Tuesday, September 29, 2015

Bertabahlah wahai hati...

Result pindah dah keluar hari Ahad lepas.
Kali ni dah masuk 7 kali aku isi borang tukar.
Aku masih di kg...menghayati hari terakhir percutian yg sekejap.
Pepagi lagi msg bertalu2 meng update siapa yg dapat, siapa yg tidak.
Mulanya masih buat x peduli, tapi mana blh tahan kan.
Bila dah kluar senarai yg berjaya, by default aku mmg x berjaya la kan.
Sedih terpaksa ditahan.....

Hari isnin balik ke pmu dgn hati yg berbelah-bahagi
Hujan di hati lebih teruk dari jerebu yg sedang melanda.
flight dari penang lagi delay.....mcm paham2 jer kan??

sampai pmu masa azan maghrib sedang berkumandang
Cepat2 nak masuk rmh untuk bukak lampu
settle semua, melepaskan lelah seharian perjalanan di sofa
tanpa sedar...tiba2 air mata berjuraian....lorrrr....dh knapa???

Monday, September 21, 2015

Weekend yg santai

Hatiku bukan di sini lagi
Bila dah nak balik kampung, mcm ni jadinya
Rasa nak merewang jer sepanjang masa wpun banyak keja
Start dari sabtu, sampai Ahad malam....mmg bergumbira saja..hahahaaaa...

T.hari sabtu tu baru ler sempat memandikan montel
setelah berbulan lamanya si dia berdebu dan berbau mcm2
durian, ikan, udang, keropok......semua bau pun ada.
Last2 mg lps tercabut sepokok pokok pandan
Baru la bau sedap sikit bila masuk kereta :)
Sabtu malam melayan steamboat
bersungguh makan seperti biasa
sedap pulak bila dh lama x layan steamboat ni kan

 Ahad ada kenduri......pengantin pmu kedua2nya.
Dah lama x mkn knduri, kat Mukah pulak tu
Beramai-ramai kami serbu rumah depa
Makan sedap....hiburan pun best!
lorrrr....apasal lengan baju aku terangkat?
kecik jer si Afifah bila dgn kami...huhuhuuu.....
bila nak besar syg???
petang pulak bersantai di Tapak Kaul
1st time jenjalan kat pantai ni
selalu dtg waktu pesta kaul saja.
geli pulak leher aku ni :)
haipppp!! kami blm ready da......
peaceee......yoo!
cari org tersembunyi......nampak tak??
 Malam baru ketaq dok pikir kelas 7.30 esok.
sambil2 layan AF, kena jgk paksa rela dok buat slide.
AF abis, aku pun selesai mengedit tambah slide sedia ada.
Siap blh buat slide utk satu tajuk lagi......ilham mmg akan mai bila terdesak.
ermmmm....baru blh tdq dgn aman.....zzzzzzzzz.....

tadi lps kelas terserempak dgn sekumpulan pljr yg pernah ajar sem lps. Bersungguh-sungguh depa nak aku ajar data struct sem depan. Dengan yakinnya aku menjawab : "saya xdak sem depan, dah pindah".Haaahaaaahaaaaa.....Amin.

Thursday, September 17, 2015

My students :)

Teaching is fun!! Soooooo....TRUE :)
masih ada lagi wpun dah masuk tahun ke-10
student ni mmg kreatif bab2 nak manipulate apa yg diajar
tak tercapai akal ku


Monday, September 14, 2015

Aku Takut Kehilangan Mu

Masa perjalanan ke kuching hari tu, kalau x silap 3 kali deejay pasang lagu ni. Sebelum ni aku x pernah dgr pun. Masa mula2 tu rasa nak gelak golek2 dgn lirik yg aku rasa sgtlah poyonya. Dah dgr byk2 kali, masa dari airport sibu ke mukah pun asyik lagu ni saja, aku dah boleh terima seadanya. Siap boleh huming lg sensorang :)
nak keluar ptg tu malas sbb baru smpai
so, buat jer apa yg ada dalam peti...heheheeee...
laksa jgk jd pilihan kan.
Hari Ahad keluar bfast dgn ilham.
dalam hati dh niat mg ni nk mkn ayam
1st time dpt beli ayam yg masih nampak segar
slalu tu dpt yg tulang dh lebam
kita akan berusaha apa saja untuk makanan kan.
Hari tu kat pks hanya dpt milo crepe, sbb durian xder kata si penjual crepe nya
smlm dh google resepi durian crepe
Maka hari ni 1st time ever try buat...
rupa mmg x cantikla, tp rasa best sbb aku letak durian byk.
 Selain kerja2 harian suri rumah, hari ni menyambung semula slide yg terbengkalai smlm. Sambil2 dgr radio, tgk tv, makan...mmg lambat la lagi slide tu nak siap..ngeee....apa pun x sabar nak balik raya haji mg depan. Doa byk2 moga flight x delay.

