Thursday, January 25, 2018

Sangkutan Industri Pensyarah

Minggu pertama sip berlalu dengan jayanya. Aku pegi keja dengan keta adik aku sbb dia mmg x guna keta pi keja. Waktu keluar pagi tu mmg sama la dgn budak2 nak ke sekolah. Dengan yang berbasikal, motor, mak2 dan ayah2 htr anak lagi, mmg jalan sgt busy la. Tu x campur lagi yang berenti tepi2 jalan beli nasi lemak, roti canai dan jugak mcm2 jualan sepanjang jalan. Pilih jer nak gerai yang mana, semua ada.
gambar pinjam dr google
lebih kurang gerai2 mcm ni la sepanjang jalan tu
Aku yang dah lama sgt x memandu dalam situasi begitu terpaksa la pencen skjp dari drift kereta. Paling laju blh pi pun sekadar 60km/jam. Tu pun jarang2 berlaku, dan kalau berlaku pun x sampai seminit dah kena slow balik. Paling kena hati bila ikut motor mak2 or atok2 yang hantar anak or cucu ke sekolah dengan motor. Kalau tgk dia bg signal kanan tu, blm tentu dia akan belok kanan. Kalau bg signal kiri pulak tak pulak belok ke mana2. Paling menakutkan kalau x bg signal langsung! Fuhhh, mencabar sgh nak agak depa akan pi ke arah mana. Aku yang dlm keta pulak dok mem bab* srg2 sbb selalu salah mentafsir arah tujuan depa.
pinjam gambaq google lagi....heheheheeee.....
Tapi....mcm tu lah suasana di kampung. Drive ni mmg kena byk tolak ansur. Satu bnda aku perasan kalau nak konpem depa belok mana, tengok arah yg depa pandang, tgk kiri kanan mana yg ada gerai jualan. Inshaallah......ke situ la arah tujuan depa :)
amacam? ok x hakak?
jaket pinjam......
Masuk minggu ke-2, aku dah start jadi minah skuter. Buat pakatan PBB dgn adik aku "Puan Principle" beli sebijik lg skuter untuk kegunaan aku sepanjang sip. Lps tu dia pulak guna nanti. Lagi best rupanya dari naik kereta. Menyesal pulak amik lesen motor lambat2. Lagi luas pandangan aku sepanjang jalan. Mula lah aku pun buat aksi singgah2 gerai di pagi hari. Mmg dah plan, berazam utk test semua gerai2 yang ada di sepanjang jalan tu. Siap dah hafal, kat mana ada gerai, senang nak plan berenti kat mana utk hari2 seterusnya.
nak sama bsq dgn ayong dah
tapi ada hati nak ddk depan naik skuter
abis, aku kena bwk skuter berdiri la?
Satu lagi tugas aku sepanjang sip ni ialah menghantar abg hariz ke sekolah sbb sek dia terletak di laluan perjalanan aku ke tempat sip. Suka dia, hari2 nak pi dgn aku. Siap jer pakai baju semua, mula la mai kat bilik tg aku bersiap.
ni lunch semalam
bak kata miss contractor aku ni pi sip ka pi makan
siap mengadu lagi kat mak, aku ni dok citer pasal makan jer
nak buat mcm mana, hobi makan, terima lah seadanya yer
Lama lagi perjalanan sip aku. Mudah-mudahan berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga ke akhirnya. Aminnnn.

Tuesday, January 23, 2018

[FunOnTheNet] Surgery On A Butterfly

Rupa2nya kat rama-rama pun blh buat surgery. Baru aku tau bila baca email hari ni......

Monarch Butterfly Wing Transplant By A Costume Designer Turns Out To Be A Surprising Success

Depending what time of year they’re born, Monarch butterflies can live from 2 weeks to about 5 months, but this guy’s time was threatened to be cut ever shorter. Romy McCloskey committed to raising these creatures some time ago, and after one of them came into this world with a wing defect, she knew something had to be done. McCloskey turned her home into an operating room and used common household items to perform a wing transplant.
“I am a professional costume designer and master hand embroiderer,” she said. “This was right up my alley.” Her supplies included a towel, a wire hanger, contact cement, a toothpick, a cotton swab, scissors, tweezers, talc powder, and an extra butterfly wing from one of her little girls that died a few days before.
According to McCloskey, there’s no need to drug the butterflies when performing such a procedure. She compared their wings to human nails or hair: “They do not have pain receptors.”
“The patient: this 3-day-old little boy was born with torn upper and lower wings. Let’s see how we can help!”

