Wednesday, December 30, 2015

muka sama

28/12/2015

Peristiwa berlaku di sebuah klinik di Bukit Tambun. Aku dan kinah bersama-sama masuk ke klinik. Kebetulan En. Doktor pun ada di kaunter masa tu. Mcm biasa aku terus bagi ic kat doktor. Doc tu tgk ic aku, then tgk kat aku, tgk pulak kat kinah....tgk aku dan kinah berulang kali. Then dia tanya...

"you..sal***?". 

"ya", bersungguh aku jawab.

Lepas jer semua procedure kat klinik tu selesai, masa sblm kluar dari bilik doctor, smpat la sembang2 dgn doc tadi. Dia tanya aku keja mana, yg mai dgn aku tu sapa.....dan mcm2 lagi. Masa bkk pintu nk kluar doctor tu follow skali.....sambil berkata :

"you dua org muka sgt serupa, saya pun confuse tadi. Make sure jgn pakai baju sama yer, susah mau beza."

dan doc tu tambah lagi "saiz pun sama pulak tu".

Ngeeeeeee........boleh pulak doctor tu komen mcm tu kat kami. Malu chek!

kami berdua mmg org slalu confuse. Nak kata muka sama sgt tu xla.....tp bg org yg 1st time jmpa akan rasa sama kot......

Monday, December 28, 2015

penang dis2015 - starwars

Salah satu mission balik cuti kali ni ialah nk tgk kesinambungan starwars. Sejak dok tgk gezek kat tv mmg x sabar2 dah tg masa balik nak serbu panggung wayang. Wpun kami pi weekdays, tp mmg fully booked panggung. Xder lagi seat yug best, so kami amik jer la couple seat...hahahaaaaa 
Semua yg duduk di barisan couple seat tu adalah pasangan2 muda yg hangat bercintan-cintun. Sedang asyik kami menonton, depa pulak dok buat wayang sesama sendiri. Pasangan lain ok lagi, tp kebetulan yg disebelah kami ni terlebih asmara agaknya. Aku buat2 x nampak, tp skali skala jeling2 jugak tgk scene apa yg depa tgh buat. Sabar jer la.....
aku x suka mkn popcorn lain
popcorn wayang jer aku rasa sdp
ke psycho je?????

Sementara tunggu wayang start kami ke popular dulu. Nak cari buku Ramli Awang Murshid yg baru. Wahhhhhh....tebal giler buku dia kali ni. Xtau la berapa lama pulak aku nak abiskan membacanya kali ni....huhuhuuuuu....
Hanna dan nasi kosong
dan ayam grg
esoknya plan nak tgk "Dilwale"....tp hanya ada tayangan di Queensbay saja. Area sini xdak :(

Saturday, December 26, 2015

memancing lagi kami

slps sehari jer sampai kg, esoknya terus pergi memancing. Tak tahan, gatal dah kaki tangan nak dapat ikan. Cuaca yg panas membahang pun x kisah dah. Lagi best sebab hasilnya mmg tidak mengecewakan. Dua hari berturut kami memancing, best!
Hari pertama
mak buat gulai seperiuk
nyummmyyy
my partner in crime :)
Hasil hari kedua dimasak sambal...pun sedap. Akibat panas yg melampau, hari ke-4 nya aku dmm teruk. migrain dan muntah2 berterusan. Seram sejuk dan bisa2 seluruh badan.....serik sekejap.

Friday, December 25, 2015

cutiku frozen

19/12/2015

cutiku beku....tapi diriku tidak beku. Makanya aku pun balik ke penang dgn sesuka hatinya. Maaf lah yer, bukan selalu pun aku balik. Dan bukan aku x siapkan semua kerja.....setakat hari ni semua dah settle, Alhamdulillah. The rest, to be continue after the break.....Inshaallah.
pengubat rindu selama 2 minggu cuti
love them much!!
lps opis hour jumaat tu terus bergerak ke sibu. flight ilham and fifa mlm tu. flight aku sabtu pagi....6.30. Menumpang kasih tdo rmh x-student psp dulu tu, Dia jgk la yg jaga si montel sepanjang percutian aku nanti.
pagi sabtu......
flight ke KL and connecting ke penang smooth jer
bersungguh aku tdo..
 ada satu insiden masa flight ke penang. Aku tertdo sblm flight take off lagi. Xtau la pasal apa ngantuk sangat. Tetiba aku terkejut sbb rasa mcm ada org kat dpn hidung. Rupa2nya stewardess tgh hidang air. Nasib baik aku tak tepis dulang air tu...waaaaaaaaa.....sian dia.

