Saturday, October 31, 2015

Makan2 di musim Final Exam

30/10/2015 - Jumaat

Projek makan2 lagi bersama geng mehou jinih jtmk. Sambil2 marking kertas exam, release kan stress dgn makan dan makan :)

di samping itu, mengeratkan lagi silaturrahim mehou lama dan baru. Kat opis tak sempat nak bermesra-mesraan. Semua org busy dgn kerja yg tak sudah2. Is eating the most incredible rest for everyone for sure.
sexy pari sedang digrill dgn magic pan
besar sungguh dia...nasib muat
main menu for today :
linut, umai jeb, umai campur, sago
ikan pari bakar, sayur midin, sambal mempelam grg, ulam-ulaman,
segala jenis sambal, buah-buahan.

ramai yg mengidam kuih bongkol ni
susah nak dapat....sbb x ramai yg pandai buat
skali ku hadap, 3 ketul masuk perut..heheheee...best
kuih bongkol ni dibuat dr tepung beras
kuahnya air gula apong...i guess?
hampir sama dgn kuih tepung bungkus kl di semenanjung
tapi version yg lebih lembut....
masak udang fresh melanau style
hanya direbus dgn serai dan sedikit garam
the output is marvelous!
next projek : bubur pedas??

Thursday, October 29, 2015

Marking Final Exam - part 2

 Dear students,

Setelah 10 tahun mengajar, final exam kali ni ada pulak kes yg aku rasa nak pelangkung jer sorang2 yg buat tu. Tengah2 serabut dok marking, tetiba jer kat satu bahagian kertas jawapan tu ditulis

"Jawapan di kertas soalan"

Boleh pulak mcm tu kan.....ko tahu pun kat kertas soalan tu x tulis sebarang pengenalan diri. Arahan besar gedabak kata kena jawab di kertas jawapan yg disediakan. Siap message lagi kat kita bgtau yg bahagian tu dia jwb kat kertas soalan sbb arahan mengatakan :

"Fill in the blanks.........."
"Explain each lines of the codes below..."

Bila kita kata x boleh, tau dia kata apa???

"Miss....x boleh cari balik ke kertas soalan saya tu?"



Ko ingat aku ni ada magic?? Boleh pulak tahu kertas soalan ko yg mana satu??Haiii la students....terkilan sgt saya bila jadi mcm ni. Dah la markah besar kat situ.
Dan yg paling menggeramkan, bukannya student sem 1 yg buat mcm ni. Senior2 yang dah terlajak sem dan dah hampir nak grad pun. Boleh lagi confuse nak jwb kat mana.
yg ni lagi satu kes..
kita bagi benang utk ikat kertas OMR dgn buku jawapan.
tapi diikatnya di buku jawapan sbb kat situ jer ada lubang
borang OMR hanya diselitkan shj dalam buku jwpn.....apa kes??
Nasib baikla kes ikat-mengikat ni budak sem 1. Wpun lecturer kelas dh bgtau kena ikat skali dgn borang OMR, anggap jer la depa nervous. Lupa abih semua yg dipesan. Masih blh dimaafkan sbb 1st time exam.... :)

another 2 bundles to go.....chaiyokk!!!

Wednesday, October 28, 2015

Marking Final Exam

Musim exam dah bermula. Minggu ni dah masuk minggu ke-2. Paper aku semua dah lepas minggu pertama lagi. Marking jer yg x lepas2 lagi. Siap masih tinggal bundle dlm bilik kebal. Malas nak ambik sbb xnak nampak byk. Reverse psikologi namanya tu kan.

Bila marking paper ni mcm2 perasaan ada. Nak marah pun dah x guna. Terkilan tu berpanjangan jer selagi tak settle. Kenapa la depa jwb mcm ni, why? why? dan why? mmg x pernah2 habis. Lps tu mula la berangan, utk sem dpn kena bgtau depa mcm ni, mcm tu, mcm2. Hish....the skills of ignorance still not sooooo strong!
Musim2 exam ni jgk mcm2 cerita mistik yg bergentayangan dr satu group ke group whatsapp yg lain. Tak kira waktu, hari dan masa. Semua jadi bahan gurauan yg menyeramkan aku yg sentiasa seram2 sejuk especially di waktu malam. Makanya srg kawan akulah yg slalu menjadi mangsa menemani malam yg sepi sejak aku balik dari KL minggu lepas. Sampai demam2 la dia teman aku setiap hari. Kesian sgt.....terima kasih yer :)
Aisyah pun jaga exam jgk :)

Tuesday, October 27, 2015

Puchong n Putrajaya

Ahad - 18/10/2015

Hari minggu yg jerebu. Melawat kawan2 sekitar Puchong dan Putrajaya. Mmg ada rezeki sgt jmpa si intan ni. Dia dh bersiap2 nak keluar masa kami call tu. So, jumpa sekejap kat rmh kawan aku yg sorang lagi. Husband and anak4nya tinggal jer dlm kereta...kesian depa..hahahaaa...
Syanul, Zauyah dan Intan,
terima kasih banyak yer :)
Gulai ikan nyok nyok
ikan bakar sambal
sayur kacang buncis dgn udang
mee kari yg sedap!
paling best sbb byk kerang...i like...
teruk sgt kan...
Start hari Ahad tu kepala dah rasa berat. Bernafas pun x berapa nak clear dah. Rasa nak kembangkan lagi hidung setiap kali nak bernafas. Tapi, malas jgk nak pakai facemask kan. Dgn harapan nanti2 eloklah tu.