Sunday, September 13, 2015

cpcm @ Kuching


7-11 sept 2015

Slps meeting di Nilai, smpat rest seminggu sblm menyambung semula kursus di poli kuching. Unpredictable time utk outstation mmg akan membuatkan seorang aku meroyan seketika. Semester yg berada di hujung2 tanduk begitu mendebarkan bagi yg masih mengejar utk menghabiskan silibus mcm aku.
Hati semakin tak keruan bila waran flight tidak diberi. Kami disediakan van sbg pengangkutan hingga ke kuching. Allahuakbar....aku bukan sekuat dulu lg nk mengharungi perjalanan sehingga 10++ hours, duduk tercatuk dan melambung2 sepanjang jalan.
Kami smpai ketika asar dh nk abis.
Suasana sunset berlatarkan Gunung Serapi,
menyambut kehadiran kami ptg tu
Alhamdulillah....syukur.
Bagi aku kursus di pks kali ni adalah yg the best setakat ni. Wpun tajuk kursus yg lebih kurang sama dgn yg sebelum ni (bukan aku la yg terlibat), tapi ke "creative" an penceramah membuatkan kami peserta merasa sangat santai. Yg paling best adalah semestinya waktu makan. Kami diberi makan 2 kali sehari sahaja sepanjang kursus. Tapi semuanya sedap2 belaka. Malam ada kenderaan yg membawa kami yg bukan dari pks keluar makan, termasuklah penceramah.

Malam pertama kami ke Kubah Ria, area Satok. Bersungguh kami yg kelaparan menjamu selera tanpa menghiraukan geng dr pkk di meja yang lainnya :) Dan malam2 yg seterusnya, pihak pks menjamu kami di salah sebuah kedai makan area "Telaga Air". Kampung Telaga air ni sebenarnya sangat cantik. Sebab kami dtg waktu malam saja, so mmg x nampak la semua kecantikan tu. Terpaksa la aku mintak bantuan Pakcik "G". Cer tgk gbr2 tu, cantik kan?? Waktu malam air surut, ada org memancing udang dan ikan.....
info telaga air yg aku dpt dari internet.
Nak lebih???cari sndiri yer :)
kedai2 makan berhadapan jeti Telaga Air
haaaaa.....kat kedai ni la kami makan
sedap tau masakan depa
kalau dtg lagi WAJIB makan di sini
malam last baru teringat nak capture
tu pun dah hampir2 lupa.
Hari pertama di dlm bilik kursus.
Berselfie sblm apa2 bermula dh jd habit
Wa inau sama jak gayanya?

