Monday, August 31, 2015
Tuesday, August 25, 2015
Alahai pakcik teksi.....
Kali ni meeting di politeknik Nilai. Mcm biasa, seawal 6.30 pagi driver poli dh tercatuk tunggu dpn blok. On time sungguh depa, ngam2 jer bukak pintu rmh dah dgr bunyi enjin hilux. Kami berempat ke airport pagi ni, termasuk abg driver. Semua pun flight AA pkl 10.20 am. Suka sgt bila boarding jer terus tertumpu kat pramugara2 hensem AA. Boleh la menjamu mata sepanjang perjalanan nanti...hehehe.... :)
1st time dpt mkn mee goreng mamak dlm flight.....sedap! |
Hari ni dugaan lain pulak. Selain dari aircond teksi yg tak berapa nak function, si pakcik ni pulak xtau jalan nak ke poli Nilai. Siap suruh aku guna gps hp untuk cari. Line dah la selembab siput, kejap ada kejap putus......then dia suruh pulak aku ctc sapa2 yg aku knl kt poli tu utk tny mcm mana nak pi, boleh pulak mcm tu kan. Dipendekkan cerita, kalau ikut aku search google sblm ni jarak dari KLIA2 ke sana lebih kurang 25 minit mcm tu ja. Tapi hampir 2 jam aku dalam teksi baru sampai...huhuhuu...
Aku xla kisah sgt, tp pakcik driver tu dh marah2 sbb tak jmpa. Siap kata dia teraniaya dgn aku sbb x jmpa cari! Padahal dr awal aku dh bgtau, aku pun 1st time ke sana....well...bukan aku yg kena tau jalan kan....
Smpai jer poli tu, siap dia marah n maki pak guard depan tu.....aku pulak yg malu. Lps tu bwk teksi jgn tny la kan mcm mana, beberapa kali aku smpai nak tersembam ke depan, melelong-lelong, mengaum-ngaum...nak tunjuk perasaan dia yg marah tu. Aku diam jer....buat x tahu jer....tp dlm hati punya la dok berdoa x henti. Dah la kwsn kiri kanan semua hutan kelapa sawit bagai. Sepanjang jalan dok beletiaq kat aku....dok marah jkr sbb x letak signboard....siap ugut nk htr aku balik airport semula kalau x jmpa jgk lagi...aduhai pakcik......bwk2 bertenang...
Aku ada suggest suruh tny org, dia xmo kononnya x blh percaya setakat nk tny org2 tepi jalan tu....abis? ko nak percaya sapa?? aku guna google map pun dia perlekehkan aku...katanya x blh nak harap sgt pd gajet2 ni....hurrmmmmmm....akhirnya dgn gajet ni jgk la dpt sampai, tentunya dgn izin Allah jugak. Smpai jer aku terus keluar, siap byr tambang lebih lagi kat dia sbb dah sesat wpun bkn salah aku. Aku ucap terima kasih pun dia x jawab, pandang aku pun tak. Xper la pakcik, t.kasih sbb htr jgk saya smpai ke destinasi. Saya tak simpan dlm hati......just nk share story utk peringatan bersama.......Harap maaf.
Masuk jer bilik terus mkn strawberry hasil tangkapan di KLIA2 tadi......nak rileks2 dulu.... |
Sunday, August 23, 2015
Mobile Android Course at UCTS
17-19 Ogos 2015
Kursus lagi.......android mobile. Mmg kursus yg best, instructor best, makan pun best. Yg tak bestnya sbb tinggal kelas byk jam....dan x dan dan nak ganti...
ko nk nyorok mana wan???? |
salah satu projek java yg dibuat. cikgu suruh buat lain, kami buat benda lain...rasa2 annoying tak??? |
Hari last kursus ucts ni mmg cantik, baik design bangunan mau pun landskap berangin jer.... |
gaya seorang pro java......bila nak jd mcm dia ni |
gambar kenangan.. |
Friday, August 7, 2015
Majlis Ramah Tamah JTMK 2015
6 Ogos 2015 - Khamis
7.00 - 10.00 mlm
Foyer jtmk
Semalam majlis ramah-tamah aidilfitri jtmk pulak. Masih tema sama, setiap kelas dipertanggungjawabkan satu meja mengikut menu pilihan masing-masing. Anak PA aku pergi LI sem ni, so xyah nak prepare apa2......senang la keja aku kan. Datang pun lenggang kangkung jer bwk perut.
