Friday, January 19, 2018

Happy new year yg x berapa nak happy

Permulaan tahun 2018 yg agak disaster. Mental dan fizikal diuji berterusan. Sudah hampir 6 tahun di bumi Borneo.....masih lagi belum ada rezeki untuk balik ke tempat sendiri. Janji2 terus dimungkiri entah ke berapa ratus, ribu kali. Why???? Persoalan yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini. Hanya yang senasib sahaja yg tahu betapa kami begitu memaksa diri menghadapi SEMUA dengan tabah. AlFatihah kepada siapa2 yang menganiaya kami.....semoga diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa. Aminnnn.

Rasa mcm tepu otak, x dpt dah nak pikir. Balik bercuti sem tetiba dapat petunjuk untuk buat SIP. Mula2 rasa agak ragu2, takut jgk nak masuk industri setelah sekian lama berada di zon selesa. Agak selesa la sbb dah tau sgt dengan sistem poli ni kan. Tapi sekali sekala kita memang perlukan perubahan.
Dipendekkan cerita, maka dapat la aku tempat SIP yang dekat dgn rumah parent. Dalam +-12 km jer. Ikut procedure JPP, kita kena dapat kelulusan dr tempat yg kita nak buat sip dulu, baru blh isi borang online. Pegawai di pmu pun sangatlah membantu memudahkan urusan permohonan sip aku. Geng2 yg dah pernah pegi pun x kurang begitu senang membantu. Terima kasih kawan2 :)

Lebih kurang seminggu keluarlah result. Permohonan berjaya! Alhamdulillah. Syukur. Geng opis pun byk membantu dan memberi semangat. 

Bermula lah episod mengemas barang2 untuk dibawak balik dan juga disimpan. Kat sini cepat berkulat. Even tinggal rmh seminggu putih abih dapor gas naik kulat. So, semua brg2 yg ditinggal kena masuk kotak. Kena seal mcm nak masuk kontena. Dengan harapan dan doa semoga lps sip nanti terus kemas brg for good....Inshaallah.
dari KL-Pen dapat flight besar yg dok pi oversea tu
jakun sbb x pernah naik
selesaaaaaaaaaa sgtttttt
tapi mabuk tetap ada....hadoi la.... :)
Maka bermula la episod baru untuk 3 bulan yang akan datang. Nampak la betapa sukanya my mom....ready siapkan bilik bagai. Terima kasih mak. Semoga mak dipanjangkan umur supaya kakak dapat berkhidmat untuk mak selamanya. I love u forever.
btw ni lauk lunch tadi
Jumaat rehat lama, sempat la blk mkn, mandi semua kat rmh
Dah lamaaaaa x rasa nikmat mcm ni

No comments:

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...