan dari Mukah dengan bas poli satu kenangan indah yg wajib dikenang. Beramai2 ke airport sibu, bergegas2 bersiap selepas sahur terakhir di Mukah utk tahun ini, agak kelam kabut bila enjin bas sudah menderam-deram di depan blok. wpun masih subuh, peluh sudah meleleh sampai ke tumit mengheret 2 buah beg AF, beg laptop dan beg tangan seorang diri :)...akhirnya.....
Flight dari KL-Penang....siap hidang air oren lagi kat aku..huhuhuuu...nasib masih ingat yg aku tgh puasa....agak nebes nak post gbr ni kat blog, mcm satu sumpahan pulak kan...apa2 pun semua ketentuan dari-Nya, Pasrah.
Oleh kerana tiket waran ke Penang dah hangus, terpaksa la beli tiket sendiri, nak bt mcm mana kan, mmg dah xder rezeki. Tapi balik ke Mukah dah tukar siap2 tarikh, pengajaran dari kesilapan yg lalu. Perjalanan balik pun smooth jer. Xder la mabuk teruk wpun x mkn pil...pening ckit2 jer, tu pun dah x rasa sgt bila kaki dah menjejak ke negeri sendiri, psycho jer kot...
Alhamdulillah....safely landed...oh my homeland..muaahhhhh
beautiful sunset while crossing the 2nd bridge

 malam tu jgk terus ke gerai mak siti untuk menikmati siput. sbb dtg agak awal, makanya masih byk pilihan siput yg ada. set cucur udang juga sgt ohsem! maka bermulalah xtvt makan2 smpai x ingat donia..
 Bulan puasa ni x byk la xtvt yg boleh dibuat. Even nak gi cari baju raya pun malas...sebabnya panas...panas....dan panas..dan sangat lah jammed....mmg x sanggup nak keluar apatah lagi naik kereta. Malam sebelum raya jer kluar sekejap....itu pun dah rasa letih yg amat dgn perut yg penuh dgn air. Makanya di pagi syawal, aku beraya dgn baju keja saja...... :)
terjumpa kawan lama dari polimas di bazar ramadhan...sukaaaaaaa....sngttttttt

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...