Gambar di atas ialah persediaan di salah sebuah rumah pensyarah. Depa masak sendiri jer makanan depa ni. CIk. Puan depa ni mmg sgt pandai masak. So, x heran la semua pun masak sndiri kan.

persiapan meja setiap kelas |
majlis baru bermula |
byknyer la makanan. Rambang mata nak pilih. |
Ada yg sponsor bunga api.....mercun pun ada jgk...best! |
Darrel xmo senyum langsung..melekat jer dgn mummy dia...geram aih |
Gambar di atas ialah persediaan di salah sebuah rumah pensyarah. Depa masak sendiri jer makanan depa ni. CIk. Puan depa ni mmg sgt pandai masak. So, x heran la semua pun masak sndiri kan.
acara wajib setiap xtvt di sini......karaoke |
Kami....masih bertiga :) |
Thursday, August 6, 2015
Cerita sebilah kapak usang
Masa raya hari tu mmg kebanyakan masa beraya adalah berada di dalam kereta. Dengan jammed yg tak sudah2, dengan pemanduan terlebih beretika rakyat malaysia, maka mmg lambat la nak sampai ke satu-satu destinasi tu.
Pada suatu hari tu, masa dalam kereta jugak, aku telah membangkitkan isu pasal rumah kat btm.
"Rasanya rumah aku tu makin lama makin kecik la".
Sorang jawab "Menyesal pulak aku tak bagi hang beli double storey hari tu"
"Tu la kan........" , aku menyokong
Sebenarnya ada jgk aku terpikir nak jer jual rmh tu and beli yg lain sbb price dh jadi 2++ ganda dari harga yg beli sebelum ni. Tapi rasa sayang sbb kwsn rumah aku tu mmg sgt strategik. Dekat dengan segala benda dan kemudahan. Cuma, x berapa besar dan porch pun boleh masuk dua keta ja...tu pun dah muat2 jer dgn pagar. Tanah untuk bercucuk tanaman kontan mmg xder langsung la kan. Wpun aku bukan jenis rajin sgt nak bertanam-tanaman ni, tp kekadang tu ada jgk seru dtg tiba2 nak berkebun....
"Hang nak dengaq satu cerita dak?" tetiba sorang adik aku menyampuk.
Dan dia pun memulakan cerita yg lebih kurang begini.............
Pada zaman dahulu.....ada sorang org kaya yg tersangat lah kayanya. Mcm biasa la bila cerita psl org kaya, dia ni kedekut, jahat, suka menindas, dan mcm2 lagilah kejahatan yg dia buat utk menambahkan lagi kekayaan yg sedia ada. So, semua org mmg sgt x suka dkt dia sbb perangai dia yg tak baik tu.
Sampai satu masa org kaya tu dah uzur dan jatuh sakit. Dia pun rasa sakit yg dah xdak harapan nak sembuh. Org kaya tu sgt takut sbb dia pun tau dia jahat, takut kena tibai dgn malaikat masa dlm kubur nanti. So, dia telah menawarkan sejumlah harta yg banyak kepada sesiapa yg boleh teman dia dalam kubur selama 7 hari (part ni aku ingat2 lupa). So, pd firasat dia ada la peneman masa sesi soal jawab dalam kubur nanti (boleh pulak dia pikiaq mcm tu kan)
p/s : jangan rasa konpius yer, org dulu2 kan kebumi dalam piramid, so mmg ada tempat la untuk tunggu.
Semua sedara-mara dan adik beradik xder yg sanggup nak volunteer. Tapi org kaya tu bernasib baik sbb ada sorang pemotong kayu yg sangat miskin yg sudi menerima tawaran tersebut. Bukan kerana dia tamakkan harta, tetapi dia kasihan dengan anak2 dan isteri yg sudah lama hidup dalam serba kekurangan.
Tiba masa, maka kembalilah org kaya tersebut ke Rahmatullah. Maka dikebumikanlah beliau di tempat yg sepatutnya ditemani dgn si miskin tadi. Si miskin tadi memang takut, tapi demi keluarga tercinta diberanikan jgk dirinya tgl bersama mayat orang kaya tadi.