Kami berdua x-psp
aku di Mukah, dia di Kuching
Inshaallah ada rezki aku akan kembali ke sana lg.
Doa kan yg terbaik utk kami
X sbr nk hdup mcm dulu
Slot terakhir sblm presentation esoknya.
Kami group last yg kluar....
Psycho yg byknya
Moga esok berlalu dgn jayanya ❤❤
Ptg jumaat tu ke pasar satok mencari terubuk masin
ke kg gersik juga mencari kek lapis
sedar2 beg dah beranak....
masa membeli tak perasan pulak banyak..heheheeee...
Bila geng mukah dan x-mukah bertemu
Ukhwah fi sabilillah......moga selamanya begini
Siap bg ole2 lagi buat bekalan kami bertiga
Thanks atas layanan yg diberi
Pnjang umur kita jmpa lagi.
Jerebu yg semakin teruk...ipu kch pg jumaat 169
Dgr berita, byk flight kch yg delay
Apa nasib flight kami esok?
Alhamdulillah, balik ke pmu kami berjaya memohon untuk balik dgn flight. Wpun harga tiket berganda mahalnya, xper lah.......mmg dah keja kami di sini menuntut kewangan yg mcm ni :(. Bad news again bila flight di Kuching asyik ditunda kerana jerebu yg teruk. Kami bertiga2an berlagak serupa org kuat. Ulang-alik dari lodge ke tempat kursus mcm tu jer, wpun most of the warga pks pakai mask. Setelah hari terakhir baru bersungguh mencari mask, tu pun setelah tekak dan nafas terasa tidak selesa.
sampai airport sibu seawal 7.40 pagi, 12/9
driver pmu hanya available after 2 pm!!
Berkampung lah kami bertiga2an di Sugar Bun tu smpai t.hari.
Bersarapan Nasi Lemak Pak Naseer, hasil tapau dari AirAsia.
Minum pagi dgn maggi cup, sbb rasa nak mengunyah....kebosanan.
1st time kot makan maggi kat airport...huhuhuu...sedap tau mkn panas2 dlm kedinginan.
Driver smpai lbh kurang 5 minit sblm pkl 2. Lega rasa bila dah berada dalam kenderaan menuju ke pmu. Rasa mengantuk yg ditahan hampir seharian dilayan jer smpai ke poli. Abis......malamnya konon gigih nak siapkan slide utk kelas hari isnin. Baru buat slide ke-2, terus tertdo smbil duduk kat meja. ermmmm.....trus shutdown and...zzzzzzzzz.....

Wednesday, September 9, 2015

Family day Jun 2015

5/9/2015 - Sabtu

Sem lps x berpeluang join family day...sem ni Alhamdulillah sempat, ngam2 soi jer baru balik dari outstation. Cuaca masa awal pagi tu ok2 jer. So, boleh la join depa punya zumba yg superb punya gerakan. Berpeluh2 satu badan. Elok2 jer abis 1st game hujan manja2 turun. terus mengelat xnak main dah....hahahaaaaa.....
bfast ditaja....sblm berpusu2 makanan datang dr pelbagai sumber.
salah satu acara kanak2....mengutip manik di dalam tepung dan asingkan ikut warna.
naughty boy senyum.....mmg tak tahan
esoknya pegi melawat opismate yg melahirkan. x nampak mcm dlm pantang pun kan?
cantik sungguh hiasan rumah cik. puan ni...hijau saja....
mcm rumah dlm taman :)
minggu seterusnya kursus lagi.....jom ke kuching kitak..... :)

Thursday, September 3, 2015

Cerita semalam

tgh syok2 tgk tv smlm tetiba dpt msg dari srg opismate.

"Ksal...kita kena gi cpcm...mg dpn di Kuching"

What????kelas minggu lps pun blm abis ganti. next week kena kluar lagi...waaaa....terus aku stress smpai pagi......dah la x dpt waran kapal terbang, kena pegi naik van beramai2 smpai ke Kuching. Abis la bengkok segala tulang dan urat belikat semua sementara nak sampai :(
bfast pagi smlm
1st time try nasi briani kat kantin
menemani cik.ilham lunch
aku mnum air saja sbb kekenyangan briani pg td
kat kedai ni air dlm balang...best bila sgt dahaga
air pun agak sdp!
sedap jer miss bulus ni tdo dpn rmh aku
balik t.hari sbb ada mission yg perlu diselesaikan
haaaaa....kan dah bersepah semuanya.
Aku mmg fail sejak azali bab2 organize segala sijil n surat-menyurat.
setiap kali nak cari pun mmg mcm ni lah gayanya
what a mess!!!
petang semalam kami lawan2 manja bola jaring dengan student. Dah lamaaaaaa......sgt tak main. Tapi xder la semput sgt sbb aku pun jimat energy. Pilih pun kawasan yg paling kecik saja. Kalau zaman muda dolu2 berebut nak jd GA/GD. tp skrg aku jadi GK pun dh rasa ckup penat.
our pom pom girl yg super cute :)

Tuesday, September 1, 2015

PSP-ian @ Mukah

27/8 - 31/8

Haaaaa......ni la sbbnya aku tak balik penang terus dari meeting di Nilai tu..... :)

Balik dari meeting di Nilai bersama2 dengan 2 org geng dari psp. Sorang dah kali ke-2 sampai ke Mukah, kononnya menemani yg sorg lg, yg teringin nk TENGOK mukah mcm mana. Turun flight kat sibu pkl 10++ mlm, mmg sgt adventure la bg depa nak mengharungi jalan yg terumbang-ambing selama 2 jam sblm smpai ke pmu :). Smpai rmh dlm 12++ mlm....settle semua pkl 2 jgk la baru semua masuk tdo...zzzzzzzzz....kwn aku srg tu dah kepeningan. sepanjang mlm dok muntah, kesian dia.

