Bertuah punya student

Bila menjelang jer final exam, hp seorang cikgu akan begitu aktif dgn segala mcm msg dan call. Most of them begitu bersungguh-sungguh nk tau soalan past year, nak latihan lebih, nk revision class, dan yg paling best tanya soalan spot serupa kami2 cikgu ni nujum pak belalang???

Tapi kan, sem ni aku ada sorang student yg bg aku sgt special. Wpun aku slalu marah2.....sayang, membuli dgn agak kerap, dia still mcm tu jer. Layan aku seadanya as a student and lecturer. Selalu skor dlm semua assessment yg diberi wpun kwn2 sekelas yg lain ramai yg failed! Tetap buat yg terbaik wpun sakit, masih menyokong segala xtvt jbtn wpun busy yg amat...masih...masih....dan masih.

Pagi ni bgn jer tdo tgk msg dari dia. Sbnrnya msg pkl 12++ tp aku dh selamat beradu masa tu.

katanya, "Miss....minta nasihat untuk final exam nanti"

nampak tak di situ?? Org lain sibuk tanya pasal soalan, dia pulak nak tips untuk mengharungi final exam. Aku x jawab terus soalan dia...solat, mandi, berangan sekejap..then siap2 terus ke opis. Kat opis, sambil2 buat keja baru la aku jwb sikit2....jwpn adalah berdasarkan pengalaman sndiri sbg student dan juga guru. Antaranya mcm yg kat bwh ni la.....
boleh pulak dia kaitkan nasihat yg aku bagi mcm tu..
aku pulak yg malu bila xtau / mungkin terlupa maksud "istidraj"
Dan ini adalah maksud istidraj yg aku copy dr sebuah blog.

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Panjang lagi sebenarnya penjelasan yg ada di blog tu. Kalau nak tau lebih lanjut boleh lah baca di situ yer. Aku dapat ilmu baru hari ni....Alhamdulillah.

Sebagai cikgu, sesuatu yg sgt gembira bila student makan diajar, TETAPI kami akan lebih bahagia jika mereka juga terdidik....

Terima kasih student!


i told u........teaching is fun :)

Comments

Popular Posts