Thursday, January 25, 2018

Sangkutan Industri Pensyarah

Minggu pertama sip berlalu dengan jayanya. Aku pegi keja dengan keta adik aku sbb dia mmg x guna keta pi keja. Waktu keluar pagi tu mmg sama la dgn budak2 nak ke sekolah. Dengan yang berbasikal, motor, mak2 dan ayah2 htr anak lagi, mmg jalan sgt busy la. Tu x campur lagi yang berenti tepi2 jalan beli nasi lemak, roti canai dan jugak mcm2 jualan sepanjang jalan. Pilih jer nak gerai yang mana, semua ada.
gambar pinjam dr google
lebih kurang gerai2 mcm ni la sepanjang jalan tu
Aku yang dah lama sgt x memandu dalam situasi begitu terpaksa la pencen skjp dari drift kereta. Paling laju blh pi pun sekadar 60km/jam. Tu pun jarang2 berlaku, dan kalau berlaku pun x sampai seminit dah kena slow balik. Paling kena hati bila ikut motor mak2 or atok2 yang hantar anak or cucu ke sekolah dengan motor. Kalau tgk dia bg signal kanan tu, blm tentu dia akan belok kanan. Kalau bg signal kiri pulak tak pulak belok ke mana2. Paling menakutkan kalau x bg signal langsung! Fuhhh, mencabar sgh nak agak depa akan pi ke arah mana. Aku yang dlm keta pulak dok mem bab* srg2 sbb selalu salah mentafsir arah tujuan depa.
pinjam gambaq google lagi....heheheheeee.....
Tapi....mcm tu lah suasana di kampung. Drive ni mmg kena byk tolak ansur. Satu bnda aku perasan kalau nak konpem depa belok mana, tengok arah yg depa pandang, tgk kiri kanan mana yg ada gerai jualan. Inshaallah......ke situ la arah tujuan depa :)
amacam? ok x hakak?
jaket pinjam......
Masuk minggu ke-2, aku dah start jadi minah skuter. Buat pakatan PBB dgn adik aku "Puan Principle" beli sebijik lg skuter untuk kegunaan aku sepanjang sip. Lps tu dia pulak guna nanti. Lagi best rupanya dari naik kereta. Menyesal pulak amik lesen motor lambat2. Lagi luas pandangan aku sepanjang jalan. Mula lah aku pun buat aksi singgah2 gerai di pagi hari. Mmg dah plan, berazam utk test semua gerai2 yang ada di sepanjang jalan tu. Siap dah hafal, kat mana ada gerai, senang nak plan berenti kat mana utk hari2 seterusnya.
nak sama bsq dgn ayong dah
tapi ada hati nak ddk depan naik skuter
abis, aku kena bwk skuter berdiri la?
Satu lagi tugas aku sepanjang sip ni ialah menghantar abg hariz ke sekolah sbb sek dia terletak di laluan perjalanan aku ke tempat sip. Suka dia, hari2 nak pi dgn aku. Siap jer pakai baju semua, mula la mai kat bilik tg aku bersiap.
ni lunch semalam
bak kata miss contractor aku ni pi sip ka pi makan
siap mengadu lagi kat mak, aku ni dok citer pasal makan jer
nak buat mcm mana, hobi makan, terima lah seadanya yer
Lama lagi perjalanan sip aku. Mudah-mudahan berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga ke akhirnya. Aminnnn.

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...