Petang sabtu kami ke Sapan Puloh pulak. Apa itu Sapan Puloh?
Sapan = rumah / rumah kecil
puloh = pulau
Sapan Puloh ni ialah mini muzium melanau yg terletak di Kg.Telian, Mukah. Kat sini kita boleh tgk barang2 org melanau dahulu kala dan juga sejarah setiap peradaban dalam kehidupan melanau purba. Tempat ni lebih kurang sama dgn Lamin Dana, tetapi brg2 yg dipamerkan kat situ lebih byk. Encik yg menjaga sapan puloh tu jgk sgtlah sporting dan rajin bercerita mengaitkan setiap barang yg ada di situ.
Antara adat Melanau seperti yg diceritakan oleh penjaga sapan puloh : (yg aku ingat saja)
1. Bayi perempuan yg berusia lingkungan 2 minggu akan diletakkan pemberat di dahi selama beberapa lama dan dilakukan pada setiap hari ketika bayi sedang tidur. Ini dilakukan supaya dahi rata dan tidak jendol. Org melanau menganggap perempuan yg berdahi rata itu cantik.
2. Hantaran perkahwinan dan "berian" mengikut keberadaan @ kemampuan keluarga pengantin yg boleh dikategorikan kepada tiga iaitu : 9 pikul, 7 pikul dan 5 pikul. Perempuan yg lebih tinggi darjatnya sangat tidak digalakkan berkahwin dgn lelaki yg lebih rendah kerana anak2 akan mewarisi si bapa kecuali anak sulung dan anak bongsu, bergantung siapa diantara mereka yg kawin dahulu. Ada sedikit persamaan dgn adat perpatih di N9, dimana kaum ini mengutamakan kpd org perempuan.
3. Terdapat beberapa upacara unik untuk setiap pasangan yg baru berkahwin sebelum mereka benar2 boleh menjadi pasangan suami isteri. (cth : adat berkunjung ke rumah pengantin lelaki, adat membuka kelambu, adat makan nasi temuan). Kronologi bermulanya sesuatu adat utk pasangan pengantin didahului dengan tembakan meriam.
4. perempuan yg kematian suami mempunyai pakaian berkabung yg tersendiri dan ada pantang2 nya. Salah satunya ialah jika topi (aku x ingat depa pgl apa, tp mcm topi dan pakai atas kepala) jatuh maka dinasihatkan perempuan tersebut berhenti dari berkabung dan memakai persalinan itu.
**Byk lagi yg dia cerita, x ingat semua. Ada antara adat2 tersebut sudah tidak diikuti lagi.
kami dah jumpa signage ni, tapi tersalah lorong jugak.....haru. |
wpun dah tersalah jalan, posing itu perkara musti! |
my Kajol! |
sapan puloh juga dibina si atas air. Skali skala masa ptg tu akan kedengaran bunyi bot yg lalu lalang di kawasan sekitar. Dalam jugak airnya.
diantara beberapa barangan hantaran suatu ketika dahulu. sekarang tidak semuanya ada digantikan dgn barang2 lain seperti gelang, geran tanah dll |
cth katil pengantin |
pemandangan di hadapan rumah |
antara pakaian org melanau kami pun teringin nak buat satu tapi x terbuat lagi agaknya kena buat dulu baru blh pndah kan :) |
my phone camera |
which is my shoes?? |
maka gambar kami diabadikan oleh penjaga sapan puloh fb di page rasmi sapan puloh......glamer! Aku tau pun sbb ada student yg perasan dan bgtau masa nak keluar kelas. Blurrrr skjp aku. |
No comments:
Post a Comment