“The operating room and supplies: towel, wire hanger, contact cement, toothpick, cotton swab, scissors, tweezers, talc powder, extra butterfly wing”

“Securing the butterfly and cutting the damaged parts away. Don’t worry it doesn’t hurt them. It’s like cutting hair or trimming fingernails”

“Ta-da! With a little patience and a steady hand, I fit the new wings to my little guy”

“The black lines do not match completely and it is missing the black dot (male marking) on the lower right wing, but with luck, he will fly”

“FLIGHT DAY! After a day of rest and filling his belly with homemade nectar, it is time to see if he will fly”

“With a quick lap around the yard and a little rest on a bush, he was off! A successful surgery and outcome! Bye, little buddy! Good luck”

Monday, January 22, 2018

Sepetang di pantai Mukah

15/10/2016

X cukup2 kepenatan ke Balingian pagi smpai t.hr, lepas asar kami ke pantai Mukah pulak. Bermain2 air laut dan bubble.




rezeki terpijak

Lempeng kelapa + oats

Bahan-bahan :

Kelapa parut
tepung gandum / tepung linut
oats
gula (ikut nak manis mana)
secubit garam

Cara membuatnya :

Gaul jer semua bahan-bahan di atas. Jumlah kelapa = tepung + oats. Kalau nak sedap lg kurangkan tepung. Adunan akan agak2 basah. Kalau kering sgt tambah air ckit jer nak bagi bahan2 yang digaul bersatu dan sebati. Dah sebati semua blh sapu minyak ckit kat kuali dan letak sedikit adunan. Leperkan seperti gambar di bawah. Masak kedua-dua belah hingga kekuningan. Siap. Boleh makan begitu saja or cicah dgn sambal/kari/madu....atau apa2 sahaja ikut selera masing2.

Keranamu SIP

Bila dah tau result sip berjaya dari pihak organisasi dan jpp, makanya bermulalah persiapan untuk ke sana :

1. Yang pertama skali adalah men survey ticket flight. Antara Air Asia dan MAS mana yg lebih berbaloi pada tarikh yang dikehendaki. Of coz la kna tau nak balik bila kan. sip start hari isnin, 15/1/2018. Setelah di kira2 dari semua aspek, aku pun amik tiket 11/1/2018. Tu pun dah rasa kalut sgt dah. Xper la.....Tuhan dah atuq elok :)
2. Sapa yang nak jaga myRayan?? tu pun kna pikiaq jugak. Lama oooo 3 bulan tu. Yang pasti org yg jaga tu mesti la dekat Sibu sbb aku nak kena drive pagi2 buta ke airport. Dan lagi kl ada emergency senang nak balik sana semula.

3. Baju dan barang2 yang nak dibawak balik sepanjang ber sip. Haaaaa....yg ni paling serabut! Proses mengemas bermula seawal result keluar sampai lah ke pagi nak bertolak ke airport. Tu pun ada jugak brg yg tinggal.....

4. Bila dah tau tarikh balik, aku pun call astro untuk temporary terminate the line. Yes, aku pun baru tau sebenaqnya kita blh terminate sementara akaun astro. So xdak la membazir bayar bila kita xdak kat rmh. Ada dua cara seperti yg diberitahu kat aku oleh pihak astro. Pertama, kalau kita confirm nak balik semula ke sana bila, so, blh terus bgtau kat depa, depa akan auto connect. Keduanya kalau x pasti tarikh balik, kita kena call semula bila nak sambung. Dan....kedua2 kaedah di atas adalah FOC. Aku amik kaedah yg no-2.