28/8
Pagi Jumaat bwk depa ke pasar Mukah. Kwn2 aku ni mmg ramah-tamah. smlm dlm hilux depa dh interview abis dgn abg driver. Hari ni pun sama....heheheeee...bagus la, aku pun dpt tau jgk kan. Bersungguh betul yg sorang tu membeli-belah. Bersungguh jgk aku dok tarik tgn dia x bagi beli byk2. Kami 3 org jer kot...semua pun dia nak beli. Konon nak rasa, tapi beli mcm nak buat knduri apa kes??
Cerita hari jumaat
durian tu beli kat pasar Mukah
Malamnya kami ke Petanak Beach....try umai
29/8
Hari Sabtu kami ke Pasar Sabtu Oya. Dulu masa yg srg tu mai x kena hari sabtu, so x sempat pi pasar tu. Bawak depa round2 dgn kereta ke pekan oya sekejap. Sempat la depa berposing wpun dalam keadaan panas terik. Aku?? puteri lilin yg cepat cair ni hanya menunggu di dalam dingin aircond montel.
bagi depa try test bubur ikan :)
Siap ada Oya Square tu......untung ka kwn aku srg tu
Tangkapan En. Azman di Pasar Mukah
Untuk menjamu geng kami t,hari tu

siap! lobster bakar, ketam masak lemak, bawal putih kukus,
ikan masak masam manis dan ikan goreng.
Petang bwk pi "Lamin Dana" iaitu salah satu rumah lama di Mukah yg dijadikan ala2 muzium. Masuk hanya dikenakan byrn 3 ringgit srg. Kanak2 foc. Cantik kwsn rumah ni. Dibina atas air, tp masa kami pi air surut, so nampak la tanah kat bwh tu.
eh...mana sorang lagi??
petang bwk depa tgk sunset kat pantai Mukah.
malamnya jemputan makan dari srg lagi ex-psp
nasi kerabu, lasagna, kek batik, puding
sedap semuanya...Alhamdulillah.
30/8
Hari ni cadangnya nak ke Dalat. Tapi seawal 2 pagi aku terjaga sbb migrain dan cirit birit. Sampai ke lps subuh aku x tdo sbb migrain yg semakin menggila, sama mcm cuaca jgk di luar dgn guruh dan kilat silih berganti. Mata dh bengkak x tahan dgn sakit, kalau lah blh cabut sat kepala letak sebelah kan....plan terpaksa di cancel atas keuzuran tuan rmh :(. Rasa sgt terkilan.....tp perancangan Allah itu mungkin yg terbaik. Bersungguh kawan aku menjaga aku yg demam dan mmg cengeng bila sakit. Selagi sakit x hilang selagi tu jgk air mata x blh berenti.....seiring sungguh sejak azali. Maaf sahabat2 ku, "terima lah aku seadanya aku"...hahahaaaaa....

Tq fifa tlg bwk pi klinik
Tq chelva tlg ubatkan masa guling2 dgn gastrik
Tq Hanan dok ulang-alik tgk keperluan kami
Tq K.ros n Oya kena jaga aku
Tq ilham for ur concern..
Tq All......for everything :)

31/8
Demam dah kebah cikit. Plannya mmg aku yg akan htr depa ke airport sibu. Tapi takut jgk dmm mai balik, so Hanan sefamily lah yg kena hantar. Aku hanya htr smpai ke parking kereta kuarters. 8++ pagi baliklah depa 2 org, tinggal aku melayan perasaan sorang2...huhuhuuuu...nak ikut balik jgk...waaaaaaaaa.....
ole2 dari kwn ku yg comel
siap skali dgn love notes yg bikin mataku panas semula
ish..ish....knapa nk emo sgt ntah....
musim nih.....aura bila borg pndah kluar....
btw......thanks..... :)

Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...