"sorry kak", kata si pramugari cantik.

Aku senyum dalam malu. Haippp, mcm mna blh tertdo bersungguh ni. dalam hati berkata-kata xmo tdo lagi, tp akhirnya aku bterlelap jgk. Sedar2 jer dah touch down penang :)
gembiranya hati dah sampai negeri sendiri
dari airport ke rumah
perjalanan yg sgt panjang sbb jammed yg melampau
almost 3 hours baru sampai rmh :(
apa kes???
sampai rumah mmg lapar gila. makan nasi lemak masa flight dari sibu pun x berapa nak berselera. Pening sama bila mkn dlm flight ni. Tapi hati suka sgt sbb dah smpai rumah. Yg lagi best si ibu dan adik dh tunggu dgn pancing di tgn masing2. Lepas jer sesi bersalaman, bercium2an dan berpelukan, terus jer depa pi memancing. Ada ka patut??? sabor jer la.......

Wednesday, December 23, 2015

Sapan Puloh

12/12/2015 - sabtu

Petang sabtu kami ke Sapan Puloh pulak. Apa itu Sapan Puloh?

Sapan = rumah / rumah kecil

puloh = pulau

Sapan Puloh ni ialah mini muzium melanau yg terletak di Kg.Telian, Mukah. Kat sini kita boleh tgk barang2 org melanau dahulu kala dan juga sejarah setiap peradaban dalam kehidupan melanau purba. Tempat ni lebih kurang sama dgn Lamin Dana, tetapi brg2 yg dipamerkan kat situ lebih byk. Encik yg menjaga sapan puloh tu jgk sgtlah sporting dan rajin bercerita mengaitkan setiap barang yg ada di situ.

Antara adat Melanau seperti yg diceritakan oleh penjaga sapan puloh : (yg aku ingat saja)

1. Bayi perempuan yg berusia lingkungan 2 minggu akan diletakkan pemberat di dahi selama beberapa lama dan dilakukan pada setiap hari ketika bayi sedang tidur. Ini dilakukan supaya dahi rata dan tidak jendol. Org melanau menganggap perempuan yg berdahi rata itu cantik.

2. Hantaran perkahwinan dan "berian" mengikut keberadaan @ kemampuan keluarga pengantin yg boleh dikategorikan kepada tiga iaitu : 9 pikul, 7 pikul dan 5 pikul. Perempuan yg lebih tinggi darjatnya sangat tidak digalakkan berkahwin dgn lelaki yg lebih rendah kerana anak2 akan mewarisi si bapa kecuali anak sulung dan anak bongsu, bergantung siapa diantara mereka yg kawin dahulu. Ada sedikit persamaan dgn adat perpatih di N9, dimana kaum ini mengutamakan kpd org perempuan.

3. Terdapat beberapa upacara unik untuk setiap pasangan yg baru berkahwin sebelum mereka benar2 boleh menjadi pasangan suami isteri. (cth : adat berkunjung ke rumah pengantin lelaki, adat membuka kelambu, adat makan nasi temuan). Kronologi bermulanya sesuatu adat utk pasangan pengantin didahului dengan tembakan meriam.

4. perempuan yg kematian suami mempunyai pakaian berkabung yg tersendiri dan ada pantang2 nya. Salah satunya ialah jika topi (aku x ingat depa pgl apa, tp mcm topi dan pakai atas kepala) jatuh maka dinasihatkan perempuan tersebut berhenti dari berkabung dan memakai persalinan itu.