5. Yg ni idea di saat2 akhir sblm balik Penang. Ikut plan aku akan naik keta adik aku utk ke tempat sip sbb dia mmg pi kja naik motor. Tapi bila dipikir2 kan balik, rasa mcm nak kna ada back up transport jugak. So, xkan nak beli kereta sebijik lagi pulak kan. Bincang2 dgn family maka nak amik sebijik scooter. So, kena lah jugak aku amik lesen motor. Amik "L" dulu, then seterusnya sambung kat Penang. Dan aku juga berjaya melelong motor aku yg di Mukah ni. Terima kasih kepada yang membeli. Anda telah memudahkan perjalanan sip saya :)
6. Menetapkan tempat tinggal semasa sip. check jer kat google, jarak rumah parent dgn rumah aku ke tempat sip. Mmg dari rumah parent la paling dekat. So, decide utk ddk kg. Weekend baru balik rumah sndiri kalau ada keperluan.

7. And last skali baru la jumpa pegawai ulpl untuk mendapatkan panduan menjalani sip. Mcm mana nak buat report harian, report akhir, format bagai, borang perjalanan, etc.

8. Tugas-tugas lain adalah berkaitan dengan pnp dan juga tuntutan kualiti. Kena buat penyerahan tugas, dan kena complete la tugas2 yang nak diambil-alih tu. Penutupan FRP, kna untick student di spmp, pencerapan dan sebagainya. Mmg kalut.
Begitu lah serba sedikit persiapan sip aku. Nanti bila2 senang aku buat entry cara2 permohonan sip pulak yer. Mana tau ada yg teringin nak buat pulak lps ni.

Friday, January 19, 2018

Happy new year yg x berapa nak happy

Permulaan tahun 2018 yg agak disaster. Mental dan fizikal diuji berterusan. Sudah hampir 6 tahun di bumi Borneo.....masih lagi belum ada rezeki untuk balik ke tempat sendiri. Janji2 terus dimungkiri entah ke berapa ratus, ribu kali. Why???? Persoalan yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini. Hanya yang senasib sahaja yg tahu betapa kami begitu memaksa diri menghadapi SEMUA dengan tabah. AlFatihah kepada siapa2 yang menganiaya kami.....semoga diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa. Aminnnn.

Rasa mcm tepu otak, x dpt dah nak pikir. Balik bercuti sem tetiba dapat petunjuk untuk buat SIP. Mula2 rasa agak ragu2, takut jgk nak masuk industri setelah sekian lama berada di zon selesa. Agak selesa la sbb dah tau sgt dengan sistem poli ni kan. Tapi sekali sekala kita memang perlukan perubahan.
Dipendekkan cerita, maka dapat la aku tempat SIP yang dekat dgn rumah parent. Dalam +-12 km jer. Ikut procedure JPP, kita kena dapat kelulusan dr tempat yg kita nak buat sip dulu, baru blh isi borang online. Pegawai di pmu pun sangatlah membantu memudahkan urusan permohonan sip aku. Geng2 yg dah pernah pegi pun x kurang begitu senang membantu. Terima kasih kawan2 :)

Lebih kurang seminggu keluarlah result. Permohonan berjaya! Alhamdulillah. Syukur. Geng opis pun byk membantu dan memberi semangat. 

Bermula lah episod mengemas barang2 untuk dibawak balik dan juga disimpan. Kat sini cepat berkulat. Even tinggal rmh seminggu putih abih dapor gas naik kulat. So, semua brg2 yg ditinggal kena masuk kotak. Kena seal mcm nak masuk kontena. Dengan harapan dan doa semoga lps sip nanti terus kemas brg for good....Inshaallah.
dari KL-Pen dapat flight besar yg dok pi oversea tu
jakun sbb x pernah naik
selesaaaaaaaaaa sgtttttt
tapi mabuk tetap ada....hadoi la.... :)
Maka bermula la episod baru untuk 3 bulan yang akan datang. Nampak la betapa sukanya my mom....ready siapkan bilik bagai. Terima kasih mak. Semoga mak dipanjangkan umur supaya kakak dapat berkhidmat untuk mak selamanya. I love u forever.
btw ni lauk lunch tadi
Jumaat rehat lama, sempat la blk mkn, mandi semua kat rmh
Dah lamaaaaa x rasa nikmat mcm ni

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...