Thursday, October 22, 2015

Happy 10th Anniversary


Tanggal 16 Oct 2015 (Jumaat), genaplah 10 tahun aku berkhidmat sbg pensyarah politeknik. Dan selama 10 tahun juga aku sudah berkhidmat di 3 buah politeknik di Semenanjung Malaysia dan Borneo. Kelllass kan.....org lain paling2 koman pun baru 2 tempat jer bertukar. Dan yg lagi best, masih di politeknik pertama semasa 1st posting lagi....Alhamdulillah, rezeki masing2.
Kebetulan pulak kena outstation ke KL kan, so mulalah nak me "reward" diri sendiri dgn mcm2 benda yg bukannya keperluan pun. Gatal tgn di hujung2 bulan ni mmg parah. Alahaii.....bila la claim bln lps nak masuk ni.....
my 1st anak PA...
segak2 semua depa ni..
Family Day.............Polimas
Kelab Mesra Alam Trip ke P.Pangkor........psp
cari di mana saya???
farewell party......psp
Rasa mcm lama kan 10 tahun. Tapi aku ttp rasa mcm org baru. Banyakkkkk lagi benda2 yg nak kena belajar, perlu improvement yg berterusan. Ke aku yg lambat dpt ni??? Xper lah, apa2 pun aku sentiasa berdoa semoga perjalanan kerjaya aku dan kawan2 yg lain sentiasa seiring dgn syariat dan berada di landasan yg benar. Amin.

p/s : Bila GBS nak buat reunion??

Monday, October 19, 2015

Hello Kuala Lumpur

17/10/2015 - sabtu

Outstation lagi.....
Wpun keja2 sgtlah banyaknya, tapi cuba siapkan secepat mungkin demi untuk keluar dan berehat sebentar dari rutin biasa. Dalam kepala dh mcm2 plan yg terbayang, especially makan....makan....dan makan!
Tapi AirAsia buat gempaq pulak flight kali ni. Kira2 setengah jam sblm landing flight bergegar seperti ekor pesawat di libas2 ke kiri dan kanan. Kami passengers kat dalam pun terhoyong-hayang ke kiri dan kanan. Seperti digoncang2 jer. Kalau tak pakai seatbelt mau terpelanting dari kerusi. Waaaaaaa......takutnya aku! Rasanya org sebelah pun dengar aku mengucap berulang-ulang kali. Yg lain2 ramai terjerit2 ketakutan. Tapi nasib sekejap saja. Sampai dh touch down pun jantung aku masih berdegup kencang. Lemah jer kaki dan badan nak melangkah menelusuri gate menuju ke pintu keluar. Mmg sgt dahsyat lah kali ni. Moga2 flight balik nanti ok.....
ayam, daging, arnab, kambing & perut

Sampai di rumah adik aku hampir maghrib. Lps jer rehat sekejap, mandi and solat, terus kluar mencari sate. Aku mmg dh bgtau siap2 kat dia aku nak mkn sate mlm tu. So, kami ke Kajang. Bersungguh2 mkn sate yg pelbagai jenis. Alhamdulillah, tercapai hajat yg dipendam dari Mukah lagi.

Esok Ahad, adik aku cuti......jom jalan lagi!
KL masih jerebu teruk. Tawakal jer ke sana ke mari tanpa facemask.

Friday, October 16, 2015

Bertuah punya student

Bila menjelang jer final exam, hp seorang cikgu akan begitu aktif dgn segala mcm msg dan call. Most of them begitu bersungguh-sungguh nk tau soalan past year, nak latihan lebih, nk revision class, dan yg paling best tanya soalan spot serupa kami2 cikgu ni nujum pak belalang???

Tapi kan, sem ni aku ada sorang student yg bg aku sgt special. Wpun aku slalu marah2.....sayang, membuli dgn agak kerap, dia still mcm tu jer. Layan aku seadanya as a student and lecturer. Selalu skor dlm semua assessment yg diberi wpun kwn2 sekelas yg lain ramai yg failed! Tetap buat yg terbaik wpun sakit, masih menyokong segala xtvt jbtn wpun busy yg amat...masih...masih....dan masih.

Pagi ni bgn jer tdo tgk msg dari dia. Sbnrnya msg pkl 12++ tp aku dh selamat beradu masa tu.

katanya, "Miss....minta nasihat untuk final exam nanti"

nampak tak di situ?? Org lain sibuk tanya pasal soalan, dia pulak nak tips untuk mengharungi final exam. Aku x jawab terus soalan dia...solat, mandi, berangan sekejap..then siap2 terus ke opis. Kat opis, sambil2 buat keja baru la aku jwb sikit2....jwpn adalah berdasarkan pengalaman sndiri sbg student dan juga guru. Antaranya mcm yg kat bwh ni la.....
boleh pulak dia kaitkan nasihat yg aku bagi mcm tu..
aku pulak yg malu bila xtau / mungkin terlupa maksud "istidraj"
Dan ini adalah maksud istidraj yg aku copy dr sebuah blog.