Pada malam pertama maka datanglah malaikat untuk menyoal-siasat. Si miskin tadi buat2 tak nampak kerana baginya dia tidak terlibat. Sudah pasti malaikat itu akan pergi kepada mayat orang kaya tersebut. Tetapi.........sebaliknya malaikat tersebut datang kepada pemotong kayu tersebut dan menegur beliau :
Malaikat : Kau siapa? Knapa kau ada di sini?
Pemotong kayu : Aku seorang pemotong kayu. Aku telah berjanji untuk menemani si mati selama 7 hari di sini.
Malaikat : Knapa ko sanggup tunggu dia?
Pemotong kayu : Aku miskin. Beliau telah berjanji untuk memberi upah yg lumayan selepas ini.
Malaikat : Apa harta yg kau ada?
Pemotong kayu : Aku hanya memiliki sebilah kapak yg sudah usang. Dengan kapak itulah aku memotong kayu di hutan.
Malaikat : Di hutan mana kau selalu memotong kayu???
Dan....sejak hari itu malaikat terus bertanya kepada si pemotong kayu bermacam-macam soalan. Dari hal kapak, kepada hal pokok yang ditebang, dari hutan mana dia tebang, adakah dia tahu hutan yg ditebang itu milik siapa, adakah ada meminta kebenaran...dan bermacam2 lagi. Keadaan tersebut berterusan sehingga 7 hari, tanpa pergi kepada mayat org kaya tersebut.
Setelah cukup tempoh 7 hari, maka si pemotong kayu itu dikeluarkan dari kubur tersebut. Dia terus pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan yang amat sangat tanpa menuntut harta yg telah ditawarkan sebelumnya. Sampai sahaja di rumah si isteri bertanyakan harta tersebut. Dengan terketar-ketar beliau menjawab :
"Aku hanya memiliki sebilah kapak yg usang, tetapi harta yg sedikit itu pun aku telah ditanya dan dihisab dengan pelbagai persoalan. Bagaimanakah mampu untuk aku menjawab jika aku punya lebih dari itu??"
Sejak dari hari itu, si pemotong kayu pun meneruskan rutin hariannya. Wpun hidup dalam serba kekurangan dia tetap bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan Allah kepadanya.
So, pengajarannya, aku masih ada tempat berteduh. Kecik atau besaq, masih ada lagi insan yg berhujan dan berpanas. Sentiasalah bersyukur......insaf....huhuhuhuuuu....

Wednesday, August 5, 2015
Aidilfitri 2015 - ronda2 penang
21/7/2015 - Selasa (Raya ke-5)
Lokasi - sekitar Penang.
Setelah puas beraya ke serata rumah sedara dan kawan2, hari ni kami berlima beradik pulak nak jenjalan keliling Penang. Asalnya nak ke Cameron, tapi ada sorang tu cuti sekejap sgt, so masa menjadi halangan utama di samping kekangan2 lain. Akhirnya kami hanya ke Penang sahaja.
Di muzium negeri. Sampai waktu dah petang, dah nak tutup pun. So, amik gbr kat luar saja. Ini adalah train lama ke Bukit Bendera. Mmg klasik, buat dari kayu saja. |
Transformer Art Exhibition. |
muzium negeri |
Transformer in action |
Padang Kota Lama yg membawa nostalgia. Pegi la brp kali pun, aku tetap teruja dan gembira. Knapa yer?? |
Monday, August 3, 2015
Open House 2015
Bulan syawal....selain sambutan peringkat poli dan jabatan, org perseorangan jgk rajin membuat open house. Biasanya geng2 yg dh kawin la....kami bujangan ni sekadar memenuhi undangan. Best woooo gi open house! Makanan kompem sedap! Yg paling penting xyah pikir nk masak apa and xyah masak. Pegi jer mkn kt mana2 open house yg ada. Best kan.
Semalam hari minggu....dpt 2 jemputan open house. Dua2 pun kami pi. Makan pun sangat sedap....bihun...laksa sarawak...roti jala...roti canai...kuih muih...air kopi panas pun ada. Rasanya dlm 4 cawan kertas jgk la aku minum kopi semalam. Sedapppp!
di salah sebuah rmh yg beropen house semalam. Geram sungguh dgn aisyah ni. comei terlajak! x puas nk gomol...sukaaaaa |
Semalam bulan sgt terang dan cantik. Tapi hp aku dpt capture mcm tu jer la. x nampak sgt keindahannya. cheeewahhh. Kalau ada DSLR mesti lagi best gbr ni. Nak kena beli ke???