**Byk lagi yg dia cerita, x ingat semua. Ada antara adat2 tersebut sudah tidak diikuti lagi.
kami dah jumpa signage ni, tapi tersalah lorong jugak.....haru.
wpun dah tersalah jalan, posing itu perkara musti!
my Kajol!
sapan puloh juga dibina si atas air. Skali skala masa ptg tu akan kedengaran bunyi bot yg lalu lalang di kawasan sekitar. Dalam jugak airnya.
diantara beberapa barangan hantaran suatu ketika dahulu.
sekarang tidak semuanya ada
digantikan dgn barang2 lain seperti gelang, geran tanah dll

cth katil pengantin
pemandangan di hadapan rumah
antara pakaian org melanau
kami pun teringin nak buat satu
tapi x terbuat lagi
agaknya kena buat dulu baru blh pndah kan :)
my phone camera
which is my shoes??
maka gambar kami diabadikan oleh penjaga sapan puloh  fb di page
rasmi sapan puloh......glamer! Aku tau pun sbb ada student yg perasan
dan bgtau masa nak keluar kelas. Blurrrr skjp aku.

Wednesday, December 16, 2015

Beku

"Frozen"

Topic panas minggu ni......wpun tajuk begitu cool, tapi hati begitu panas!
setiap kali pun nak buat benda yg sama. Tak boleh ke menyenangkan hidup sesama manusia. Apasal suka menyusahkan org lain? x takut Allah ke....hissshhhhh...geram sgt nih!!!!

Tuesday, December 15, 2015

Jalan2 hujung minggu

Pagi sabtu, kami ke pasar oya...berjalan2 dan juga bfast. 1st time try mee sup  udang....bolehlah, tp x abis pun makan. Lain kali mmg kna makan bubur ikan ja kot kalau ke sana.
mee sup udang
Dari pasar oya kami meneruskan perjalanan ke Igan. Aku belum pernah lagi pi sana. Saja jalan2 nak menghabiskan masa. Lagipun kami nak jgk tgk jeti yg org dok sebut2 tu. Nak jgk tgk mcm mana rupa feri tu. Adakah sama mcm feri di penang?


sungai tu sgtlah luas terbentang. Dengan aliran air yg laju dan berombak seolah-olah berada di laut lepas. Kiri kanan jambatan ke feri tu mmg xdak palang apa2. so, kalau tersilap tekan minyak boleh terus masuk ke sungai.....serammm!
Pagi Ahad kami keluar lagi. Kali ni bercampur geng. Tujuan utama ialah nak bfast nasik lemak kat airport mukah. Ramai yg kata sedap. Dan bila dah try mmg sgt sedap. Aku mkn 2 bungkus...hahahaa....
nampak simple jer kan...
rasa mmg marbeles
Lepas bfast beramai-ramai kami ke pasar Mukah. Aku nak beli brg ckit utk masak. Ada srg student request nak tumpang tgk GegarVaganza akhir kat rmh. So, rajinkanla ckit masak dinner wpun sgt lah simplenya. Rasanya makanan camping depa lagi mewah kot :)

suka sgt tgk gegarvaganza. sgt best. yg paling best siti nordiana menang.

Monday, December 14, 2015

Kem Belia & Kingwood Hotel

Jumaat malam join kem club it yg diadakan di Kem Belia Mukah. Lepas isyak baru pi dgn chelva, senang lps balik nanti boleh terus tdo. Masa smpai tu, student sdg masak memasak. Aku mmg dah mkn siap2 sblm pi tu. Tapi apakan daya....tarikan ayam grg mmg sgt susah utk ditolak. Makan lagi aku mlm tu...huhuhuuu....
sebelah grg ayam
sebelah masak sayur
Aku dgn chelva join smpai tgh malam saja. Lepas jer xtvt lilin beracun terus blah. Masa tu pun dh dkt pkl 12.30 pg. Badan semua dh melekit, masam and gatal sbb kena gigit nyamuk. Nyamuk2 kat situ begitu kebal. Wpun kami dh sembur dgn semburan serai, dia tetap gagah menggigit smpai tembus dari seluar.
Wpun penat, tapi mmg best join xtvt2 mcm ni. Selain blh mengenakan student, dpt sembang2, merapu skali skala, rasa hilang stress keja seminggu. best.....!
black pepper chicken chop
rojak mamak....ala2 passembor
our nyaem mlm tok
Sabtu malam kami ber 4 keluar dinner. Plannya nak ke kfc. Tetiba jer ada pulak yg teringin nak ke kingwood hotel mkn chicken chop. Masing2 sgtlah x kisah kalau bab2 makan ni. Menu yg kami pilih memang sdp lah. Kenyang sungguh kami semua mlm tu. Alhamdulillah....... :)