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Panjang lagi sebenarnya penjelasan yg ada di blog tu. Kalau nak tau lebih lanjut boleh lah baca di situ yer. Aku dapat ilmu baru hari ni....Alhamdulillah.

Sebagai cikgu, sesuatu yg sgt gembira bila student makan diajar, TETAPI kami akan lebih bahagia jika mereka juga terdidik....

Terima kasih student!


i told u........teaching is fun :)

Thursday, October 15, 2015

JTMK Appreciation Night June 2015

10/10/2015 - Sabtu
Li Hua Hotel, Mukah.
Tema : Purple & Black Cocktail
sebelum masuk ke ruang santapan
Mehou Jinih JTMK yg terlajak laris!

last posing sblm balik mlm tu :)
Masing2 berdoa semoga ini ialah dinner terakhir kami di sini.
Sedih kan...setiap kali pun berharap benda yg sama.
What ever pun, kami semua terhibur dgn semua persembahan mlm tu.
Boleh gelak2, posing sesuka hati, sudah cukup membuatkan kami lupa sebentar di mana kami berada.

Wednesday, October 14, 2015

Balik raya Qurban 2015


1st time balik raya haji sejak berkhidmat di Mukah 3++ tahun yg lalu. Selasa lps waktu keja bertolak ke Airport Sibu ber2 dgn Fifa. Flight AA pkl 9, mcm biasa. Smpai KL, terus drive ke Penang dgn adik aku, non-stop sbb rNr sgtlah jammed nya. Berenti ke toilet saja. Smpai rumah dlm 4.15 am, mkn dulu apa2 yg patut, terus masuk tdo...... :)
carta teratas cucu paling nakal!
Memang sokmo hilang sbq dgn dia ni
Mama dia pun bertukar jd hulk setiap hari
Cuti yg pendek dimanfaatkan sebaik mungkin. Oleh sbb raya sama minggu dgn cuti sekolah, maka jalan2 di penang mmg sgt jammed. Kalau hari2 biasa pun dh tahap cipan jammednya, mg ni mmg berganda2 lagilah. Urut dada jer aku bwk kereta nak ke mana2. Semua org nak cpt smpai, tp kalau dh guna lorong kecemasan, pancung keta org sesuka hati, potong line....apa kes??? ingat ko srg jer tension bila jammed! Daripada darah aku naik, maka ada harinya merempit saja kami. Xyah nak sakit hati, xyah nak tambah dosa maki org sesuka hati.....sabar jer la.
sorang xdak sbb jd juruphoto.
Depa semua tema merah ang-ang....
Aku dgn mak jer lari tema sikit
chicky girl.....kecik2 dah lawak, nk ikut jejak jihan ke??
Balik semula ke PMU setelah berada di kg x sampai pun seminggu.
Setiap kali pun rasa x cukup jer bila bercuti.

Pezzo at Sibu

11/10/2015 - Ahad

Sorang kawan aku tertinggal laptop dlm keta cousin dia masa balik mg sebelumnya. Bagi kami lecturer ni, laptop mcm nadi jgk la utk hidup. Senang nk buat kerja2 terakru yg terpaksa dibuat di rumah, di samping sbg hiburan yg sudah semestinya yg paling utama :)

Maka, berdua2an kami ke sibu pagi Ahad tu. Sempat lagi try menu pizza baru di Restoran Pezzo. Sedap sgt pizza ni...topping pun x kedekut. Yg paling best, tak lama lagi akan dibuka di Mukah. Harapanku semoga kualiti sama mcm yg aku mkn ni sampai bila2.

kiri : nama dia fisherman apa ntah, x ingat..topping seafood.
kanan : nama big daddy, topping daging hancur dan sosej, pds ckit saja
Jom...sesapa yg belum try, boleh lah kalau nak try lps ni. x rugi wa cakap lu..... :)

Thursday, October 8, 2015

JTMK Innovation Day June 2015

6/10/2015 - Selasa
Foyer JTMK


sesi menyusun hamper......cari bayi tersembunyi :)
hamper yg telah disusun untuk dibawa ke dewan...dan dibungkus.

my group....sedang dinilai oleh panel.
3R Competition
Juri sedang menilai Model & Prototype Competition
Interface Design Competition
:)

Monday, October 5, 2015

Happy birthday Chelva!


Wishing you happiness
To welcome each morning,
Wishing you laughter
To make your heart sing.
Wishing you friendship
Sharing and caring,
And all of the joy
The birthday can bring!
There couldn’t be a better day
To take a chance to say,
That you are wished a joy and luck-
Be happy everyday!


Geng Makan PBU 2024 onward

 Setelah seminggu x mkn bersama, masing2 sibuk dgn hal mcm2, akhirnya di hari Jumaat yg barakah ni, dpt mkn skali semula. Bermacam2 topic yg...