[FunOnTheNet] Joke: Why Are You Crying?
It is the middle of the night and Laura wakes up to find that her husband is out of bed. She dresses in her robe and goes downstairs to find him sitting in front of a turned off TV, holding a cup of coffee and looking into the distance, lost in some sad thought.
"What's the matter, honey?" she asks. "Why the heck are you down here at this hour?"
Her husband looks up at her. "Do you remember when we started dating, when you were just 17?"
"Sure." She answers, puzzled.
Her husband groaned in sadness. "And do you remember when your father the sheriff caught us fooling around?"
"Yes, of course."
"And do you remember how he shoved his shotgun in my face and said: 'You either marry her or I'll put you in jail for 20 years?"
"Yea I do, why are you so nostalgic all of a sudden?!?" she demanded to know.
The husband wiped a tear from his cheek and said:"It's just... I would have been out today."
Sunday, August 2, 2015
Green Raya PMU
Semalam berlangsungnya majlis berambeh @ langgar meja @ jamuan raya aidilfitri 2015 peringkat pmu dengan tema "Green Raya". Seperti tahun2 yg lepas, setiap jabatan dan unit akan membuka booth masing2 dgn menu tersendiri. Mengikut tema, setiap booth "dilarang" menyediakan sebarang bekas makanan berunsurkan plastik @ polistrin. So, setiap pensyarah dan pelajar perlu membawa bekas makanan dan minuman masing-masing :) Makanya bolehlah kita tengok gelagat student (especially lelaki) yg x pernah bwk beg ke kuliah, tapi demi jamuan raya ni masing2 mengusung beg....hahahaaa...bila abang sado bwk beg galas, mmg lucu abis!!!
Kami balik lbh kurang dlm 10++. Dah balik tu, sambung pulak makan laksa lebihan bukak puasa tadinya. Akibat makan yg x henti, subuh pun lewat hari ni...ermmmmm.....aptb.
salah satu booth yg berkilauan |
menu2 kreatif |
sebab ambik gbr dari fb beliau, maka inilah beliau punya gbr sekeping utk tatapan yg berkenaan. |
kemeriahan semalam |
bergambar bersama sebahagian pensyarah jtmk yg hadir.....student depan tu sbg template n frame..hahahaha |
kami.......sorang xder.......cantik baju chelva...kuch2 hota hai |
bersama dania yg comel sangat!! |
Saturday, August 1, 2015
Sungkei #3 & #4
Balik dari penang kononnya nak start terus puasa...tp mcm sgt penat. pening n sakit kepala pun satu hal jugak. Alhamdulillah hari Selasa berjaya memulakan puasa :) Puasa di bulan Syawal yg seolah2 autumn, mmg sgt membantu. Wpun kelas full rasa best jer, bertenaga dan bersemangat.....semangat syawal kot....hahahaaa
Menu di atas yg semalam punya. Berbuka bertiga-tigaan dgn geng kelab di sini. Aku goreng bihun jer, pizza tu ilham tempah and wrap tu pun si ilham punya air tangan. Bersungguh sgt kami mkn semalam. Kenyang sungguh :)
hari ni malas nak masak. Lagipun tinggal kami berdua saja. SO, dating kat kfc.....Alhamdulillah, sedap! |
Mission lagi 2 hari utk cukup kan 6 hari. Lepas ni bergantung kpd keadaan. Semoga diberi keimanan dan kemudahan untuk meneruskan lagi ke hari2 seterusnya. Esok dh xyah pikir menu berbuka sbb ada majlis jamuan raya PMU....i like.....
p/s : Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Geng Makan PBU 2024 onward
Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...
-
Sejak menubuhkan Kelab Bahasa Melanau tak rasmi dalam whatsapp ni, bersungguh kami belajar bahasa melanau. Kalau x paham pun hentam saja la....
-
boring2...surf2 the net, terjumpa ler gbr2 wanita2 ni kat satu blog, siap di rate kan lagi sbg antara wanita kacukan yg tercantik di Malaysi...
-
Pegui TV - Menonton Televisyen...tp kalau dlm bahasa srwk "Nangga TV" Nebei Nyaem - Tiada air Temok - Mandi Iteu Ku...