Road to Merlimau 2014 : 12-14 Ogos 2014

before we start, guess what in his hand???
Tahun ni cuti aidilfitri agak lama....sebabnya kena ke Poli Merlimau utk bentang projek kik. 1st time join kik sejak bergelar PPPT. New experience, knowledge.....and ups and downs feeling silih berganti. Komitment yg menuntut pengorbanan dan keringat yg bukan sedikit. Tapi dgn kerjasama dan sokongan sesama ahli kumpulan, Alhamdulillah dapat jugak siap seadanya. Terima kasih semua!!!

Setelah sekian lama x pernah naik bas express, terpaksa jugak naik KKKL utk ke Merlimau. Fuh!! lama betul dalam bas. Lemau rasa satu badan bila smpai Melaka Sentral...huuhuuhuuu....
Pertama kali melihat tapak pameran, sekali lagi hati dirundung resah. Melihat poli2 lain dgn props yang berbagai2, berwarna warni, siap ada lampu kelip kelap dan salji bagai.....kami?? hanya mampu memandang dgn putih mata. Manakan dapat nak bwk semua tu dgn terbang di awan biru....air mata terpaksa ditahan2, ikutkan hati nak meraung-raung, tapi ikutkan kewarasan akal fikiran, redha jer la dgn apa yg ada. Yang penting idea dapat dipersembahkan kepada umum.
booth kami yang simple habis..
 1st night di sana kami dijamu dgn segala mcm seafood di  Umbai yg mmg glamour tu oleh seorang hamba Allah yg pernah berkhidmad di PMU. Makan sampai x cukup oksigen nak lalu. Semua pun sedap! Oleh sbb naik bas tadi, aku mmg x berani nak mnum air. Sampai Melaka baru berani mnum sbb takut x tahan nak pi toilet. Haahaaaa....poyo jer kan. So, mlm tu mmg bergelas-gelas ayaq masuk perut.
 Kedudukan Poli Merlimau ni mmg sgt strategik. Segala keperluan semua ada seberang jalan poli jer. Nak kedai alat tulis, dobi, restoran yg bermacam jenis, fastfood pun boleh pilih2.....bak kata mak aku, sedia duit jer, semua boleh beli. Yang penting makan sgt sedap...xder benda lain kan, asyik makan jer nak story..hobi kan. Kuarters pun banyak yg kosong dan besar.
Persembahan sedang berlangsung....
di mana tuan sss?
Dipendekkan cerita, semuanya berakhir dengan sempurna di Merlimau...segala onak dan duri dapat diatasi. Dan yang paling x disangka kemenangan yang diraih mmg sgt mengejutkan. Gembira dengan penuh kesyukuran. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu. Semoga perjalanan kami seterusnya di dalam peliharaan-Mu jua. Kepada ahli2 kumpulan yang lain, kita akan cuba berusaha seadanya. Jika ada rezeki tak kemana.......bukan gitu Puan Astri???
sayup2 jer kelibat aku kat atas tu....nampak tak korang?
Bagi aku, join kik ni bukan nak cari nama, bukan juga untuk menang....tapi kalau menang boleh dikira sebagai bonus, dan bukan juga mengejar pangkat dan glamour. Sekadar menimba pengalaman dan pengetahuan untuk mengukuhkan jati diri dan juga sumbangan kepada poli......"Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".
i learned from the best!! tq sista :)
Yang paling best dapat bekerja dgn rakan2 yang begitu bertimbang rasa dan memahami. Boleh mengenali satu sama lain dgn lebih erat, dan mengukuhkan ukhwah yang mmg dah sedia terjalin. "sharing is caring"...percayalah, ayat ini mmg magic, x perlu kedekut, share lah ilmu selagi mampu. Inshaallah, jika kita mudahkan untuk orang lain, Allah akan permudahkan juga untuk kita.
Untuk kawan2 lain termasuk keluarga yg sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan kami, hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih banyak2... :)
bersama geng2 dari psp.....comei2 belaka deme nih...ehem..ehem....
Pengunjung setia booth kami....hari2 pun datang. Siap belanja bfast lg masa 1st day tu...Si Ju ni sebenarnya x-jtmk-pmu. Masa mula2 datang dulu, subjek dia la antara kursus yg aku kena ajar...bermula lah kisah si animator bertukar menjadi programmer tegar!!hahahaaaa.....skrg tidak lagi :(
orang selalu kata muka kami sama.....sampaikan masa kat pmm hari tu ada org ingat aku tukar baju..hahahahaaa...masa baru2 pindah ke psp pun sama. oleh kerana adik dia pun pndh ke sana sama dgn aku, org sana ingt aku adik dia :) terasa mudaaaaaaaa....sgttttttt..... to my dear friend, jgn jeles ekkk, hopefully kita dpt jadik officemate semula, Ameen.

Ini dia projek dari PMU :

Comments

Popular Posts