Friday, December 11, 2015

Bambangan @ Membangan

Buah ni bau ala2 buah kuinin/macang, tp lebih byk serabutnya. Rasa masam masam manis. Kulit tebal, boleh koyak mcm tu jer..sblm tu belah guna pisau dulu. Masa mula2 mkn tu aku mmg xtau nak kopek mcm mana, kupas mcm mempelam. So, yg aku mkn adalah kulit. Patut la rasa mmg ke laut!
buah ni mmg saiz dia besar2 sbb kulitnya tebal
tadaaa......isinya kaler kuning.
sedap dimakan begitu saja.
x pasti blh buat sambal ke tak
tapi kalau ikut sifatnya bolehla aku rasa
pucuk membangan ni sdp dibuat ulam. bentuknya ala2 daun gajus tp version yg lebih lembut, lebih besar dan panjang. Selalu byk byk dijual kat pasar mukah.

Monday, December 7, 2015

macam2 kisah

ini kisah bila ada sorg tu, mentang2 la duduk kat kampung. Boleh kata hidup dia skrg ni makan tido jer. Skrg pulak musim mengail, depa pulak dah dpt port baik punya dok pi mengail. Setiap kali pun dok post gambar2 yg mengharu-birukan aku kat sini. Nak duduk pun dah rasa tak senang. Tak sabaq2 menghitung hari nak balik sana.
hasil tangkapan yg sangat berbaloi.
sudah siap disiang.
yg ni dah jadi smbal tumis.
telan air liur jer la tgk depa post kt wa
aku mkn biskut kering dgn tea o jer mlm tu
huhuhuuuuu.....
kami semua kehijauan hari ni
termasuklah baby tersebut
janji ditepati
bila student HCI dpt score "A"
lecturer pun kenyang skali :)

Thursday, December 3, 2015

Kursus Simen Fero

25 - 27 NOV 2015

Menghadiri Kursus Simen Fero anjuran JKA kerana suka dan sbb ada geng yg juga begitu berminat. Kursus yg sgt best dan rare sbb lari dari kebiasaan orang conmputer. Dapat ilmu baru, dan juga belajar benda2 baru yg bukan saja best tapi boleh digunakan utk kepentingan sendiri....hahahaaa... Penat ooooo....malam jer dah terbongkang. Seluruh badan sakit2, tapi x sempat nak mengadu sbb baring jer terus out of service.....sampai pagi :)
rangka untuk meja. Geng lelaki bg kami buat sbb keja ringan saja.
lepas tu depa yg simen
kaki meja pun geng hero yg buat.
kami tolong2 untuk simen dan mengecat saja.
ada jugak kumpulan yg jiwang.....
rangka untuk kerusi
base color semua putih
senang nak match dgn kaler2 lain nanti
satu kumpulan 5 org, so kna buat lima biji kerusi
kreativiti seorang designer computer,
diabadikan pada kerusi
ok....i confess...meja ni aku yg cat
konon nak buat corak kayu balak yg dipotong...
ada nampak mcm tu ke?
berehat sebentar sambil menghayati hasilnya
yg ni aku yg buat
ada yg kata mcm kek lapis, ada yg kata mcm mashmellow..
sebenarnya ini ialah meja jepun...
jangan gelak!
seronok sebenarnya bila join kursus yg santai mcm ni. wpun penatn ya tidak terkira, tapi hasilnya boleh dipegang, boleh dirasa.of coz perasaannya lain drp bila berjaya menghasilkan coding. dua2 best! Tapi kenikmatan yg berbeza..... :)

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...